Tuesday, March 8, 2011

Malu Sungguh Aku!!

Kes 1
kejadian ni berlaku beberapa bulan yang lepas*but masih aku ingat sampai sekarang xD* dipendekkan cerita,aku dengan adik lelaki aku-Juan,baru aje balik window shopping.time nak pergi kat tempat paking moto,kitaorang lalu kat lot paking kereta.then,terpandang laa sebuah kereta yang cun habis.mau terjojol bijik mata aku tengok.haha xD BMW beb!haha..dan dalam kepala aku,terus mau amik gambar dengan kereta tersebut*tak mampu nak beli.mampu amik gambar aje laa =,=*

juan: ko biar betul,kak?nak amik gambar dengan kereta ni.kalau ada orang,macam mana?*juan ragu-ragu bila aku mintak dia jadik camera man.haha xD*
aku:*dengan confident dan yakin*alah..mana ada orang dalam kereta tu.cepat ah!nak posing-posing dengan kereta ni.
juan:!@#$#%%*membebel jap pasal malas nak layan perangai aku.haha xD sori ah bro!but aku memang suka nyusah kan kau ^^*

maka aku dengan excited nya berposing laa kat atas kereta tu.memang gila posing ah.kebetulan time tu tak ada orang lalu lalang kat situ,makin bertambah laa ketamakan aku menangkap gambar poyo dengan kereta tersebut.paling tak boleh blah,bila juan pon join sekaki.ada laa dalam sepuluh minit kitaorang bikin kereta tu macam kami yang punya.haha xD lepas tu,tumpuan kitaorang kat kamera pulak.walau tak secantik mana kualiti gambar tu pasal tangkap pakai kamera hp aje,still nampak cool beb pasal ada nya kereta tersebut.

tengah dok kecoh-kecoh cakap pasal betapa cool nya gambar kitaorang,tup tup ada bunyi enjin kereta.tahu enjin kereta mana yang bunyi?terkejut gila aku bila perasan tuan empunya kereta tu ada dalam tu.waaaaaaa..gila malu beb!!dah laa kitaorang dok posing-posing dengan kereta dia.nasib baik tak berguling-guling atas kereta tu.mesti tuan kereta tu gelak kuat-kuat kan kan kat dalam kereta tu.malu besar wooo!!sebab utama kenapa aku tak syak ada nya orang dalam kereta tu-cermin kereta tint hitam!mau aku nak perasan!!wuuuuuuu =.=*

Kes 2
kejadian ni baru aje berlaku.kira-kira dua hari lepas kot.time tu ada pesta spring kat kampus.maka aku dan kawan-kawan beramai-ramai laa memeriahkan pesta tersebut.best seyh!tak rugi melabur duit bayar tiket.haha xD bukan pasal pesta spring yang aku nak cerita.ni kisah malu untuk kali kedua.uhuk uhuk =,-*

bila habis aje pesta tu,kitaorang pon blah ah.rancang-rancang nak beli makan dulu pasal perot dah lapar gila gila!tengah dok soh seh soh seh sambil menuju ke kereta yang dipandu fatin,maka aku ternampak laa sebuah kereta cun jugak,yang menarik perhatian aku dan mengaktifkan enzim enzim badan untuk bergambar dengan kereta itu.bukan aku sorang aje,kawan aku pon mengalami sindrom yang sama.

maka kami berdua pon teruja untuk bergambar dengan kereta itu.haha xD dalam fikiran masa tu,ingat kereta tu milik bf ivy-housemate kami.so,tak kisah laa kan kan nak berposing kat situ.haha xD maklum laa,dah kenal dengan bf ivy.

siap aje berposing,maka kami masuk dalam kereta-nak balik.lepas tu kan kan,kawan aku dah kecoh-kecoh cakap budak-budak yang dok lepak berhampiran kami tadi tu rupanya pemilik kereta cun tu pasal dia nampak salah sorang budak tu bukak pintu kereta.OMG!!sekali lagi?adessss..untuk kedua kali nya aku termalu dengan kejadian itu-yang mana hampir sama dengan kejadian sebelum ni.wuwuuu..=.-* mesti budak-budak tu cakap'hisy..macam tak pernah nampak kereta aje.dia ni duduk zaman mana?' -.=*



thanks baca cerita orang malu ini =.-*

notahujungkaki: moral of the story,kalau nampak kereta cun,nak berposing dengan kereta cun itu,maka anda hendak laa membuat perkara-perkara ini-pastikan tak ada orang yang disyaki berada disekitar anda::pastikan pemilik kereta tak ada kat dalam kereta ;) haha xD kalau tak,dapat malu macam aku!

2 comments:

nexx said...

hehe....

~::KUYA HARIS::~ said...

ceittt...gelak2 eah ;P malu tawu.hehe ^^ neway,,tengss singgah sini and drop your comment xD