tag:blogger.com,1999:blog-23386004278380810012024-02-19T13:27:59.772+08:00...i'm a tiny-litte different...~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.comBlogger279125tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-34248589069289203162017-10-04T10:30:00.000+08:002017-10-05T17:07:54.976+08:00[Novel] : Bukan Yang Pertama Bab 1Assalamualaikum.
"...When love is for sake of Allah, it never dies..."
Bab 1
‘DEAR Anna...’<o:p></o:p>
Anak
mata melorot terus ke bawah. Hujung jari menekan tetikus. Kiriman itu dibaca
sepintas lalu. Sekadar mencari sesuatu yang lebih penting berbanding taipan ayat
berjela-jela dari seseorang yang hanya ingin dikenali sebagai Tasha.<o:p></o:p>
‘Saya
ada simpan rahsia besar dari kekasih.’<o:p></o:p>
Klise.<o:p></o:p>
Bacaan
diteruskan.<o:p></o:p>
‘Dibelakangnya,
saya ada hubungan dengan seorang lelaki lain.’<o:p></o:p>
Keluhan
berat melepasi rengkungan. Pelipis dahi diurut perlahan. Bacaannya terhenti
serta merta. Dalam pada itu, dia sudah merangka ayat lazim yang bakal dibalas
kepada sang pergirim tersebut. Antaranya berbunyi- beritahu hal sebenar, jujur
kepada pasangan, dan buat pilihan terbaik. Kalau masih cinta, terus setia.<o:p></o:p>
Sejurus
itu, dia bersandar lelah. Walhal hanya tulisan menjadi ganti diri, namun entah
kenapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa setiap seorang daripada
mereka memang wujud depan mata.<o:p></o:p>
Seperti
permasalahan Tasha, seharusnya dia sendiri tahu menilai ke mana hubungan itu
harus belayar. Sedangkan diri tidak mampu untuk setia, bagaimana di penghujung
cerita nanti? Jika terpaksa membuat pilihan, pasti akan disuruh wanita itu
memilih si lelaki kedua, kerana andai benar cinta itu ada, yang kedua tidak
akan pernah wujud antara mereka.<o:p></o:p>
Tangan
mendepa luas, lantas digerakkan bagi memutuskan segala sengal-sengal yang
mengigit tubuh. Hampir dua jam dia duduk melangut menghadap skrin komputer,
menyusun atur bahasa jari, memberi nasihat sewajarnya, dan akhir sekali membuat
penilaian terakhir sebelum memilih kiriman siapa yang bakal disiar dalam slot
‘Dear Anna’.<o:p></o:p>
“HAI”<o:p></o:p>
Nairah terperanjat besar. Nyaris melompat keluar jantung dari tubuh.<o:p></o:p>
“Sorry.”
Lelaki itu tersenyum kecil.<o:p></o:p>
“Tajul...”
Leret suara bagai mahu menyampaikan rasa geram.<o:p></o:p>
Tajul
tertawa pula. Selajur menarik kerusi lalu labuh punggung dekat dengan Nairah. Gelagat Tajul mengundang rasa dangkal. Malah dia menyuruh lelaki itu
menjauhinya.<o:p></o:p>
“Kenapa?”
Tajul kerut muka.<o:p></o:p>
“Ini
tempat kerja, Encik Tajul,” gumam Nairah tanda kurang senang.<o:p></o:p>
“Memanglah.
Kita bukan dekat shopping complex, sayangku Fara Nairah.” Barisan gigi itu
ditayang lebar.<o:p></o:p>
Nairah mengeluh halus. “Orang tengok, seganlah.”<o:p></o:p>
“Segan?”
Hujung bicara Nairah sengaja diulang dengan sebuah sengihan kecil meniti
hujung bibir. "Apa yang nak disegankan, Nairah?"<o:p></o:p>
Bibir Nairah terkunci rapat. Malas melayani ulah nakal Tajul. Pandangan kembali
menyoroti skrin komputer. Beroleng-oleng penglihatan merayapi beberapa notifikasi mel elektronik yang diterima semalam, yang mana belum pun sempat untuk dilihat sepenuhnya.<o:p></o:p>
“Tak
payah nak segan atau malu sangat, Fara. Semua orang tahu, you tu I yang punya.”
<o:p></o:p>
Lama
kelamaan, lentur otot muka mengunjur ke atas, muncul juga. Tajul tersenyum
senang. Biar sedikit, ia cukup membuatkan hari-harinya ceria dan bahagia.<o:p></o:p>
“Jom...
kita keluar dinner,” pelawa Tajul.<o:p></o:p>
Ekor
mata melirik jam tangan. Paras lelaki itu dicari, sebelum kepala
terangguk-angguk bersetuju.<o:p></o:p>
“Nak
makan dekat mana?” Nairah mengemas meja yang kelihatan sedikit serabut. <o:p></o:p>
“Windmills.”<o:p></o:p>
Nairah meminta Tajul menunggu sebentar, sementara dia menyambut panggilan dari
mama. Mata mengerling ke pergelangan tangan. Belum pun mencecah jam lapan malam,
tetapi panggilan wanita itu sudah menembusi talian. Lambat-lambat jari meleret
ke permukaan skrin telefon pintar sebelum membawa objek berteknologi tinggi
keluaran Apple ke telinga.<o:p></o:p>
“Baru
nak keluar, ma.”<o:p></o:p>
“Mama
nak beritahu sesuatu ni.”<o:p></o:p>
Berkerut dahi Nairah.
“Apa?”<o:p></o:p>
“Adik
balik ni. Ada dekat rumah sekarang.”<o:p></o:p>
Membulat
matanya menerima khabar tersebut. Lantas bibirnya terbuka luas. Satu gambaran
perasaan teruja. Lekas dia menghayun langkah serba laju menghampiri Tajul setia
menunggu di muka pintu.<o:p></o:p>
Tajul
menggerakkan ulas bibirnya, lalu menyoal tanpa berbunyi suara. ‘Siapa?’<o:p></o:p>
‘Mama.’ Nairah membalas dengan cara serupa.<o:p></o:p>
PINTU terbuka dari luar, disusuli juluran kaki
berseluar jeans hitam dan berstokin jalur merah kelabu. Lelaki itu menarik pintu
lalu dikunci rapat sebelum berpusing ke hadapan menghadap ruang tamu. Nyaris
terlepas bungkusan makanan tatkala menyedari dia tidak berseorangan di ruang
tersebut.<o:p></o:p>
“Hoi!” Irwan menyergah kasar.<o:p></o:p>
Tajul
mengangkat mata. “Balik dah?”<o:p></o:p>
Hayunan
kaki merentasi ruangan berkeluasan tiga belas kaki, terus menuju ke perut
dapur. “Kau kata makan luar, balik lambat.” Irwan meletak bungkusan makanan di
atas meja. Peti sejuk diselongkar. Dua tin minuman berperisa buah-buahan
diambil. <o:p></o:p>
“Dah
kenapa tiba-tiba bertafakur dekat sini?” Salah satu daripada tin minuman itu
diunjuk kepada Tajul. Punggung berlabuh atas kerusi rotan beralas kusyen
lembut. Sesekali leret mata melibas tepat ke muka Tajul. Naik tinggi keningnya
mengamati bahasa tubuh lelaki berjambang halus tersebut.<o:p></o:p>
“Frust.”<o:p></o:p>
Berkerut
dahi Irwan. “Putus cinta ke apa?” selorohnya.<o:p></o:p>
Serta
merta kelopak mata terangkat. Buntang.<o:p></o:p>
“Shit.
Jangan cakap macam tu, Wan. Hancur hati aku nanti.”<o:p></o:p>
Pecah
berderai tawa Irwan. “Dah tu? Gaya macam orang hilang jiwa aje.” <o:p></o:p>
Tajul
sekadar meleret senyum. Cukup nipis. <o:p></o:p>
‘Hilang
jiwa?’<o:p></o:p>
Dia
ketawa sambil derap kaki membilang langkah menuju ke bilik. Sesampai sahaja di
ruang peribadi miliknya, dia terus menghumban tubuh atas katil. Tangan mendepa
luas. Mata pula ditutup rapat-rapat. Lelah seakan ghaib sebaik sahaja paras Nairah menyambar ingatan. Bahkan dia boleh mengukir senyum Nairah
mengenangkan perempuan kesayangannya.<o:p></o:p>
“Fara
Nairah.” Bibirnya terkumat-kamit melantun nama itu lama-lama. Hati berbunga
bahagia. <o:p></o:p>
Jujurnya,
dia sedikit kecewa tatkala Nairah terpaksa menolak pelawaannya atas urusan
keluarga yang tidak boleh ditangguh walau untuk sesaat. Khabar diterima, adik
perempuan gadis itu telah selamat mendarat di bumi Malaysia setelah beberapa
purnama memijak tanah di negara orang.<o:p></o:p>
‘Tidak
mengapa. Esok... dan hari-hari mendatang masih ada.’ Suara kecil tiba-tiba
muncul, seolah-olah memujuk.<o:p></o:p>
Akhirnya
Tajul tertawa lagi. Kali ini kedengaran lebih galak.<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
“TAK beritahu aku pun.” Kelingan menyimbah penuh
curiga.<o:p></o:p>
Nairah menoleh. Mereka berpadu renungan.<o:p></o:p>
“Beritahu...
apa?” soalnya.<o:p></o:p>
Selajur
Sofea menitip renungan lebih tajam. Mematahkan setiap rangka penglihatan Nairah. Duduknya beralih kedudukan. Dia memaut lengan kakaknya, lalu
mengecilkan mata. Tangan kanan diangkat melepasi bahu, sejurus jari telunjuk
tegak berdiri mengacu ke arah Nairah. Betul-betul menghampiri hujung
hidung gadis itu. <o:p></o:p>
Kepala
mendongak sedikit. “Siapa Tajul?”<o:p></o:p>
“Bukan sesiapa.” Nairah tenang menjawab.<o:p></o:p>
Sofea
menggigit bibir. Lengan yang dipaut tadi mulai merasa perit dimamah cubitan. <o:p></o:p>
“Sakit!”
teriak Nairah.<o:p></o:p>
“Baik
cakap.” Sofea mendesak. Jari-jarinya kekal memberikan sentuhan berbisa ke atas
kulit di sepanjang lengan Nairah sehingga akhirnya gadis berambut pendek
menyamai bahu itu, mengalah. <o:p></o:p>
Sofea
menyeringai. Dia memperoleh kemenangan mutlak.<o:p></o:p>
KEDUA-DUA
mereka menjulang pancaindera ke dada langit. <o:p></o:p>
“Tu,
macam dah nak mati.” Sofea menuding jari. Lama dia memerhatikan bintang yang
seakan-akan sudah hilang upaya untuk menghasilkan sumber cahaya berbanding
kawanan yang lain.<o:p></o:p>
“Yang
tu...” Giliran Nairah membawa penglihatan mereka bertebaran menyaksikan
keindahan ciptaan Tuhan. Antara bintang-bintang bergemerlapan, mengindahkan
dada langit nan suram, terdapat satu bintang yang sungguh menyerlah. Sejak dari
tadi, ekor mata melewati bintang tersebut. Kemudian, dia menoleh ke arah Sofea
lantas mengukir senyum. “Yang tu macam Sofea.” Dia tidak berhenti menuding.<o:p></o:p>
Sebagaimana Nairah, Sofea turut memancutkan renungan pada bintang yang sama. <o:p></o:p>
“Kenapa
aku?”<o:p></o:p>
“Sebab
kau istimewa, Sofea.”<o:p></o:p>
Nafas
dihela lambat-lambat.<o:p></o:p>
“Kau
cantik... kau...” Jeda sejenak.<o:p></o:p>
Mereka
berpandangan.<o:p></o:p>
Otot
muka Nairah melentur lagi. “Semua tentang kau, sama macam bintang tu.”<o:p></o:p>
Lama
mereka membungkam bicara. Sekadar melepas tanggapan di fikiran masing-masing. Nairah, mahupun Sofea, lebih selesa memenuhkan rongga-rongga dengan suara halus
yang sesekali muncul. Sedang lewat mata kedua-duanya kekal mengamati pandangan
di atas langit.<o:p></o:p>
Sofea
memandang ke sisi. Dilihatnya Nairah kekal ralit dalam dunia sendiri. Mata
itu bergelintar buas. Bahkan sesekali muncul senyuman kecil menduduki ulas
bibir. Barangkali asyik membilang bintang-bintang yang bercahaya di atas sana,
lalu dibahagikan mengikut kadar biasan cahaya antara kesemuanya.<o:p></o:p>
“Kak.”<o:p></o:p>
“Emm...”<o:p></o:p>
Tubuh
mengiring. Sebelah tangan memanggung kepala. “Siapa Tajul?”<o:p></o:p>
Tawa Nairah memburai.<o:p></o:p>
“Jangan
ingat kau boleh lari topik lain pula. Tu... cantik macam mana pun langit tu,
bintang tu... aku lebih berminat nak tahu tentang Tajul.” Sofea menggigit
bibir.<o:p></o:p>
“Okay...” Nairah akhirnya benar-benar menyerah.<o:p></o:p>
“Dia...
kawan kakak.”<o:p></o:p>
“Kawan?”<o:p></o:p>
Terangguk-angguk
kepala Nairah. <o:p></o:p>
“Seriously?
Even mama mention as her future son in-law?”<o:p></o:p>
Muka
dikerutkan. “Mmm...” Dia seolah berteka-teki.<o:p></o:p>
“Kakak!”
Sofea menjerit geram.<o:p></o:p>
Nairah sembunyi tawa. Terkidum-kidum dia berusaha agar lingkaran senyum pun
tiada membasahi roman.<o:p></o:p>
“Ini...”
Dia menuding jari Nairah, lantas menyambung, “Tak ada apa-apa lagi, so
maksudnya kawan aje. Kan?”<o:p></o:p>
“Seriuslah.”<o:p></o:p>
“I
am serious, Sofea.”<o:p></o:p>
“Tak
termaktub apa-apa lagi even hubungan yang ada lebih sikit dari sekadar kawan,”
lanjutnya pula.<o:p></o:p>
Mata
Sofea juling ke atas.<o:p></o:p>
“I’M serious, Nairah.”<o:p></o:p>
Dia
menggumpal nafas dalam rengkungan. Terasa sungguh berat, seumpama ada batuan
besar sedang bergayut pada tali-tali organ penampung nyawa.<o:p></o:p>
“Kita
kahwin?”<o:p></o:p>
“Tajul...”<o:p></o:p>
“Kenapa?”<o:p></o:p>
Entah
bagaimana hendak disampaikan resah hati sendiri. Apatah lagi melihat paras Tajul.
Kerut-kerut pada wajah lelaki itu bagai cerucuk tajam membidik tepat ke dada.<o:p></o:p>
“You
belum sedia?”<o:p></o:p>
Lidah
membeku. ‘Ya... aku belum sedia.’<o:p></o:p>
Andai
sahaja mampu diluah kata-kata tersebut. Dia menghela partikel-partikel udara
dalam sekali hembus. “Saya... mmm...”<o:p></o:p>
Tiba-tiba
lelaki itu tersenyum Nairah, lalu berkata, “Tak mengapa. I sanggup tunggu
you. Berbilion tahun pun, I sanggup... Fara Nairah.”<o:p></o:p>
“I
sanggup.”<o:p></o:p>
Terngiang-ngiang
bicara Tajul, lantas memaksa dia kembali ke relung berbeza dimensi. Seolah-olah
sedang berdiri menyaksikan satu lakonan teater yang melibatkan diri sendiri dan
Tajul.<o:p></o:p>
Lamaran
tersebut diusul ketika usia perkenalan mereka tidak sampai dua tahun, bahkan
hubungan istimewa yang terjalin juga belum melepasi enam bulan pertama. Bagaimana
dia hendak memberi reaksi? Mujur Tajul seorang lelaki yang jelas budiman,
segera mempertontonkan sikap memahami dan tolak ansur.<o:p></o:p>
Tubuh
dibiar bersandar lelah ke kerusi. Hujung jari menolak kaca mata supaya lebih
selesa duduk bertenggek di batang hidung. Sejurus dia kembali melontar fokus
pada skrin paparan komputer riba. Bibirnya terjungkit sedikit. Mata galak
mengamati gambar yang menjadi latar belakang skrin berkenaan.<o:p></o:p>
Momen
kaku tersebut merakam jasad dia bersama Sofea sewaktu masing-masing berusia
lingkungan tiga belas tahun dan dua belas tahun, bersama Norita, ibu mereka.
Oleh kerana jarak usia mereka berbeza setahun sahaja, ramai dalam kalangan
rakan-rakan, juga saudara-mara jauh hubungan menyangka mereka dilahirkan
kembar. <o:p></o:p>
Namun
begitu, tatkala menginjak dewasa, paras yang sering disalah erti sebagai kembar
beransur-ansur pupus. Berbanding diri sendiri yang mempunyai ketinggian
sederhana, lebih kurang seratus lima puluh empat sahaja dan bertubuh kecil,
Sofea memiliki ketinggian dan tubuh yang membolehkan dirinya menceburi bidang
peragaan. Bahkan rupa paras dan wajah Sofea lebih menawan. Segala-gala tentang
Sofea seumpama indah terletak di tubuhnya. <o:p></o:p>
Malah sewaktu masih menuntut
di universiti, Sofea telah pun melakukan pelbagai projek peragaan, sama ada
secara profesional atau sekadar memenuhi permintaan rakan-rakan dalam pengajian
fesyen.<o:p></o:p>
“Mmmm....”
Desahan panjang itu mengejutkan Fara Nairah. Lekas dia berpaling ke belakang.
Dia tersenyum sendiri melihat Sofea begitu nyenyak tidur. Kedua-dua belah
tangannya mendepa luas. Mulutnya terbuka sedikit, manakala sebahagian rambutnya
yang panjang mengurai itu menutupi dahi dan bersepah tidak terurus, namun
begitu Sofea kekal tampak rupawan.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: 'Bukan Yang Pertama.. perasaan yang bergelandangan kadang kala mencetuskan kekeliruan. Benar-benar cinta atau ianya berselindung disebalik simpati?' Sedang berusaha gigih menyalakan kembali lampu-lampu idea dalam kepala. Bertabahlah Salwa!
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-1692310149691860332016-11-30T15:49:00.000+08:002016-11-30T15:52:22.631+08:00[Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab15.Assalamualaikum.
"...A loving heart is the beginning of all knowledge..." - Thomas Carlyle
Bab 15<o:p></o:p>
SAMPUL surat putih itu dibelek berkali-kali.
Entah apa isinya.<o:p></o:p>
“Bukalah,”
gesa Lufiya.<o:p></o:p>
“Apa
dalam ni, kak?” soal Nurul Ain. <o:p></o:p>
Lufiya
tersenyum, lalu berkata, “Buka, baru tahu.”<o:p></o:p>
Meski
curiga, sampul itu dikoyakkan juga. Apabila kertas-kertas licin berkenaan
mencecah telapak tangan, Nurul Ain jadi pegun. Duit?<o:p></o:p>
“Apa
ni kak?” Beberapa keping wang kertas itu diunjuk kepada Lufiya.<o:p></o:p>
Lufiya
menjongket kening. “Duitlah. Eh, takkan Ain tak kenal duit? Atau Ain guna
matawang lain?” Sempat Lufiya bercanda.<o:p></o:p>
Laju
dia menggeleng kepala. Wang kertas itu ditenung lama.<o:p></o:p>
“Buat
apa bagi saya duit?”<o:p></o:p>
“Itu
gaji Ainlah.”<o:p></o:p>
“Gaji?”
Kerut-kerut halus merauti wajah Nurul Ain. Lufiya jadi hairan. Gelagat Nurul
Ain tampak janggal pada pandangan.<o:p></o:p>
“Kenapa?
Dapat gaji pun terkejut ke? Kalau Ain tak mahu, biar Kak Fiya aje yang ambil.
Syok juga buat shopping.” Lufiya lekas menyudahkan kerja-kerja yang masih
bertimbun. Ada beberapa laporan yang harus dia sediakan untuk Tengku Hanif
sebelum menjelang mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah.<o:p></o:p>
“Dah
dapat gaji tu, nanti Ain bolehlah belanja Kak Fiya. Kita minum kopi dekat mamak
tu ke.” Lufiya tersenyum lebar sambil mengangkat kedua belah keningnya
berkali-kali.<o:p></o:p>
“Boleh...
boleh,” sahut Nurul Ain. Pantas.<o:p></o:p>
“Kalau
betul Ain nak belanja, kak Fiya nak tuntut benda lainlah. Emm... nak Pizza
Hutlah,” lanjut Lufiya seraya melepaskan tawa kecil.<o:p></o:p>
“Oh
ya, Tengku tak masuk hari ni.” Lufiya berdiri. Dua buah fail dikepit ke bawah
lengan.<o:p></o:p>
Nurul
Ain menjulang pandangan pada Lufiya.<o:p></o:p>
“Tak
masuk?” Leret mata menerpa ke pintu bilik yang tertutup rapat. Cebisan cahaya
terang tidak meruak keluar dari celah bawah pintu seperti kelaziman.<o:p></o:p>
“Tengku
pergi Putrajaya. Kak Fiya nak pergi department bawah ni. Terima kasih untuk air
kopi yang sedap tu.” Lufiya menepuk lembut pipi Nurul Ain. Bersegera membuka
langkah meninggalkan Nurul Ain, ditemani pemberian yang mencetuskan tanda
tanya.<o:p></o:p>
‘SEMBILAN ratus... Seribu... Seribu seratus.’<o:p></o:p>
Berkali-kali
dia mengira kepingan wang itu, hasilnya tetap sama. Satu ribu seratus ringgit.
Terlalu banyak bagi pekerja sambilan seperti dia yang hanya ditugaskan untuk
membancuh kopi untuk kakitangan di bawah naungan Tengku Hanif.<o:p></o:p>
Tidak
puas hati, wang itu dikira kembali.<o:p></o:p>
Nilainya
tetap sama.<o:p></o:p>
Satu
ribu satu ratus ringgit.<o:p></o:p>
Nurul
Ain garu kepala. Dia terlalu bersyukur kerana pekerjaan dia tidak sia-sia
tetapi apabila yang dihulur itu melebihi dari apa yang telah dilaksanakan,
terasa makan gaji buta pula. Atau tersalah beri?<o:p></o:p>
Empat
ratus diasingkan daripada nilai tadi. Yang selebihnya disumbat kembali ke dalam
sampul berkenaan. Niat hati ingin mengembalikan kepada Tengku Hanif. Nilai
empat ratus itu sudah lebih dari cukup bagi membayar upah dia menyorong troli
dan menghidang minuman.<o:p></o:p>
‘Alhamdulillah...’
Hati mengalun rasa syukur. Kepingan wang empat ratus ringgit tadi dikira-kira. <o:p></o:p>
Ulas
bibirnya beransur lentur, menguntum senyum kecil yang mana akhirnya menjadi
lebar. Fikirnya, kerja dia di sini menjadi balaci semata-mata. Tidak bergaji.
Rupanya Tengku Hanif punya rasa perikemanusiaan juga. <o:p></o:p>
“Terima
kasihlah Tengku Hanif. Tak payah kasi banyak-banyak, tiga empat ratus pun dah
cukup.” Nurul Ain berkata sendirian. Senyumnya belum mati. Benar-benar gembira
di atas pemberian yang tidak disangka-sangka.<o:p></o:p>
“Banyak
duit.” Teguran itu nyaris memutuskan urat jantung. Nurul Ain menoleh. Tubuh
tinggi lampai Irfan tersergam umpama monumen besi. Cepat-cepat dia berdiri.
Satu yang dia pelajari tentang ‘habit’ lelaki ini- suka muncul secara
tiba-tiba.<o:p></o:p>
“Duit
untuk saya ke?” Irfan melangkah menghampiri ruang pantry.<o:p></o:p>
“Eh,
tak.” Jawapan lurus itu terhambur tanpa sengaja.<o:p></o:p>
Senyum
simpul perhati ulah dangkal Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Bukan
macam tu...” Nurul Ain hendak cepat-cepat mematahkan tanggapan Irfan
terhadapnya.<o:p></o:p>
“Saya
tahu,” pintas Irfan. Kerusi diseret ke belakang.<o:p></o:p>
“Duduklah...”
Irfan mempelawa sesudah dia selesa menghenyak punggung di kerusi plastik merah
hati yang diperkukuhkan dengan besi bercat putih susu.<o:p></o:p>
Nurul
Ain patuh. Sudah kebiasaan barangkali.<o:p></o:p>
“Dah
habis kerja?” Irfan menyoal, seraya menangkap putaran jam dinding yang kian
menghampiri jam 11 pagi.<o:p></o:p>
“Ah...
ya...” jawab Nurul Ain. <o:p></o:p>
“How
was your mom?” Irfan mencapai gelas kaca di tengah meja, lalu menuang separuh
air masak ke dalamnya.<o:p></o:p>
“Alhamdulillah...
makin elok.” <o:p></o:p>
“Bila
jumpa doktor untuk buka balutan kaki dia tu?” Air diteguk sedikit.<o:p></o:p>
Nurul
Ain menghitung jari-jarinya. Ulahnya menarik perhatian Irfan. Mekar wajah
lelaki itu disulami senyum kecil yang tidak nyata pada pandangan mata.<o:p></o:p>
“Hujung
minggu depan boleh dah buang simen dekat kaki ibu saya,” beritahu Nurul Ain.<o:p></o:p>
Irfan
menompang dagu. Dalam sekali imbas, dia mampu memetakan paras Nurul Ain.
Kening, alis mata, mata, hidung, bibir, bahkan bentuk muka juga dipotret dengan
begitu baik sekali.<o:p></o:p>
“Saya
hantar, okey?” Tawar Irfan.<o:p></o:p>
Pantas
dia menggeleng. “Tak perlu, Encik Irfan. Saya boleh bawa ibu saya pergi
hospital tu.”<o:p></o:p>
“Dah
banyak kali saya pesan, panggil saya Irfan. Buang encik tu.” Irfan
mengingatkan.<o:p></o:p>
Nurul
Ain tersengih. Lebar.<o:p></o:p>
“Rasa
macam tak proper pula nak panggil nama aje.”<o:p></o:p>
“It’s
okay. Kita kawan, kan?” Irfan mengenyit mata.<o:p></o:p>
Nurul
Ain pegun. Menggeleng, tidak. Mengangguk, apatah lagi. Kawan? Sejak bila?
Kemunculan Irfan tidak pernah diundang. Paling mengejutkan, Irfan datang
mencari dia sampai ke pintu hospital. Tetapi untuk apa? Kadang ketika, diri
sendiri dibungkus perasaan kurang selesa, atau lebih tepat gerun. Tiba-tiba, lelaki
itu ada.<o:p></o:p>
“TAK perlu tunggu orang tu, kita memang dah
boleh pastikan memang dia yang kita cari.” Jari-jarinya bermain di sekitar
dagu.<o:p></o:p>
Aidil
menutup fail yang tertera nama bernasabkan bapa tiri Tengku Hanif. Dia ikut bersandar pada kerusi.<o:p></o:p>
“Pasti
Tengku tak kisah?” Aidil mengerut muka.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif hela nafas perlahan. Pandangan dilempar jauh ke depan, melepasi gerbang
kayu berukir seni pahat tradisional.<o:p></o:p>
“Kita
dah ada semua, kan? Ujian-ujian tu... apa lagi yang tak cukup? Sekarang ni,
kalau kita jumpa dia pun boleh.”<o:p></o:p>
Aidil
mengangguk bersetuju.<o:p></o:p>
“Macam
mana dengan Datuk?”<o:p></o:p>
“Datuk...”<o:p></o:p>
Jeda
seketika.<o:p></o:p>
“Datuk
perlukan masa lagi,” lanjutnya.<o:p></o:p>
“Then,
Tengku nak pergi sendiri?” Daripada duduk bersandar, kini tubuh Aidil tegak
bagai tiang.<o:p></o:p>
“No.
Saya ikut Datuk.”<o:p></o:p>
Aidil
mengangguk lagi. Sejurus itu, dia tersenyum sedikit. Seolah menzahirkan apa
yang berlegar dalam fikiran. “Saya rasa, dia mesti... well... kejutan budaya,
maybe? Maklumlah, keluarga Tengku bukan calang-calang. “<o:p></o:p>
“Awak
silap, Aidil. Kami sama. Tak ada beza. Awak sendiri tahu, awak sendiri yang
siasat latar belakang dia selama beberapa tahun ni. Dia dibesarkan dalam
keluarga yang baik-baik. Ayah dia seorang pensyarah fakulti kejuruteraan. Even
dia sendiri ada kelulusan yang sama. Harta? Boleh cari. Pangkat? Orang boleh
beli.”<o:p></o:p>
“Maaf
Tengku. Saya hanya lontarkan apa yang saya fikir.” Lambat-lambat Aidil bersuara
saat menyedari hujah Tengku Hanif seolah membidas bicara dia sebentar tadi.<o:p></o:p>
“Never
mind.” Sekeping cek diunjuk kepada Aidil.<o:p></o:p>
“Ini
untuk awak.”<o:p></o:p>
Aidil
mengerling sekilas. Nilainya jauh lebih banyak daripada apa yang telah
dipersetujui.<o:p></o:p>
“Macam
lebih aje, Tengku.” Leret suara nyata janggal.<o:p></o:p>
Cek
itu ditolak lagi. “Anggap ia satu bonus atas kerja awak.”<o:p></o:p>
Tidak
dapat ditahan-tahan kuluman senyum yang cuba disembunyikan daripada merias
muka. Berkali-kali Aidil mengungkap lafaz syukur. Rezeki anak.<o:p></o:p>
“Terima
kasih, Tengku,” ucapnya. Cek itu ditenung lama. Setiap nombor yang tertera di
atas garisan hitam itu, benar-benar membuatkan dia sukar untuk menghapus rasa
gembira.<o:p></o:p>
“Fail ni... saya ambil.” Fail hitam dicapai.
Segala laporan yang tercetak dibelek sekali imbas. Sorot mata kaku menatap
helaian terakhir. Helaian yang mengumpulkan paras anak kandung Awang Kader.<o:p></o:p>
ALBUM lama diselak helai demi helai. Kadang
ketika, ia mencetuskan rasa gembira dalam relung jiwa. Menghadirkan momen-momen
bahagia menerusi ingatan yang telah dikunci agar tidak pernah lupus.<o:p></o:p>
“Comel
betul,” gumam Sabrina. Hujung jari telunjuk mengelus lembut gambar itu. Senyum
Tengku Hanif dimemorikan pada usia menjangkau empat tahun, kelihatan terlalu
polos. Cukup ceria dalam kendongan Awang Kader.<o:p></o:p>
Leret
mata menjangkau helaian yang tinggal sedikit. Selain Tengku Hanif dan Awang
Kader, di celah-celah helaian itu, terselit beberapa keping gambar Nur Aminah.
Mata mengecil. Sedang nafas beralun normal. Memori si kecil Dayang Nur Aishah
turut bersisa dalam album itu.<o:p></o:p>
“Kak
Min sayangkan Rina. Dunia akhirat... hubungan kita tak akan pernah putus.”<o:p></o:p>
Akujanji
itu seumpama segerombolan udara panas, menerobos secara kasar ke dalam lubang
telinga. Diheret bersama rasa ngilu yang mencucuk ulu jantung tiba-tiba.
Selajur, album itu ditutup. Kembali di simpan dalam laci almari kayu. <o:p></o:p>
Pada dasarnya, dia
enggan mengingati apa pun tentang Nur Aminah. Secebis pun dia enggan kerana
ingatan itu akan menghumban dia ke lembah yang tidak ingin dia jejak lagi.<o:p></o:p>
ADA sesuatu yang dangkal pada pengamatan
sendiri. Oleh itu, mata dia meliar ke merata pelosok ruang pejabat. <o:p></o:p>
“Sufiah...”
Awang Kader memerhatikan pasu kaca yang kosong.<o:p></o:p>
“Ya
Datuk?” Sufiah mendongak.<o:p></o:p>
Awang
Kader menoleh sekilas sebelum kembali membuang pandang ke dalam ruang itu.<o:p></o:p>
“Tak
ada bunga?”<o:p></o:p>
Soalan
tunggal itu disambut dengan tawa kecil Sufiah. Wanita beranak satu itu
tersenyum sampai telinga.<o:p></o:p>
“Tak
datang ke?” Wajah itu berubah-ubah.<o:p></o:p>
“Ada
aje, Datuk. Cuma hari ini, dia lupa nak bawa bunga macam selalu. Eh, dah rindu
ke?” Sufiah meleret tawa lagi.<o:p></o:p>
Awang
Kader ikut hambur tawa. Lebih halus. “Saya ni sedar diri. Tak ada nak rindu
sesiapa pun,” sahutnya.<o:p></o:p>
Sufiah
sembunyi senyum.<o:p></o:p>
“Bukan
apa, Sufi. Dah jadi kebiasaan pula sejak akhir-akhir ni. Buka pintu, nampak
bunga dulu. Siap bawa balik, buat perhiasan rumah,” beritahu Awang Kader tanpa
diminta.<o:p></o:p>
“Tahu,
Datuk. Setiap hari Datuk balik dengan bunga yang Nurul Ain bawa.”<o:p></o:p>
“Dekat
rumah tu, Datin mula syak bukan-bukan. Saya ni dah tua. Tak ada siapa berkenan
nak bagi bunga. Makin layu bunga tu, ada lah.”<o:p></o:p>
Gurauan
itu kembali mengundang rasa gelihati Sufiah.<o:p></o:p>
“Perempuan,
Datuk. Mahu tak syak. Kang takut suami pasang lain,” balas Sufiah.<o:p></o:p>
Meleret-leret
senyum Awang Kader.<o:p></o:p>
“Saya
masuk dalam dulu.”<o:p></o:p>
“Datuk
nak air?”<o:p></o:p>
“No,
thank you.”<o:p></o:p>
Sufiah
mengangguk. Berbaki tidak sampai satu jam ini, dia cuba mengisi masa lapang
dengan melakukan pemeriksaan pada jadual majikannya untuk keesokan hari.<o:p></o:p>
Di
dalam ruang serba sunyi itu pula, Awang Kader kekal membenam renungan ke arah
pasu bunga yang kosong. Sehari-hari ini, dia lebih bersemangat, jiwa juga kian
mendendang rasa bahagia yang cuba dicambahkan sejak dulu tatkala pandangan mata
dijamu bunga-bunga segar. Bunga-bungaan yang menjadi penyeri ruang kerjanya
seolah turut membawa bayang gadis itu. Gadis bernama Nurul Ain.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: 'Peluang tu sentiasa terbuka buatnya tetapi dia memilih untuk terus buta.' Hint paling besar buat perjalanan hidup manusia-manusia dalam Cinta Jangan Kau Pergi :) Enjoice
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-25343770166576610862015-07-15T11:30:00.000+08:002015-07-15T11:30:01.810+08:00[Novel]: Cinta Jangan Kau Pergi Bab14.Assalamualaikum.
"...You've gotta dance like there's nobody watching; Love like you'll never hurt; Sing like there's nobody listening; And live like it's heaven on earth..."
Bab 14<o:p></o:p>
RIMAS benar melayani ulah manja Kathy. Terasa
ruang luas pejabatnya jadi begitu sempit. Sedang nafas yang dihirup ikut bejat,
tidak sekata. Apatah lagi, penampilan gadis itu cukup tidak mendapat tempat
bagi matanya melihat. Segala-galanya bagai terkoyak di sana sini.<o:p></o:p>
“Listen
Kathy, I’m busy right now.” Tegas Tengku Hanif berkata.<o:p></o:p>
“I
tahu you busy...” Kathy bersuara perlahan. Seperti berjauh hati. Dia
menjarakkan kedudukan, bawa kaki ke punjuru ruang itu, berhampiran jendela.<o:p></o:p>
“So?”
Soalan itu dimuntahkan acuh tidak acuh. Tengku Hanif tidak berminat hendak membazirkan
keseluruhan masanya untuk anak gadis pasangan Tuan Baki dan Puan Mardhiha.<o:p></o:p>
Dada
menghempas deru nafas yang mendesah kasar. Kathy ketap bibir. Leret mata begitu
tajam menikam paras Tengku Hanif. Kewujudannya sedikit pun tidak dipeduli. Apa
dia tunggul, atau halimunan?<o:p></o:p>
“You
ni memang tak reti hormat tetamu, kan?” perli Kathy. Daripada berdiri tegak
bagaikan tiang, kini dia labuh duduk di kerusi kulit, berlapis empuk yang
mendepani Tengku Hanif. “I datang, tak pun you sambut elok-elok. Lepas tu, siap
suruh I balik.”<o:p></o:p>
Jari-jemari
terhenti menari di atas papan kekunci. Kepala diangkat, menjulang ke arah
Kathy. Anak mata umpama dipaksa-paksa supaya menatap keadaan Kathy yang cukup
menyakiti deria penglihatan.<o:p></o:p>
“And
you pun, cara you datang tak beradab.” Tengku Hanif membidas sinis.<o:p></o:p>
Buntang
mata Kathy. “You ni, sengaja nak sakitkan hati I,” bentaknya.<o:p></o:p>
“You
nak apa sebenarnya?” Rendah pula suara yang dilontar keluar.<o:p></o:p>
“I
nak you.”<o:p></o:p>
“Nak
I?” Ketawanya terburai. <o:p></o:p>
“Yes,
I want you. Be my husband.” Kathy berterus-terang. Lagi pula, memang itu yang
dikehendaki Datin Sabrina. Dan dia tahu, Tengku Hanif sudah maklum tentang
perkara itu.<o:p></o:p>
Gelak
tawa tadi beransur sepi. Lelaki itu lebih selesa melenturkan otot muka, melarik
sebuah senyuman halus. Sejurus itu, Tengku Hanif geleng kepala. Berkali-kali.<o:p></o:p>
“My
mum tu... memang suka bergurau,” dalih Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Tapi
I serius,” tegas Kathy.<o:p></o:p>
Sisa
herot nipis tadi langsung lebur. Renungan keduanya saling berpadu. Hambatan itu
seakan mengalirkan dua aura yang berbeza.<o:p></o:p>
“Assalamualaikum...
Tengku...” Ketukan itu membuatkan Tengku Hanif membawa pandangan ke arah pintu.
Terjengul muka Nurul Ain di tengah pintu yang merenggang sedikit.<o:p></o:p>
“Yes?”
Tengku Hanif berdiri. Spontan.<o:p></o:p>
“Kopi.”
Nurul Ain memberitahu. Dia hanya mula menginjak lantai bilik itu apabila Tengku
Hanif memberi keizinan.<o:p></o:p>
Kathy
ikut bangun. “Untuk I?”<o:p></o:p>
Nurul
Ain menoleh. <o:p></o:p>
“Emm...
sekejap ya. Saya tak tahu Tengku ada tetamu,” kata Nurul Ain. Ingin cepat-cepat
mendapatkan troli di luar sana. <o:p></o:p>
“Cik
nak air apa?” Sempat dia bertanya.<o:p></o:p>
“No,
thanks,” tutur Kathy seraya mengulum senyum kecil.<o:p></o:p>
“Nurul
Ain...” Tengku Hanif mara beberapa langkah ke depan.<o:p></o:p>
Kaki
yang diinjak berhenti serta-merta. Tubuh berpusing menghadap arah datangnya
suara itu, namun pandangan kekal di paras kebiasaan. Tidak pernah lagi ditatap
secara teliti wajah sang pemberi arahan.<o:p></o:p>
“You
dah sediakan kopi Datuk?” Soalan sama dilontar kembali saat bayang Nurul Ain
muncul di dalam ruang dingin ini.<o:p></o:p>
“Sekejap
lagi, saya naik atas.” Dan Nurul Ain juga kekal mengatur ayat serupa. Seolah
dialog yang sudah dirakam dan akan diulang sehari-hari.<o:p></o:p>
“Thank
you.” Lambat-lambat, dia bawa kaki menghampiri kerusi bertayar lima, diperbuat
daripada kulit berkilat. Punggung dihenyak dengan selesa.<o:p></o:p>
“Most
welcome, Tengku.” Balasnya lembut.<o:p></o:p>
“You
suka... perempuan tu?” Kathy menompang dagu. Bayang Nurul Ain sudah hilang
seluruhnya.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif mencari wajah Kathy. “You cakap apa?” ajunya seumpama mengalami
kekeliruan.<o:p></o:p>
Kathy
menggeleng. Beg tangan dicapai. <o:p></o:p>
“I
nak baliklah. Bosan dekat sini,” gumamnya.<o:p></o:p>
“And
don’t forget, Hanif... I ni bakal menantu pilihan your mum. Kalau your mum
paksa, you memang akan kahwin dengan I. So... please... layan I baik-baik
sikit.” Amaran itu bagaikan satu candaan di pendengaran Tengku Hanif. Sampai ke
telinga leret senyumnya.<o:p></o:p>
Kadang
ketika, ulah Kathy mampu membuarkan rasa gelihati.<o:p></o:p>
Selebihnya
hanya menambah rasa sakit kepala, sakit jiwa, dan sakit hati.<o:p></o:p>
“MAHU ke anak awak dekat anak kita?” Puan
Mardhiha menduga-duga.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina menepuk peha wanita seusianya. Kemudian, leret senyum dilebarkan supaya
tampak benar bersungguh.<o:p></o:p>
“Apa
pula tak mahu? Kathy tu cantik, manis. Pula tu... pandai ambil hati kita. Yang
penting, hormat orang tua.” Berjela-jela ayat pujian buat santapan halwa
telinga Puan Mardhiha.<o:p></o:p>
Puan
Mardhiha tersenyum tawar. “Alah... anak kita tu banyak sangat kurangnya.
Tengoklah cara dia tu, terbawa-bawa perangai orang putih. Baju tak pernah nak
cukup, Na oi. Sakit mata kita ni. Penat tegur, sama juga. Letih mulut ni,”
keluh Puan Mardhiha.<o:p></o:p>
“Biasalah
tu. Budak muda,” tuntas Datin Sabrina.<o:p></o:p>
“Muda
pun, tapi tak kena gaya.” Puan Mardhiha membidas pula.<o:p></o:p>
Tawa
Datin Sabrina meletus kecil. “Buruk baik dia tu, kita terima, Diha.”<o:p></o:p>
“Anak
bujang awak tu, nak ke terima?” <o:p></o:p>
“Kena
terima. Ini pilihan kita tau. Lagipun, kita jamin, esok lusa... Kathy akan
berubah... percayalah.”<o:p></o:p>
Nampak
benar yakin Datin Sabrina berbicara seperti itu. Puan Mardhiha sekadar
mengaminkan dalam hati. Besar harapan dia melihat Kathy berubah penampilan,
sekaligus menutup segala keterbukaan yang mengundang dosa pada mata-mata yang
melirik nakal.<o:p></o:p>
“Dulu
pun... kita pernah berjanji dengan kakak awak. Konon nak jodohkan anak-anak
kami.” Puan Mardhiha mula mengimbau kenangan lalu. Gelak tawa mereka seakan
bergema di telinga. Saling berganti dengan ikat janji yang konon mahu
menyatukan anak-anak mereka, walha kedua-duanya masih terlalu kecil.<o:p></o:p>
“Irsyad
tu?” <o:p></o:p>
Puan
Mardhiha mengangguk. “Rupanya tak ada jodoh. Irsyad pun dah nak kahwin.”<o:p></o:p>
“Itulah.
Kita ni merancang aje, tapi Dia yang tentukan. Tak panjang usia mereka
anak-beranak,” keluh Datin Sabrina.<o:p></o:p>
“Tak
salah kita, dah lebih dua puluh tahun kemalangan tu berlaku, kan?” Dalam
ingat-ingat lupa, Puan Mardhiha cuba menyelongkar memori duka keluarga hartawan
berkenaan. Oleh kerana datuk dan nenek mereka saling bersaudara, maka mereka
turut sama terkena tempiasnya.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk
kepala Datin Sabrina sebagai tanda membenarkan bicara itu. Sedang fikiran dia
dirangkul bayang paras Nur Aminah. Juga wajah mongel Dayang Nur Aisha. Spontan,
elusan nafas berat melepasi rengkungan.<o:p></o:p>
“Mummy!
Eh... Auntie pun ada?” Kathy mempercepatkan langkahnya. Puan Mardhiha disalami.
Setelah itu, berlaga pipi pula dengan Datin Sabrina. <o:p></o:p>
“Kathy
dari mana ni?” Naik juling mata Puan Mardhiha melihat lekuk-lekuk tubuh anak
daranya. <o:p></o:p>
“Mummy
rasa?” Senyumnya dileret-leret sampai ke telinga. Rambut panjang hitam berkilat
dilurut lembut.<o:p></o:p>
“Mummy
tak suka nak main teka-teki dengan kamu,” dengus Puan Mardhiha. Kathy sudah
tertawa kecil.<o:p></o:p>
“Mummy
ni... macam biasalah. Kathy jumpa future son in-law mummy.” Kerlingannya
membelah pandangan redup Datin Sabrina. <o:p></o:p>
“Hanif?”
Sengaja diluncurkan nama itu.<o:p></o:p>
Kathy
memetik jari. “You’re correct, auntie! I jumpa anak you.”<o:p></o:p>
Di
pihak Puan Mardhiha, jelas dia tidak menyenangi ulah Kathy. Kalau pun benar
keduanya bakal disatukan atas rencana keluarga, Kathy masih seorang perempuan. Batasnya
tetap ada.<o:p></o:p>
“Kathy
naik atas dululah...” pamit Kathy.<o:p></o:p>
“Auntie...
I naik atas dulu. Balik nanti, kirim salam sayang I dekat Hanif.” Mata dikenyit
nakal.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina sembunyi tawa, sedang Puan Mardhiha melorot lenggang si anak dengan
nafas yang tersekat-sekat.<o:p></o:p>
“Tengoklah
tu... dengan awak pun nak ber ‘I’, ber ‘you’.” Puan Mardhiha mencebik.<o:p></o:p>
“Biasalah,
budak muda.” Datin Sabrina kekal berpihak kepada Kathy.<o:p></o:p>
“Kita
ni bukan apa, Na... tengok anak orang terlalu terbuka sangat, bersitighfar
panjang. Bila tengok anak sendiri, serupa juga. Lagi panjang istighfarnya.”<o:p></o:p>
“Kathy
tu darah muda, Diha. Suka berfesyen, cantik-cantik...”<o:p></o:p>
“Pening
kepala kita ni, Na. Kalau awak tak nak berbesan dengan kita pun, kita tak
kisah. Kalau Hanif tak sudi memperisterikan Kathy, kita faham.” Bersungguh Puan
Mardhiha melontar bicara.<o:p></o:p>
Jari
telunjuk diangkat tinggi. Sejurus itu bergoyangan membelah udara yang membawa
bayu lesu.<o:p></o:p>
“Kan
kita dah cakap tadi, buruk baik Kathy tu... kita terima. Kathy tu... mesti akan
berubah. Insya Allah.” Otot muka melentur senyum kecil. Bulat hati dia hendak
bermenantukan Kathy. Mahu tidak mahu, Tengku Hanif akan akur atas kehendaknya.
Bukankah Tengku Hanif seorang anak yang baik dan menurut kata?<o:p></o:p>
DIA nampak. Jelas.<o:p></o:p>
Tubuh
dihempas kasar. Pandangan mata menjulang kipas yang berputar perlahan,
meniupkan angin halus.<o:p></o:p>
Perempuan
macam itukah yang menjadi santapan penglihatan Tengku Hanif? Bukan perempuan
seperti dia? Di luar sana, ramai mendambakan dirinya. Ramai memuji dan terus
mengangkat dia sebagai seorang jelitawan. Tetapi, berbeza dengan Tengku Hanif.
Jangankan pandang, melirik jauh sekali. Seolah perhiasan dan segala kecantikan
yang ada tidak menarik perhatian lelaki itu.<o:p></o:p>
Daripada
terlentang, dia bangkit. Duduk menongkat dagu.<o:p></o:p>
“Nurul
Ain...” Bibirnya bergerak-gerak membutirkan sebaris nama itu. Gadis biasa yang
tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Tubuhnya cukup sempurna dibaluti busana
bagi menyembunyikan apa yang dia selalu pamer dengan kemegahan.<o:p></o:p>
“Mummy....
nanti bila besar, adik nak kahwin dengan Abang Hanif, boleh?”<o:p></o:p>
Permintaan
dia sewaktu kecil kembali berlegar di jendela pendengaran. Membangkit satu
perasaan hangat dalam jiwa. Selajur memutikkan segarit senyuman kecil.<o:p></o:p>
“SAMPAI bila nak tenung cincin tu?” Datuk
Awang Kader mengerling ulah sang isteri. Selajur ulas bibir melentur senyum
kecil.<o:p></o:p>
“Abang
ni...” Cincin tadi diletak kembali dalam kotak baldu biru gelap. Terasa
melonjak hati menunggu kepulangan Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Awak
tu, baik telan aje benda tu.”<o:p></o:p>
Bulat
mata Datin Sabrina mendengar sindiran suaminya. Geram pula jadinya. Dalam
segala hal berkaitan niat dia bermenantukan Kathy, mereka tidak pernah sebulu.
Suami dan anaknya, sekapal.<o:p></o:p>
“Karang
saya telan benda ni, terkejut abang.” Datin Sabrina membalas.<o:p></o:p>
Buraian
tawa Datuk Awang Kader memenuhi segenap ruang tamu. Benar-benar gelihati
mendengar jerkahan Datin Sabrina.<o:p></o:p>
“Sampai
masa nanti, kita pergi meminang Kathy, ya bang,” saran Datin Sabrina. Cincin
itu sudah ditolak ke tengah meja. <o:p></o:p>
Sorot
mata Datuk Awang Kader melewati paras Datin Sabrina. Hal berkaitan masa depan
Tengku Hanif, kalau boleh dia tidak ingin ikut masuk campur. Biarlah anak muda
itu menentukan siapa yang bakal berdiri di sebelahnya. Namun kelihatan Datin
Sabrina sudah bulat hati. Cuma sehingga sekarang, Tengku Hanif masih punya ulah
sendiri, akal panjang untuk menepis setiap desakan wanita itu.<o:p></o:p>
“Suka
hatilah.” Dia menyahut acuh tidak acuh.<o:p></o:p>
Spontan,
Datin Sabrina memaling muka.<o:p></o:p>
“Eh,
abang setuju?”<o:p></o:p>
“Kalau
saya bantah, awak tetap nak pinang Kathy tu, kan?” Kening dijongket tinggi.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina sembunyi senyum. Senang hati dia mendengar ungkapan bicara itu.
Sekurang-kurangnya, walau tidak sependapat, suaminya sudah angkat bendera putih.
Meski sekapal dengan Tengku Hanif, lelaki itu tidak akan membangkang
bersungguh-sungguh. Dalam kepala sendiri, mula merencana pujukan untuk
merobohkan kedegilan Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Bang...”
Datin Sabrina berkalih posisi duduk. Punggung dibawa berlabuh di sisi Datuk
Awang Kader.<o:p></o:p>
“Sejak
akhir-akhir ni, saya tengok bilik bacaan abang tu asyik berganti bunga aje.
Mana datangnya? Sebelum ni tak ada pun.” Kemusykilan itu diluncur laju.
Wajahnya jadi berkerut-kerut memikirkan kuntuman bunga yang kerap dibawa pulang
oleh Datuk Awang Kader. Setiap hari, pasu bunga kaca itu berganti penyeri.<o:p></o:p>
“Bunga
dekat pejabat.” Datuk Awang Kader menjawab ringkas.<o:p></o:p>
Bertambah
dalam kerutan merauti roman Datin Sabrina. “Eh, pejabat abang tu bukan taman
bunga tau.”<o:p></o:p>
“Awak
cemburu ke?” usik Datuk Awang Kader.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina memasamkan muka. Ketat. “Menyampah!” dengusnya.<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader meleret senyum.<o:p></o:p>
“Dah
tua-tua ni, tak payah nak cemburu sangat. Tak ada siapa pun yang berkenan dekat
saya ni.”<o:p></o:p>
“Siapa
kata?” Datin Sabrina berpeluk tubuh.<o:p></o:p>
“Orang
sekarang ni, tak pandang rupa dah. Kalau berharta, itulah yang dikejar. Tak
kisahlah... dah tua bangka ke, asal banyak duit. Bermadu pun sanggup! Yang
lelaki pun ikut menggatal. Tak sedar diri gamaknya.” <o:p></o:p>
Mendengar
bebelan itu, Datuk Awang Kader menyulam sengihan lebar. “Saya tak macam tu.
Setia pada yang satu.”<o:p></o:p>
Ekor
mata Datin Sabrina menebak kerlingan tajam. Membelah redup pandangan suaminya.
“Saya tak cakap abang pun.”<o:p></o:p>
“Iyalah,
mana tahu awak mengata saya.”<o:p></o:p>
“Eh,
tak makan cili pun boleh rasa pedas? Ke dah termakan cili juga?” Bulat mata
Datin Sabrina.<o:p></o:p>
Terkekeh-kekeh
Datuk Awang Kader ketawa. “Saya ni makan cili yang pokoknya ditanam dekat
tanah. Cili lain, saya tak makan.”<o:p></o:p>
Otot
muka mulai mengendur. Sedikit demi sedikit, ulas bibirnya melentur senyum. Dia
tahu, Datuk Awang Kader bukanlah lelaki mata keranjang. Luhur sifatnya memang
sedia diketahui sejak dulu lagi.<o:p></o:p>
“Abang
nak air? Saya buatkan...” Dia berdiri.<o:p></o:p>
“Boleh
juga. Asyik ketawa dari tadi, jadi kering pula tekak ni,” ujar Datuk Awang
Kader sambil menggosok-gosok leher.<o:p></o:p>
“Banyak
sangat ke kerja dekat pejabat tu, bang? Si Hanif ni, makin lama, makin menjadi-jadi
pula lewat baliknya.” Sempat lagi dia memuntahkan perihal putera satu-satunya
yang dimiliki. Tidak jadi melangkah ke ruang dapur.<o:p></o:p>
“Biarkanlah
dia. Tak payah nak risau sangat. Tahulah dia cari jalan balik rumah ni.
Cepatlah, Na. Tekak saya haus sangat ni.” Segera didesak sang isteri agar
menghidang minuman buatnya. Lagi pula, dia ingin mematikan bebelan Datin
Sabrina terhadap Tengku Hanif. Segala perilaku sang anak bagai terikat. Hendak
diselidiki luar dalam walhal Tengku Hanif sudah cukup dewasa.<o:p></o:p>
Sejurus
Datin Sabrina bergegas ke dapur, kaki dikemudi menuju ke bilik bacaan, terletak
berhampiran tangga, bersebelahan bilik musollah. Tombol besi berliku nipis
dipulas dan daun pintu ditolak perlahan. Pandangan ditebar ke merata arah
sebelum pegun menatap pasu kaca yang dihiasi kuntuman aster.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Been busy! :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-40117191502926066982015-07-08T11:30:00.000+08:002015-07-08T11:30:01.764+08:00[Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab13.Assalamualaikum.
"...Forgiveness is a virtue of the brave..." -Indira Ghandi
Bab 13<o:p></o:p>
Kampung
Batu Tiga<o:p></o:p>
Tanah Perkuburan
Islam<o:p></o:p>
JARI-JEMARINYA meleret perlahan di atas plat
besi, tertera nama Nur Aminah dalam dua versi- jawi dan rumi. Serta terpahat
sekali tarikh kelahiran dan kematiannya. Untaian nama itu direnungi dengan mata
bergenang hangat. Kewujudan sang isteri seumpama bersemadi dalam jiwa, tidak
pernah mati.<o:p></o:p>
“Min...”
Nama itu diseru penuh rasa rindu. Sendu yang tiada tertahan akhirnya merobek
empangan dengan buraian airmata. Airmata lelakinya tumpah kerana memendam rindu
terhadap Nur Aminah.<o:p></o:p>
‘Abang.’
Elusan angin meyapa seakan turut membawa bisikan lembut itu. <o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader menunduk kepala. Perlahan-lahan, dia katup mata. Rapat.<o:p></o:p>
‘Abang...’
Bisikan itu hampir ke telinga. Serentak dengan itu, dia dirangkul paras Nur
Aminah yang manis dan beriak tenang. <o:p></o:p>
“LAMA ke bercuti dekat sini?” Malik melabuh
punggung di atas pangkin, bersebelahan Datin Sabrina. Rintik-rintik peluh mulai
menggigit dahi. Biar waktu sudah menginjak jam lima petang, namun suasana
persekitaran masih terik.<o:p></o:p>
“Esok
kami baliklah,” kata Datin Sabrina.<o:p></o:p>
Sorot
mata Malik mendasari roman sang adik. “Kenapa cepat sangat?”<o:p></o:p>
“Abang
Kader tu sibuk. Hanif pun sama. Masing-masing ada tanggungjawab kerja.”<o:p></o:p>
Malik
memalingkan muka. Dia membuang pandang jauh ke depan. Galak memerhatikan ulah
anak-anak jiran bermain bola sepak di kawasan lapang, berjarak kira-kira lima
belas meter dari kediaman mereka.<o:p></o:p>
“Semua
tu duniawi, Ina.”<o:p></o:p>
“Atau
Ina yang tak mahu?” lanjut Malik.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina menoleh. Pandangan keduanya bersatu sebelum Malik membawa mata jauh dari
adiknya.<o:p></o:p>
“Apak
dah tua, Ina. Mungkin esok, mungkin lusa... apak dah tak ada.” Ada getar
memagari bicara Malik. Hujung kaki terkuis-kuis daun mati atas tanah.<o:p></o:p>
“Abang
Malik nak cakap apa sebenarnya?” Datin Sabrina merengus kurang senang. Turun
naik dada dia jadinya.<o:p></o:p>
Helaan
nafas dilepaskan perlahan. Kedengaran memberati rengkungan. “Ina tu, macam
simpan dendam dekat apak.”<o:p></o:p>
Serta
merta, otot muka melentur senyum. Sinis. <o:p></o:p>
“Dendam?
Siapa yang dendam dengan siapa, Abang Malik? Saya atau apak?” soalnya mendatar.<o:p></o:p>
“Sampai
bila pun, saya tetap pesalah di mata apak. Saya bukan anak yang baik bagi dia.”
Keluhan itu benar-benar membuatkan Malik berasa kasihan. <o:p></o:p>
“Apak
memang macam tu. Ina tentu faham, kan?”<o:p></o:p>
“Dengan
saya aje apak macam tu. Dengan Abang Malik, Abang Burhan, Abang Salihin... tak
pun,” tuntas Datin Sabrina.<o:p></o:p>
Malik
kunci mulut. Untuk sedetik waktu, dia merenungi paras Datin Sabrina. Terlalu
jauh jurang yang membentengi silaturrahim mereka. Wanita itu telah bawa hati,
membina tembok setinggi langit, manakala Abdullah pula tidak pernah cuba
merobohkan hijab tembok itu. Dibiar terus-terusan tiada berusik.<o:p></o:p>
“Abang
Malik! Ina!” Terjengul kepala Ainan, isteri Malik di tengah-tengah regangan
jendela kayu. Kedua belah tangannya mengawang udara.<o:p></o:p>
Malik
menoleh ke belakang.<o:p></o:p>
“Minum
petang, bang.” Ainan memanggil lagi.<o:p></o:p>
“Iyelah,
abang datang ni,” sahut Malik.<o:p></o:p>
“Mari
kita masuk dalam, Ina. Tu, kakak kau dah buat minum petang.”<o:p></o:p>
Datin
Sabrina angkat punggung. Telapak tangan mengibas kain.<o:p></o:p>
“Eh,
Kader tak balik lagi ke?” Malik tertoleh-toleh mencari kelibat adik iparnya.<o:p></o:p>
“Tak
nampak bayang pun, tak balik lagilah tu.” Datin Sabrina mengiringi langkah
Malik. Dari celah bukaan pintu, dia nampak Abdullah sedang duduk di atas kerusi
malas dengan kedua belah tangannya berada dalam kedudukan qiam. Gerak kaki
dikemudi laju tatkala renungannya berbalas. Tidak lagi menunggu Malik yang
memanggil namanya berulang kali.<o:p></o:p>
AJAKAN anak menantu tidak dihirau.
Berkali-kali Malik turun naik tangga, namun dia tetap membekukan diri. Lebih
senang mengitari pemandangan tenang pada waktu kian menginjak senja daripada
duduk semeja dan membicarakan sesuatu yang kosong.<o:p></o:p>
“Atuk...”
Tengku Hanif duduk bersila hampir di kaki Abdullah. <o:p></o:p>
Ulas
bibir lelaki itu melentur senyum buat tatapan Tengku Hanif. Kemudian, anak mata
kembali menebak ke luar pintu.<o:p></o:p>
“Panjang
betul atuk termenung,” tegur Tengku Hanif. Kaki tua itu diurut perlahan-lahan.
Dari buku lali sampai ke pangkal betis yang diselubungi kain pelikat
kotak-kotak, adunan warna merah dan biru tua.<o:p></o:p>
“Kamu
tu, dari pagi bawa ke petang, baru nampak muka. Menghilang ke mana?” Giliran
Abdullah bertanya.<o:p></o:p>
“Ada
aje tuk. Dekat dalam bilik, buat kerja sikit.”<o:p></o:p>
“Sampai
ke sini kamu bawa kerja kamu tu?” <o:p></o:p>
“Nak
buat macam mana, tuk. Takut tak terkejar nanti.” Tengku Hanif tersenyum-senyum.<o:p></o:p>
“Kalau
kejar dunia, sampai bila pun tak pernah habis.” Abdullah menyandarkan kepalanya
di kerusi. Urutan itu dinikmati dengan perasaan bercampur-baur. Fikiran dia
dipenuhi dengan imbauan manis bersama arwah sang isteri. Sulima begitu bijak
mengusir segala lenguh-lenguh tubuh dengan urutan lembutnya.<o:p></o:p>
“Insya
Allah, tuk. Hanif akan seimbangkan dunia dan akhirat.” Lontaran bicara itu
dibalas tulus.<o:p></o:p>
Herot
bibir Abdullah melentur sebuah senyuman. Cukup halus. <o:p></o:p>
“Assalamulaikum...”
Tersembul susuk tubuh Datuk Awang Kader di sebalik regangan pintu. Selangkah
demi selangkah, dia menapak masuk mendekati Abdullah dan Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Waalaikumsalam.”
Keduanya menjawab hampir serentak.<o:p></o:p>
“Tak
minum dengan pak long ke?” Soalan itu tertuju kepada Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Sekejap
lagilah, pa.” Tengku Hanif mengengsot ke penjuru ruang itu, memberi ruang
kepada ayahnya duduk hampir di sisi Abdullah.<o:p></o:p>
“Sibukkan
kerja sangat anak kamu ni, Kader.” Sorot ekor mata menempa paras pemuda yang
kelihatan santai dengan pagoda putih dan berseluar paras kepala lutut.<o:p></o:p>
Kening
tebal yang memayungi sepasang mata redup Datuk Awang Kader, hampir bertaut.
“Balik kampung pun still berkepit dengan kerja?”<o:p></o:p>
Tengku
Hanif tersengih panjang. Kepala digaru walau tidak gatal.<o:p></o:p>
“Pa,
kita kan ada meeting dengan Nordin Group next week.”<o:p></o:p>
“So?
Bukan ke hari tu Hanif kata, segala dokumen yang diperlukan dah pun hampir
siap.” <o:p></o:p>
“Ada
problem sikit, pa. Jadi sekarang ni, Hanif tengah gigih nak settle semua. Sebab
tu sampai berkepit balik sini.” Tengku Hanif tersenyum kemudiannya. Asalnya
amanah itu telah hampir diselesaikan mengikut waktu perancangan, namun ekoran
kejadian tidak diingini berlaku, maka dia harus bermula dari awal.<o:p></o:p>
Abdullah
sudah tergeleng-geleng kepala. Bapa dan anak, sama sahaja. Tidak pernah
berhenti fikir tentang pekerjaan masing-masing.<o:p></o:p>
“Sudahlah
tu. Tinggalkan sekejap hal-hal kamu. Apak dengar pun naik bosan,” rungut
Abdullah.<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader tertawa kecil.<o:p></o:p>
“Kamu
dari mana, Kader?” Abdullah memerhatikan menantu yang paling dikasihi.<o:p></o:p>
“Dari
kubur, pak.”<o:p></o:p>
“Ziarah
Aminah?”<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader mengangguk dalam senyuman halus. “Lama sangat tak ziarah kubur
arwah.”<o:p></o:p>
“Biar
lama, asalkan tak terus lupa,” kata Abdullah. Bicara itu kedengaran mendatar.<o:p></o:p>
“Tak
mungkin saya boleh lupakan Aminah, pak,” tekan Datuk Awang Kader.<o:p></o:p>
Suasana
jadi sunyi. Mendadak. Datuk Awang Kader ralit menempa pemandangan di luar
jendela, manakala Abdullah selesa memejamkan mata sambil ulas bibirnya
bergerak-gerak membutirkan kalimah suci, memuji Ilahi agar diberi kekuatan
untuk terus bernafas di muka bumi dalam keadaan hati yang masih rapuh.<o:p></o:p>
“Atuk...”
Tengku Hanif menyeru lembut. Kembali merapati kerusi malas yang diduduki
Abdullah.<o:p></o:p>
“Emmm...”
Abdullah menyahut. Matanya masih terkatup rapat.<o:p></o:p>
“Atuk
percaya pada takdir?” usul Tengku Hanif tiba-tiba.<o:p></o:p>
“Kita
orang Islam, Hanif. Apa pun yang terjadi dalam hidup kita, semua tu rencana
Allah, takdir dari atas langit.”<o:p></o:p>
“Atuk
masih berharap anak arwah Ibu Min masih hidup?” Tika itu, terasa dirinya
dirempuh dengan tusukan mata Datuk Awang Kader. Biar pun tidak menuntas atau
mencelah, namun jelas terpamer rias kurang senang menakungi roman lelaki itu.<o:p></o:p>
Abdullah
sekadar mengoles senyum. Lama kelamaan kian lebar.<o:p></o:p>
“Kunfayakun.
Tak ada yang mustahil atas dunia ni, Hanif. Kalau benar Dayang Nur Aisha masih
hidup, alhamdulillah. Kita doakan semoga dia menemui jalan untuk kembali pada
kita.”<o:p></o:p>
“Insya
Allah, tuk.”<o:p></o:p>
Pandangan
mata dijulang ke hadapan. Renungan keduanya bersatu.<o:p></o:p>
“AKU... rasa berdebar-debar,” gumam Nurul Ain.<o:p></o:p>
Anisa
di sebelah sekadar menoleh sekilas sebelum kembali memacak anak mata tepat ke
skrin televisyen.<o:p></o:p>
“Kenapa?”
soalnya.<o:p></o:p>
Nurul
Ain mengusap batang tengkuk. Sukar digambarkan perasaannya saat ini. Seolah
dibawa menelusuri ‘sesuatu’ dalam kewarasan yang cukup nipis.<o:p></o:p>
“Entah...”
Keluhan dilepaskan dalam paksaan. Dibiar udara hangat itu bergumpal dalam
putaran angin.<o:p></o:p>
Mulut
Anisa yang ralit mengunyah kerepek ubi, langsung kaku. Sedang leret mata terus
membidik paras Nurul Ain. Dia curiga.<o:p></o:p>
“Ke...”
Duduknya beralih posisi. Daripada menghadap peti televisyen, kini dia mendepani
Nurul Ain. Kedua belah kaki berlipat, bersimpuh sopan.<o:p></o:p>
“Ke
kau teringat bos kau? Atau Encik Irfan?” Kening dijongket tinggi.<o:p></o:p>
Bulat
mata Nurul Ain. Pantas sahaja telapak tangannya merempuh lengan Anisa.<o:p></o:p>
“Sakitlah!”
Anisa berdecit. Muncung sudah panjang sedepa.<o:p></o:p>
“Padan
muka!” cebik Nurul Ain.<o:p></o:p>
Anisa
menjelir lidah. “Rindu... tapi tak mahu mengaku.”<o:p></o:p>
Nurul
Ain menjuling mata ke atas. Kerepek ubi
diambil dari tangan Anisa.<o:p></o:p>
“Kau
ni, makan tak ingat dunia. Cubalah berlagak macam tetamu sikit. Ini... kalah
tuan rumah,” bebel Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Alah,
mak kau cool aje. Siap suruh aku habiskan semua makanan dekat dapur tu,” tuntas
Anisa. Bekas kerepek tadi dirampas semula dan dibawa ke dalam dakapan seperti
enggan dilepaskan lagi. Nurul Ain menahan gelihati melihat ulah sahabat
baiknya.<o:p></o:p>
“Menyesal
aku pelawa kau tidur rumah aku malam ni.” Sengaja ditekan rendah suaranya
supaya ia kedengaran terlalu kesal.<o:p></o:p>
Buraian
tawa Anisa menjadi-jadi. “Nasiblah. Jangan terkejut kalau esok pagi kau bangun,
tinggal botol dengan plastik aje kat dapur tu.”<o:p></o:p>
Tangkas
jari-jari Nurul Ain mengetam pinggang Anisa. Terjerit-jerit gadis itu menahan
geli. Sehingga nyaris jatuh telungkup atas lantai.<o:p></o:p>
“Dah!”
Anisa angkat kedua belah tangannya, separas dada. Lelah menahan geli apabila
jari-jari Nurul Ain ligat menggeletek pinggangnya. Hampir dia pengsan kerana
kegelian!<o:p></o:p>
Nurul
Ain dabik dada. Gaya seperti memenangi pertandingan paling berprestij. Anisa
dipandang sebelah mata sahaja. Selang beberapa saat, mereka berdua berpadu
tawa. <o:p></o:p>
“Syikin
mana? Dah tidur ke adik kau tu?” Anisa tertoleh-toleh. <o:p></o:p>
Nurul
Ain menggeleng. “Dia teman ibu dalam bilik. Tahu ajelah adik aku tu, hati
lembut. Selagi ibu aku tak elok, selagi itulah nak bersedih-sedih bagai.” Dia
tersenyum-senyum mengenangkan ulah terlebih manja Asyikin.<o:p></o:p>
“Bagus
adik kau tu. Tak macam kau. Emak dalam bilik, kau hu ha hu ha dengan aku. Buat
riuh rumah.” Mulut ditekup jari-jemari yang bertaut rapat. Halus tawanya
mencuri keluar dari celah-celah jari.<o:p></o:p>
“Sopan
sangat kau ketawa, Nisa.” <o:p></o:p>
“Haruslah.
Kang ketawa macam kau, tak ada siapa nak buat aku jadi menantu.”<o:p></o:p>
Spontan
Nurul Ain menjegilkan mata.<o:p></o:p>
“BILA mak?” Pintu ditutup rapat. Penuh
berhati-hati, dia kembali melabuhkan punggung di atas hujung katil. Asyikin
yang sudah lena dipandang sekali imbas.<o:p></o:p>
“Katanya
hujung bulan nanti.” Hajah Ramlah memberitahu.<o:p></o:p>
Suriani
terdiam. Lidahnya bagai tersimpul ketat. Kesakitan yang dialami seumpama lenyap
seluruhnya tatkala Hajah Ramlah mengkhabarkan berita itu.<o:p></o:p>
“Untuk
apa?” Kedengaran dingin bicara itu.<o:p></o:p>
“Kamu
jangan risau, Su. Mereka cuma nak jumpa budak tu aje.”<o:p></o:p>
“Ambil
Ain dari saya? Macam tu?” <o:p></o:p>
“Su...
kenapa jauh sangat kamu berfikir? Kan emak dah kata, mereka hanya nak tengok
Nurul. Mak pun tak akan benarkan kalau mereka nak ambil Nurul dari kamu. Mak
tahu, sayangnya kamu pada Nurul melebihi segala-galanya.” Hajah Ramlah memujuk
lembut.<o:p></o:p>
Suriani
mengetap bibir. Pilu. Dadanya cukup sebu. Seolah jantungnya direntap kasar.
Terlalu perit. Tiada apa yang mampu difikirkan lagi melainkan Nurul Ain akan
dibawa pergi jauh darinya. <o:p></o:p>
“Saya
sayang Ain, mak.” Bergetar hujung suaranya.<o:p></o:p>
“Mak
tahu. Mak tahu kamu sayangkan Nurul. Tapi... Su mesti ingat lagi, kan... apa
yang kita bincangkan bertahun dulu?” Kata-kata Hajah Ramlah membuatkan Suriani
terpempam. Langsung kelu.<o:p></o:p>
“Saya
yakin, dia akan kembali menjejaki budak ni... sebab dia tak percaya yang anak
ini sudah mati.”<o:p></o:p>
Paras
seorang wanita separuh usia dan tutur bicaranya berdengung dalam kepala.
Menzahirkan sebuah ingatan yang telah lupus dari fikiran. Kala itu, terbayang
juga roman tenang kenalan arwah suaminya, Zakaria. Lelaki itulah yang menemukan
mereka suami isteri dengan seorang bayi perempuan berusia empat belas bulan.<o:p></o:p>
“Sakitlah!
Ngek betul kau ni!” Melengking tinggi suara Anisa mengejutkan Suriani. Sejurus
itu, tawa Anisa dan anak perempuannya berpadu. Riuh-rendah jadinya rumah
mereka.<o:p></o:p>
Selajur,
ulas bibir Suriani melentur sebuah senyuman kecil. Leretan yang hanya muncul
sekejap waktu sebelum ia lenyap sebaik Hajah Ramlah kembali bersuara.
Mengingatkan dia tentang ‘sesuatu’ yang sudah lama tersimpan dalam lipatan
hidup mereka sekeluarga.<o:p></o:p>
ng mata yang selama ini cukup lama
membelah setiap gerak laku si gadis. Bergerak-gerak mata dia memerhatikan sang
arjuna sedang berdiri bertentangan Nurul Ain. Sekali sekala, senyum sang arjuna
melebar mencecah telinga.<o:p></o:p>
Mereka
tampak mesra, seperti saling mengenali.<o:p></o:p>
Selangkah
demi selangkah dia berundur meninggalkan tempat itu. <o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
Notahujungkaki: Alhamdulillah... kian menghampiri Syawal. Jujurnya, saban tahun perasaan teruja sambut Syawal tu memang ada, tapi bila sampai pertengahan Ramadan, hati jadi sayu. Sukar hendak melepaskan bulan Ramadan. Mudah-mudahan masih diberikan kesihatan dan umur panjang agar dapat menikmati Ramadan dan Syawal di tahun-tahun akan datang bersama emak, abah, dan adik-adik. Insya Allah :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-3886110277962659062015-07-01T11:30:00.000+08:002015-07-01T11:30:01.833+08:00[Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab12.Assalamualaikum.
"...Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya jadi pelengkap..."
Bab 12<o:p></o:p>
DERAIAN airmata lencun membasahi pipi Asyikin.
Kadang ketika, bahunya terhinjut-hinjut menahan esak tangis yang kian menggila.
Manakala Nurul Ain di sisi, terus berusaha mengawal perasaan. Jauh di sudut
hati, tangisan dia lebih hebat berbanding Asyikin.<o:p></o:p>
Tidak
terduga, malah tiada terlintas dalam fikiran bahawa ibu mereka akan terlibat
dalam kemalangan di pagi Jumaat. Dunia mereka bagai berhenti berputar. Setiap
desah nafas kedengaran hampir di telinga. Kala itu, susuk tubuh gempal Mariam,
jiran sebelah rumah semakin kabur. Mata masing-masing sudah bergumpal dengan
airmata.<o:p></o:p>
“Dah,
jangan menangis. Buruk rupa tu.” Suriani menenangkan perasaan kedua orang
puteri kesayangannya. Diusap pipi Nurul Ain. Dipeluk tubuh Asyikin yang melekat
dipinggangnya.<o:p></o:p>
Nurul
Ain mengelap air mata. Lambat-lambat dia menunduk, membidik anak mata ke arah
kaki kiri Suriani. Berbalut sehingga ke pangkal betis.<o:p></o:p>
“Adik
tak sekolah?” soal Suriani kepada Asyikin.<o:p></o:p>
“Ain
dah cakap dekat cikgu sekolah adik. Cuti emergency. Pada Kak Laila pun Ain dah
sampaikan berita kemalangan ibu ni.” Nurul Ain menjawab bagi pihak Asyikin.<o:p></o:p>
“Ain...
tak kerja?” Kali ini soalan tertuju pada Nurul Ain. <o:p></o:p>
“Macam
mana Ain nak pergi kerja dalam keadaan ibu macam ni?” Dia labuh duduk di birai
katil pula. Tangan dibawa merayapi balutan pada kaki Suriani. Hasil imbasan
x-ray yang dilakukan terhadap ibunya, bahagian buku lali kiri didapati cedera.
Namun dia bersyukur, terlalu bersyukur kepada Tuhan kerana wanita kesayangannya
itu tidak mengalami kecederaan lain yang lebih serius. Hanya calar balar dan
luka kecil di bahagian lutut.<o:p></o:p>
“Ibu
tak apa-apa, Ain jangan risau.” Suriani berkata lembut. Senyum lebarnya tidak
mampu meyakinkan Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Ain
nak jaga ibu sampai ibu betul-betul sembuh,” putus Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Betul
tu, bu.” Asyikin pantas mencelah.<o:p></o:p>
Suriani
geleng kepala. “Kaki ibu ni, cedera sikit aje. Insya Allah, lepas diurut nanti,
baiklah.”<o:p></o:p>
“Ain
kerja, adik pergi sekolah,” lanjutnya.<o:p></o:p>
“Dengar
cakap ibu.” Kali ini, dia lebih bertegas tatkala kedua puterinya masih
menunjukkan sikap keras kepala. <o:p></o:p>
Nurul
Ain dan Asyikin saling berpandangan. Kemudian, kedua-duanya mengangguk tanda
akur.<o:p></o:p>
“Tapi...
hari ni, biar kami jaga ibu. Lagipun, esok ibu boleh balik, kan?”<o:p></o:p>
“Alah,
ibu tak kisah kalau sorang-sorang dekat sini. Kiri kanan, ada kawan-kawan.”
Terjuih-juih ulas bibir Suriani, menunjuk persekitaran wad yang didiami untuk
satu malam.<o:p></o:p>
“Kami
ni anak ibu, tahu. Apa guna ada anak, kalau tak reti nak jaga ibu sendiri time
macam ni?” Nurul Ain meluahkan rasa tidak puas hati.<o:p></o:p>
Meletus
tawa kecil Suriani.<o:p></o:p>
“Iye
lah... iye lah. Teman ibu sampai discharge esok, boleh?” Suriani menggenggam
tangan Nurul Ain.<o:p></o:p>
Serta-merta,
senyuman Nurul Ain melebar. Wajah sedikit berkedut Suriani ditatap penuh kasih
sayang.<o:p></o:p>
DIA trauma. Terlalu trauma apabila mengetahui Suriani
terlibat dalam kemalangan. Perasaan yang bergelandangan dalam diri, jelas
serupa ketika terpaksa menelan kenyataan bahawa ayah mereka meninggal dalam
kemalangan, lima tahun dulu.<o:p></o:p>
Getir perasaan
keluarga mereka diuji dengan kematian Abdul Halim. Namun ibu mereka tabah
menghadapi semua ujian tersebut. Siapa yang tidak meratap penuh kehibaan apabila
mengetahui suami tercinta meninggal di saat diri masih dalam keadaan koma? <o:p></o:p>
Suriani kuat. Cukup
tabah. Tiada raungan, tiada tangisan lebat. Hanya airmata sahaja menceritakan
betapa wanita itu bersedih di atas kehilangan suami yang dikasihi.<o:p></o:p>
MENCERLUNG lirik mata Nirmala menerkam paras
Anisa. Dengan kedua belah tangannya mencekak pinggang, gaya dia seumpama
seorang ibu yang garang hendak memarahi anak kecil.<o:p></o:p>
Anisa
terkulat-kulat melawan renungan yang membidik bagaikan busur tajam. ‘Matilah
kau, Ain. Aku pun sama mati kejap lagi.’ Hati mulai tidak keruan. Dia tahu apa
yang bakal dimuntahkan Nirmala.<o:p></o:p>
“Mana
kawan kau tu, Anisa?” Biar sepotong ayat itu diaju dalam bentuk pertanyaan,
saat menerobos dalam telinga, terasa memetir bagai sang halilintar.<o:p></o:p>
“Anu...
emm... Ain... anu... aaa.” Tiada tersusun pun bicara yang diatur. Berterabur,
malah tergagap-gagap.<o:p></o:p>
“Mana?!”
Nirmala mula membentak. Bibir sudah diketap rapat. Daripada mencekak pinggang,
kini dia berpeluk tubuh. Ulah pekerja itu benar-benar mencabar kesabaran dia.<o:p></o:p>
“Dia
ada hal.” Buru-buru Anisa menjawab dalam sekali nafas. Nyaris tercampak keluar
jantung dari tubuh.<o:p></o:p>
Nirmala
merengus marah. “Hal? Hal apa? Kucing beranak?” <o:p></o:p>
Tertunduk-tunduk
kepala Anisa. <o:p></o:p>
“Ke
dah teringin sangat nak berhenti kerja? Kalau nak sangat, aku boleh pecat
sekarang ni.” <o:p></o:p>
Spontan,
Anisa mendongak. <o:p></o:p>
“Jangan,
kak. Kasihan Ain nanti,” kata Anisa, berusaha memujuk kononnya.<o:p></o:p>
Kerlingan
maut dipamer penuh amarah.<o:p></o:p>
“Habis,
siapa yang nak kasihan pada aku? Ada pekerja pun, tak boleh harap!” marah
Nirmala lagi.<o:p></o:p>
“Kerja
pun tak sampai setahun lagi, dah buat hal. Dia ingat kedai ni kedai bapak dia
punya? Suka hati nak datang, tak nak datang. Dasar pemalas!” Nirmala
terus-terusan merutuk marah. Sehingga ke dalam bilik, telinga Anisa masih mampu
menangkap setiap butir bicara Nirmala.<o:p></o:p>
Helaan
nafas dilepaskan perlahan. Cukup berat. <o:p></o:p>
“Mana
kau pergi, Ain?” Kepala digaru kasar. Telefon bimbit pantas dilekap ke telinga.
Meliar mata dia mengitari suasana sunyi ruang kedai berkenaan.<o:p></o:p>
“Ain,
mana kau? Kenapa tak datang kerja? Kau tahu tak, mak nenek tu membebel bagai
nak gila. Siap ugut nak pecat kau.” Lantunan suara cuba dikawal agar kedengaran
perlahan. Dia bertinggung berhampiran kaunter.<o:p></o:p>
“Aku
ada emergencylah.” Kedengaran lemah desir bicara di sebelah sana.<o:p></o:p>
Anisa
jongket kening. “Kau kenapa, Ain? Apa yang emergency tu?”<o:p></o:p>
“Mak
aku accident. Orang langgar.”<o:p></o:p>
“Hah?”
Nyata, Anisa ikut terperanjat.<o:p></o:p>
“Habis,
macam mana keadaan mak kau? Teruk ke?”<o:p></o:p>
“Alhamdulillah,
tak teruk sangat. Tapi itulah, kaki dia cedera. Berbalut sampai ke betis.
Bersimen bagai,”<o:p></o:p>
Anisa
beristighfar panjang. “Kalau macam tu, tak apalah. Aku bukan apa, mak cik tu
dah makin gila kau tahu. Silap-silap hari bulan, kau cakap mak kau kemalangan
pun dia tak percaya nanti. Otak dah biul!”<o:p></o:p>
“Eh,
tak baik cakap macam tu. Nanti biul betul. Siapa nak jadi bos kecil dekat kedai
tu?” <o:p></o:p>
Bersahut-sahutan
tawa dua orang sabahat itu.<o:p></o:p>
“Apalah,
buat dosa lagi. Dia tu bos kita, Nisa. Walau berlagak aje lebih, tetap bos.
Kang tak berkat rezeki kita, asyik kutuk-kutuk aje.” <o:p></o:p>
“Emm...
itulah, kuasa bos.” Anisa mengeluh.<o:p></o:p>
“Balik
kerja nanti, aku datang hospital, jenguk mak kau.”<o:p></o:p>
“Jangan
lupa bawa buah tangan. Sekali untuk aku dan Syikin.”<o:p></o:p>
“Ah,
tak kuasa aku. Buat gemuk kau aje. Baik aku beli untuk diri sendiri,” cebik
Anisa dalam leret senyum yang panjang.<o:p></o:p>
“Hai.”
<o:p></o:p>
Anisa
menoleh ke arah datangnya suara garau itu.<o:p></o:p>
“Sekejap,
Ain. Ada customer,” bisik Anisa. Diperhati sang arjuna yang berdiri di ambang
pintu. <o:p></o:p>
“Nurul
Ain ada?” Irfan melangkah mendekati Anisa.<o:p></o:p>
“Encik
ni siapa ye cari dia?” Anisa kerut dahi.<o:p></o:p>
Irfan
tersenyum nipis. “Saya... Irfan. Kawan Nurul Ain.”<o:p></o:p>
Bertambah
jelas kerut yang merauti wajah Anisa.<o:p></o:p>
“Ain,
kawan kau cari.”<o:p></o:p>
“Hah?
Siapa?”<o:p></o:p>
“Irfan.”<o:p></o:p>
“Irfan
mana pula?”<o:p></o:p>
Anisa
memberi isyarat supaya lelaki tadi menunggu sebentar. Langkah dipacu
menghampiri penjuru ruang itu. Mereka terpisah hanya beberapa hasta.<o:p></o:p>
“Sejak
bila kau ada ramai kawan lelaki?”<o:p></o:p>
“SEMUA?” Lufiya membelek buku di tangannya.<o:p></o:p>
“Yes,
cancel semua.” Fail-fail dikemas ala kadar. Kunci kereta dan beberapa barang
peribadi miliknya lekas dicapai.<o:p></o:p>
“Tapi...
kenapa Tengku?” Lufiya mengamati ulah anak majikannya. Nampak kelam-kabut.
Seperti terkejar-kejarkan sesuatu yang lebih penting.<o:p></o:p>
“Saya
ada hal penting.” Ringkas jawapan diberikan, namun agak tergantung pada
pemikiran Lufiya.<o:p></o:p>
“Kalau
Datuk cari nanti...”<o:p></o:p>
“Just
tell him, saya ada urusan lain. Call Tuan Indera and cakap dekat dia, kita
tukar date and time.” <o:p></o:p>
“Esok?”
cadang Lufiya.<o:p></o:p>
“Sure...
sure. Tomorrow, after zuhur” Langkah dikemudi laju melintasi Lufiya.<o:p></o:p>
Lufiya
memandang hairan. <o:p></o:p>
NURUL AIN tersentak ketika terasa lengannya
direntap kuat. Tubuhnya terpusing ke belakang. Anisa membuat riak bertanya
dengan mata sesekali menyoroti Irfan.<o:p></o:p>
“Apa?”
Nurul Ain menyoal perlahan.<o:p></o:p>
“Kau
tanya aku? Patutnya aku yang tanya kau, tahu!” Anisa mencubit pipi Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Aku
tak kenal dialah.”<o:p></o:p>
Buntang
mata Anisa. “Tak kenal? Dia kata dia kawan kau.”<o:p></o:p>
“Betul,
Nisa. Aku ni, mana ada kawan lelaki. Kau ajelah kawan aku.”<o:p></o:p>
“Habis
tu, dia tu siapa? Hantu? Yang hari tu datang cari kau tu, siapa? Jembalang?”
Bagai hendak terkeluar biji mata dari soket apabila Anisa membulatkan matanya.<o:p></o:p>
Nurul
Ain menggaru kepala. Bagaimana hendak dibentangkan cerita di depan Anisa?
Sekilas dia melorong penglihatan ke sisi. Gaya Irfan langsung tidak canggung.
Waima ibunya juga melayani Irfan seolah mereka sudah lama kenal. Sesaat
kemudian, dia kembali mencari paras Anisa.<o:p></o:p>
“Encik
Irfan tu yang tolong hantar aku masa motor aku rosak. Kau ingat lagi tak?”<o:p></o:p>
Jari-jemari
runcing Anisa bemari-nari di sekitar dagu. <o:p></o:p>
“Aku
syak, dia pun staff dekat tempat aku kerja part-time tu.” Jari hantu dan jadi
telunjuk diangkat tinggi, selajur digerakkan ke bawah dan ke atas
berulang-ulang kali tatkala lentur lidah menyebut ‘part-time’.<o:p></o:p>
“Pandai
kau cari geng dekat sana. Hari tu, dah datang sorang. Ni, ada lagi sorang. Esok
lusa, berduyun-duyun cari kau.” Anisa ketawa perlahan. Ikut hati, mahu dihambur
sampai hingar ruang wad ini.<o:p></o:p>
Bibir
diketap rapat. Sungguh, geram benar dia pada Anisa.<o:p></o:p>
“Gossip
fasal siapa tu?” <o:p></o:p>
Nurul
Ain dan Anisa berpaling serentak. Menjulang paras Irfan yang tersenyum-senyum
pada mereka.<o:p></o:p>
“Eh,
tak ada sesiapa pun Encik Irfan.” Terlebih dahulu Nurul Ain menjawab sebelum
sempat Anisa memuntahkan bicaranya.<o:p></o:p>
“Maaflah
kalau kedatangan saya ni mengejutkan awak, Ain,” kata Irfan.<o:p></o:p>
“Kenapa
Encik Irfan cari saya?” soal Nurul Ain, cukup lurus. Ekor mata menangkap herot
sengihan Anisa yang duduk bersama Asyikin. Sejurus itu, saling berbisik dengan
adiknya pula. Ingat dia tidak nampak?<o:p></o:p>
“Sebab...”
Jeda seketika. Paras Nurul Ain ditatap lama. Terpeta dalam ingatan. Seluruhnya.<o:p></o:p>
“Sebab
saya nak jumpa Ain.”<o:p></o:p>
Kening
Nurul Ain hampir bertaut.<o:p></o:p>
PADA saat dia berdiri di sebalik dinding,
menjurus pandangan ke depan, langkah langsung mati. Kaku di situ seumpama tiang
lampu di tepi jalan.<o:p></o:p>
Bersama
alunan desah nafas yang kian menyempit dalam rengkungan, kaca mata hitam
ditanggalkan daripada membentengi sepasang mata yang selama ini cukup lama
membelah setiap gerak laku si gadis. Bergerak-gerak mata dia memerhatikan sang
arjuna sedang berdiri bertentangan Nurul Ain. Sekali sekala, senyum sang arjuna
melebar mencecah telinga.<o:p></o:p>
Mereka
tampak mesra, seperti saling mengenali.<o:p></o:p>
Selangkah
demi selangkah dia berundur meninggalkan tempat itu. <o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Rasanya lebih susah sesi edit-rombak manuskrip berbanding lakar hikayat dari mula. Sigh!
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-68138916511428303962015-06-24T11:27:00.000+08:002015-06-24T11:27:00.049+08:00[Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab11.Assalamualaikum.
"...Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba..."
Bab 11<o:p></o:p>
SETIAP perlakuan Nurul Ain diperhati. Dari
cara memegang sudu, sehinggalah tertib mengunjuk cangkir kopi kepadanya, ralit
direnungi. Sesekali, dia ukir senyum halus tatkala mereka bertembung pandang.<o:p></o:p>
“Patutlah
sedap air yang Ain buat. Rupanya diadun dengan penuh kasih sayang,” seloroh
Suhaimi. Kopi panas dicicip sedikit. Panas tetapi enak. <o:p></o:p>
“Kenalah
buat dengan kasih sayang, perasaan ikhlas, kalau tak, tak sedap.” Nurul Ain
berkata, seraya menguntum senyum kecil.<o:p></o:p>
Suhaimi
tertawa pula. Selajur, melorong anak mata ke hadapan, ke arah Lufiya yang
melintasi ruang pantry.<o:p></o:p>
“Kalau
Kak Lufiya yang buat air untuk Encik Suhaimi, lagi terangkat sedapnya.”<o:p></o:p>
Spontan,
Suhaimi menoleh. Terkebil-kebil membelah kolam mata Nurul Ain. Gadis itu sudah
tersengih lebar.<o:p></o:p>
“Jangan
ingat saya tak tahu. Even sekejap-sekejap aje saya berlegar kat sini, mata saya
tajam, tahu. Instict kuat,” ujar Nurul Ain, seperti mendabik dada.<o:p></o:p>
“Ketara
sangat ke?” Suhaimi garu kepala.<o:p></o:p>
Nurul
Ain jongket bahu. “Agak-agak?”<o:p></o:p>
Daripada
cara Suhaimi memandang setiausaha Tengku Hanif, daripada cara senyum dan
layanan Suhaimi kepada Lufiya, jelas bersuluh bahawa lelaki itu mempunyai
perasaan istimewa kepada gadis yang berasal dari pantai timur tanah air.<o:p></o:p>
“Obvious
sangat,” rumus Nurul Ain lagi.<o:p></o:p>
“Sedangkan
saya yang baru aje menyempit dekat sini dah nampak, apatah lagi orang lain. Kak
Lufiya tu, lagilah. Mesti dia tunggu Encik Suhaimi mengorat dia secara
terang-terang.” Kening dijongket tinggi.<o:p></o:p>
Wajah
Suhaimi meriak segan. Tidak pula dia menyangka, secekap itu Nurul Ain mampu
mendasari perasaan dia. <o:p></o:p>
Kerusi
ditarik mendekati Nurul Ain. Liar mata dia menebak ke sana sini, sebelum
memuntahkan sesuatu yang sejak tadi berlegar dalam kepala.<o:p></o:p>
“Nak
minta tolong sikit, boleh tak?” Bicaranya separuh berbisik.<o:p></o:p>
Nurul
Ain kerut dahi.<o:p></o:p>
“Tolong?
Tolong apa? Kenen-kenenkan encik dengan Kak Lufiya?” Nurul Ain menduga-duga.<o:p></o:p>
Suhaimi
menyembunyikan senyum. “Well... emmm...”<o:p></o:p>
“Janganlah
jadi pengecut. Be a gentleman, Encik Suhaimi. Kalau nak mengorat, pergi
sendiri. Apa kelas minta tolong orang adjust.” Sesambil itu, ligat tangan Nurul
Ain mengemas troli sederhana besar yang diusung bersama bekas teko dan cawan.<o:p></o:p>
“Dah
try tapi... tak menjadilah,” rungut Suhaimi. Nampak patah semangat benar dengan
gaya dia melentokkan kepala atas meja begitu.<o:p></o:p>
“Tu
tandanya, Kak Lufiya bukan sembarangan bunga. Kena berusaha lebih kalau betul
nak dia. Jangan fikir nak mengorat jadikan awek semata. Niat jadikan isteri.
Barulah Tuhan tolong buka jalan tu.” Panjang lebar Nurul Ain bermukadimah buat
santapan halwa telinga Suhaimi.<o:p></o:p>
Suhaimi
tertegun. Tidak berkelip mata dia memerhatikan paras Nurul Ain. Selanjur, dia
bertepuk tangan. Cuma sorak gempita tidak memenuhi ruang persekitaran mereka.<o:p></o:p>
“I
think, awak kena kerja sini terus. Senanglah saya nak rujuk soal hati dan
perasaan ni,” senda Suhaimi.<o:p></o:p>
Nurul
Ain ketawa kecil. Seraya kepala digeleng perlahan.<o:p></o:p>
“Kenapa?
Tak suka jadi tea-lady?”<o:p></o:p>
“Bukan.”<o:p></o:p>
“Habis
tu?”<o:p></o:p>
Kepala
digaru pula. “Saya dah ada pendapatan yang lebih stabil.”<o:p></o:p>
“Awak
kerja mana?” aju Suhaimi. <o:p></o:p>
“Kedai
bunga.”<o:p></o:p>
Spontan,
Suhaimi mengukir senyum. “Flower girl lah ni.” Meleret panjang suara dia. <o:p></o:p>
Nurul
Ain tersengih-sengih.<o:p></o:p>
“Kalau
dah stabil, kenapa kerja part-time as tea-lady?” Suhaimi menompang dagu. Tidak
lepas anak mata dia mengitari paras Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Tambah
pendapatan.” Laju sahaja dia menjawab. Pekung di dada sendiri usah dijaja ke
telinga orang lain.<o:p></o:p>
Jari-jemari
Suhaimi naik ke pelipis dahi. Berkerut-kerut muka dia. Ligat otak sendiri
memproses sesuatu.<o:p></o:p>
“Saya
hairan tengok pattern part-time awak ni, Ain. Lain macam sangat. Ke Tengku
bayar awak ikut jam?”<o:p></o:p>
Sekali
lagi, bibir enggan memuntahkan sebarang bicara. Lekuk pipi sekadar menjadi
bayang-bayang senyuman yang terukir palsu.<o:p></o:p>
Sehelai
tuala dicapai. Tangan dilap bersih. <o:p></o:p>
“Dah
nak balik dah?” Suhaimi bangkit dari duduknya.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk
kepala Nurul Ain. Beg sandang disangkut ke bahu. Kunci motosikal dikeluarkan
dari poket kecil beg sandangnya.<o:p></o:p>
“Saya
balik dulu, Encik Suhaimi. Jumpa esok,” katanya, selanjur mengawang tangan ke
udara ketika kaki mulai mengemudi langkah keluar dari pantry. Nyaris terlanggar
seseorang yang mendadak muncul depan mata. Dia urut dada. Tidak pandang muka
pun, dia tahu siapa gerangan manusia itu. <o:p></o:p>
Tanpa
menunggu lama-lama, dia panjangkan langkah. Bergegas mencelah masuk ke dalam
lif bersama beberapa kakitangan syarikat berkenaan.<o:p></o:p>
“Mana
kau dapat budak Ain tu?” Terjuih-juih mulut Suhaimi, walhal bayang Nurul Ain
sudah lesap dari pandangan.<o:p></o:p>
“Why?”
Soalan dibalas soalan.<o:p></o:p>
“I
like her.” Jujur Suhami mengemukakan perasaannya terhadap Nurul Ain.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif mencapai sebotol air mineral di atas kabinet kayu serba putih. Tidak
mampu menyembunyikan senyum kecil yang tiba-tiba hadir sebaik bicara Suhaimi tadi
menyentuh cuping, lantas menyusuri anak telinga.<o:p></o:p>
‘TENGKU?’ Hati berdetak-detik penuh sangsi.
Susuk tubuh yang membelakanginya itu jelas menyerupai Tengku Hanif. Tingginya
dan gaya berdiri, sama. Sisi wajah lelaki itu kelihatan seperti lekuk muka
lelaki anak hartawan itu. Dengan cermin mata bertenggek di batang hidung. Walau
sekadar sekali imbas, mata dia tetap memetakan roman tenangnya.<o:p></o:p>
“Selamat
datang.” Entah dari mana muncul Anisa, tiba-tiba sahaja sudah tersenyum-senyum
pandang lelaki tadi.<o:p></o:p>
Seperti
kelaziman, Anisa melayani lelaki itu dengan begitu ramah.<o:p></o:p>
Selang
beberapa detik memerhatikan keduanya, dia dan Anisa saling berbalas pandang.
Roman wajah Ansia seakan sedang memberitahu sesuatu.<o:p></o:p>
“Sekejap
ya.” Anisa kerkocoh-kocoh mendekati Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Tu,
orang tu cari kau.” Anisa menuding jari telunjuk.<o:p></o:p>
Lambat-lambat
dia atur langkah. Semakin dekat, semakin lain aura yang terbias di sebalik
tubuh itu.<o:p></o:p>
Nyaris
lumpuh segala urat sendi apabila lelaki itu berpaling ke belakang. Mata dia
membuntang. Bulat. Langkah rapinya kian berterabur. Malah, dia heret kaki
beberapa langkah menjauhi lelaki itu.<o:p></o:p>
“Hai...”<o:p></o:p>
“Teng...
Tengku...” Berdesir halus suara dia.<o:p></o:p>
LUFIYA tidak jadi meninggalkan meja kerjanya
apabila ternampak susuk tubuh Irfan datang menghampiri. Otot muka melentur
senyum manis. Sapaannya dibalas mesra oleh lelaki berstatus anak saudara Datuk
Awang Kader.<o:p></o:p>
“Nak
keluar lunch ke?” Irfan bertanya. Tertoleh-toleh kepala dia seolah sedang
mencari sesuatu.<o:p></o:p>
Lufiya
mengangguk. Sorot mata turut menjejaki ulah Irfan.<o:p></o:p>
“Encik
Irfan cari Tengku ke? Tengku tak ada dekat dalam bilik dia. Awal-awal lagi dah
keluar,” beritahu Lufiya.<o:p></o:p>
Irfan
kembali mencari roman wajah Lufiya. Direnungi dalam-dalam. Sekilas, dia
mengingati kewujudan gadis tempoh hari berlegar-legar di sekitar kawasan ini.<o:p></o:p>
“Saya
tak cari dia tapi...” Jeda seketika.<o:p></o:p>
“Dekat
sini, ada staff baru ke?” soalnya.<o:p></o:p>
“Staff?”
Lufiya mengerutkan muka. Kemudian, dia petik jari. “Oh... staff baru tak ada.
Tapi kami ada tea lady baru.”<o:p></o:p>
“Tea lady?” Irfan seakan berminat. Lebar
telinga dia hendak mendengar bicara lanjut Lufiya.<o:p></o:p>
“Nurul
Ain tu kerja part-time jadi tea lady dekat jabatan kami ni.” Lufiya tersenyum
lagi. Sempat memberi isyarat kepada rakan-rakan yang menunggu dia untuk makan
tengahari bersama-sama seperti kebiasaan.<o:p></o:p>
‘Nurul
Ain.’ Seumpama pintalan angin yang menyapa halus, nama itu berdesir dalam hati.<o:p></o:p>
Irfan
menoleh ke belakang pada ketika pendengarannya terasa sarat dengan bisikan yang
sayup-sayup menerobos anak telinga. Dua tiga orang perempuan sedang bercerita
sesama mereka. Manakala salah seorang daripada mereka melambai ke arah dia dan
Lufiya.<o:p></o:p>
“Saya
keluar makan dulu, Encik Irfan. Duk mencangak mereka kat sana tu,” ujar Lufiya.
Senyumnya tidak pernah mati.<o:p></o:p>
Irfan
sekadar mengangguk. Ekor mata menyoroti lenggang gadis itu. Sejurus itu, dia
terkenang-kenang dua pertemuan dia dan Nurul Ain. Terimbau dan seakan melekat
dalam ingatan.<o:p></o:p>
“Nurul
Ain.” Kali ini, nama itu dibutirkan secara nyata.<o:p></o:p>
“BUKAN susah nak cari you.”<o:p></o:p>
“I
kenal you, Nurul Ain.”<o:p></o:p>
‘Psiko?’ Hati
mengguman kurang senang. Semacam segala maklumat peribadi dia telah dibukukan
dalam kepala lelaki itu. Terbayang senyuman halus tersungging di wajah lelaki
itu. Sedikit herot ke kiri.<o:p></o:p>
Nurul Ain tarik nafas
dalam-dalam.<o:p></o:p>
Tidak mustahil bagi
Tengku Hanif untuk mendapatkan ‘profil’ dirinya. Barangkali Encik Suhaimi ada
bercerita serba sedikit berkenaan dirinya kepada lelaki itu. Kepala menunduk
renung jambangan bunga hybird tea. Dipandang sepintas lalu. <o:p></o:p>
“Lately, my dad macam
stress sikit. So, I nak minta jasa baik you, tolong bawa bunga dan letak dekat
bilik Datuk everyday. Every morning. Boleh?”<o:p></o:p>
Terngiang bicara
Tengku Hanif dalam kepala. Tekanan boleh dihilangkan dengan bunga? Fikiran dia
ligat berpusing. Mungkin untuk menambah ketenangan diri. Bunga, kan cantik?<o:p></o:p>
“Excuse me.”<o:p></o:p>
Nurul Ain pantas
membawa tubuh ke tepi, berganjak beberapa langkah. Memberi laluan kepada
perempuan itu memasuki ruang lif bersama dengannya. Sesekali leret mata
terbenam jauh mendasari persalinan yang melekap bagai getah di tubuh tinggi
lampai tersebut. <o:p></o:p>
“Hantar
bunga?” Perempuan itu menegur, seraya meleret senyum manis.<o:p></o:p>
“Untuk
Datuk,” jawab Nurul Ain. Diamati paras paras mulus perempuan itu. <o:p></o:p>
“Datuk?
Emm... office Datuk kat level tujuh.” Ramah perempuan itu memberitahu. Malah
ringan tulang menekan butang buat Nurul Ain.<o:p></o:p>
“Ahh...
ya. Terima kasih.”<o:p></o:p>
Selang
beberapa saat, bunyi detingan loceng disertai belahan pintu besi merenggang
luas. Liar mata dia mengitari persekitaran. Tingkat enam, jabatan yang diketuai
oleh Tengku Hanif. Selesai urusan dia di tingkat tujuh, langkahnya akan
dipanjangkan ke sini pula.<o:p></o:p>
“Bye.”
Perempuan tadi sempat mengawang tangan ke udara.<o:p></o:p>
Nurul
Ain sekadar angguk kepala. Leret senyum diukir nipis. Setelah dikupas-kupas
lapisan dalam ingatan sendiri, perempuan itulah yang telah menempelak dia
dengan begitu kasar sekali. Ternyata, selain sisi garang dan kurang sopan
bahasa, perempuan itu seorang yang manis dan mampu menutur kata dengan lembut,
macam tadi.<o:p></o:p>
“BOLEH tak pasu kaca tu?” Terjengul kepala
Sufiah disebalik belahan nipis pintu kayu bercatan coklat gelap. <o:p></o:p>
Nurul
Ain mengangkat ibu jari. “Okey kak. Dah cantik dah ni,” katanya. Kuntuman
bunga-bunga itu dibelek lagi. Moga keindahan bunga hybird tea mampu
mengendurkan segala ketegangan yang dialami oleh bapa Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Siap!”
Nurul Ain menolak pasu kaca berbentuk silinder, berbiku di muncung, melekuk di
bahagian tengah ke tepi meja. Dekat dengan bingkai gambar yang mengabadikan
gambar keluarga kecil Tengku Hanif bersama kedua orang tuanya.<o:p></o:p>
“Saya
keluar dululah, Kak Sufi. Ada kerja menanti dekat bawah.” Nurul Ain mencapai
kertas pembalut jambangan bunga tadi, lalu dikeronyok sebelum dicampak masuk ke
dalam tong sampah kecil.<o:p></o:p>
“Baiklah.”
Sufiah terangguk-angguk. Meja kerja Datuk Awang Kader dikemaskan lagi.
Buku-buku berkulit tebal diambil, lantas disusun di atas rak mengikut nombor
roman yang tercetak di tepinya.<o:p></o:p>
Setelah
memastikan segalanya cukup teratur, barulah Sufiah meninggalkan ruang serba
sunyi itu. <o:p></o:p>
“Eh
Datuk!” Bejat langkahnya hendak ke pantry apabila terserempak Datuk Awang
Kader, berdiri dengan tubuh tersandar ke dinding.<o:p></o:p>
“Datuk
okey ke?” Buru-buru Sufiah bertanya. <o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader melorong anak mata ke arah Sufiah. Kepala diangguk. Cukup perlahan.<o:p></o:p>
“Are
you sure, Datuk?” Sufiah ragu-ragu. Dia tahu, Datuk Awang Kader menghidap
penyakit jantung tetapi tidak terlalu kronik.<o:p></o:p>
“Saya
okay, Sufi. Don’t worry,” jelas Datuk Awang Kader. <o:p></o:p>
“Datuk
masuk dalam, then saya bawakan air untuk Datuk.”<o:p></o:p>
Belum
pun sempat Datuk Awang Kader menegah, Sufiah lekas pacu kaki menuju ke pantry.<o:p></o:p>
Lelah
nafas terasa menyempit dalam rengkungan. Dada dielus. <o:p></o:p>
Biar
tidak pernah bertemu empat mata, hanya memerhati dari kejauhan, jelas dia tiada
daya hendak mengawal emosi. Terasa membuar-buar.<o:p></o:p>
‘Hanif,
mengapa kian giat kau mendera jiwa papa? Papa belum kuat. Kau tak akan pernah
faham, anakku.’<o:p></o:p>
Rintihan
itu seumpama terlukis dalam kerut yang melapisi kulit dahi.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Apa yang ditulis bakal menjadi beban atas bahu sendiri. :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-782072194781835072015-05-06T11:30:00.000+08:002015-05-06T11:30:01.048+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab36.Assalamualaikum.
'...The biggest barrier between you and Allah is YOU...'
Bab 36<o:p></o:p>
“INI gambar
keluarga kita,” jelas Suzana.<o:p></o:p>
Unjukan itu bersambut. Kemudian
diletak atas lantai beralas tikar mengkuang.<o:p></o:p>
“Bukalah...” gesa Suzana lagi dalam
senyuman.<o:p></o:p>
“Mak Usu nak tunjuk arwah atok
Mira,” lanjutnya pula.<o:p></o:p>
Amiera mengangguk. Helaian pertama
diselak. Terpampang gambar lama, hitam putih. Seorang lelaki muda bersama
pasangannya berserta dua orang budak lelaki. Salah seorang dikendong dalam
pelukan, manakala seorang lagi berdiri hampir di sisi si lelaki itu.<o:p></o:p>
“Ini atok. Yang ini nenek.” Suzana
memperkenalkan wajah-wajah asing tersebut.<o:p></o:p>
“Yang didukung nenek tu, Pak Usu
kamu.”<o:p></o:p>
“Comel.” Amiera tersenyum pandang
Suzana. Setelah itu, anak mata kembali menyoroti kepingan gambar tadi.<o:p></o:p>
“Ini... ayah kamu, Amiera.”<o:p></o:p>
Lama dia memerhatikan paras itu. <o:p></o:p>
“Ha, kita tengok gambar lain.” Laju
helaian seterusnya diselak lagi. Setiap satu memori itu, dihurai dengan begitu
jelas oleh Suzana. Kadang ketika, tawa keduanya bersatu. <o:p></o:p>
Renungan Amiera akhirnya melekat
pada kepingan gambar terakhir. Berbeza dengan gambar di awal tadi, kali ini
wajah-wajah mereka sudah menampakkan kedewasaan masing-masing. Lelaki dan
wanita yang mulanya tampak muda, kian dimamah usia.<o:p></o:p>
“Kenapa ni?” <o:p></o:p>
Airmata laju bercucuran, dilap
menggunakan hujung lengan baju sekolah serba putih.<o:p></o:p>
“Nak balik.” Teresak-esak dia
memberitahu.<o:p></o:p>
“Mari, pak cik hantarkan.” Tawar
lelaki tersebut.<o:p></o:p>
“Pak cik tahu rumah saya?” ajunya.<o:p></o:p>
“Tahu. Mari, pak cik hantar kamu
balik.”<o:p></o:p>
Dia mengangguk laju. Lekas memanjat
motosikal itu.<o:p></o:p>
“Amiera...” <o:p></o:p>
“Ha?” Amiera terperanjat. Ingatan
yang berlapis-lapis tadi, telah berderai sebaik suara Betty tiba-tiba muncul.
Terkebil-kebil matanya memandang Betty. Gadis itu mengerutkan muka. Setelah
itu, menjuih bibir ke depan.<o:p></o:p>
“Amiera, are you okay?” Iskandar
menyoal.<o:p></o:p>
Spontan, dia mencari paras Iskandar.
“Okay, Encik Is.”<o:p></o:p>
“Panjang betul awak mengelamun. Dah
sampai bumi mana tu?” Ulas bibir Iskandar menyembunyikan senyuman gelihati.<o:p></o:p>
Amiera tersengih lebar. Malu pun
ada. Tidak pula dia sedar akan kelakuan sendiri. Ralat melayani ingatan yang
dibawa bersama.<o:p></o:p>
Selang beberapa saat, bunyi halus
‘beep’ menandakan ada kiriman pesanan ringkas diterima. Tertera nama Adlan di
situ.<o:p></o:p>
Betul
awak tak apa-apa, Amiera?<o:p></o:p>
Hujung jari laju menekan skrin
sesentuh telefon bimbit. Melayangkan satu kiriman sebagai balasan atas
pertanyaan suaminya.<o:p></o:p>
Saya
okay.<o:p></o:p>
Tidak sampai seminit, kiriman
pesanan ringkas diterima lagi.<o:p></o:p>
Are
you sure, sayang? Nampak jauh sangat awak terbang tadi<o:p></o:p>
Jari yang lincah, mulai kendur.
‘Sayang?’<o:p></o:p>
Muka diangkat. Adlan di depan sana
sudah bersedia menyambut dia dengan renungan lembut. Walau lelaki itu tiada
mempamer sebarang riak, namun terzahir sebuah senyuman dari matanya.<o:p></o:p>
PINGGANG Amiera
disiku perlahan.<o:p></o:p>
“Kau ni, sejak dua menjak ni...
asyik termenung aje. Kenapa?” Betty menyorong kerusi mendekati Amiera.<o:p></o:p>
“Tak ada apa. Sesekali berangan.”
Ketawa kecil mengiringi tutur kata.<o:p></o:p>
“Eleh... berangan apa, kalau dah
dalam meeting room pun jauh mengelamun.” Betty mencebik.<o:p></o:p>
Amiera tertawa lagi. “Okeylah aku
berangan, termenung tu... tak ada lah sampai senyum sorang-sorang macam kau.”<o:p></o:p>
“Ingat lagi?” Kening dijongket
tinggi.<o:p></o:p>
“Siapa? Bila?” Betty pura-pura
terkejut, walhal dialah yang menjadi subjek bagi pernyataan Amiera tadi.<o:p></o:p>
“Alah... masa tu aku
terbayang-bayang betapa sweetnya ex-aku tu. Bagi bunga, siap dengan coklat
sekali. Mahu tak cair aku ni. Sampai semua orang aku nampak macam muka dia.”
Dia mengaku juga akhirnya. Manis yang dia rasa sementara cuma. Lelaki tersebut
akhirnya angkat kaki gara-gara pertemuan lama dengan bekas kekasih sewaktu
zaman budak hingusan. Wajarkah? Namun memikirkan pasti ada seseorang yang jauh
lebih baik sedang menanti, dia pasrah sahaja. Sakit hati dan perasaan marah
terus lenyap sekelip mata.<o:p></o:p>
“Aku nak contohi kaulah, Mira.”
Lentur pipinya dengan senyuman penuh makna.<o:p></o:p>
“Bercinta senyap-senyap, lepas tu
terus kahwin. Macam kau dengan Encik Adlan tu.” Bicara itu nyaris membuatkan
Amiera sesak nafas. Ah, andai sahaja Betty tahu bagaimana permulaan hubungan
antara mereka, tentu lidah Betty tidak selentur ini.<o:p></o:p>
“Hello!” Jari dipetik beberapa kali.
“Tengok! Berangan lagi.”<o:p></o:p>
Kalut perasaannya segera disembunyikan
dari pandangan Betty.<o:p></o:p>
“Tu, telefon kau tu.” Betty menuding
jadi.<o:p></o:p>
“Siapa Sarah?” Sempat dia menjenguk
skrin yang bercahaya.<o:p></o:p>
“Adik akulah.” Amiera menjawab
ringkas. Lekas-lekas melekap gadget pintar itu ke telinga.<o:p></o:p>
“Assalamualaikum kakak!”<o:p></o:p>
“WAALAIKUMSALAM!”
Terkocoh-kocoh larian Hazman ke muka pintu.<o:p></o:p>
“Abang Latif.” Terhembus nama itu,
berpadu dalam pusaran angin malam yang menyapa lembut.<o:p></o:p>
Kedatangan Latif disambut seperti
kebiasaan. Tangan dihulur mahu berjabat. Tunduk menciumi sepasang tangan yang
digenggam erat, menzahirkan rasa hormat selaku adik kepada lelaki tersebut.<o:p></o:p>
“Mana anak-anak kau?” Sebaik
melepasi lima anak tangga kayu, kelibat putera-putera Hazman segera dicari.<o:p></o:p>
“Budak-budak tu ada kelas tambahan.
Idham pula, ikut Ana pergi rumah Zaleha.” Hazman memberitahu.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk kepala Latif.<o:p></o:p>
“Bang...” Rendah oktaf suara Hazman
menyeru.<o:p></o:p>
Latif menoleh. <o:p></o:p>
“Dah lama saya tak jumpa Abang Luth
sekeluarga.”<o:p></o:p>
“Aku pun sama. Dulu, masa zaman
budak-budak, kita selalu main bola sepak sama-sama. Kau pun, ikut menyibuk nak
ikut.” Latif tertawa kemudiannya mengenangkan memori lama yang mencetuskan rasa
bahagia.<o:p></o:p>
“Mereka sihat?” Tiba-tiba Hazman
melontar pertanyaan dalam nada aneh.<o:p></o:p>
Berkerut dahi Latif. “Kenapa kau
tanya aku?”<o:p></o:p>
“Sebab abang ada jumpa Abang Luth,
kan?”<o:p></o:p>
Terasa liur ditelan kelat.<o:p></o:p>
“Saya jumpa Abang Luth dekat bandar
kelmarin. Katanya abang datang bermalam di rumah dia. Bukan sepatutnya abang
balik rumah abang ke? Kan kedai tukang abang ada masalah sikit.” Berjela dia
mengemukakan bicara sehingga Latif tidak punya peluang hendak mencelah. Lelaki
itu sekadar duduk terpunduk di kerusi dengan pandangan menjunam jatuh ke
lantai.<o:p></o:p>
“Kenapa abang buat macam ni? Apa
yang abang cuba elak sebenarnya?” Roman wajah Hazman meriak tegang.<o:p></o:p>
Latif kunci mulut. Sedar kesilapan
itu datang dari diri sendiri.<o:p></o:p>
“Abang nampak, kan siapa yang datang hari tu?”<o:p></o:p>
Senyap.<o:p></o:p>
“Dan abang memang dah lama tahu
Amiera tu anak abang, kan?”<o:p></o:p>
Kepala kian tunduk. Hendak menjulang
paras Hazman, memang dia tidak sanggup. <o:p></o:p>
“Ya Allah... kenapa abang buat macam
ni? Mati-matian saya ingat abang tak pernah tahu yang abang ada anak.
Rupa-rupanya... astaghfirullah....” Dada diurut kasar. Ungkapan istighfar terus
membasahi lidah.<o:p></o:p>
“Kenapa abang buat macam ni?
Sampaikan untuk hadir ke majlis nikah Amiera, jadi wali satu-satunya pun abang
tak nak.” Hazman mengeluh kesal. <o:p></o:p>
“Kau tak faham, Man.” Perlahan suara
itu membalas.<o:p></o:p>
“Saya tak faham? Ya, memang saya tak
faham apa yang ada dalam kepala abang sebenarnya. Macam mana abang boleh lalui
hidup macam ni? Abang bahagia tengok anak abang hidup dengan orang lain? Abang
suka dengar dia panggil lelaki lain tu ayah dia?” Hazman terus-terusan
menghukum dengan bicara penuh rasa tidak percaya. <o:p></o:p>
Longlai tubuh bangkit dari kerusi.
Derap kaki turut lemah. Perlahan-lahan dikemudi menjauhi Hazman.<o:p></o:p>
“Abang!” Lengan Latif disambar
kasar.<o:p></o:p>
“Jangan paksa aku, Man. Tolonglah.”
Rayuan tersebut tiada menjemput rasa simpati di hati Hazman. Lelaki itu giat
memaksa abangnya membongkar kemelut yang sekian lama bergumpal dalam relung
jiwa.<o:p></o:p>
“Amiera anak abang!” Tegas Hazman.<o:p></o:p>
“Ya, dia anak aku. Aku tahu! Tapi
aku yang musnahkan keluarga kami. Aku yang buat dia hidup menumpang macam tu.
Aku! Semua salah aku! Aku!” Latif menepis genggaman Hazman. Berair tubir mata
menahan sebak. Serentak dengan itu, jantung mengalun degup yang tidak sekata.
Meronta-ronta bagai hendak merobek dada.<o:p></o:p>
Hazman berdiri seumpama tiang kayu.
Tidak berkutik langsung. <o:p></o:p>
“Bang...” Kali ini, panggilannya
lebih lembut.<o:p></o:p>
“Tangan ni...” Bergerak-gerak anak
mata merenung tangan kanan dan kiri. Tulang-tulang kecil saling bersambung di
situ, menggigil halus.<o:p></o:p>
“Aku yang musnahkan semuanya.
Aku...” Tangisan tiada tertahan lagi. Di hadapan Hazman, dia merintih hiba.<o:p></o:p>
GELAK tawa Sarah
kadang ketika mengundang senyum sendiri. Kata-kata penuh usikan gadis itu
seolah tertempa kuat dalam ingatan.<o:p></o:p>
“Bila Sarah nak dapat anak buah ni?
Asyik jaga anak tekak aje.”<o:p></o:p>
Jari-jemarinya mengembang, lalu
dibawa merasai bahagian tubuh yang telah dianugerahkan kekuatan untuk menampung
satu jasad selama sembilan bulan. Masih kosong. Kekal tiada isi.<o:p></o:p>
“Sakit perut ke?” Teguran Adlan
memusnahkan gurauan Sarah, sekaligus memaksa dia kembali berpijak di bumi
nyata.<o:p></o:p>
“Taklah.” Buru-buru dia mencapai
selendang. <o:p></o:p>
“Atau...” Adlan merenungi paras
Amiera melalui pantulan berkilat cermin meja solek. Langkah diatur mendekati
Amiera, lantas bahu isterinya dielus lembut.<o:p></o:p>
“Satu hari nanti... insya Allah...”
tuturnya seraya menguntum senyum kecil.<o:p></o:p>
Amiera terpinga-pinga.<o:p></o:p>
“Khalifah kecil.” Leret bibir enggan
berhenti melentur.<o:p></o:p>
Liur ditelan lambat-lambat. Begitu
dalam bicara Adlan sehingga berjaya menendang kuat organ takungan nyawa.<o:p></o:p>
“Awak wanita paling cantik,
Amiera...” Kepala menunduk sedikit. Selajur kucupan hangat singgah di ubun-ubun
wanita itu.<o:p></o:p>
Perasaan apakah yang sedang
menelusuri setiap urat nadi dalam tubuh? Amiera melirik mata, menghantar
pemergian Adlan keluar dari ruang peraduan.<o:p></o:p>
Sempit dada kian mengendur. Degupnya
juga telah senada.<o:p></o:p>
‘Adakah aku sudah mulai mengasihi
suamiku, Tuhan?’<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
KU EMBOK mengelar
pergelangan tangan Rozita. Langkah wanita itu tidak mampu dibejat lagi.<o:p></o:p>
“Kenapa Edi tak nak ikut?” Mendatar
suaranya.<o:p></o:p>
Adlan buat tidak endah. Anak kunci
di atas meja kayu berhampiran ruang tamu segera diambil. Dilambung tinggi
sambil mengemudi kaki meninggalkan Rozita dan Ku Embok.<o:p></o:p>
“Adlan!” Rozita mengejar di
belakang. Lengan Adlan direntap kuat.<o:p></o:p>
“What?” Sedikit pun dia tidak
membalas renungan itu.<o:p></o:p>
“Apa salah daddy dekat Edi? Tell
me.”<o:p></o:p>
“You sepatutnya lebih tahu, kan?”<o:p></o:p>
Menderu deras setiap hembusan nafas
Rozita. Panas.<o:p></o:p>
“Dahlah Ita. Adlan ada hal tu. Bukan
dia tak nak ikut.” Ku Embok mencelah. Meletak dirinya di tengah-tengah
pertelingkahan tersebut.<o:p></o:p>
“Sibuk? Mak kata dia ni sibuk? Semua
tu alasan aje. Takkan mak tak kenal Edi ni macam mana orangnya?” Meriak tegang
wajah Rozita. Malap bara yang tersimpan jauh dari dasar hati, terperosok di
celah-celah kepiluan, seakan menjulang marak kembali.<o:p></o:p>
Lenturan serba sinis hinggap di
pinggir bibir. Rozita didekati. <o:p></o:p>
“I hanya ada seorang ayah. The only
one, ever. Siapa Ahmad Saufi tu? I tak pernah kenal pun.” Dia berbisik halus ke
telinga Rozita. Waima sekecil kuman pun, ehsan dan simpati tidak wujud
langsung. Seluruh jiwa telah digagahi dendam. Maka mata hati turut sama
terlindung.<o:p></o:p>
Rozita ketap bibir. Genggaman jadi
padu.<o:p></o:p>
“Saya nak rehat sekejap,” pohon
Rozita, cukup lemah.<o:p></o:p>
“Mummy!” Haili Sofea berlari
menuruni anak tangga bersama Amiera. Kedua-duanya menerpa ke arah wanita itu.<o:p></o:p>
“Kenapa ni mummy?”<o:p></o:p>
Rozita menggeleng kepala tanda dia
baik-baik sahaja.<o:p></o:p>
“Eh, Abang Edi nak ke mana tu, nek?”
Panjang leher Haili Sofea sebaik terdengar deruman enjin kereta, diikuti Proton
Preve menyusur laju meninggalkan perkarangan rumah.<o:p></o:p>
“Abang tak ikut kita pergi ziarah
kubur daddy ke?” <o:p></o:p>
“Abang Edi ada hal sikit. Ita... Ita
duduk rumah ajelah. Rehat.” <o:p></o:p>
“Tapi...”<o:p></o:p>
“Jangan paksa diri. Biar hari ni
emak bawa Amiera dan Elly aje.” Pantas Ku Embok menuntas.<o:p></o:p>
Rozita tunduk menekur lantai beralas
karpet merah hati.<o:p></o:p>
Terima kasih baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Tahun ni, tahun tak ada 'baby' kut pfftt! -..-' Dah sampai tengah tahun pun, satu apa pun tak siap grr! Okay, sila salahkan diri sendiri.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-69475728010168321512015-04-29T11:30:00.000+08:002015-04-29T11:30:01.107+08:00[Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab10.Assalamualaikum.
'...The more you know Allah, the more you love Him...' - Imam Al Ghazali
Bab 10<o:p></o:p>
CINTA itu menyakitkan. Andai sudah tergores
hati, maka luka yang tinggal begitu payah hendak sembuh. Parutnya pula akan
dibawa ke mana pun.<o:p></o:p>
Cinta
juga menuntut pengorbanan. Kadang ketika, pengorbanan itu sebenarnya meranapkan
jiwa sendiri. Hancur lumat, jadi debu dan terus diterbangkan angin. Seperti
dia, sekeping hatinya telah berderai pada saat insan itu mengheret kaki pergi
dari hidupnya. Pergi yang tidak pernah kembali sampai hari ini.<o:p></o:p>
“Gia...”
Nama itu meluncur laju tanpa ditahan-tahan. Berdesir halus. <o:p></o:p>
“I perempuan jijik.” Mengongoi tangisan gadis
berambut ikal, panjang melepasi bahu. Mata itu sembab, memerah, dan lencun
dengan airmata.<o:p></o:p>
“Apa
you cakap ni?” Irfan kelihatan terkejut. Gadis itu dihampiri. Duduknya
bertentangan Gia yang menunduk pandang lantai bumi.<o:p></o:p>
Gia
angkat muka. Dadanya kencang menahan sebak. <o:p></o:p>
“I
tak layak untuk sesiapa pun. Even you!” <o:p></o:p>
“Gia...”
Ifran cuba memujuk cinta hatinya. Rambut itu dielus lembut. “Sesiapa pun layak
memiliki you. You baik, jujur and...”<o:p></o:p>
Tiba-tiba
Irfan ketap bibir. ‘Aku cinta padamu, Gia.’ Bicara itulah yang ingin sekali
diluahkan kepada Gia. Namun dia sedar, cinta Gia separuh mati buat manusia yang
seorang lagi.<o:p></o:p>
“Irfan...”
Esak tangis Gia kian reda.<o:p></o:p>
Irfan
merenungi paras itu sepuasnya. Meski lencun dengan airmata, kerupawanannya
masih jelas mengabui mata sendiri.<o:p></o:p>
Gia
tampak takut-takut.<o:p></o:p>
“Gia...”
Nama itu diseru.<o:p></o:p>
Kepala
Gia semakin menunduk.<o:p></o:p>
Irfan
keresahan.<o:p></o:p>
“Dia
tak mahu bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada I. I... I...” Gia
tekup muka dengan telapak tangan. Buraian esak tangisnya kembali menggila.<o:p></o:p>
“IRFAN?”<o:p></o:p>
Teguran
seorang perempuan membuatkan ingatan lampau musnah serta-merta. Lalu mata
diangkat menjulang paras perempuan itu. Tidak sampai sesaat pun bertentang
mata, Irfan sudah kalih muka.<o:p></o:p>
“What
are you doing here?” Kathy tampak teruja. Senyumnya sampai ke telinga. Tanpa
dipelawa, Kathy tarik kerusi, terus duduk mendepani Irfan.<o:p></o:p>
“Tidur.”
Irfan menjawab penuh sarkasik.<o:p></o:p>
Terjuih
bibir Kathy. Mencebik.<o:p></o:p>
“Dah
tu, kenapa tak beguling aje atas lantai? Kenapa masih duduk atas kerusi? Ke
gaya you tidur memang macam ni?” Kathy membalas. Rentak Irfan diikuti.<o:p></o:p>
Irfan
menghela nafas panjang. Rimas.<o:p></o:p>
“Alah
you ni. Jumpa I pun, muka nak toya,” omel Kathy.<o:p></o:p>
Irfan
kekal senyap. Sekadar menelah gelagat Kathy. Dia dan Kathy, mereka saling kenal
sejak kecil lagi. Hubungan kekeluargaan antara mereka, biarpun jauh, tetap
dipandang penting oleh ibunya. <o:p></o:p>
“Dah
lama I tak jumpa parents you. Auntie and uncle sihat?” Kathy menyoal.<o:p></o:p>
Ya,
inilah satu sikap yang harus dipuji. Gadis yang tampak agak sosial, suka
berhibur tidak kena gaya, namun apabila menyentuh soal keluarga, Kathy boleh
dipuji, malah dicontohi. Keluarga jadi keutamaan, tidak kira jauh atau dekat
hubungan itu.<o:p></o:p>
“Alhamdulillah...
mereka sihat,” jawab Irfan. Barulah senyum kecil bertinggir di hujung bibir.<o:p></o:p>
“Your
parents?” lanjut Irfan.<o:p></o:p>
“Macam
biasa.” Kathy ikut senyum.<o:p></o:p>
“I
sebenarnya dari rumah Hanif.” <o:p></o:p>
Irfan
sekadar memasang telinga. Bibir Kathy memang tidak pernah lekang menyebut nama
lelaki itu. Dari pejabat, sampai ke rumah dicarinya.<o:p></o:p>
“I
pergi cari dekat rumah, tapi dia tak ada. Entah ke manalah Hanif pergi agaknya.
I call pun tak berjawab. Auntie Na call pun tak dapat.” Kathy mula bercerita.<o:p></o:p>
Tanpa
Kathy sedar, rias wajah Irfan berubah rona. Kelihatan bosan, atau lebih tepat,
jelak.<o:p></o:p>
“Bertapa
dalam gua, kut.” <o:p></o:p>
“Gua?”
Bukaan mulut Kathy membentuk huruf ‘O’.<o:p></o:p>
“Mana
you tahu? Gua mana yang dia pergi tu?” Buru-buru dia bertanya.<o:p></o:p>
Sudahnya,
Irfan hambur tawa. Lurus juga rupanya.<o:p></o:p>
“You
faham tak bahasa orang berkias?” Irfan jongket kening.<o:p></o:p>
Bulat
mata Kathy. “Saja kenakan I?” cebik Kathy.<o:p></o:p>
Tergeleng-geleng
kepala Irfan.<o:p></o:p>
“Apa
yang you kejar sangat pada Hanif tu?”<o:p></o:p>
“Cinta.”
Laju Kathy menjawab.<o:p></o:p>
Spontan,
Irfan leret senyum yang menjongket hujung bibir ke atas. Sinis.<o:p></o:p>
“Kathy,
lelaki tu tak layak dicintai sesiapa pun, even you.” Selamba dia berkata.<o:p></o:p>
Berlapis-lapis
dahi Kathy. Dia memandang pelik ke arah Irfan.<o:p></o:p>
“You
know what, better you cari lelaki lain.” Lontaran suara Irfan kedengaran
serius.<o:p></o:p>
“Siapa?
You?” Lebar senyum Kathy sampai ke telinga. <o:p></o:p>
Irfan
ketawa lagi.<o:p></o:p>
“Eleh,
nanti kalau betul jodoh you dengan I, padan muka!” cebik Kathy.<o:p></o:p>
Tawa
Irfan kian luruh, berganti pula dengan ulas senyum yang muncul kecil di sebalik
bibirnya. “Serius, cari orang lain.”<o:p></o:p>
“Tapi
I nak Hanif.”<o:p></o:p>
“Cari
orang lain yang nama Hanif.”<o:p></o:p>
“Gila!”
Kathy berpeluk tubuh.<o:p></o:p>
“Mana
sama,” lanjutnya.<o:p></o:p>
Irfan
menompang dagu. Pandangannya tajam merenungi setiap inci paras Kathy.
Kerut-kerut kasar kian merauti wajah itu. Jelas benar, Kathy tidak bersetuju
dengannya.<o:p></o:p>
“Jangan
terpedaya dengan apa yang you nampak, Kathy. Manusia itu, kadang-kadang macam
pantulan cermin. Apa yang terbias, tak semestinya itu yang kita nampak.” Kali
ini, suara Irfan kembali seperti biasa. Tidak mendatar. Tidak juga keras.<o:p></o:p>
Kening
yang beralis cantik, merunduk ke bawah. Hampir bersatu.<o:p></o:p>
“You
ingat sekarang ni kelas bahasa? Cakap biar clear. Tak payah nak berbunga-bunga
ayat tu.” Kathy mengomel geram.<o:p></o:p>
Kali
ini, benar jujur dia hambur ketawa. Bukan dibuat-buat.<o:p></o:p>
HAIRAN.<o:p></o:p>
Sungguh
dia hairan.<o:p></o:p>
Bagaimana
setiap inci paras Tengku Hanif yang dicuri-curi lihat mampu memenuhi rangkaian
urat saraf dalam kepala?<o:p></o:p>
Nurul
Ain geleng kepala. Kemudian, dia panggung dagu. Pandangan terbuang ke luar
jendela. Sejurus itu, helaan nafas dilepas perlahan.<o:p></o:p>
“I
nak you belajar.”<o:p></o:p>
Bicara
pendek itu mengetuk semula anak telinga. Menggumpal pelbagai tanda tanya, juga
mencipta berbagai-bagai konklusi. Dia bukan sesiapa untuk diheret masuk ke
dalam sebuah mesyuarat besar bersama klien Menara Holdings. Di dalam sana, dia
terkebil-kebil. Fikiran tumpu. Malah nyaris keras bagai batu kerana terlalu
resah.<o:p></o:p>
‘Apa
permainan kau sebenarnya, Tengku Hanif?’<o:p></o:p>
Muka
diraup bersulam keluh kesah nan merimbun.<o:p></o:p>
UNJUKAN gelas kaca pantas disambar. Buru-buru
dia meneguk air putih dalam sekali nafas.<o:p></o:p>
“Minum
tu, jangan sekali teguk. Tak elok. Dah rupa unta,” tegur Datuk Awang Kader.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif mengesat hujung bibir. Dia pamer sengih.<o:p></o:p>
“Maaf,
pa,” ucapnya. Selanjur meletak gelas tadi dengan cermat.<o:p></o:p>
“Abang
ni, Hanif tu tersedak. Memang sekali nafas ajelah dia teguk air.” Datin Sabrina
bertindak membela Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Saya
cuba nak amalkan apa yang disarankan. Tak adalah buruk sangat minum tu, sampai
macam unta.” Datuk Awang Kader membalas. Nasi digumpal bersama kuah kari
sebelum disumbat ke dalam mulut.<o:p></o:p>
“Ada
samakan anak dengan unta,” bebel Datin Sabrina. Mencerlung mata dia perhatikan
sang suami yang berselera menjamu hidangan makan malam.<o:p></o:p>
“Dahlah,
ma. Betul apa papa cakap tu.” Akhirnya Tengku Hanif mencelah di tengah-tengah
perbalahan kecil tersebut.<o:p></o:p>
“Ni...
ke mana Hanif pergi sepanjang hari ni? Mama call, tak dapat. Kathy call pun tak
berangkat. Tu, Kathy datang sini nak jumpa Hanif.” Isu kegemaran Datin Sabrina
telah sengaja dilempar ke ruang makan mereka.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif dan Datuk Awang Kader curi-curi berbalas pandang.<o:p></o:p>
“Kita
tengah makan ni, Na. Takkanlah nak bantutkan selera anak dengan cerita anak
angkat kesayangan awak tu?”<o:p></o:p>
“Eh,
kita cakap aje. Bukannya orang tu ada depan mata.” Datin Sabrina menuntas.<o:p></o:p>
“Hanif
jumpa kawan, ma.” Tengku Hanif menjawab jujur.<o:p></o:p>
“Siapa?”<o:p></o:p>
Tiada
jawapan yang diberikan. Tengku Hanif pura-pura tidak dengar.<o:p></o:p>
“Jangan
kacau budak tu nak makan,” tegah Datuk Awang Kader. Faham benar perangai
isterinya. Tidak pernah berhenti mendesak Tengku Hanif agar akur dengan
kehendak hati, walhal sedia maklum dasar jiwa anak muda tersebut.<o:p></o:p>
“Abang
ni! Geram saya tahu!” Datin Sabrina kancing gigi.<o:p></o:p>
“Bukan
sekatat Hanif, entah-entah papa pun dah tak ada selera. Kan, pa?” Ekor mata
Tengku Hanif melirik nakal pada ayahnya. Keduanya sembunyi senyum.<o:p></o:p>
“Betul
kata Hanif tu, Na. Tengok, selera saya dah mati dah.” Pinggan ditolak ke tengan
meja.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina berpeluk tubuh. “Selera dah mati konon. Padahal, kenyang dah. Tu,
tengok pinggan tu licin sampai boleh buat cermin,” cebiknya.<o:p></o:p>
Terburai
gelak tawa dua beranak itu. Manakala Datin Sabrina kekal menegangkan roman
wajah. Dia benar-benar geram melayani ulah ‘sekapal’ suami dan anaknya.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Rezeki itu ada di mana-mana :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-38831813575135921442015-04-22T11:30:00.000+08:002015-04-22T11:30:00.547+08:00[Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab9.Assalamualaikum.
"...Oh Allah, grant me your love, grant me that I love those who love you; grant me, that I might do the deeds that win your love. Make your love dearer to me than the love of myself, my family and wealth..." - Reported by At-Tirmidhi, Hadeeth.
Bab 9<o:p></o:p>
“SAYA tak suka tunggu orang.”<o:p></o:p>
Lain
macam benar ucapan itu menyusup masuk ke dalam rongga pendengaran. Terngiang-ngiang
sehingga sekarang.<o:p></o:p>
Nurul
Ain duduk terpunduk di atas sebuah kerusi, terletak di penjuru restoran
berkenaan. Dia berseorangan di situ, ditemani segelas minuman yang dibelinya
tadi sebaik sahaja mesyuarat berakhir.<o:p></o:p>
Kelewatan
dia pagi tadi bukan disengajakan. Sungguh dia lupa, motosikal ditinggalkan di
perkarangan tempat parkir kenderaan berhampiran bangunan Menara Holdings. <o:p></o:p>
Sesampai
sahaja di situ, Tengku Hanif sudah terpacak menunggu di pintu utama. Maka
terkocoh-kocoh dia melangkah. Dan sapaan ringkas begitu, jelas sengaja memerlinya.<o:p></o:p>
“Lain
kali, kalau dah berjanji, jangan nak mungkir pula. Munafik tahu.”<o:p></o:p>
Straw
disumbat ke dalam mulut. Minuman itu disedut laju-laju.<o:p></o:p>
“Hai.”<o:p></o:p>
Hampir
tersembur air dari mulutnya. Terkejut.<o:p></o:p>
Irfan
menarik kerusi, lalu melabuh punggungnya di situ. Kedudukannya mendepani Nurul
Ain.<o:p></o:p>
“Tak
bosan duduk sorang dekat sini?” Ifran menyoal pula. Sebelah tangannya memegang
tin minuman berkarbonat 100 Plus.<o:p></o:p>
“Semua
dah keluar ke?” Soalan dibalas soalan.<o:p></o:p>
“Baru
aje.” Irfan menyeluk poket seluar, lantas mengambil sesuatu dari dalamnya. Anak
kunci yang diapit bersama keychain Panda ditolak ke tangah meja.<o:p></o:p>
“Tayar
motosikal awak dah okey,” beritahu Irfan.<o:p></o:p>
Nurul
Ain terdiam. Agak lama dia memerhatikan kunci itu sebelum diambil. “Emm...
terima kasih, encik.”<o:p></o:p>
Sebenarnya
dia rasa janggal. Kenal pun tidak, tiba-tiba sahaja lelaki itu berlaku baik
padanya.<o:p></o:p>
“Irfan.
Panggil saya Irfan. Tak payah nak berencik-encik bagai.” Irfan menitip tawa
kecil. Walhal, semalam mereka bergerak dalam satu kereta, namun sesi suai kenal
tidak berlaku langsung. Masing-masing menyepi seribu bahasa. Dalam kepala dia
sendiri, ditujah pelbagai persoalan tentang gadis manis itu.<o:p></o:p>
“Berapa
upah betulkan tayar motosikal saya tu?” Nurul Ain hendak mengeluarkan dompet.
Buru-buru meraba perut beg yang
disangkut ke bahu.<o:p></o:p>
“Eh,
tak payah.” Irfan menuntas.<o:p></o:p>
“Tapi...
encik... semalam tu...”<o:p></o:p>
Irfan
menggeleng. “It’s okay. Saya ikhlas tolong awak.”<o:p></o:p>
“Awak
ni staff baru ke?” Irfan kerut muka. Kemunculan Nurul Ain menjadi tanda-tanya
paling besar hari ini. Tiba-tiba sahaja susuk gadis itu dilihat hadir bersama
Tengku Hanif, bukan Lufiya seperti kelaziman.<o:p></o:p>
“Part-time
tea lady,” beritahu Nurul Ain dalam suaranya yang terpunduk di anak tekak.<o:p></o:p>
“Hah?”
Bicara itu tidak sampai ke telinga Irfan. Mengecil mata dia.<o:p></o:p>
“Sorry,
tak berapa jelas.” Wajahnya membentuk sengihan lebar.<o:p></o:p>
Nurul
Ain sudah bersiap sedia hendak mengulangi kata-katanya tadi, namun sebaik
ternampak kelibat Tengku Hanif berjalan menghampiri, dia kunci mulut. Selajur
berdiri tegak.<o:p></o:p>
Kelakuan
Nurul Ain mengundang hairan. Irfan menoleh. Hempasan nafas diluncur dengan
kasar.<o:p></o:p>
“Irfan,
let’s having lunch together,” pelawa Tengku Hanif. Tumpuannya memusat penuh
kepada Irfan. Meski bahasa tubuh lelaki itu cukup difahami tetapi dia enggan
berganjak. Kebisuan Irfan bukan menjadi masalah besar pada dia.<o:p></o:p>
“Tuan
Low dan yang lain-lain dah nak gerak dah tu,” lanjutnya.<o:p></o:p>
Irfan
bangun. Pandangannya dijaga rapi. Sedikit pun tidak menyambar renungan Tengku
Hanif.<o:p></o:p>
“See
you next time.” Irfan berkata kepada Nurul Ain. Siapa nama gadis itu pun belum
sempat diselidiki.<o:p></o:p>
“Irfan.”
Tengku Hanif mengejar langkah yang dipacu perlahan.<o:p></o:p>
“Anything?”
Irfan membelah kolam mata Tengku Hanif. Terasa ada busur bermata tajam
tersingkap dicelah-celah lontaran mata Irfan.<o:p></o:p>
Cengkaman
pada bahu Irfan dilepaskan. Dia berundur selangkah ke belakang.<o:p></o:p>
“Nothing,”
sahutnya.<o:p></o:p>
Irfan
kembali mengemudi langkah. <o:p></o:p>
PINGGAN yang diusung ke sana sini masih
kosong. Meski di depan mata terhidang pelbagai menu yang mampu membuarkan rasa
lapar serta-merta, dia masih kaku berdiri di hujung meja, dengan mata liar
merayapi ke segenap pelosok ruang ini. Persekitarannya dipenuhi manusia-manusia
yang datang daripada kelas berbeza-beza. Yang nyata, dia paling terpencil.<o:p></o:p>
“Diet?”
Tengku Hanif datang seumpama angin. Menegur dengan suara yang perlahan namun
masih jelas di pendengaran Nurul Ain.<o:p></o:p>
Nurul
Ain mengerling sekilas. Lelaki itu sedang berdiri di sebelahnya, sibuk memilih
menu untuk disumbat ke dalam perut. Wajahnya memaling ke sisi sehingga sukar
baginya mencuri lihat.<o:p></o:p>
“Kalau
nak jaga diet tu, janganlah sampai tak makan. Tu, ada banyak makanan yang
berkhasiat.” Tengku Hanif berkata lagi. Garfu bermata empat ditunjuk ke hujung
meja sebelah kiri mereka.<o:p></o:p>
‘Dia
ni kenapa?’ Nurul Ain mendongkol geram tiba-tiba. Dahinya sudah berlapis-lapis.
Keprihatinan yang cuba dipamer Tengku Hanif telah disalah anggap. Lontaran bicara
sebegitu, seumpama kesinisan yang dipamer secara lisan.<o:p></o:p>
“Tengku...”
Dalam perasaan berbungkam, ada sesuatu yang menyengat fikiran. Kenapa mesti dia
yang diusung Tengku Hanif ke sini? Dia bukan sesiapa. Hanya pekerja separuh
masa bagi melangsaikan tanggungjawab yang terbeban di bahu hasil kecuaian
sendiri. Kalaupun Lufiya tiada, masih berderet kakitangan di jabatan itu
menganggantikan tempat Lufiya.<o:p></o:p>
“Emm...”
Tengku Hanif menyahut dalam keghairahan dia memilih makanan.<o:p></o:p>
“Kenapa
Tengku bawa saya ke sini?” soal Nurul Ain.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif menoleh sekilas. “Makanlah. Takkan bawa you masuk sini untuk tidur pula?
See, semua orang tengah makan.” Bibirnya terjuih-juih.<o:p></o:p>
Nurul
Ain ketap bibir. <o:p></o:p>
“Bukan.
Maksud saya, kenapa saya yang disuruh gantikan tempat Lufiya? Saya ni part time
tea lady aje, Tengku.”<o:p></o:p>
Nurul
Ain masih cuba membungkus perasaan geram yang mula menular sampai ke jantung
apabila tawa halus Tengku Hanif melayang-layang, lalu hinggap ke cuping
telinga.<o:p></o:p>
“I
nak you belajar.” Ringkas dan padat namun sukar dimengertikan oleh halwa
pendengaran Nurul Ain. Gadis itu tercengang.<o:p></o:p>
“Banyak
benda yang you kena belajar, Nurul Ain.”<o:p></o:p>
Jika
sebelum ini hanya rahang yang jatuh, kini jantung juga bagai menghempas bumi
tatkala redup mata lelaki itu dan senyumnya menempa penglihatan. Tuhan, dia
bagaikan baru sahaja menghabisi larian trek seribu meter secara bersendirian.<o:p></o:p>
“Eat
this.” Salad buah-buahan disudu ke dalam pinggan Nurul Ain. Kemudian dia
mencedok sedikit kacang panggang dan diletak bersebelahan salad buah-buahan
tadi.<o:p></o:p>
“Sesuai
untuk diet you,” katanya pula.<o:p></o:p>
Langsung
tidak terbuka pun selera Nurul Ain melihat makanan dalam pinggan sendiri. Dia
lapar nasi, bukan hadap salad dan kacang panggang. <o:p></o:p>
“Dah
siap penuhkan pinggang tu, nanti kita makan dekat meja sana. I tunggu you.”<o:p></o:p>
Nurul
Ain keras membatu.<o:p></o:p>
‘Perasaan
apakah ini?’<o:p></o:p>
Sejurus
itu, dia mengelus dada.<o:p></o:p>
“KENAPA papa tak tunggu Hanif tadi?” Sebaik
kelibat Datuk Awang Kader melintas depan mata, Tengku Hanif terus bertanya. <o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader menghempas punggung, duduk di atas kerusi bertentangan pemuda itu. Dahinya berlapis-lapis, menzahirkan mindanya
sedang berkeja keras memikirkan sesuatu.<o:p></o:p>
“I’m
not strong enough, Hanif,” keluhnya.<o:p></o:p>
Hela
nafas turut terbabas keluar dari rengkungan. Tengku Hanif melorong renungan
tepat ke wajah Datuk Awang Kader. Dia punya satu niat namun tidak pernah
tertunai kerana sikap ayah tirinya. Barangkali masih tersisip rasa gusar andai
yang diharap-harapkan bukan kebenaran yang dicari.<o:p></o:p>
“Sampai
bila, pa?” ajunya lagi.<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader menggeleng. Penuh keterpaksaan.<o:p></o:p>
“Papa
perlu masa.”<o:p></o:p>
“Sampai
bila?” Ulanginya lagi.<o:p></o:p>
Jari-jari
dibawa memicit pelipis. Berdenyut. Seluruh jiwanya seakan terbeban dengan
ketulan batu yang berat, sehingga terasa rengkungannya menyempit.<o:p></o:p>
“Hanif
tak faham. Papa tak kuat...” Lirih bunyi suara itu.<o:p></o:p>
Tengku
Hanif menompang dagu. “Atau... papa takut?”<o:p></o:p>
Soalan
itu benar-benar mengejutkan Datuk Awang Kader. Buntang mata itu membelah
renungan Tengku Hanif.<o:p></o:p>
“Trust
me, papa. Kenyataan yang papa takut nak hadapi tu, bukan sesuatu yang
menyakitkan.” Tengku Hanif meyakinkan.<o:p></o:p>
Serta-merta,
tubuh Datuk Awang Kader jadi lemah. Tersandar longlai di kerusi. Jari yang
memicit pelipis tadi, dikembangkan lalu menguak anak rambut sampai ke
ubun-ubun.<o:p></o:p>
“Kalau
bukan?” Nyata, Datuk Awang Kader masih sangsi.<o:p></o:p>
“Trust
me, papa. Trust me.” Bicara itu diulangi lagi. Serius.<o:p></o:p>
“Perempuan
tu... dia.”<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader menekup wajah.<o:p></o:p>
KELIBAT seorang Tengku Hanif itu, baginya
bersifat misteri. Tutur kata, perbuatan, mahupun tindakannya sering menimbulkan
wasangka meski baru beberapa hari dia menjadi sebahagian daripada keluarga
besar syarikat hartanah tersebut, secara separuh masa.<o:p></o:p>
“Apa
yang aku kena belajar?” Dia menggumam halus.<o:p></o:p>
Lamunan
sendiri terbejat tatkala keriuhan runut lagu kedengaran menjerit lantang.
Sebaik skrin bercahaya keputihan itu memaparkan ‘private number’, dia berkerut
hairan. Ikon hijau dileret ke kiri, lantas melekapkan gadjet serba canggih
berjenama Samsung ke telinga kiri.<o:p></o:p>
“Helo?”
<o:p></o:p>
Sepi.
Cukup sunyi.<o:p></o:p>
Nurul
Ain melihat skrin telefonnya. Mana tahu panggilan telah terputus. Namun jelas
menunjukkan mereka masih berhubung talian.<o:p></o:p>
“Helo.”
Suara ditekan mendatar. “Nak cakap dengan siapa?” soalnya.<o:p></o:p>
Masih
menyepi. Tiada sahutan kedengaran. <o:p></o:p>
Dia
jadi geram tiba-tiba. Tanpa menunggu lama-lama, panggilan tadi sengaja
dimatikan. ‘Salah nombor, kut,’ fikirnya.<o:p></o:p>
Daripada
duduk bertenggek hampir di jendela, dia membawa kaki keluar dari bilik dan
terus menuju ke kamar peraduan Suriani. Leret mata mencuri-curi lihat ibunya
yang duduk berteleku di atas sejadah. Sedang khusyuk menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang Muslim.<o:p></o:p>
Lama-kelamaan,
dia hanyut dalam alunan merdu suara Suriani, membutirkan setiap kalimah suci
dalam kitab Al-Quran. Tiba-tiba, perasaan dirundung pilu.<o:p></o:p>
BERLAPIS-LAPIS dahi Datin Sabrina memerhatikan
gelagat suaminya. Termenung panjang di balkoni bilik mereka. Datin Sabrina
mendekati Datuk Awang Kader. Bahu suaminya disentuh lembut.<o:p></o:p>
“Abang...”
panggilnya.<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader menoleh.<o:p></o:p>
“Na...”
Lelaki itu sekadar berbahasa. Selanjur melempar pandang ke hadapan semula.<o:p></o:p>
“Tadi
saya tengok abang cakap dekat telefon. Dengan siapa?” Datin Sabrina menyoal
ingin tahu.<o:p></o:p>
Pertanyaan
itu dibiar terawang-awang. <o:p></o:p>
Melihat
gelagat aneh Datuk Awang Kader, perasaan Datin Sabrina bagai dihambat pelbagai
persoalan. Sejak dua menjak ini, dia menyedari suaminya bertingkah aneh. Sering
termenung panjang. Seolah sedang memikirkan sesuatu yang maha berat. Kadang
ketika, terdengar keluhan berat terlepas keluar. Bila diaju pertanyaan, lelaki
itu sekadar mengukir senyum dan menggeleng kepala.<o:p></o:p>
Mata
dia masih membidik paras Datuk Awang Kader. Mengamati setiap lentur garis yang
terlukis jelas di wajah itu. Diamati dalam-dalam.<o:p></o:p>
“Abang...
rindukan Kak Min?” Entah kenapa, soalan itu juga yang meluncur laju keluar dari
mulutnya. <o:p></o:p>
Spontan,
Datuk Awang Kader mencari wajah Datin Sabrina. <o:p></o:p>
Pandangan
keduanya bersatu. Cukup lama, sebelum akhirnya Datuk Awang Kader mengalihkan
pandangan mata. Senyum yang sedikit, kian melebar.<o:p></o:p>
“Rindu
saya pada arwah Min tak pernah mati. Tapi saya bersyukur sebab awak ada,
menggantikan tempat arwah.” Datuk Awang Kader berkata perlahan.<o:p></o:p>
Datin
Sabrina diam tidak berkutik.<o:p></o:p>
“Walau
arwah tiada ganti, tapi... awak sentiasa di hati. Cinta sampai mati,” seloroh
Datuk Awang Kader. Dileret-leret suaranya agar mampu menghidupkan suasana ceria
mereka suami isteri.<o:p></o:p>
Terburai
gelak tawa Datin Sabrina.<o:p></o:p>
“Ayat
mana yang abang hafal tu?” Kening diangkat tinggi.<o:p></o:p>
Datuk
Awang Kader menyimpul senyum. Dia mula memacu langkah, menyembunyikan batang
tubuh ke dalam kamar peraduan. Kesejukan angin malam telah sampai ke tulang. <o:p></o:p>
Datin
Sabrina kekal berdiri di ruang balkoni. Wajah mendongak, menjulang dada langit.
Saat itu, fikiran dia dirangkul imbasan mengejut. Sepasang mata galak melawan
renungannya. Sepasang mata yang sering dimimpikan dahulu. Kedua-duanya punya
persamaan!<o:p></o:p>
Hati
jadi tidak aman tiba-tiba.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini dan have a nice day :)
notahujungkaki: CJKP versi cantas lagi :) Hanif, Badri, Irfan
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-85167477629197333912015-04-15T11:42:00.000+08:002015-04-15T11:42:15.810+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 35.Assalamualaikum.
'...Pour your heartbreaks into DUA...'
Bab 35<o:p></o:p>
LANGSIR berbunga
kecil merah hati, dikuak sedikit. Dia melangkah masuk bersama pasangan suami
isteri yang baru sahaja sampai.<o:p></o:p>
“Awal kamu sampai, Amiera. Tak
sempat Mak Usu nak sediakan apa-apa untuk kamu berdua. Tu... trio ‘Hang’ pun
tak bangun lagi.” Suzana tersenyum sengan.<o:p></o:p>
“Eh, tak apalah Mak Usu. Tak payah
nak susah-susahkan diri. Saya dan suami okey aje. Kan awak?” Ekor mata melorong
ke arah Adlan. <o:p></o:p>
Terangguk-angguk kepala Adlan. “Betul
tu, Mak Usu. Untung sangat ada tempat berehat.”<o:p></o:p>
“Mak Usu keluar dulu, ye. Sekejap
lagi, turun dapur. Kita sarapan sama.”<o:p></o:p>
“Pak Usu mana? Tak nampak pun.”<o:p></o:p>
“Pak Usu kamu macam biasalah.
Pagi-pagi keluar ke kebun. Alah... kejap lagi tentu nampak batang hidung dia
tu.” Sejurus meminta diri, Suzana lekas ke dapur. Biar dilarang keras oleh
Amiera, dia tetap berdegil hendak menyediakan sarapan ala kampung untuk tetamu
istimewa yang datang bertandang.<o:p></o:p>
“Adlan... terima kasih.” Ucap
Amiera, seraya mendekati Adlan yang sudah terlentang atas katil.<o:p></o:p>
“Untuk apa?” Adlan bangkit.<o:p></o:p>
“Sudi hantar saya datang sini.”<o:p></o:p>
Spontan, Adlan tertawa kecil. “Dah
jadi tanggungjawab saya. Awak tu isteri saya, Amiera. Takkan saya nak biar awak
balik sini seorang diri?”<o:p></o:p>
Ulas bibir Amiera mekar dengan
senyuman. Halus namun mampu menggetarkan perasaan Adlan. Getar yang bukan
sedikit. Bahkan seluruh jiwa bagai runtuh.<o:p></o:p>
“BANG!” Suzana
menjerit kecil. Dengan tuala mandi menutupi kepala, dia bergegas meredah kebun
pisang, tercari-cari kelibat Hazman.<o:p></o:p>
“Bang!” Panggilnya lagi.<o:p></o:p>
“Eh, mana pula laki aku ni?” Suzana membebel
geram.<o:p></o:p>
“Amri!” Tangan mengawang udara. Amri
yang sedang gigih memotong setandan pisang, terus terhenti perbuatannya. <o:p></o:p>
“Ye Kak Su. Ada apa?” Hujung kemeja
lusuh dibawa ke dahi.<o:p></o:p>
“Ni ha, kau nampak tak Abang Man?
Sakit tekak akak ni asyik pekik panggil dia. Munculnya, tak juga,” dengus
Suzana. Liar mata mencari kelibat Hazman.<o:p></o:p>
“Abang dekat sini Su!” Sahut Hazman
tiba-tiba, disertai kemunculannya di sebalik daun-daun pisang yang lebar.<o:p></o:p>
“Kita panggil dia, tak
datang-datang.” Suzana merungut.<o:p></o:p>
“Selalu Ana tak panggil, abang balik
sendiri pun. Amri, tu dekat sana ada dua tiga tandan pisang. Nanti kau tolong
hantar ke kedai Wak Sadir ye. Dari semalam orang tua tu bertanyakan pisang tu.”<o:p></o:p>
Amri mengangguk faham. <o:p></o:p>
“Bang...” Suzana tergesa-gesa
menarik Hazman.<o:p></o:p>
“Kenapa ni, Ana?”<o:p></o:p>
“Mana Abang Latif?”<o:p></o:p>
“Entah. Dia keluar sebelum subuh.
Pergi surau.”<o:p></o:p>
“Tu...” Bibir Suzana memuncung.<o:p></o:p>
“Apa?” Hazman garu kepala. Ulah si
isteri mengundang hairan.<o:p></o:p>
“Amiera dah sampai.”<o:p></o:p>
“Ye ke? Bila?” Mereka sama-sama
keluar dari kebun tersebut.<o:p></o:p>
“Baru aje. Tu yang Ana tanyakan
Abang Latif. Kut-kut dia balik kejap lagi, apa kita nak buat, bang?” Terpancar
keresahan di roman wajah Suzana. Dia hanya mengikut rencana Hazman
membuta-tuli.<o:p></o:p>
Hazman menanggalkan kemeja lusuh
dari tubuh. Badannya berkeringat.<o:p></o:p>
“Ana tolong ambilkan tuala. Abang
nak mandi.”<o:p></o:p>
Suzana patuh.<o:p></o:p>
DERAP kaki semakin
perlahan. Lama-kelamaan terhenti sendiri. Dia pegun. Kaku tidak bergerak lagi.
Sedang mata kekal membidik ke arah kediaman yang ditumpangi beberapa hari ini.<o:p></o:p>
“Abang Edi nak main tak dengan Am?”
Suara kecil Idham mencuri masuk jendela telinga.<o:p></o:p>
Sejurus itu, muncul tubuh tinggi
lampai seorang lelaki, berpakaian kemas menuruni anak tangga, lantas
mendapatkan Idham yang sudah berada di halaman.<o:p></o:p>
“Kak Mira!” Jeritan Idham bergema
lagi.<o:p></o:p>
Mendengar nama itu disebut Idham,
langkah yang baru sahaja hendak dihayun, serta-merta mati. Malah dia terundur
ke belakang tatkala paras gadis itu menerpa pandangan. Meski dari kejauhan,
setiap lekuk wajahnya kekal terbias jelas.<o:p></o:p>
“Kak Mira tak main bolalah, Am. Dia
main anak patung.” Suzana menegah permintaan pahlawan bongsunya.<o:p></o:p>
“Alah... jomlah. Nantilah Kak Mira
main patung. Am ada banyak patung kayu.” Rengekan manja Idham mengundang tawa
Amiera.<o:p></o:p>
‘Amiera?’ Latif merasakan seluruh
anggota tubuhnya seumpama lumpuh. Nyaris dia jatuh menyembah bumi. Segera dia
berpaut pada dahan pokok. Selanjur menyembunyikan diri di sebalik pohon sebesar
tiga pemeluk manusia. Dari celah-celah dahan, dia memandang ke hujung sana.<o:p></o:p>
‘Ya Allah...’ Hati merintih lagi.
Tubuh melorot atas lantai bumi. Terpunduk dia di situ bertemankan kesakitan
yang maha dahsyat.<o:p></o:p>
“Aku... kena balik, Man.” Dusta
Latif sebaik telefon bimbit melekap di telinga.<o:p></o:p>
“Balik? Kenapa tiba-tiba nak balik?
Bukan ke abang kata nak tinggal dua tiga malam lagi?” Nyata Hazman terperanjat.<o:p></o:p>
Nafas dihirup lelah. Sedaya-upaya
menyembunyikan galau perasaan yang sedang ganas menghentam relung jiwa. “Kedai
tukang aku... ada masalah sikit. Ahmad kena cuti.”<o:p></o:p>
“Tak boleh tunggu ke bang?” pujuk
Hazman. Ternyata rencana dia tidak menjadi.<o:p></o:p>
“Tak sempat, Man. Aku kena balik
sekarang juga. Insya Allah, tiga empat hari lagi aku datang balik. Barang-barang aku yang ada tu,
biarlah dulu.” Langkah dikemudi lemah. Terasa telapak kaki yang beralaskan
selipar jepun, terawang-awang tiada berpijak ke tanah. Sesekali kepala
tertoleh-toleh ke belakang.<o:p></o:p>
“Baiklah... kalau abang dah putuskan
macam tu. Semoga selamat sampai.”<o:p></o:p>
“Insya Allah...”<o:p></o:p>
Dia tidak mencari kelibat Amiera
lagi. Tegak lurus mengemudi kaki menjauhi kediaman tersebut.<o:p></o:p>
TANGAN kecil Idham
dipimpin Hazman. Kedua-duanya berjalan seiring menuju ke bilik peraduan
berhampiran ruang tamu. Sebaik langsir disingkap, batang tubuh Hafizi dan
Luqman menyambar penglihatan. Mengucap panjang Hazman jadinya. Dua-dua anak
bujangnya tidur dengan gaya gimnastik.<o:p></o:p>
“Abah...” Idham menarik lengan
Hazman.<o:p></o:p>
“Apa dia, sayang?” Punggung mendarat
di tepi katil. Gebar tebal ditarik menyelimuti Idham. Kemudian dia mencapai
patung Spongebob lalu diberikan kepada anak kecilnya.<o:p></o:p>
“Kenapa Ayah Long tak balik lagi?
Kan dah malam.” Idham memintal jari-jari Hazman. Itulah tabiatnya.<o:p></o:p>
“Ayah Long balik rumah dia. Ada
kerja. Itu yang Idham tak sempat jumpa Ayah Long. Insya Allah, nanti Ayah Long
datang sini lagi. Dah... tidur.”<o:p></o:p>
“Tapi kan ayah, adik nampak Ayah
Long. Tapi Ayah Long tak balik rumah kita. Dia terus jalan pergi depan sana.”
Idham menyuarakan ingatannya tentang Latif.<o:p></o:p>
Hazman mengerutkan dahi.<o:p></o:p>
“Bila?”<o:p></o:p>
“Pagi tadi. Masa adik ajak Kak Mira
main bola dengan adik.” Terus-terang anak kecil itu memberitahu.<o:p></o:p>
“Idham tidur, ye. Ayah matikan
lampu.” Hazman bingkas berdiri. Setelah memastikan Idham benar-benar selesa,
barulah dia meninggalkan ruang peraduan putera-puteranya.<o:p></o:p>
Pintu ditutup rapat. Setelah itu,
dia beransur ke ruang tamu. Ralit memikirkan kata-kata Idham. Selanjur
perbualan lewat pagi tadi menerpa jendela pendengaran.<o:p></o:p>
“Bang!” <o:p></o:p>
Hazman urut dada.
“Astaghfirullah...”<o:p></o:p>
Terkekeh-kekeh Suzana ketawa.<o:p></o:p>
“Suka sangat dapat kenakan abang ye?”
Dia duduk di anak tangga paling atas.<o:p></o:p>
“Abang tu, termenung panjang
sampaikan Ana dah terpacak dekat sebelah pun tak perasan.” <o:p></o:p>
Meski halus, namun helaan nafas
serba berat Hazman memutikkan kehairanan. “Abang kecewa ke?”<o:p></o:p>
“Lebih dari tu, Ana.” Muka menunduk
tenung papan tebal berurat tidak selari.<o:p></o:p>
“Dahlah, bang. Tak ada rezeki kita
nak temukan anak-beranak tu.” Belakang badan Hazman diusap lembut.<o:p></o:p>
“Ana...”<o:p></o:p>
“Ye, bang?”<o:p></o:p>
“Ana pernah terfikir tak, yang
sebenarnya Abang Latif dah lama tahu siapa anak dia?” Paras Suzana pantas
direntap.<o:p></o:p>
“Maksud abang...”<o:p></o:p>
Roman yang menakungi wajah Suzana
seumpama menzahirkan kesimpulan yang terbina dalam kepala. Sejurus itu, Hazman
mengangguk. Membenarkan apa pun pernyatan yang berlegar di benak isterinya.<o:p></o:p>
“TERIMA kasih,
Luth.” Kepala mendongak.<o:p></o:p>
Luth tersenyum. Tangan menghulur
secangkir kopi.<o:p></o:p>
“Minumlah,” pelawanya.<o:p></o:p>
Cawan seramik putih itu dicapai. <o:p></o:p>
“Kenapa kau tak beritahu aku nak
datang sini? Cuba telefon ke, apa ke... dibuatnya aku tak ada dekat rumah,
macam mana?” Luth duduk bersila mendepani sahabat lamanya.<o:p></o:p>
“Maaf kalau aku menggaanggu.”
Pandangan jatuh merenung tikar mengkuang.<o:p></o:p>
“Eh, kau jangan salah faham pula.
Maksud aku tu, sebelum datang kau beritahulah aku dulu. Boleh aku sediakan
apa-apa yang patut. Ni, kau datang sehelai sepinggang ni kenapa? Kata bermalam
sehari dua dekat sini.”<o:p></o:p>
Belum pun sempat Latif merangka
bicara, Luth melanjut pertanyaan lagi. “Apa yang kau pegang tu?” Terjuih-juih
bibir Luth.<o:p></o:p>
Sorot mata melorong ke arah ukiran
kayu kecil di dalam genggaman. Kelima-lima jarinya mengembang secara
perlahan-lahan.<o:p></o:p>
Alif, mim, ya, ra, alif.<o:p></o:p>
Amiera.<o:p></o:p>
Sebaris nama itu diukir dalam huruf
jawi. Liuk setiap abjad mempamerkan ketekunan dan kehalusan seni tangan si
pemahat.<o:p></o:p>
AMIERA menoleh.
Pandangan kedua-duanya bertaut sebelum ulas bibirnya membalas senyuman si
suami.<o:p></o:p>
“Dah ewat malam ni. Kenapa tak tidur
lagi?” Adlan mengerling jam tangan. Hampir menginjak dua belas tengah malam.<o:p></o:p>
“Nah.” Iphone Adlan dihulur.<o:p></o:p>
“Nenek call tadi. Katanya mummy nak
cakap dengan awak,” lanjut Amiera.<o:p></o:p>
Telefon itu dicampak ke tengah
katil. Selanjur dia turut rebah bersama. Sebelah tangan dijadikan alas.
Manakala sebelah lagi berjuntai atas dahi. Permainan Ku Embok, sudah lama dia
tahu. Rencananya tidak pernah putus. Namun dia kekal membekukan diri. Dingin
hati kian ditambah sukatan.<o:p></o:p>
Adlan memerhatikan Amiera. Isterinya
begitu tekun membelek sesuatu di tangan. Pantas dia duduk. Mengengsot datang
mendekat.<o:p></o:p>
“Apa tu?” soalnya ingin tahu.<o:p></o:p>
Amiera menunjukkan ukiran kayu
tersebut.<o:p></o:p>
Anak mata Adlan menjalar ke segenap
inci lekuknya. “Idham? Ini Idham punya ke?”<o:p></o:p>
Amiera mengangguk. Kembali ralit
merenungi ukiran tersebut. Hujung jari merasai setiap huruf jawi yang timbul
itu.<o:p></o:p>
“Saya tengok budak-budak tu banyak
simpan koleksi ukiran kayu macam ni. Kebanyakannya bermotif tulisan jawi.
Cantik.” Sejurus itu, dia menjulang roman Adlan.<o:p></o:p>
Adlan yang sedia dirusuh resah,
lekas mengalihkan pandangan. Malah terus terjun terbaring dengan badan
terlentang. “Tidurlah. Dah malam ni,” tuturnya lembut.<o:p></o:p>
Objek kayu diletak atas meja kecil
bersebelahan kepala katil. Dia membaringkan tubuh, membelakangi Adlan. Selimut
ditarik menutupi seluruh badan. Sedang sorot mata sentiasa segar
melantun-lantun pada kayu ukiran milik Idham.<o:p></o:p>
Ukiran kayu seperti itu, pernah
diterimanya. Setiap tahun, sejak tujuh tahun lalu. Lentur seni yang terpahat di
atasnya kekal serupa. Lima abjad jawi memetakan nama depan, cuma berbeza dari
segi hiasan dan butiran halus di sekelilingnya.<o:p></o:p>
Terima kasih baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Hai kawan dalam kepala, kenapa kadang-kadang suka merajuk dengan kita? Ya, kita janji kahwinkan awak berdua. Herher!
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-32746844419829451902015-02-25T11:44:00.000+08:002015-02-25T11:44:12.348+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 34.Assalamualaikum.
"...The only reason you need to do something is for the sake of Allah..."
Bab 34<o:p></o:p>
STRAW disumbat ke
dalam mulut. Jus tembikai susu disedut sekali nafas. Kemudian, gelas tinggi
berliku di tengah, ditolak ke tepi.<o:p></o:p>
“Budak tu tak salah apa pun dengan
kau, kan?” Hanis menjongket kening.<o:p></o:p>
“Tak salah? Banyak dosa dia dekat
aku. Sampai tak boleh nak kira!” Fatma menuntas keras.<o:p></o:p>
Hanis terdiam sejenak. Mengenali
Fatma sejak zaman persekolahan, setelah itu terus bersama sehingga sekarang,
membuatkan dia cukup masak dengan permasalahan jiwa sahabatnya. <o:p></o:p>
“Amiera tu bukan orang lain. Sepupu
kau juga.” Rendah suara Hanis mengingatkan.<o:p></o:p>
Fatma tarik muka. Bibir dicebik
tanda menyampah.<o:p></o:p>
“Kau juga yang buka cerita fasal
budak tu.” Hanis mengungkit pula.<o:p></o:p>
“Aku nak lepaskan perasaan, bukan
nak dengar ceramah kau, okay?”<o:p></o:p>
Spontan, Hanis tertawa kecil.<o:p></o:p>
Fatma memandang kehairanan. “Kenapa?
Apa yang lawak?”<o:p></o:p>
“Kau tu...” Jeda seketika. Dia
berdeham sebelum menyambung, “Actually... aku tengok kau sebenarnya concern
dekat Amiera, kan?”<o:p></o:p>
“Ulang sekali lagi? Concern?
Hello... kalau dah pandang muka dia pun aku naik menyampah, apatah lagi nak
ambil berat.”<o:p></o:p>
“Kau ni tak patut tau. Bukan aje
sepupu, dia tu anak angkat keluarga kau. Adik kau.” Perhitungan mereka masih
belum selesai. Hanis berdiri di sisi Fatma selaku sahabat, namun dalam waktu
yang sama, dia enggan Fatma terus-terusan menjadi pendendam.<o:p></o:p>
Kedua-dua belah tangannya memeluk
tubuh. Mencerlung mata Fatma merenungi Hanis. “Yang kau ni, nak menangkan
perempuan tu sangat, kenapa? Dia bukan baik mana pun. Konon suci depan ibu ayah
aku, tapi sudahnya kahwin sebab kena tangkap bercengkerama dalam rumah sewa dia
tu.” Sengaja ditekan oktaf suara di anak tekak sebaik perkataan ‘bercengkerama’
meluncur keluar. <o:p></o:p>
“Kau
tak percaya juga?” Kening naik tinggi. Ulah Hanis diperhati tajam. Lihat pada
roman wajah temannya, nyata Hanis tidak bersetuju.<o:p></o:p>
“Bukan
tak percaya tapi ragu-ragu. Tentu kau pernah dengar, jodoh tu Allah dah
tetapkan dekat atas langit lagi. Dengan siapa, macam mana pertemuan tu boleh
terjadi, dekat mana... semua tu dah ditentukan. Lagipun, aku kenal Amiera tu,
Ema. Dia budak baik. Mungkin apa yang dia cakap, tentang salah faham tu...
betul. Sebab tu aku rasa mak ayah kau terus jadi lembut hati even malapetaka
tu... sesuatu yang sangat mengaibkan. Allah lembutkan hati mereka. Allah
padamkan peristiwa yang menyakiti mak ayah kau. Kau tak terfikir ke, Ema?”<o:p></o:p>
Bibir Fatma terkunci. Bukan kerana
lidahnya kelu, tetapi berat mulut hendak membalas. Kerana dia tahu, Hanis tidak
pernah memandang Amiera seperti mana dia.<o:p></o:p>
BENCINYA dia
kepada Amiera bukan secara melulu. Punya asas kukuh. Ada alasan kuat. Amiera
telah meragut semua darinya. Kasih sayang, perhatian, dan keluarga, segala yang
ada sudah tertumpu kepada Amiera. <o:p></o:p>
Bohong jika perasaannya tiada
terusik mengenang kehidupan Amiera yang serba serbi menumpang ehsan orang lain.
Simpati itu ada. Namun tatkala anak mata melewati kemesraan antara Amiera dan
semua orang dalam keluarga kecilnya, seumpama ada busur tajam membidik tepat ke
jantung. Memutuskan segala belas yang muncul sekejap cuma. Dan seterusnya,
menjala kembali perasaan iri hati, benci yang kadang ketika tenggelam di dasar
hati.<o:p></o:p>
Silapkah dia membenci perempuan itu?
Atau sebenarnya silap ibu dan ayah sendiri yang kerap benar membandingkan dia
dengan Amiera? Benar, dalam segala hal, Amiera berada di carta paling
tertinggi. Kedudukan teratas. Katanya, Amiera itu bijak. Dari sekolah rendah,
hingga ke universiti, sentiasa memperoleh keputusan baik. Sedang dia, tidak
pintar mana. Puas menelaah, namun otak yang dianugerahkan dengan akal, tidak
mampu menampung lebihan beban.<o:p></o:p>
Perbandingan yang dianggap satu
motivasi untuknya bagi Tasneem dan Shahreza, sebenarnya satu permulaan rasa
benci itu bercambah. <o:p></o:p>
Ah, bukan hal itu sahaja bikin dada
sebal.<o:p></o:p>
Semakin hari, semakin ketara Amiera
telah mengusai hampir keseluruhan apa yang seharusnya dia miliki. Buktinya
sudah ada. Terang lagi bersuluh. Pada saat Amiera mengotori wajah ibu dan ayah,
kedua-duanya masih mampu melupus dan melembutkan hati untuk kembali merangkul
Amiera dalam dakapan. Andai dia yang berada di tempat Amiera, adakah keadaan
kekal serupa?<o:p></o:p>
“Cuba kau renung balik, muhasabah
diri... tanya hati... kenapa kau benci sangat dekat Amiera tu. Kalau benci tu
tumbuh sebabkan hal kecil-kecil, kau rasa berbaloi ke?”<o:p></o:p>
Bicara Hanis tadi, melantun dalam
kepala.<o:p></o:p>
“PANJANG kau
berdoa?” Sesekali ekor mata menyoroti Amiera, berserta senyuman halus mulai
membasahi bibirnya.<o:p></o:p>
Kerja melipat telekung terhenti
seketika. Pandangan dibawa melorot ke sisi. “Lah, salah ke aku doa
banyak-banyak dekat Tuhan?”<o:p></o:p>
“Apa yang salah? Aku tak cakap apa
pun.” Pantas Betty menuntas.<o:p></o:p>
“Dah tu, yang kau tanya tadi tu,
kenapa?” Telekung yang siap dilipat rapi, disumbat masuk ke dalam beg seperti
uncang. Cuma saiznya berganda empat lima kali.<o:p></o:p>
Roman wajah membentuk kerutan halus
tatkala menyedari rias yang merauti airmuka Betty seumpama menyembunyikan
sesuatu. Dia sangsi.<o:p></o:p>
“Ni mesti doa supaya cepat dapat
ni...” Hujung jari hendak mencuit perut Amiera, namun perbuatannya segera
ditepis. Terkekeh-kekeh dia ketawa.<o:p></o:p>
“Dapat apa?” Amiera menepuk perut
sendiri. “Ni... dalam ni penuh dengan organ pencernaan.”<o:p></o:p>
“Kau lupa. Yang penuh dengan segala
macam organ tu nanti bakal bertemankan khalifah Allah.” Betty sedia jongket
kening.<o:p></o:p>
Amiera sekadar mampu membalas dengan
sebuah senyuman.<o:p></o:p>
“Itu aje yang kau fikir, kan?” Pipi
Betty dicubit geram.<o:p></o:p>
Cemberut muka Betty. Mulutnya
mengomel tanda tidak puas hati. “Habis, apa lagi yang aku kena fikir selain tu?
Kau dengan Encik Adlan tu dah kahwin, lepas tu mesti ada anak. Betul tak?”<o:p></o:p>
Senyuman berputik lagi.
Sesungguhnya, perjalanan dia dan Adlan masih terlalu panjang. Liku-liku yang
terbentang, sedang diusahakan untuk ditembusi bersama. Waima pernah terbeban
atas dasar paksaan, kini dia seakan rela. Membajai jiwa dengan kecintaan
setulusnya yang diharap hadir sedikit demi sedikit.<o:p></o:p>
“Kau doakan aku cepat kahwin eh.”
Betty kenyit mata pula. Ada sahaja ulah nakalnya menempa penglihatan.<o:p></o:p>
“Tak dapat macam Encik Adlan, kut
iras Encik Is pun okey.” Galak Betty berseloroh.<o:p></o:p>
“Rancak berborak.” <o:p></o:p>
Amiera dan Betty saling
berpandangan. Selanjur kedua-duanya menekup mulut masing-masing. Betty hilang
suara, Amiera terus senyap sunyi.<o:p></o:p>
“Tu... laki kau, kan?” Betty
berbisik ke telinga Amiera.<o:p></o:p>
“Betty... awak ni nak berbisik, tapi
sampai juga ke telinga saya.” Adlan berkata lagi. <o:p></o:p>
Buntang mata Betty. Bibir diketap
rapat. Pantas menggesa Amiera untuk sama-sama keluar dari ruang musollah
tersebut, yang mana pembahagian kawasannya menggunakan tabir tebal berwarna
coklat.<o:p></o:p>
“Sorry Encik Adlan,” ujar Betty
sebelum mencicit laju bersama Amiera.<o:p></o:p>
Ulas bibir Adlan mengulum senyum.
Disertai tawa halus menembusi bukaan kecil mulutnya. ‘Bakal khalifah kecil?’
Hati bagai bergendang. Kata-kata Betty membuatkan dia tidak mampu mematikan
langsung senyuman sendiri.<o:p></o:p>
‘Astagfirullah...’ Dia meraup muka.
Kaki dikemudi memijak sejadah, menghadap kiblat.<o:p></o:p>
Hati ditunduk serendah-rendahnya
kala ingin mendepani Tuhan.<o:p></o:p>
“Bismillah...”<o:p></o:p>
KALAU mampu
dirobek dada, boleh dipatahkan tulang rusuk, akan dia cabut keluar satu organ
tubuh bernama hati. Dengan itu, hati yang asyik berpalu nada bahagia, akan segera
diperiksa. Mencari punca sebenar kenapa dia berperasaan sebegini rupa.<o:p></o:p>
‘Bakal khalifah kecil.’ Entah kali
ke berapa bingkisan suara kecil itu mengetuk anak telinga.<o:p></o:p>
Lentur otot muka mengembalikan
senyuman tadi. Tiada tertahan-tahan.<o:p></o:p>
“Lebar senyum tu.” Ku Embok duduk
hampir di sisi Adlan.<o:p></o:p>
Adlan terperanjat. Gema suara hati
langsung ghaib. Malah perasaan bahagia yang sedang dia alami turut lenyap. Anak
mata terus mencari paras wanita tua itu.<o:p></o:p>
“Dari tadi nenek perhati, Edi asyik
senyum aje.” Wanita tua itu mulai membuat rumusan kasar. Selajur menepuk peha
Adlan beberapa kali dan berkata lagi, “Macam orang jatuh cinta.”<o:p></o:p>
Senyumnya disembunyikan jauh-jauh.<o:p></o:p>
“Nenek ni, pandai aje serkap
jarang.” Adlan berdalih. <o:p></o:p>
“Kalau Edi dah mula rasa bahagia,
rasa cinta pada Amiera, tak salah. Dia... isteri kamu, kan?” Pinggang Adlan
dicuit.<o:p></o:p>
Adlan menepis lembut. Kemudian
tangan tua itu digenggam erat, lantas dibawa mendekati muka. Diciumi penuh rasa
hormat.<o:p></o:p>
Jari-jemari Ku Embok merayapi kepala
lelaki itu. Diusap lembut, bersama perasaan yang bercampur-baur. Sebagaimana
Adlan meletakkan dia selaku manusia yang harus dijaga adab dan sopan bila
bertutur dan berkelakuan, selayaknya Rozita punya hak yang sama. Rozita ibu
yang mengandungkan Adlan. Yang telah meletakkan nyawa di hujung nafas tatkala
melahirkan lelaki itu.<o:p></o:p>
“Adlan...” Hati dipagut pilu.<o:p></o:p>
Adlan mendongak.<o:p></o:p>
“Selagi dia masih hidup, belum
diambil Tuhan... alangkah baiknya kalau kamu mampu membahagiakan dia.”<o:p></o:p>
Mendengar bicara itu, Adlan terus
bersandar tubuh. Pandangan dihala ke hadapan. Roman sayu Ku Embok enggan
dipicing walau sedikit.<o:p></o:p>
DADA dielus
perlahan. Menahan detak jantung yang tidak sekata. Kadang kala membuatkan rasa
ngilu membaluti seluruh organ penampung nyawa tersebut.<o:p></o:p>
Dia tidak pernah jemu berdoa, tidak
putus mengangkat telapak tangan menjulang langit. Malah titipan kesejahteraan
untuk Adlan sentiasa membasahi bibir, ditutur lidah dengan begitu mengharap
sekali. Luka parah di hati sendiri segera ditolak ke tepi. <o:p></o:p>
‘Tuhan, hukumlah aku seberat mana
pun. Dugalah aku dalam apa keadaan pun. Tapi... jangan bawa dia jauh dari ku,
Tuhan.’ Sayup-sayup suara yang muncul dari relung jiwa, mengalun satu nada
sayu.<o:p></o:p>
Betapa dia ingin berada di tempat Ku
Embok tika ini. Tangan itu disalami penuh rasa hormat bersulam kasih yang
sememangnya datang dari hati. Sedang hujung jari Adlan pun, seakan tidak sudi
berlabuh untuknya!<o:p></o:p>
Tirai langsir dilepaskan. Lelah dada
menyaksikan Adlan di situ. <o:p></o:p>
“Mummy?” <o:p></o:p>
Rozita tersentak.<o:p></o:p>
“Mummy okay?” Amiera bertanya lagi.<o:p></o:p>
Lekas dia angguk kepala. Buru-buru
bawa kaki pergi dari jendela lalu menapak ke ruang tamu.<o:p></o:p>
Amiera di belakang, terus
membuntuti.<o:p></o:p>
“Mummy nak minum? Saya boleh
buatkan.” Senyuman manis diukir kecil. Walau sikap Rozita sering acuh tidak
acuh terhadapnya, hati tidak pernah terguris. Kerana dia sedar, barangkali
benci yang wujud itu bertunjangkan keaiban dia dan Adlan.<o:p></o:p>
Belum pun sempat Rozita menuntas,
Amiera terlebih dahulu menyanggah. “Mummy tunggu sekejap.” Terkocoh-kocoh
larian anak mengemudi kaki Amiera.<o:p></o:p>
Rozita menghela nafas panjang.
Rengkungan yang tadi terasa cukup berat, kini beransur lapang. Dadanya
meringan.<o:p></o:p>
Sepasang mata milik Amiera menyambar
fikiran. Kolam mata itu, bercahaya. Airmuka juga tampak jernih. Sisi murni si
menantu mulai menempa penglihatan sendiri. Amiera seumpama satu bius. Kebencian
yang cuba disalur terus ke jiwa, serta merta mati. Malah hendak memutikkan
bunga-bunganya juga tidak pernah berjaya. Perasaan langsung melentur lembut.<o:p></o:p>
‘Amiera... siapa kau sebenarnya?’<o:p></o:p>
“ESOK ada orang
nak datang.” Suzana melabuh punggung di sebelah suaminya.<o:p></o:p>
Spontan, Hazman memaling muka.
Suzana ditatap dengan kerutan terbenam kasar di dahi.<o:p></o:p>
“Siapa?” Latif mencapai kopiah
putih, lantas dipakai bagi menutupi atas kepala. Dia sudah bersiap-siap hendak
ke surau. <o:p></o:p>
“A...” Suara Suzana mati. <o:p></o:p>
“Kawan saya, bang. Esok abang masih
dekat kampung, kan?” Jari isterinya dipaut kuat. Suzana mengetap bibir.<o:p></o:p>
Latif tersenyum. “Kalau kau
izinkan...”<o:p></o:p>
“Eh abang ni. Takkanlah saya nak
halau abang balik pula? Inikan rumah abang juga.” Hazman bertutur seraya ketawa
kuat.<o:p></o:p>
“Alhamdulillah... bolehlah aku
menumpang sehari dua lagi. Tapi tak boleh nak lama sangat. Kedai tukang tu, tak
ada siapa nak tengok,” jelas Latif.<o:p></o:p>
“Boleh bang,” sahut Hazman dalam
senyuman.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk kepala Latif. Sejurus
itu, dia mula menginjak anak tangga paling atas. Cukup lima semuanya, barulah
telapak kaki merasai dinginnya lantai simen.<o:p></o:p>
“Aku jalan kaki ajelah.” Latif
menolak pemberian Hazman. Gugusan anak kunci motosikal segera dikembalikan.<o:p></o:p>
“Penat bang, jalan kaki.”<o:p></o:p>
“Tak apa. Kan aku dah biasa ke surau
jalan kaki aje. Aku pergi dulu. Assalamualaikum!”<o:p></o:p>
Penat itu memang ada. Namun sebaik
mengingatkan ganjaran pahala dalam setiap langkah yang dilewati, hati jadi
kuat. Letih terus hilang. Berganti dengan perasaan bahagia.<o:p></o:p>
“Yang abang pergi siku Ana tadi,
kenapa?” Mencuka roman Suzana tanda tidak puas hati.<o:p></o:p>
Sebaik bayang Latif hilang dari
pandangan, barulah Hazman menatap paras isterinya. “Ana tu, kenapa nak buka
mulut fasal Amiera?”<o:p></o:p>
“Eh, dah memang Amiera tu nak datang
esok. Apa salahnya kalau Abang Latif tahu?”<o:p></o:p>
Hazman menarik nafas dalam-dalam.
“Ana...”<o:p></o:p>
Rendah oktaf yang dilontar Hazman,
mengingatkan dia kepada sesuatu. Dahi ditepuk kuat.<o:p></o:p>
“Ya Allah... Ana lupa, bang.” Bibir
diketap rapat.<o:p></o:p>
Hazman tersenyum kemudiannya.<o:p></o:p>
“Kalau Abang Latif tahu Amiera nak
datang, tentu awal-awal dia dah angkut beg dia, kan?”<o:p></o:p>
Retetan tutur kata Suzana tiada
menembusi corong pendengaran. Hazman ralit memikirkan hari esok. Sebagaimana
Latif, Amiera juga tidak tahu kewujudan ayah kandungnya di sini.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Dear Anna dah ada sikit plot :) Anak yang sangat patuh kepada ibunya sampai segala susun atur dalam hidup sendiri pun, mak dia juga yang tentukan. Emm :) Oh.. Happy Borndayyyy my bro- Juan :) Semoga sentiasa success dalam apa jua bidang dan pekerjaan yang kau lakukan. Dan moga rahmat Allah sentiasa melingkari hidupmu :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-74620447638352525762015-02-18T11:00:00.000+08:002015-02-18T11:00:01.868+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 33.Assalamualaikum.
"...How far is the sky and how close is Allah..."
Bab 33<o:p></o:p>
PANJANG tangannya
mencapai sebuah bakul mengkuang di dalam almari. Bersama bakul mengkuang
tersebut, dia menghenyak punggung di atas katil. Jari-jemari mula membuka
ikatan tali yang merentangi bakul berkenaan.<o:p></o:p>
Sekeping gambar ditarik keluar.
Gambar itu merakam paras ibunya ketika zaman muda, berambut panjang melepasi
bahu, sedang tersenyum manis bersama Tok Awan, Nek Awan, dan Shahreza. Setelah
puas menilik, kepingan kertas bersaiz 4R lain diambil pula.Diamati satu per
satu.<o:p></o:p>
Ulas bibirnya menguntum senyum,
menzahirkan kebahagiaan dalam hati tatkala dirinya yang berambut tocang dua,
tiada gigi di depan dan berwajah ceria sedang erat merangkul leher ibu. Gambar
itu diterbalikkan. Ada sesuatu tercanting di situ. ‘Selamat hari lahir sayangku
Amiera Syazreen, yang ke empat tahun.’ Suara sendiri berbisik dalam kepala.<o:p></o:p>
Bakul mengkuang pemberian Tok Awan
dahulu diselongkar lagi. Hampir lima puluh keping gambar terisi di dalam bakul
itu.<o:p></o:p>
Hujung jari menarik keluar sekeping
kertas berlipat-lipat yang terselit di antara gambar-gambar tersebut. Lipatan
kertas lusuh itu dibuka. Bulat mata dia membaca sesuatu yang tertulis di
atasnya.<o:p></o:p>
‘Ibu selalu cerita tentang ayah.
Kata ibu, ayah lelaki yang baik. Kalau betul apa yang ibu cakap dekat adik,
kenapa ayah tak ada dengan kita?’<o:p></o:p>
Anak mata jatuh meleret kepada
tulisan seterusnya.<o:p></o:p>
‘Hari ni ibu kata lagi, ayah sayang
dekat adik. Tapi kan ibu, kalau betul ayah sayang, kenapa dia tak pernah datang
jumpa adik?’<o:p></o:p>
Amiera mengetap bibir. Dia ingat!
Sehingga usia dia menginjak sembilan tahun, ibu sering bercerita mengenai
lelaki bernama Latif. Benar, dia sudah muak dan mampu memikirkan di mana
kedudukan dia dalam hidup lelaki berkenaan.<o:p></o:p>
‘Mungkin adik dah tak ada ayah, kan
ibu?’<o:p></o:p>
Tulisan sedikit herot berakhir
setakat itu sahaja.<o:p></o:p>
“Kalau ikut Abang Latif, tak kahwin
budak Amiera tu.” Secara tiba-tiba, gema suara Hazman menerobos ke lubang
pendengaran.<o:p></o:p>
“Kan Abang Latif tak pernah ada di
samping dia, apatah lagi kalau dia tahu yang Abang Latif menafikan hak dia
sendiri untuk mewalikan Amiera,” lanjut Hazman, terus memuntahkan keraguan.<o:p></o:p>
“Amiera bukan seorang anak yang
penuh dengan sifat benci. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia tu. Saya
yakin, Amiera tak akan membenci Latif, malah mungkin dia juga sedang
tercari-cari siapa ayahnya. Siapa tahu, kan?”<o:p></o:p>
Dia terus memasang telinga tanpa
pengetahuan dua orang lelaki berkenaan. Tiada yang tertinggal walau sepatah
pun.<o:p></o:p>
Amiera menutup mata. Nafas dihela
panjang. Kini dadanya terasa membungkam. Rengkungan cukup sesak dengan hempasan
ombak yang ganas, tiba-tiba hadir bertimpa-timpa.<o:p></o:p>
‘Ibu... kenapa ibu tipu Mira dulu?
Ibu kata ayah sayangkan Mira. Ibu kata ayah akan datang cari Mira. Tapi ibu
tahu sesuatu tak? Ayah tak sudi jumpa Mira. Mungkin... ayah benci Mira. Kenapa,
bu?’<o:p></o:p>
Tubuh tersandar lemah di kepala
katil. Perlahan-lahan, mata dibuka semula. Berkaca-kaca dicemari cecair hangat.<o:p></o:p>
“Ibu...” Kerinduan itu seumpama
membuar keluar. Gambar Suria didakap erat.<o:p></o:p>
Meski di luar dia tampak kuat dan
tabah, hakikatnya dia sudah cukup rapuh. Bahu yang selama ini memikul beban
jiwa sendiri, kian merunduk ke tanah. Selantang mana pun dia menafikan, yang
nyata jauh di sudut hati, dia ingin tahu siapa lelaki yang selayaknya dipanggil
‘ayah’.<o:p></o:p>
PINTU diregang
sedikit. Dia mencuri lihat ke dalam sana. Seluruh pelosok rumah dicari, namun
kelibat Amiera langsung tidak kelihatan di mana-mana.<o:p></o:p>
“Amiera?” Dia menjenguk kepala.<o:p></o:p>
Selangkah dia melangkah memasuki
ruang peraduan itu. “Amiera?” Dia memanggil lagi.<o:p></o:p>
Penuh berhati-hati, aturan kaki
dikemudi. Tatkala pandangan mata menyoroti sekujur tubuh Amiera, untuk kali
pertama, dia dijamu paras yang sedang lena itu tanpa sebarang halangan. Rambut
panjang berombak di hujung, begitu menawan. <o:p></o:p>
Hijab yang menutupi aurat di kepala
isterinya telah terbuka sebaik kaki mereka menjejak kediaman ini. Dengan rela
hati, Amiera berbuat demikian. Itulah yang diharapkan sebenarnya. <o:p></o:p>
“Amiera.” Sengaja dinaik tinggi
oktaf suara bagi memastikan Amiera benar-benar lena.<o:p></o:p>
‘Subhanallah... kau memang cantik,
Amiera.’ Hati berdesis kagum. Kepala lutut sudah mencecah lantai. Dia kini
berada hampir di sebelah isterinya. Mengamati setiap lekuk wajah, setiap inci
roman yang tampak tenang.<o:p></o:p>
Bukan dia tidak pernah mengagumi
keindahan Amiera, bahkan keindahan yang biasa-biasa bagi sesiapa yang melihat,
serta-merta menjadi terlalu istimewa buatnya setelah Amiera sah dimiliki.<o:p></o:p>
Amiera didekati. Begitu hampir
menemukan wajah kedua-duanya. Sebuah kucupan hinggap di dahi Amiera.<o:p></o:p>
“Amiera... aku akan cuba jadi imam
yang bakal membawa kau ke syurga Allah kelak. Walau percaturan jodoh kita
pernah menghiris hati sebilangan orang, tapi aku sentiasa berdoa agar ikatan
ini tak akan putus.”<o:p></o:p>
Itu janjinya. Janji yang termaktub
pada lafaz dan kukuh dalam jiwa.<o:p></o:p>
“ANAK... anak
ki... kita... bang. Anak...” Nafas wanita itu kian tercungap-cungap seolah-olah
salur nafasnya telah menjadi sempit.<o:p></o:p>
“Anak?” Matanya membuntang bagai
tidak percaya.<o:p></o:p>
“Jan... janji jangan ting...
tinggalkan dia. Tolong.” Dalam kepayahan, butir bicara ditutur perlahan.<o:p></o:p>
Seluruh anggota tubuh bagai
mengigil. Saling bergesel sehingga menerbitkan rasa ngilu.<o:p></o:p>
“Su sa... sayang abang. Dunia
akhirat.” Senyumnya meruntun hati sendiri. Dia sekadar mampu menzahirkan
kekesalan melalui linangan airmata.<o:p></o:p>
Dia terus menangis teresak-esak.
Senyuman itulah yang dibawa bersama sehingga sekarang. Roman wajah tenang Suria
kekal terpahat dalam ingatan. Yang sering menggamit mimpi malam, juga paras
yang serupa.<o:p></o:p>
Muka tersembam di kepala lutut,
diangkat perlahan menjulang dada langit. Hitam. Suram. Seperti mana liku
hidupnya dahulu. Kemunculan Suria seumpama satu hadiah dari Tuhan. Relung jiwa
serba kelam, menjadi cerah secara tiba-tiba.<o:p></o:p>
Namun, dalam keterpaksaan, dia harus
menjauhi cahaya tersebut. Suria ditinggalkan. Dan pertemuan pada hari itu
langsung tiada terduga.<o:p></o:p>
Pada hari yang sama, Tuhan telah
memadamkan sinar terang tersebut untuk selamanya. Ditarik kembali dengan cara
paling tragis.<o:p></o:p>
“Ibu! Bangun... ibu!” <o:p></o:p>
Latif pejam mata semula. Dadanya
bagai ditendang kuat, ditumbuk padu hingga pecah segala tulang rusuk setiap
kali tangisan dan teriakan Amiera memenuhi ruang pendengaran.<o:p></o:p>
‘Maafkan ayah, anakku. Maafkan
ayah.’ Dia merintih kesal.<o:p></o:p>
SESAK nafasnya
tatkala gerombolan udara terasa berpusu-pusu memasuki rongga pernafasan. Dia
bangkit. Duduk berlunjur kaki di atas katil. Muka diraup perlahan. Rintik peluh
halus terasa melekat di telapak tangan sendiri.<o:p></o:p>
Gambar Suria ditatap lama. Wajah itu
sudah jadi sebahagian daripada mimpi tidur, sama ada dalam bentuk kebahagiaan
atau bakal menyebabkan relung mimpinya berantakan. Namun keanehan telah
menyentap jantung. Lantas membuatkan dia bangkit dengan pelbagai perasaan
merusuh dalam diri.<o:p></o:p>
‘Siapa lelaki itu?’<o:p></o:p>
Parasnya terlalu kabur. Tidak mampu
dicuri lihat oleh deria penglihatan. Malah kemunculannya memecahkan jasad
Suria. Bertukar menjadi butir-butir debu dan terbang ke atas langit
berbumbungkan kabus tebal lantaran tiupan angin benar-benar kencang ketika itu.<o:p></o:p>
“Astaghfirullah...” Dia beristighfar
panjang. Betapa dia terlalu asyik memikirkan mainan tidur, sehingga lupa waktu
kian beranjak senja. Solat asar pun belum didirikan lagi. Dengan pantas, dia
menjejak kaki ke bilik air yang turut dibina di kamar peraduan.<o:p></o:p>
“KITA sambut, nak?
Buat surprise.” Keterujaan Haili Sofea jelas kelihatan. Wajah itu tampak
girang. Senyumnya sampai ke telinga.<o:p></o:p>
Nafas Adlan mendesah perlahan. Dia
tidak ingat langsung tentang tarikh penting wanita itu. Hendak menconteng di
kalendar atau disimpan dalam nota peribadi pun, tidak pernah. Apatah lagi mahu
meraikan majlis kelahiran yang sudah berbelas tahun tiada diambil peduli.<o:p></o:p>
“Buat apa? Kan dah bertambah usia,
tak payahlah nak celebrate sangat. Membazir.” Dia membangkang secara
terang-terangan.<o:p></o:p>
“Abang ni, sesekali apa salahnya?
Ni... abang pun ada sekali. Tu... Kak Mira pun ada. Ha, meriahlah sikit. Dah
banyak tahun tau asyik celebrate bertiga aje dengan nenek. Bosan.” Kedua-dua
belah tangan melingkari tubuh. <o:p></o:p>
Gadis itu dikerling tajam. “Dah tahu
bosan, yang pergi celebrate juga, kenapa?”<o:p></o:p>
Haili Sofea mengerutkan muka.
Bermacam-macam andaian berputar dalam kepala melihat ulah Adlan. Sehingga
mengundang curiga di hati.<o:p></o:p>
“Setahun sekali aje tau.” Hali Sofea
enggan mengalah.<o:p></o:p>
“Apa yang setahun sekali tu?” Amiera
menegur.<o:p></o:p>
Adlan dan Haili Sofea menoleh
serentak. Kedua-duanya mengulum senyum, dan barangkali lebar bibir Adlan
melebihi kebiasaan. Tatkala mengamati wajah manis isterinya, hati terus jadi
tenang. Seumpama diresapi sesuatu.<o:p></o:p>
“Kak
Mira...” Gadis kecil molek itu merengek manja.<o:p></o:p>
“Kenapa ni Elly?” Amiera mengusap
lembut kepala adik iparnya. <o:p></o:p>
“Elly ingat, Elly nak buat surprise
untuk mummy.” Kerlingan sempat tertuju kepada Adlan. Namun Adlan berpura-pura
tidak mengerti. Pantas mencari skrin televisyen yang memaparkan slot sukan dari
Astro Supersport.<o:p></o:p>
“Surprise apa?” Amiera mengerutkan
muka.<o:p></o:p>
“Celebrate birthday mummy,” jelas
Hali Sofea.<o:p></o:p>
“Oh ya? Bila?” Bulat mata Amiera
menerima maklumat berkenaan.<o:p></o:p>
“Mmm...” Haili Sofea mulai
membilang. Jari-jemari tegak sehingga cukup sembilan kiraan. “Next month. Elly
nak buat kejutan untuk mummy. Mesti seronok. Kan semua orang ada. Kak Mira pun
ada.”<o:p></o:p>
Amiera tertawa kecil. “Insya Allah.”<o:p></o:p>
Deruan enjin kereta dari luar
menggamit perhatian Amiera. Dia menyelak sedikit tirai langsir nipis itu.<o:p></o:p>
“Mummy!” Terlebih dahulu Haili Sofea
berteriak seperti kanak-kanak kecil.<o:p></o:p>
“Nak ke mana?” Adlan mendongak.<o:p></o:p>
Amiera tidak jadi melangkah. “Mummy
balik tu.” Berserta senyuman, Amiera beransur meninggalkan Adlan.<o:p></o:p>
Anak mata kekal setia memerhatikan
ulah Amiera. <o:p></o:p>
‘Rozita disambut mesra.’<o:p></o:p>
‘Rozita dilayan baik.’<o:p></o:p>
‘Rozita sentiasa cuba didampingi
Amiera.’<o:p></o:p>
Adlan mendengus keras. Sebaik
kelibat Rozita menjelma, dia lekas alihkan pandangan.<o:p></o:p>
SESEKALI lirik
mata mencuri lihat kelakuan Ku Embok. Wanita tua itu asyik tersenyum-senyum.
Kadang ketika, tawa halusnya kedengaran menjentik anak telinga.<o:p></o:p>
“Mak ni kenapa? Dari tadi saya
tengok, senyum memanjang.” Rozita menegur hairan.<o:p></o:p>
“Ke dah bercinta balik?” Lanjutnya,
seraya melontar jenaka kecil.<o:p></o:p>
Ku Embok menjegilkan mata. “Ke situ
pula dia!”<o:p></o:p>
“Habis tu, dari tadi sengih-sengih,
senyum-senyum, tu apa?” Sejadah dilipat dua. Kemudian disidai atas ampaian kayu
di penjuru ruang musollah kediaman mereka.<o:p></o:p>
“Mak bukan apa, hati ni gembira.
Rasa bahagia yang tak boleh nak ungkap dengan kata-kata,” ujar Ku Embok.<o:p></o:p>
Rozita duduk bersimpuh di depan Ku
Embok. Ringan tangannya memicit tangan tua Ku Embok. Urat-urat seakan muncul
meliar di tangan berkedut wanita tersebut.<o:p></o:p>
“Mak gembirakan apa sebenarnya?”<o:p></o:p>
“Keluarga kita.” Ringkas Ku Embok
memberitahu.<o:p></o:p>
Kening Rozita kian bertaut. <o:p></o:p>
“Sejak Adlan pindah ke sini, Amiera
pun ada... kita sekeluarga tak pernah tinggal solat berjemaah. Dapat sama-sama
solat subuh, maghrib, dan isyak pun dah memadai. Alhamdulillah... mak bahagia
sangat.” Senyum yang melingkari bibir itu tidak surut-surut. Jelas menggambarkan
relung jiwa nan harum berbunga bahagia.<o:p></o:p>
“Ita...” Tangan Rozita diraih. “Ita
tengok Adlan tu, boleh jadi imam. Bacaannya lancar. Merdu. Pandai Ita didik
anak. Insya Allah, Adlan boleh jadi suami yang baik buat Amiera.”<o:p></o:p>
Wajah Rozita tunduk menekur lantai
beralas karpet hijau tua. Tiada siapa pun tahu, saat terdengar suara Adlan
mengalun takbir, membutirkan setiap satu kalimah-kalimah memuji Ilahi, malah
berdiri paling hadapan menjadi imam mereka, tubir mata sendiri telah rabak.
Hati jadi sayu. Tangisan ditahan sedaya mungkin.<o:p></o:p>
“Anak yang soleh dan solehah adalah
harta yang paling berharga buat kita, Ita. Itulah kekayaan yang kita akan bawa
bila mati nanti, selain amal jariah, juga ilmu yang bermanfaat kepada orang
lain. Dan Ita beruntung ada Adlan, ada Elly. Anak-anak Ita baik-baik belaka.” <o:p></o:p>
Bicara itu seumpama menusuk ke
jantung. Memutuskan setiap urat berselirat di situ.<o:p></o:p>
Sudikah Adlan mendoakan dia nanti?
Anak itu... membenci dirinya.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Usah Lepaskan- sebuah kisah yang cuba memberi tumpuan kepada hubungan kekeluargaan, mempertontonkan takdir yang telah diatur Tuhan bukan satu kebetulan. Bukan kisah cinta Amiera Adlan semata. Bukan tentang Ekmal yang patah hati seluruhnya. Kalau ia kurang menarik minat, maaf :) Masih tak cukup ilmu dalam dada :) Enjoice reading okay.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-63180833494464025222015-02-11T11:00:00.000+08:002015-02-11T11:00:00.973+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 32.Assalamualaikum.
"...When you see aperson who has been given more than you in money and beauty, look to those who have been given less..."
Bab 32
‘BLOOD phobia is an intense fear of something that
pose no actual danger.’
Suara hati kedengaran mengitari kepala sendiri. Artikel itu dibaca lagi.
Sesekali jari-jarinya menekan tab yang berlambak di Google Chrome. Setiap
satunya memaparkan maklumat dan kajian mengenai blood-phobia atau lebih
dikenali sebagai hemophobia.<o:p></o:p>
Bola mata bergerak-gerak ke kiri dan
kanan. Setiap baris ayat yang tertera di laman sesawang berkenaan difahami
sedalam-dalamnya.<o:p></o:p>
‘Blood
phobia treatment option?’ Adlan kerut muka. Sejurus itu, dia meleret
pandangan pada barisan ayat yang berwarna biru. ‘Hypnotheraphy?’ Bertambah dalam kerut mukanya.<o:p></o:p>
Setelah itu, dia duduk bersandar.
Sorot mata terus menjulang siling. <o:p></o:p>
“SAYA dah agak.”
Amiera tersenyum kecil seraya menggeleng kepala.<o:p></o:p>
Adlan jongket bahu. “Dengan senang
hati, dia cerita dekat saya.”<o:p></o:p>
Sejurus itu, Amiera menunduk muka.
Jari-jari yang asyik merapikan kemeja Adlan sebelum disangkut pada penyangkut
baju, beransur perlahan.<o:p></o:p>
“Jelas, awak memang takut darah, kan
Amiera? That’s why awak pengsan masa kita...”<o:p></o:p>
“Awak tahu Adlan, darah tu seolah
musuh pada saya.” <o:p></o:p>
“Kemalangan?” Adlan meneka.<o:p></o:p>
“Lebih teruk dari itu.” Amiera
menuntas.<o:p></o:p>
Renungan Adlan kian tajam meratahi
setiap inci roman yang kelihatan berkocak. Sedikit tetapi dia mampu
menelusurinya.<o:p></o:p>
“Darah... terlalu banyak darah.
Dekat tangan saya...” Anak mata jatuh menjunam ke telapak tangan. Terasa setiap
tulang-tulang jari bergesel sesama sendiri setiap kali ingatan dipaksa
menembusi relung waktu yang diselubungi kegelapan.<o:p></o:p>
Darah itu kelihatan mencemari
telapak tangan. Hangat cecair likat itu kekal sama. Spontan, dia menggeleng
kepala. Mata dipejam rapat. Cuba menyisih segala resah sebaik imbauan tersebut
menampar diri.<o:p></o:p>
Amiera menjulang paras Adlan. “Dia
meninggal depan mata saya, but there was nothing I could do. Nothing.”<o:p></o:p>
Tangan dikepal padu. Kekesalan yang
menjadi barah dalam diri bertahun lama, seumpama bersatu di situ.<o:p></o:p>
“Apa jadi sebenarnya?” Duduk Adlan
tidak seselesa tadi. Hikayat penuh emosi itu bagaikan satu dendangan yang tidak
akan habis selagi Amiera terus-terusan bercerita dengan cara begitu. Tiada
maklumat terperinci.<o:p></o:p>
“She’s my mom, Adlan. Dia mati
ditikam.”<o:p></o:p>
Dan Adlan tertegun.<o:p></o:p>
SEGALA urusan
duniawi ditinggalkan seluruhnya hari ini. Ke mana hati hendak pergi, diikutkan
tanpa berfikir panjang. Bukan sedikit hal yang membebani fikiran, hati, dan
jiwa, bahkan tidak tertanggung andai kesabaran dan ketabahan itu tiada
menduduki diri.<o:p></o:p>
Dia berjalan perlahan, menyusuri
jalan kecil berumput halus. Kemudian, kaki dibawa ke kanan jalan sebaik menemui
simpang. Lama kelamaan, pengemudian langkah semakin perlahan, sebelum terus
terhenti sebaik tiba di sebuah pusara lama. <o:p></o:p>
Bibir berketap rapat. Telapak tangan
bergerak merapati dada. Disertai esak tangis yang tidak mampu dibendung lagi. <o:p></o:p>
“Ya Allah...” Dia berdesis halus.<o:p></o:p>
‘Kerana aku, nyawamu tidak panjang,
Suria.’ Dengungan itu mencetuskan linangan airmata yang cukup banyak.<o:p></o:p>
“Rozita!”<o:p></o:p>
Sorot mata menempa paras wanita tua.
Cukup tinggi mengawang tangan ke udara.<o:p></o:p>
Rozita segera berdiri. Cecair jenih
yang membasahi mata, terus diseka rakus. <o:p></o:p>
“Assalamualaikum, Mak Mah...”
Sapanya sejurus mereka saling berbalas pelukan.<o:p></o:p>
Tok Usu Mah tersenyum. Genggaman itu
masih erat.<o:p></o:p>
“BUAT susah-susah aje, Mak Mah.” Lekas diambil
unjukan cawan itu. Diletak rapi atas meja kayu.<o:p></o:p>
“Alah, bukan susah pun.” Tok Usu Mah
tersenyum-senyum.<o:p></o:p>
“Dah bertahun tak nampak kamu, baru
ni muncul balik,” lanjut wanita tua itu lagi. Gaya bertanya khabar seumpama
saling kenal berdekad-dekad walhal baru satu dua kali mereka bertentang mata,
saling berbalas kata. <o:p></o:p>
Ulas bibir Rozita meleret senyum
hambar.Semestinya Tok Usu Mah tidak tahu bahawa destinasi ini menjadi tempat
wajib kunjungannya setiap tahun.<o:p></o:p>
“Senyap sunyi aje rumah Mak Mah.
Mana anak-anak?” Laju soalan itu meluncur dari mulut Rozita.<o:p></o:p>
“Aku ni tinggal sendiri aje.
Anak-anak nak bawa pergi rumah masing-masing, tapi aku tak nak. Yelah, rumah ni
rumah pusaka arwah suami. Tak bolehlah nak tinggal jauh. Nanti demam rindu,”
seloroh Tok Usu Mah sehingga mengundang tawa kecil Rozita.<o:p></o:p>
“Habis tu, Mak Mah tinggal seorang?”<o:p></o:p>
“Macam itulah gayanya. Tapi setiap
hujung minggu, anak-anak memang balik sini. Bila cuti sekolah, cucu-cucu pula
datang berkampung. Riuh sikitlah rumah ni.” Sorot mata berlegar ke setiap
penjuru rumah pusaka warisan keluarga suaminya.<o:p></o:p>
“Apa kata malam ni, kamu bermalam
dekat sini? Lagipun, dah lewat petang dah ni. Pagi esok, baru bertolak balik.”
Buru-buru Tok Usu Mah membentang pelawaan.<o:p></o:p>
Rozita menggeleng. “Tak apalah, Mak
Mah. Buat susah aje.”<o:p></o:p>
“Lah, apa yang susah? Bukan kena
bayar apa-apa pun. Percuma!”<o:p></o:p>
Senyum Rozita kembali menghiasi
bibir. Peha wanita tua itu ditepuk perlahan. “Lain kalilah, Mak Mah.”<o:p></o:p>
“Mak Mah...” Rendah suaranya
menyeru.<o:p></o:p>
Tok Usu Mah menoleh. Kerut-kerut
kasar merauti wajah itu. “Kenapa?”<o:p></o:p>
“Anak arwah Suria tu...” Jeda
seketika. Nafas disimpul rapi sebelum dilepas bergumpal dalam udara hening. Dia
menyambung, “Mana budak tu... sekarang ni?”<o:p></o:p>
“Rin?”<o:p></o:p>
Sepotong nama ringkas itu tiada
melekat dalam kepala. Yang bersisa hanyalah ingatannya terhadap seorang budak
perempuan sedang menangis teresak-esak di hadapan sekujur tubuh kaku berlumuran
darah.<o:p></o:p>
“Ibu! Ibu... bangun! Ibu!” <o:p></o:p>
“Adik nak ibu! Jangan ambil ibu!”<o:p></o:p>
Bentakan itu masih jelas meragut
setiap urat saraf pendengaran. Dia pula sekadar mampu memandang dari kejauhan.<o:p></o:p>
“Budak tu dah besar panjang. Kahwin
dah pun.” Dalam senyum lebar, Tok Usu Mah menyampaikan berita gembira tersebut.<o:p></o:p>
“Oh... baguslah.” Perutusan hati itu
seolah masih terkandung rasa bersalah. Andai diizinkan, dia ingin menemui
‘Rin’. <o:p></o:p>
Ungkapan maaf harus diucap meski
segalanya berlaku bukan atas kehendak diri.<o:p></o:p>
“KAU nak apa?”
Dalam malas, Fatma menghenyak punggung atas kerusi. Majalah Bazaar diselak
sepintas lalu. Beberapa rekaan menempa ruang mata namun gagal diterjemahkan
dalam fikiran tatkala udara yang disedut waktu ini turut dikongsi bersama
Amiera.<o:p></o:p>
“Mira... nak jumpa ibu,” beritahu
Amiera. Perlahan dan nyaris suaranya tersekat di kerongkong.<o:p></o:p>
“Kau ada nampak ibu dekat sini? Tak
ada, kan? So... please...” Hujung jari menuding pintu pejabat yang terbuka
luas. Sebagai satu arahan agar Amiera melenyapkan diri dalam kadar segera.<o:p></o:p>
Liur ditelan terasa mencucuk di
tekak. Perit. Biarpun tidak dipertontonkan kekasaran perbuatan, tetapi petah
lidah Fatma membutirkan kata cukup dimengerti.<o:p></o:p>
“Siti!” Fatma berdiri. Mata melikas
liar, mencari kelibat Siti.<o:p></o:p>
Sebaik suara nyaring Fatma menjengah
anak telinga, Siti yang pada ketika itu sedang sibuk mengemas stor barang,
terus sahaja mencicit lari ke arah bilik pejabat gadis itu. <o:p></o:p>
“Eh, Amiera...” Terpaan Siti
seumpama angin. Tiba-tiba sudah mendakap erat tubuh Amiera.<o:p></o:p>
“Lama betul tak nampak muka tu.”<o:p></o:p>
Amiera tersenyum senang hati.
Rupanya masih ada yang sudi melayani kunjungannya selain ibu.<o:p></o:p>
Fatma mendegus geram. “Siti... aku
panggil kau tadi, kan?” Kening dijongket tinggi. Rendah suaranya menegur
kelakuan Siti.<o:p></o:p>
Buru-buru Siti pandang Fatma. “Ema
nak apa?”<o:p></o:p>
“Mana manik yang aku suruh beli
tadi?” Perbezaan usia antara dia dan Siti, tidak pernah diambil peduli. Empat
tahun bukanlah satu perbezaan yang terlalu besar.<o:p></o:p>
Siti garu kepala. “Manik? Bila masa
Ema suruh saya beli?”<o:p></o:p>
“Lupa?” Dia kembali duduk. Buku
lakaran yang digunakan untuk menzahirkan idea, lekas dicapai dan dibelek penuh
minat.<o:p></o:p>
“Ada apa-apa lagi?” Soalan itu
menderu keras, menerobos ke jendela telinga Amiera.<o:p></o:p>
Melihat gelengan kepala Amiera, dia
tersenyum sinis. “Dah tu? Aku sibuk ni.”<o:p></o:p>
“Amiera?” <o:p></o:p>
Serentak, Amiera dan Fatma menjulang
paras di luar ruang kerja itu.<o:p></o:p>
“Kenapa tak beritahu nak datang?
Budak ni!” Tasneem mengejar dalam langkah kecil. <o:p></o:p>
“Ibu!” Amiera lekas mendapatkan
Tasneem. Wanita itu dipeluk erat.<o:p></o:p>
“Dah lama ke sampai?” Lebar senyuman
Tasneem.<o:p></o:p>
“Baru aje, bu. Saje datang nak
jenguk ibu, Kak Ema.” Dia memaniskan wajah.<o:p></o:p>
“Lain kali telefon dulu. Tak adalah
ibu nak merayau mana-mana nanti.” Pipi Amiera dicubit mesra.<o:p></o:p>
“Rimas!” Tiba-tiba Fatma menderam
keras. Lontaran kata yang perlahan namun kedengaran cukup jelas dipendengaran
masing-masing.<o:p></o:p>
Tasneem memandang hairan. Kening
lebat itu hampir bertaut.<o:p></o:p>
“Kenapa Ema?” soalnya prihatin.<o:p></o:p>
Panahan mata tertuju tepat pada
Amiera.<o:p></o:p>
“Panas.” Dia menjawab sepatah.<o:p></o:p>
“Eh, kan berair-cond kedai kita ni.
Takkan panas lagi?” Tasneem mengerutkan muka.<o:p></o:p>
Bibir dikunci rapat. Bicara ibunya
dibiar berputar dalam udara serba dingin.<o:p></o:p>
SUDU diletak
sebagai tanda selera makannya sudah pudar. Tidak luak pun nasi kandar yang
dipesan tadi.<o:p></o:p>
“Lah, sikitnya Ema makan. Biasa...
sampai licin pinggan tu.” Tasneem berseloroh. Langsung tidak menyedari ulah
dangkal anak perempuannya.<o:p></o:p>
“Kenyang.” Straw disumbat ke dalam
mulut. Minuman itu dihabiskan dalam sekali nafas. <o:p></o:p>
Tergeleng-geleng kepala Tasneem
memerhatikan gelagat Fatma. Di meja makan pun, masih sibuk meleret jari pada
skrin sesentuh telefon.<o:p></o:p>
“Kenapa Mira tak ajak suami sekali
tadi?”<o:p></o:p>
“Dia sibuk sikit, bu.” Amiera pamer
senyum.<o:p></o:p>
“Alasan aje tu. Laki kau tak nak
ikut, kan?” Fatma mencelah.<o:p></o:p>
“Ema, apa cakap macam tu!” Tasneem
pantas menuntas.<o:p></o:p>
Fatma melirik ke arah Amiera.
Senyumnya herot ke kiri. Sinis.<o:p></o:p>
“Ibu, Mira nak ke tandas kejap.
Sakit perut pula.” Amiera berdiri, lalu segera mengemudi langkah pergi dari
situ. Kali ini benar dia beralasan.<o:p></o:p>
“Kenapa dengan anak ibu ni?”
Mencerlung mata Tasneem.<o:p></o:p>
“Kenapa apa?” Soalan dikembalikan
tanpa sekelumit pun perasaan bersalah. Mulutnya kembali penuh dengan nasi.
Selera jadi naik mendadak sepeninggalan Amiera.<o:p></o:p>
“Tentu kecil hati Mira dengar Ema
cakap macam tadi tu.” Tasneem mengeluh kesal.<o:p></o:p>
“Ibu ni, sibuk-sibukkan nak jaga
hati dia. Habis tu, hati ibu, hati ayah, hati kita ni, tak ada pula dia nak
jaga, kan?”<o:p></o:p>
Pinggan ditolak ke tengah meja.
“Lupa ke apa yang dia dah buat dekat keluarga kita? Masing-masing ada dosa
sebab menipu semua orang. Konon kahwin atas nama cinta kilat, padahal... buat
maksiat. Orang macam tu ibu nak suruh Ema jaga sangat hati dia?” Renungan
Tasneem tidak dihirau. Baik ibu, mahupun ayah, kedua-duanya beraksi seolah-olah
tiada apa-apa kejadian memalukan telah memalit lipatan hidup mereka. Amiera
kekal berada di sisi, disayang melebihi sepatutnya.<o:p></o:p>
“Ema, benda dah lepas, buat apa nak
dikenang-kenang?” Tasneem berkata lembut. Rambut panjang mengurai milik Fatma
dilurut perlahan.<o:p></o:p>
“Ibu tak sakit hati ke?” soal Fatma.<o:p></o:p>
Tasneem terdiam sejenak. Jeda dalam
helaan nafas yang memberati rengkungan.<o:p></o:p>
“Ibu dah tak rasa apa-apa pun, Ema.”
Jujur dia menjawab pertanyaan tersebut.<o:p></o:p>
Bagi Fatma, jawapan yang meluncur
keluar itu langsung tidak menjentik rasa hairan. Malah dia boleh tersenyum dan
tertawa kecil.<o:p></o:p>
“Dah agak dah.” Dia menggumam.<o:p></o:p>
“Ema balik dululah.” Punggung dibawa
menjauhi kerusi kayu. Tinggi pandangan Tasneem menjulang paras Fatma.<o:p></o:p>
“Ema...” Tasneem berusaha memujuk.<o:p></o:p>
“Kirim salam Ema dekat anak
perempuan kesayangan ibu tu.” Langkah dikemudi laju meninggalkan Tasneem
bersama pesanan yang cukup menjerut ulu jantung wanita tersebut.<o:p></o:p>
TAWA manja Haili
Sofea di hujung talian cukup menyenangkan hati Rozita.<o:p></o:p>
“Mestilah mummy rindu. Kan Elly
permata ulam jantung mummy. Anak kesayangan mummy,” kata Rozita. Duduknya
berlabuh di atas anak tangga kayu paling atas.<o:p></o:p>
“Elly! Mana Elly letak kunci kereta
abang tadi?”<o:p></o:p>
Suara itu membuatkan seluruh tubuh
Rozita kaku membeku.<o:p></o:p>
“Atas mejalah. Tu...!” Haili Sofea
memberitahu.<o:p></o:p>
“Mummy... mummy nak cakap dengan
abang tak?” Dibalik hijab sebelah sana, Haili Sofea sudahpun mengunjuk ganggang
telefon kepada Adlan.<o:p></o:p>
“Nah...”<o:p></o:p>
“Siapa?”<o:p></o:p>
“Mummy lah.”<o:p></o:p>
“Elly ajelah cakap. Abang nak
keluar.”<o:p></o:p>
Rozita mengetap bibir. <o:p></o:p>
“Sayang... mummy ada kerja sikit ni.
Nanti mummy telefon balik.” <o:p></o:p>
“Okey mummy. Esok mummy balik, kan?”<o:p></o:p>
“Ye sayang. Esok mummy balik.”<o:p></o:p>
“Love you mummy!” Haili Sofea
bertutur ceria sebelum panggilan itu berakhir.<o:p></o:p>
Rozita mengusap dada. Entah kenapa,
hati seumpama disiat-siat apabila bicara endah tidak endah Adlan menjengah
jendela telinga. Benci lelaki itu kepadanya, sudah diketahui dimana parasnya.
Apa yang dia mampu lakukan hanyalah menadah tangan, memohon kepada Tuhan agar
hati kepunyaan Adlan mempu dilentur.<o:p></o:p>
“Kamu buat apa duduk dekat luar ni?
Kan sejuk.” Terkedek-kedek Tok Usu Mah datang mendekat.<o:p></o:p>
Rozita menoleh. “Seronok hirup udara
malam. Segar.”<o:p></o:p>
Tok Usu Mah tersenyum. Secangkir
kopi dihulur kepada Rozita. Wanita itu jadi segan-sengan hendak menyambut
unjukan tersebut.<o:p></o:p>
“Ish... Mak Mah tak payahlah layan
saya sampai macam ni.”<o:p></o:p>
“Kamu tu tetamu aku. Kenalah layan
baik-baik.” Lebar Tok Usu Mah mengembangkan otot muka. Sehingga barisan giginya
yang sudah berselerak dan lompong sana sini terlihat di mata Rozita.<o:p></o:p>
“Terima kasih Mak Mah. Dahlah bagi
bermalam dekat sini. Makan pun percuma. Siap dapat minum kopi lagi. Ini kalau
dekat hotel, perkhidmatan macam ni kena bayar double,” seloroh Rozita.<o:p></o:p>
“Alah... bukan orang lain pun. Kamu
kan kawan arwah Suria.”<o:p></o:p>
Rozita pegun tanpa sebarang reaksi. <o:p></o:p>
‘Kawan?’ Kuat suara hati sendiri
mengulangi perkataan tersebut.<o:p></o:p>
“Ini... aku nak tunjuk gambar
keluarga. Gambar lama.” Sebuah album diberikan kepada Rozita. Keuzuran album
itu langsung tidak mencacat atau mencelakan isi dalamnya. Masih cantik tersusun
dan setiap satu gambar yang terakam dalam kepingan kertas berkilat itu, seolah
menyampaikan cerita yang berbeza-beza.<o:p></o:p>
“Cantik Mak Mah masa muda,” puji
Rozita, seraya melirik nakal ke arah Tok Usu Mah. Wanita tua itu tampak
malu-malu.<o:p></o:p>
“Masih muda, memanglah,” balas Tok
Usu Mah.<o:p></o:p>
“Eh, sekarang pun cantik lagilah. Dalam
versi yang berbeza,” jelas Rozita. Matanya kembali tertancap pada gambar lama
Tok Usu Mah bersama seorang lelaki yang diyakini suami wanita tua tersebut.
Tentu sewaktu menikah dahulu, usia Tok Usu Mah masih muda. Belasan tahun,
mungkin.<o:p></o:p>
“Suria...” Leret jarinya mengusap
paras Suria. Senyuman kaku itu terus terpeta dalam ingatan.<o:p></o:p>
“Gambar Rin tak banyak ada dalam
album ni. Budak tu susah nak diajak bergambar. Ha... ini gambar paling besar
yang aku ada. Masa ni, umurnya baru tiga empat belas tahun.”<o:p></o:p>
Sorot mata Rozita ikut arah tudingan
itu. Sejurus pandangan mengamati roman tersebut, dia mengerutkan muka. Setiap
inci lekuk wajah itu cuba diukir dalam kotak ingatan. Sedikit kabur namun dia
terus menatap dengan kening nyaris bercantum.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. have a nice day :)
notahujungkaki: Selepas Amiera Adlan, bakal ditaip pula kisah Iman. Then turn Dear Anna. Hmm... Dear Anna tu, tahun-tahun akan datang aje bakal jadi tatapan dekat blog sebab speed aku menulis ni, boleh dikategorikan sebagai S.N.A.I.L haha!
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-65160149511185822132015-02-08T12:09:00.000+08:002015-02-08T12:09:40.481+08:00[Novel] : Usah Lepskan Bab 31Assalamualaikum
"...If your aim is to touch the sky first place your head to sujood..."
Bab 31
“PUAN...” Terjegul
muka Anith di muka pintu.<o:p></o:p>
Rozita mendongak. “Yes?”<o:p></o:p>
Anith mula menapak masuk ke dalam
ruang pejabat majikannya. Beberapa helai kertas bercetak diunjuk kepada wanita
tersebut.<o:p></o:p>
“Ini quotation untuk barang-barang
mesin hari tu. Saya dah confirmkan dengan our supplier,” jelas Anith tanpa
diminta.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk kepala Rozita.
Patah-patah perkataan itu dibaca sepintas lalu. <o:p></o:p>
“Yang ni...” Hujung jari menuding ke
baris bernombor 5. Dia menyambung, “Kata Zakri, yang ni tak perlu lagi, kan?”<o:p></o:p>
“Puan jangan risau. Even masih ada
dalam list, the actual barang takkan sampai sini. Lagipun saya dah minta mereka
refax balik list tu.” Dengan yakin, Anith membalas.<o:p></o:p>
Ulas bibir Rozita menguntum senyum.
Kepakaran Anith jelas terbukti kerana wanita beranak empat itu sudah berbelas
tahun bekerja di sini.<o:p></o:p>
Pen mata bulat berdakwat hitam
segera dicapai. Tanpa menunggu lebih lama, segera diturunkan tandatangan di
tempat yang sepatutnya. <o:p></o:p>
“Yang ni payment untuk TNB.” Sehelai
cek kuning diletak berhampiran kertas-kertas yang sedang ditandatangani Rozita.<o:p></o:p>
“Awak ni... kerja menghabiskan duit
saya aje.” Rozita menjongket kening.<o:p></o:p>
Anith tertawa kecil.<o:p></o:p>
“Itu memang kepakaran saya,” balas
wanita itu.<o:p></o:p>
Spontan, Rozita ikut hambur tawa.
Kecil.<o:p></o:p>
“Masuklah...”<o:p></o:p>
Gema suara Ku Embok sampai ke
pendengaran Rozita. Malah Anith juga meleret mata ke hujung pintu sana. Timbul
garis-garis halus di dahinya sebaik kelibat asing turut hadir bersama.<o:p></o:p>
“Assalamualaikum Ku.” Anith ramah
menyapa. Tangan lekas disua untuk berjabat. Sesekali mencuri lihat perempuan
yang kelihatan manis dalam persalinan kurung moden dan berselendang rapi.<o:p></o:p>
“Lama Ku tak datang sini. Sihat?”
lanjut Anith.<o:p></o:p>
Riak tenang Ku Embok bersulam senyum
lebar. “Alhamdulillah... saya sihat.”<o:p></o:p>
Ekor mata Anith menyambar roman
wajah empunya diri yang berdiri di belakang Ku Embok.<o:p></o:p>
“Ada teman nampak. Bodyguard ke Ku?”
selorohnya.<o:p></o:p>
“Eh... bodyguard apanya. Ini cucu
menantu saya,” jelas Ku Embok. Lengan Amiera diraih.<o:p></o:p>
“Cucu menantu? Edi dah kahwin ke?
Tak tahu pun.” Dahi sudah nyaris berlapis-lapis.<o:p></o:p>
“Rozita tak ada beritahu ke?” Ku
Embok berpura-pura terkejut.<o:p></o:p>
Anith menoleh sejenak. Kemudian, dia
geleng kepala. <o:p></o:p>
“Entah saja nak buat kejutan
agaknya. Tu... anak bujang dia menikah dulu, majlis kemudian.” <o:p></o:p>
“Patutlah. Majlis tertutup ke?”<o:p></o:p>
“Jemput saudara-mara aje. Budak
sekarang ni... tahu ajelah. Lagi-lagi Adlan tu, sibuk sangat. Ini untung nak
juga menikah. Kalau tak, entah bila nak kahwin. Tak sedar-sedar diri. Dia
ingat, dia muda lagi.” Laju ulas bibirnya terkumat-kamit, memintal sebuah
hikayat dusta. Sedang Amiera di sisi, terus terjerut jantung. Andai sahaja
hikayat itu satu hakikat, alangkah dia berlapang dada.<o:p></o:p>
“Ni... siapa namanya?” Perhatian
Anith tertumpu kepada Amiera.<o:p></o:p>
Mereka berbalas pandang. Leret
senyum masing-masing berbuah di pinggir bibir.<o:p></o:p>
“Amiera.” Deru nafas yang terhembus
seumpama berpadu dalam udara dingin ruang itu, sebaik Rozita datang menghampiri
mereka.<o:p></o:p>
“Kenapa mak tak cakap nak datang
sini? Siap bawa Amiera lagi. Amiera, kamu tak kerja ke?” <o:p></o:p>
Amiera menjulang paras Rozita.
Romannya mempamer kemesraan. Lentur otot muka yang teradun sewaktu mengukir
senyum, tampak berbeza. <o:p></o:p>
Namun, kerdipan cahaya tidak
terlukis di sebalik mata itu. Malap.<o:p></o:p>
ISKANDAR berpeluk
tubuh.<o:p></o:p>
“Tak boleh macam ni, Di.” Dia
mendengus kurang senang.<o:p></o:p>
“Kita, kan ramai staff yang boleh
backup kerja-kerja dia tu.” Adlan kekal menegakkan kehendak diri yang turut
dipersetujui oleh tuan badan. Namun kelihatan Iskandar berat hati hendak
memutuskan sebarang jawapan.<o:p></o:p>
“She’s talented you know. Apa yang
dia sentuh macam ada magis. Perfect even untuk background drawing aje. Even
baru tiga empat bulan involved dalam projek multimedia Hang Tuah sekarang ni,
dia banyak membantu.” Tegas Iskandar.<o:p></o:p>
“Takkan bila kau dah kahwin dengan
dia, kau nak ambil dia dari aku?” lanjutnya lagi.<o:p></o:p>
Adlan jadi serba-salah. Tubuh yang
bersandar tadi sudah tegak menghampiri meja. Kedua-dua belah tangan menompang
dagu.<o:p></o:p>
“Nenek aku tu...” Jeda seketika.<o:p></o:p>
“Macam ni lah, bagi aku pinjam lima
bulan. Lima bulan aje. Lepas tu, rela hati aku nak lepaskan Amiera.” Iskandar
terus memujuk. Betapa sukar baginya mencari seorang pereka berbakat seperti
Amiera. Meski terdapat kekurangan, namun Amiera layak duduk setanding
pereka-pereka senior seperti Dija dan Fazli.<o:p></o:p>
Sepucuk surat ditolak kembali kepada
Adlan. Dalam senyum nipis, dia berkata, “Simpan ni. Cakap dengan Amiera, esok
aku nak dia isi balik tempat kosong sebelah Betty.” Bibirnya menjuih ke depan.<o:p></o:p>
Adlan menggeleng kepala, selajur
turut mengulum senyum.<o:p></o:p>
“Amiera tu, okay tak duduk dengan
family kau?” <o:p></o:p>
“So far so good. Nenek aku pun macam
happy. Tu yang dia minta Amiera berhenti kerja, temankan dia. Aku pun, bukan
tak mampu nak tanggung dia. Lebih dari tu pun aku mampu.”<o:p></o:p>
Iskandar jongket kening. “Amboi,
apesal lain macam aje aku dengar?”<o:p></o:p>
“Kau tu yang fikir bukan-bukan.”
Pantas Adlan menuntas.<o:p></o:p>
Bersahut-sahutan tawa Iskandar.
Hingar-bingar ruang itu jadinya.<o:p></o:p>
“Amiera tu budak baik.” Iskandar
berdeham. Sejurus itu, sorot mata mencari wajah Adlan.<o:p></o:p>
“Aku tahu.” Adlan menjawab ringkas.<o:p></o:p>
“Di... kau kahwin dengan dia, bawa
dia tinggal dengan keluarga kau, bukan sebab nak sakitkan hati mummy kau, kan?”
Duganya dengan suara sedikit rendah. Hati masih sangsi.<o:p></o:p>
“Kau ingat aku zalim sangat, sanggup
perjudikan masa depan Amiera semata-mata untuk perempuan tu?” Adlan tersenyum
sinis sebelum menyambung, “Kau kenal aku, kan?”<o:p></o:p>
Iskandar menghela nafas berat.
“Sebab aku kenal kau, aku tanya. Perempuan tu emak kau, Di.” Dia mengingatkan.<o:p></o:p>
Ulas bibir Adlan sudah terkunci
rapat.<o:p></o:p>
“BOLEH pun Ita
layan Amiera tu baik-baik.” Ku Embok mengulum rasa senang.<o:p></o:p>
Rozita berpura-pura tidak dengar.
Fokus mata sengaja dihala kepada lambakan dokumen projek biogas yang sedang
diusahakannya.<o:p></o:p>
“Makin mak kenal menantu kamu tu,
makin suka pula hati mak ni, Ta.” Ku Embok tidak mampu membendung perasaan
sendiri. Ia terzahir melalui simpulan bibir yang kian ketara lebar sampai ke
pipi.<o:p></o:p>
“Emak senang sangat suka pada orang.
Baru jumpa, kenal sikit-sikit dah mula puji melambung sampai langit.” Rozita
menuntas acuh tidak acuh.<o:p></o:p>
“Ke mak lupa apa yang perempuan tu
buat untuk perangkap Edi?” Mata kembali mencari paras orang tua itu.<o:p></o:p>
“Kenapa Ita tak boleh percaya, macam
mak percayakan anak kamu tu? Kamu kenal dia, Ita. Ita sendiri kata, Adlan tak
akan pernah puas sakitkan hati Ita. Jadi... ini apa?” Ku Embok enggan mengalah.
Cukup lelah mengingatkan Rozita tentang hal itu. Kalau ditanya, dari mana Adlan
mewarisi sikap degil dan keras kepala, harus jari dituding kepada Rozita
sendiri.<o:p></o:p>
“Ita...” Langkah dibawa menghampiri
Rozita. Bahu itu diusap lembut.<o:p></o:p>
“Ingat lagi tak, masa mula-mula
Saufi bawa Ita datang jumpa mak?”<o:p></o:p>
Lambat-lambat Rozita mengangguk.
Masakan dia lupa? Ahmad Saufi tidak menghakimi dia seperti orang keliling.<o:p></o:p>
“Banyak suara cakap Ita sama macam
perempuan dekat luar sana. Janda yang mata duitan. Konon nak kikis harta
Saufi.”<o:p></o:p>
Anak mata jatuh merenung jari manis.
Di situ masih tersarung cincin pemberian Ahmad Saufi. “Mak tetap terima Ita,
kan?”<o:p></o:p>
Bertenggek senyum halus di pinggir
bibir Ku Embok.<o:p></o:p>
“Mak tahu, Ita tak macam tu. Sama
juga dengan Amiera. Kamu berdua tak ada beza bagi mak. Sama. Cuma... datangnya
Amiera dalam keluarga kita, dalam cara yang tak sepatutnya. Ita nampak, kan?
Budak Amiera tu... baik. Tak perlu perangkap sesiapa pun, akan ada lelaki yang
datang untuk sunting dia jadi isteri.”<o:p></o:p>
Pandangan menjulang ke atas. Roman
berkedut Ku Embok menempa ruang penglihatan. Ya... tidak dapat dia sangkal,
perwatakan dan pekerti isteri segera Adlan tiada cela. Entah kenapa, hati jadi
tuli. Amiera kekal disabit sebagai pesalah paling berat.<o:p></o:p>
“SETIAP layer
house ni, berbeza-beza. Ada yang tiga tier. Ada juga yang empat tier. Paling
tinggi, enam tier. Tu... layer house 17, 18 dan 19.” Daripada Anith, kini
Fadzilah pula menjadi juru pandu Amiera. Dia dibawa ke kawasan ladang yang
berkeluasan kira-kira 21 hektar, dikelilingi kelapa sawit.<o:p></o:p>
Amiera tekun mendengar. Sesekali dia
mencelah, bertanyakan soalan seperti kanak-kanak sekolah. Mujur Fadzilah ramah
melayan. Malah wanita itu turut memperkenalkan dia kepada beberapa orang
pekerja yang ditemui sewaktu sesi lawatan tersebut.<o:p></o:p>
“Bukan ke anak Puan Ita tu...
perempuan? Sofea, kan?” Kamisah mengerutkan muka. <o:p></o:p>
Nurul mengangguk. “Entah tu kak.
Ni... sejak bila puan ada anak jantan? Habaq mai.” <o:p></o:p>
Fadzilah menjegilkan mata sebagai
amaran agar lidah wanita beranak satu itu, segera dikawal lenturnya. Nurul yang
menyedari bahasa tubuh Fadzilah lekas pamer sengih sebelum kembali memerhatikan
paras Amiera.<o:p></o:p>
“Maklumlah, suami kamu tu jarang
datang sini, Amiera. Dulu pun, masa arwah Tuan Saufi masih hidup, sekali aje
dibawanya Adlan. Kalau Sofea tu, memang kerap. Tu... Puan Ita pun rajin ke sini
sekali dengan Sofea. Tapi bila time cuti sekolah lah,” jelas Fadzilah tanpa
diminta. Biar Amiera tahu kenapa sebilangan pekerja seumpama disuakan kisah
yang tidak pernah didengar pada ketika status menantu hinggap ke telinga
masing-masing.<o:p></o:p>
“Tuan Saufi tu, macam mana kak
orangnya?” Lambat-lambat Amiera bertanya.<o:p></o:p>
Fadzilah menoleh sekilas. Selajur
senyumnya menampakkan seri di wajah. “Arwah seorang yang sangat kuat bekerja
tetapi tak bermakna dia hambakan diri sepenuhnya pada duniawi. Orangnya
merendah diri, baik, pandai bergaul dengan orang lain sampaikan budak-budak
Indonesia pun sayang dekat dia. Apa yang arwah minta tolong, laju mereka datang
bantu.” Fadzilah membawa renungan menjulang dada langit. Keluhuran budi Ahmad
Saufi bagaikan bertebaran dalam segenap pelosok dataran tanah milik keluarga
lelaki tersebut.<o:p></o:p>
“Akak dah lama kerja sini. Hampir
dua puluh lima tahun. Sejak bujang, lepas tu kahwin. Dari anak sorang sampai
empat. Ada cucu dah pun ni.” Ulas bibir Fadzilah tidak lekang membentuk unjuran
ke atas. <o:p></o:p>
“Seniorlah akak ni sebenarnya,”
senda Amiera. <o:p></o:p>
Fadzilah tertawa kecil. “Senior
apanya? Tua dah ni.”<o:p></o:p>
“Amiera...” Ku Embok mengawang
tangan, membelah udara.<o:p></o:p>
Amiera dan Fadzilah melenggang
beriringan.<o:p></o:p>
“Jom kita makan tengahari. Sekali
dengan mummy kamu,” kata Ku Embok. Begitu gigih dia hendak mendekatkan Amiera
kepada menantunya. <o:p></o:p>
Rozita yang baru melangkah keluar,
terus memuntahkan segala tumpuan ke arah Ku Embok dan Amiera.<o:p></o:p>
“Ila... ikut sekali?” pelawa wanita
tua itu.<o:p></o:p>
“Eh, tak apalah Ku. Saya ni, macam
biasalah. Balik rumah mak.” Fadzilah menolak.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk kepala Ku Embok.
“Kirim salam saya pada Hajah Rokiah ye.”<o:p></o:p>
“Insya Allah...”<o:p></o:p>
“Dah cepat Ita. Mak lapar ni.”<o:p></o:p>
“Sabarlah, mak. Tak lari kedai tu
pun,” gumam Rozita perlahan.<o:p></o:p>
“Hisy... kamu ni Ita. Jalan macam
model. Mana tak lambat. Tu... pergi tarik mummy kamu tu Amiera,” suruh Ku Embok
lagi.<o:p></o:p>
Amiera kekal berdiri bagai tiang
lampu. Sekadar memandang Rozita berjalan melintasinya. Selang beberapa saat,
dia mula ikut mengemudi kaki mendapatkan Ku Embok dan Rozita. <o:p></o:p>
“NAH.” Sekeping
surat dihulur kepada Amiera.<o:p></o:p>
“Big boss tak nak lepaskan awak,
Amiera. Sekurang-kurangnya dia nak ikat awak for another five six months,”
keluh Adlan dalam hela nafas yang sengaja mempertontonkan kekesalan.<o:p></o:p>
Berkerut dahi Amiera. “Encik Is...”<o:p></o:p>
“Dia sayang awak lebih sangat.” Kian
giat Adlan mengatur usikan. <o:p></o:p>
Lambat-lambat, surat itu diambil.<o:p></o:p>
“Amiera, kalau awak nak terus
bekerja, saya izinkan. Let me slow talk dengan nenek.”<o:p></o:p>
“No need.” Amiera pamer senyum. <o:p></o:p>
“Serius?” Belum pun sempat hujung
jari mencecah telinga mug, tangannya sudah ditepis kuat.<o:p></o:p>
“Bukan untuk awak.”<o:p></o:p>
“Then?”<o:p></o:p>
Amiera memandang ke depan saat
terlihat kelibat seseorang melintasi ruang dapur. “Mummy!” panggilnya.<o:p></o:p>
Buru-buru dia mengejar langkah
Rozita.<o:p></o:p>
“Mummy.” Dia menyeru lembut berserta
unjukan mug kepada wanita itu.<o:p></o:p>
Rozita menoleh. Untuk sesaat sahaja.<o:p></o:p>
“Mummy tak haus.”<o:p></o:p>
“Tapi... nenek kata, setiap malam
sebelum tidur, mummy akan minum segelas susu.” Amiera enggan kalah mesti
separuh hati sudah gugur sebaik renungan tajam Rozita membelah anak mata.<o:p></o:p>
“Sayang... kalau orang dah tak nak,
jangan bersungguh nak bagi.” Mug itu sudah bertukar tangan. Cukup pantas.<o:p></o:p>
Susu hangat itu diteguk sedikit. “Tak
perlu tunjuk prihatin awak dekat manusia yang tak tahu nak hargai. Itu namanya
membuang masa.”<o:p></o:p>
Adlan mendaki anak tangga. Langsung
tidak menghiraukan Rozita yang terus pegun di tengah ruang itu. <o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Alhamdulillah... lately telah diberikan buah fikiran untuk menyambung hikayat so-so Amiera Adlan ni yeayy! Tak ada lah aku menghadap skrin sampai naik berlubang jadinya tehee! :) Enjoice your reading kayy. Sebarang kritikan, komen sangat dialu-alukan :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-12711889658305336992015-01-18T12:38:00.000+08:002015-01-18T12:38:36.146+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 30.Assalamualaikum.
"...Whoever wants to know what Allah has prepared for him, should look to what he has prepared for Allah..."
Bab 30
KERINGAT halus
mulai menggigit dahi. Malah butiran peluh itu telah hampir membasahkan kulit
muka. Tambahan pula, terik mentari kian rakus mencuri hadir dari celah-celah
daun-daun yang merimbun, menabiri dia yang sedang gigih membersihkan kawasan
kebun pisang keluarganya.<o:p></o:p>
Saat mendongak ke atas, mata yang
tersimbah sinaran mentari, terpejam-pejam kepedihan.<o:p></o:p>
“Ayah Long, mana mancis?” Hafizi
datang mendekat bersama penyapu di tangan. Remaja berusia empat belas tahun itu
begitu rajin membantu di kala waktu senggang. Tidak seperti kebanyakan anak
remaja seusia, pasti keluar berlibur atau menonton televisyen.<o:p></o:p>
Latif menyeluk poket seluar lusuh
yang dipakainya. Sekotak mancis diberi kepada Hafizi.<o:p></o:p>
“Hati-hati bakar tu, Fizi,” pesan
Latif lagi.<o:p></o:p>
Hafizi mengangguk. Terkoncoh-koncoh
berlari ke arah longgokan rumput-rumput mati, kayu-kayan, serta daun-daun
kering yang sudah dikumpulkan menyerupai busut.<o:p></o:p>
“Ayah Long...” Idham merapati Latif
yang duduk berehat di atas akar sebesar lengan.<o:p></o:p>
“Ya?” Latif tersenyum.<o:p></o:p>
“Nanti tolong buatkan kayu Superman
untuk adik, boleh?”<o:p></o:p>
“Kayu Superman?” Latif sembunyi
tawa.<o:p></o:p>
“Alah... yang macam Ayah Long
buatkan adik hari tu. Adik dah dapat Batman, sekarang nak Superman pula.
Boleh?” Tubuh kecil Idham bergoyang-goyang bagai dipukul angin.<o:p></o:p>
“Eleh, buat aksi comel pula budak
ni.” Tiba-tiba Luqman datang mendekat dan spontan meluku kepala Idham. Idham
mengaduh kuat. Sepantas kilat membalas dengan tamparan di badan abangnya.<o:p></o:p>
Dari kejauhan, Hazman leka memerhatikan
gelagat Latif bersama anak-anaknya. Kadang ketika mengundang senyum lebar.
Keakraban mereka jelas terlihat. Padanya, Latif begitu mengasihi Hafizi,
Luqman, dan Idham.<o:p></o:p>
‘Biar dia fikir aku dah mati.’<o:p></o:p>
Bicara itu membuatkan dia mengelus
nafas berat. Tubuh serta-merta longlai, tersandar pada batang pokok. Duduknya
di atas pangkin tidak segagah tadi.<o:p></o:p>
“Bang... mana budak-budak tu?”
Suzana datang menatang dulang bersamanya. Punggung berlabuh hampir di sisi
suami.<o:p></o:p>
Hazman tidak menyahut, sekadar
memberi isyarat mata yang menunjuk jauh ke belakang sana.<o:p></o:p>
Suzana memanjangkan leher. Dalam
senyum dia berkata, “Patutlah senyap aje. Bila ada Pak Long dia, masing-masing
rajin. Semua tempat nak dibersihkan. Kalau tidak, jangankan kata tolong
emaknya, tengok pun tak.”<o:p></o:p>
“Bang?” Suzana mengamati roman sang
suami. Dahi sudah berlapis-lapis.<o:p></o:p>
“Menung apa tu, bang?” <o:p></o:p>
“Abang Latif...” Hazman menoleh
sekilas sebelum mengangkat wajah, memandang dada langit yang terbias di
celah-celah rimbunan daun yang meneduhi mereka.<o:p></o:p>
“Kenapa dengan Abang Latif?” soal
Suzana kembali.<o:p></o:p>
“Abang nak dia jumpa anak dia.” Mata
mencari Suzana.<o:p></o:p>
Tangan yang ligat menuang air ke
dalam gelas, langsung kaku. Sorot mata menujah riak serius Hazman.<o:p></o:p>
“Abang tak boleh biarkan keluarga
kita terus macam ni. Amiera tu anak buah kita, Ana. Anak kandung Abang Latif.”
Hazman tampak kecewa.<o:p></o:p>
“Bukan abang aje yang rasa macam tu,
Ana pun sama.” Suzana berkata perlahan.<o:p></o:p>
“Habis, abang nak buat apa?”<o:p></o:p>
“Ibu!!” Idham keseronokan berlari
menghampiri tempat pasangan itu berteduh.<o:p></o:p>
Hazman dan Suzana membuang pandang
ke arah datangnya suara girang Idham. Masing-masing kulum senyum. Langkah
pantas Idham diekori Latif, bersama Hafizi dan Luqman. Entah apa yang
dibicarakan oleh mereka sehingga memecah tawa yang cukup gamat.<o:p></o:p>
“Kita usahakan...” Ulas bibir Hazman
menutur kata yang kedengaran halus.<o:p></o:p>
Suzana mengerut muka.<o:p></o:p>
Untuk seketika, mata kedua-duanya
saling bertaut.<o:p></o:p>
“Cuaca sekarang ni tak menentu, kan?
Semalam, hujan lebat. Hari ni... panas.” Tuala kecil dikibas ke muka. Sudah
hampir menjelang malam, tinggal beberapa jam sahaja, namun terik mentari
seumpama kekal tegak atas kepala.<o:p></o:p>
“Adik tolong lap peluh.” Tiba-tiba
Idham mara mendekati Latif. Tuala kecil itu diambil Idham, lalu tangkas
mengesat peluh-peluh yang mencemari wajah lelaki tersebut.<o:p></o:p>
Dalam pada masing-masing terhibur
melihat keletah Idham, leret mata Hazman kekal membidik paras abangnya. Cukup
serius. Benar, dia ingin Latif bersatu kembali dengan Amiera.<o:p></o:p>
JARI-JEMARI
menggenggam peranti komunikasi begitu erat, seakan enggan dilepaskan lagi.
Lambat-lambat, peranti itu dibawa menjauhi telinga, lantas mengembalikan
pendengaran seperti sediakala, tanpa suara sesiapapun yang datang menjengah.<o:p></o:p>
“Amiera?”<o:p></o:p>
Amiera berkalih tubuh ke belakang.
Pada ketika pandangan kedua-duanya saling bersatu, lentur bibir menitip senyum
kecil.<o:p></o:p>
“Ibu,” serunya perlahan.<o:p></o:p>
Tasneem datang mendekat. “Buat apa
kat sini?”<o:p></o:p>
Kepala digeleng. Selajur, dia
mengengsot ke kiri bangku agar ruang yang bersisa itu boleh diduduki Tasneem.<o:p></o:p>
“Patutlah tak ada bayang dia dekat
dalam sana.” Tasneem menggenggam mesra tangan Amiera. Dielus lembut penuh kasih
sayang.<o:p></o:p>
“Lama dah tak ambil angin sambil
duduk kerusi ni, bu,” jelas Amiera.<o:p></o:p>
“Yelah, mana tak lama kalau dah
jarang sangat Mira datang jenguk ibu dan ayah dekat sini.” Tasneem bercanda
dengan tawa kecil meniti bibir, namun Amiera seakan mendengar nada aneh
disebalik bicara tadi. Hati langsung tersentuh. Benar, sejak bergelar isteri,
inilah kali pertama kaki dibawa memijak lantai kediaman keluarga Shahreza dan
Tasneem.<o:p></o:p>
“Macam mana keadaan Mira sekarang?
Dah jadi isteri orang...” Dalam nada suara yang perlahan, dia cuba mencuri
masuk ke dalam relung kehidupan Amiera. Biar ada hati yang masih rasa kesal,
bahkan ada yang memendam kekecewaan, namun bingkisan hidup gadis itu harus
diambil peduli. <o:p></o:p>
“Entahlah.” Ayat itu seolah tidak
mampu ditelan dalam hati. Terus menderu keluar seumpama satu keluhan yang maha
berat. Walhal, hidup disamping Adlan tiada apa-apa yang kurang. Malah segalanya
lengkap, lebih dari cukup, tetapi tanggungjawab suami isteri itu belum mampu
dipenuhi oleh mereka. Hendak mempertontonkan anak rambut depan Adlan pun,
terasa terlalu dangkal.<o:p></o:p>
Atau sebenarnya, perasaan bersalah
itu melebihi segalanya? Malapetaka itu mengundang aib, meremuk-rendamkan
perasaan Shahreza dan Tasneem, menghancurkan hati Ekmal.<o:p></o:p>
“Tentu Mira percaya pada takdir
Tuhan, kan?” Amiera dirapati. Pandangan kedua-duanya saling bertaut.<o:p></o:p>
“Tuhan tak pernah jadikan sesuatu
hal itu untuk sesuatu yang sia-sia. Memang betul, apa yang pernah jadi dulu
membuatkan kita satu keluarga kelam-kelibut. Tak senang duduk, tak lena tidur.”<o:p></o:p>
Tiba-tiba, gema suara tawa dari
dalam sana menggamit perhatian Tasneem. Bicara tadi jeda seketika. Sorot mata
melepasi jendela yang terbuka luas. Kelihatan suaminya begitu rancak berborak
dan sesekali melepas tawa besar di samping Adlan. Dia ikut senyum, sebelum
kembali menatap paras Amiera.<o:p></o:p>
“Hairan... baik ibu, atau ayah, kami
tak boleh membenci Adlan. Jujurnya, kami suka suami kamu tu, Mira.”<o:p></o:p>
Terkebil-kebil mata Amiera menempa
roman manis ibunya.<o:p></o:p>
“Marilah masuk dalam. Dekat luar ni,
apa ada?” Tasneem bangkit. Kaki dikemudi menghampiri suami dan menantu yang
masih ralit berbicara sesama mereka.<o:p></o:p>
Amiera terus memperhalusi keadaan di
dalam sana. Reaksi masing-masing tiada yang dusta. Malah ayah jelas melayan
baik Adlan, seolah musibah dulu tidak pernah wujud dalam kehidupan mereka
sebelum ini. Sering wujud dalam fikiran, bagaimana dinginnya hubungan yang
bakal terbina antara Adlan dan keluarganya. Ternyata, apa yang bermain dalam
kotak kepala hanya satu cetusan perasaan sendiri.<o:p></o:p>
Spontan, bibir melorek senyum kecil.
Membuatkan roman yang sedikit bergelora tadi kembali tenang.<o:p></o:p>
“Mira apa khabar?”<o:p></o:p>
Amiera menjulang mata ke atas,
mendakap renungan ke arah Ekmal. Dan ketika itu, lentur otot pipi jadi kaku.<o:p></o:p>
PINTU yang
meregang luas tadi ditutup rapat. Genggaman jari-jarinya masih utuh di tombol
besi.<o:p></o:p>
“Amal pergi sebab saya, kan?”<o:p></o:p>
“Kenapa fikir macam tu?”<o:p></o:p>
Dia senyap.<o:p></o:p>
“Terima kasih sebab masih sudi
terima abang dalam hidup Mira.”<o:p></o:p>
Kata-kata itu seolah ternoktah
begitu sahaja. Berulang-ulang gemanya memenuhi anak telinga. Tatkala sentuhan
lembut itu mengusap kepalanya, dia tahu, Ekmal sedang cuba sedaya-upaya
menghapus dirinya daripada terus menduduki jiwa lelaki itu.<o:p></o:p>
“Termenung apa tu?” Adlan menegur
lembut.<o:p></o:p>
Amiera tersentak. Tubuh berkalih ke
belakang, menghadap lelaki itu. Gelengan kepala disertai dengan senyum hambar.<o:p></o:p>
“Petang ni, Encik Haris nak datang
sini,” beritahu Adlan. <o:p></o:p>
“Siapa?” Amiera mengerutkan muka.<o:p></o:p>
“Penyewa rumah saya ni.” Adlan
menjelaskan. Lusa, dia bakal meletakkan kembali dirinya dalam kalangan penghuni
rumah Ku Embok. Segenap pelosok diri telah bersedia untuk menghambur kekesalan
masa lalu. Dan Amiera yang kini berdiri di sisi bakal menjadi salah satu
ancaman jiwa Rozita.<o:p></o:p>
Lambat-lambat, Amiera ikut duduk
bertentangan lelaki itu.<o:p></o:p>
“Tolong nenek pulihkan hubungan
Adlan dan Rozita.”<o:p></o:p>
Bergema suara Ku Embok dalam
telinga. Secara langsung, menghadirkan seraut wajah tua penuh mengharap. Tidak
dia sangka, beberapa hari lepas, Ku Embok menjejak ke kediaman ini semata-mata
untuk satu permintaan itu.<o:p></o:p>
“Adlan...” Dia menyeru lembut.<o:p></o:p>
Adlan menoleh. <o:p></o:p>
“Bila
kita pindah rumah mummy?” soalnya, sengaja menyuntik keterujaan di sebalik anak
kerongkong.<o:p></o:p>
Hampir bertaut kedua belah kening
lelaki itu. Dalam senyum nipis, Adlan berkata, “Betul awak tak kisah, Amiera?”<o:p></o:p>
“Kisahkan apa? Tinggal dengan
keluarga awak?” Hujung bibir dihinggapi senyum halus.<o:p></o:p>
“Bila saya kena kahwin dengan awak,
that means saya kahwin dengan keluarga awak juga. Nenek awak, nenek saya. Adik
awak, adik saya juga, dan your mummy is my mummy too.”<o:p></o:p>
“Kalau esok?” Adlan sengaja menduga.<o:p></o:p>
Amiera menggangguk. “Why not?”<o:p></o:p>
“Serius?” Lelaki itu seakan tidak
percaya.<o:p></o:p>
“Kita kena mencuba, kan? Baik dari segi
hati, mahupun keluarga. Kalau awak boleh berbaik dengan keluarga saya, kenapa
tak saya? Lagipun... saya nak kahwin sekali aje. Biar kekal sampai syurga.”
Sejurus itu, punggung diangkat dari kerusi. Pengemudian kaki menuju ke tingkat
atas. Hampir menjejak anak tangga ke tiga, dia menoleh ke belakang.
Serta-merta, senyuman yang tersembunyi tadi langsung terbias membasahi ulas
bibir.<o:p></o:p>
‘DOAKAN
kebahagiaan saya.’<o:p></o:p>
Ekmal menggenggam telefon bimbit.
Cukup kejap.<o:p></o:p>
Rangkai kata terakhir kiriman Amiera
terus melayang dalam kepala. Entah kenapa, dalam deretan abjad-abjad tersebut,
barisan ayat itu paling kuat menggegarkan hati.<o:p></o:p>
Nafas dihela berat. Seolah
melepaskan satu beban yang enggan terburai keluar. <o:p></o:p>
‘Amiera... abang tahu Amiera akan
bahagia. Dan... abang akan cari kebahagiaan abang juga. Doakan abang.’<o:p></o:p>
Dada dielus. Perit masih segar
berparut namun dia tahu, tiada guna melayan perasaan kecewa. Sudah ketetapan
dari atas langit bahawa jodoh mereka berpanjangan sebagai pasangan
adik-beradik. Ya, dia akur meski terlalu sakit untuk ditelan.<o:p></o:p>
“Kamu ngak apa-apa?”<o:p></o:p>
Teguran itu nyaris mencabut jantung
keluar dari tubuh. Lekas sorot mata membidik paras seorang perempuan, berambut
panjang melepasi bahu, dibiar mengerbang ditiup angin.<o:p></o:p>
“Ya... ya... I’m okay,” jelasnya
dengan terburu-buru.<o:p></o:p>
Perempuan itu mengulum senyum
kelegaan.<o:p></o:p>
“Dewi.” Tanpa diminta, Dewi
memperkenalkan diri.<o:p></o:p>
“Ekmal,” balas Ekmal pula.<o:p></o:p>
“Bapak Ekmal dari Malaysia?” Dewi
kelihatan terkejut. Sejurus itu, Dewi bersorak kesukaan.<o:p></o:p>
“Aku khuatir bapak tersesat ke
mana-mana, rupanya di sini aja.” Leret senyum Dewi makin lebar.<o:p></o:p>
“Ayo, ikut aku. Aku hantarin ke
kediaman bapak.” Dewi menarik bagasi besar milik Ekmal dengan bersusah-payah.<o:p></o:p>
“Eh, tak apa. Saya boleh bawa
sendiri.” Ekmal menghalang.<o:p></o:p>
“Kamu ni... orang Tuan Baki?”<o:p></o:p>
Dewi angguk kepala. “Tuan Baki minta
aku datang ambil bapak. Pasti bapak letih. Ayo...” Dewi menggesa.<o:p></o:p>
Bagasi itu tetap diheret Dewi. Ekmal
sekadar memerhati. Seulas senyuman hadir bertenggek di hujung bibir. Agaknya
inilah Dewi yang disebut Tuan Baki lama dulu. <o:p></o:p>
“Ayo!” Dewi memanggil lagi.
Tangannya mengawang udara.<o:p></o:p>
‘Ekmal, kau akan temui rasa bahagia
itu nanti. Insya Allah...’ Hati berbisik kecil, selajur memutikkan satu
semangat baru. Segera dia berlari-lari anak mendapatkan Dewi.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-39569692607353952672015-01-18T12:37:00.000+08:002015-01-18T12:37:41.546+08:00[Novel] : Usah Lepaskan - COMBOStyle Bab27-Bab29Assalamualaikum.
"...Allah forgives. All you have to do is ask..."
Bab 27
<o:p></o:p>
SHAHREZA dan
Tasneem saling berpandangan. Masing-masing sudah mengerutkan dahi.<o:p></o:p>
Ekmal tampak tenang.<o:p></o:p>
“Amal cakap apa tadi?” aju Shahreza.<o:p></o:p>
“Jakarta.” Ekmal bertutur sepatah.<o:p></o:p>
Tasneem jadi panas punggung.
Duduknya sudah beralih hampir di samping Ekmal. Jari-jemari Ekmal digenggam
erat.<o:p></o:p>
“Kenapa tiba-tiba, Mal?” Tasneem
menyoal pula.<o:p></o:p>
Ekmal menoleh. Paras ibunya ditatap
penuh kasih. Selajur, bibirnya melentur senyum kecil. “Amal dah lama rancang,
bu. Lagipun, peluang datang sekali aje, kan?”<o:p></o:p>
“Bila tarikh perginya?” Shahreza
lebih tenang berbanding Tasneem yang hampir-hampir berendam airmata.<o:p></o:p>
“Insya Allah, kalau tak ada aral,
bulan depan Amal dah mula bertugas dekat sana,” kata Ekmal. <o:p></o:p>
Terangguk-angguk kepala Shahreza.
Ekmal sudah cukup dewasa. Apa pun keputusan pemuda itu, dia akan menjadi
pendokong paling kuat.<o:p></o:p>
“Jauh sangat, Mal,” keluh Tasneem.
Berkaca-kaca mata dia. Lenggang sang suami menuju ke luar rumah dipandang
sekilas.<o:p></o:p>
“Lagi jauh, lebih baik, bu,”sahut
Ekmal. Cukup perlahan.<o:p></o:p>
Tasneem mengusap pipi anak lelaki
tunggalnya. “Amal masih kecewa?”<o:p></o:p>
Ekmal tersenyum tawar. Bohong kalau
perasaan dia mampu pulih sekelip mata. <o:p></o:p>
“Insya Allah, bu. Amal tak apa-apa.
Lagipun Amal tak lama dekat sana. Tiga tahun aje. Indonesia-Malaysia, kan tak
jauh. Nanti ada masa, Amal balik jenguk ibu dan ayah.” <o:p></o:p>
Spontan, tubuh Ekmal hilang dalam
dakapan ibunya.<o:p></o:p>
“Maafkan ibu, sayang.” Bergetar
hujung suara Tasneem. “Kalau ibu tak bersungguh beri harapan pada Amal... kalau
ibu tak berkeras nak bermenantukan Amiera...”<o:p></o:p>
“Bu...” Ekmal segera memintas.
Pelukan dileraikan. Tangan Tasneem dikucup.<o:p></o:p>
“Kalau pun ibu tak berniat
bermenantukan Amiera, Amal akan tetap usul perkara yang sama. Perasaan Amal
pada Amiera dah lama wujud, sejak dulu. Sejak kami kecil.” Ekmal
berterus-terang.<o:p></o:p>
Tasneem mengemam bibir. Sungguh hati
terdera melihat roman Ekmal yang sedaya-upaya menyembunyikan galau di jiwa. Dia
sendiri kesal. Entah bagaimana aib itu boleh terbentang depan mata. Mensabitkan
perlakuan itu sebagai ‘musibah’ sehingga terjadinya penyatuan Amiera dan Adlan.<o:p></o:p>
“Bawakan ibu menantu dari oversea,”
seloroh Tasneem. Sedang pipi sudah basah dengan airmata.<o:p></o:p>
Ekmal tertawa kecil. Hujung jari
telunjuk menyeka cecair jernih daripada terus-terusan mencemari pipi sang ibu.<o:p></o:p>
“BILA?”
Lambat-lambat Amiera bertanya. <o:p></o:p>
“Tak silap aku, next month. Kan
Yana?” Siku menyenggol lengan Dayana yang tampak berselera sungguh memenuhkan
mulut dengan kuah laksam.<o:p></o:p>
“Mmm...” Dayana mengangguk.<o:p></o:p>
Segumpal nafas dilepaskan berat.
Cukup menyesakkan dada. Entah kenapa, terimbau peristiwa ‘hitam’ dulu.
Perkahwinan yang kononnya diuar-uarkan sebagai cinta kilat, sebenarnya
menyimpan sejuta kepahitan. Dendangan serba indah dan manis itu membawa
kepedihan di hati keluarga masing-masing.<o:p></o:p>
“Berangan?” Maya menegur.<o:p></o:p>
Amiera mendongak. Kepala digeleng
laju. Selajur menyudu sedikit kuah laksam ke dalam mulut. Tawar.<o:p></o:p>
“Melepaslah kau Yana. Baru berangan
nak jadi kakak ipar Mira ni, tak sempat mengorat pun lagi, dah orang tu pergi
Jakarta.” Maya tertawa kemudiannya.<o:p></o:p>
Dayana mencebik. “Alah, nanti aku
kejar dia pergi sana.” Selajur, gadis itu tertawa kuat.<o:p></o:p>
“Eh, takkan kau tak tahu abang kau
posting ke Jakarta? Apa punya adiklah kau ni,” gerutu Maya.<o:p></o:p>
Amiera sekadar mengoles senyum
pahit.<o:p></o:p>
“Laki kau tak ada dekat rumah ke?”
aju Dayana. Mangkuk yang sudah licin ditolak ke tengah meja. Perutnya diusap
perlahan tanda kekenyangan.<o:p></o:p>
“Ada.” Amiera menjawab sepatah. <o:p></o:p>
“Mana? Tak ada pun. Senyap sunyi aje
rumah sebelah.” Dayana memanjangkan leher. Konon hendak mengintai luar jendela,
seolah mampu menembusi tembok setinggi lima kaki yang menjadi pemisah kawasan
rumah baru Amiera sejak bergelar isteri jiran sebelah.<o:p></o:p>
“Kau pun, takkanlah nak riuh rumah
tu kalau bini dekat sini? Lainlah kalau dah ada...” Maya sengaja memanjangkan
jeda dengan lirik mata memandang ke arah Amiera. Kemudian, kening dijongket
tinggi.<o:p></o:p>
“Tak sabar tunggu perut kau tu
berisi, tahu. Bila dah ada baby, rumah sewa kita ni tumpang riuh sekalilah, kan
Yana?” Maya mula memasang angan.<o:p></o:p>
“Tinggi betul angan-angan kau tu,
kan?” tuntas Amiera, perlahan. <o:p></o:p>
Maya mengerut muka. “Kenapa? Ke kau
merancang nak hidup berdua aje sampai tua?”<o:p></o:p>
“Kau gila? Takkanlah Mira ni tak
mahu anak.” Dayana mencelah pula.<o:p></o:p>
“Habis tu, dah dia cakap macam tadi
tu.” Maya membela diri.<o:p></o:p>
“Aku akan pindah.” Nafas yang
dihela, perlahan-lahan melepasi dada.<o:p></o:p>
“What?! Pindah mana?” Dayana
berdecit.<o:p></o:p>
“Rumah keluarga Adlan,” jelas
Amiera.<o:p></o:p>
“Lah, duduk dengan mertua lah ni?”
Maya menompang dagu.<o:p></o:p>
“Kau tak takut ke duduk dengan
keluarga mertua?” Dayana menyoal. Wajahnya memaparkan garis-garis kurang
senang.<o:p></o:p>
“Nanti asyik tak sependapat aje.
Silap-silap, kau makan hati. Bagi aku, better duduk rumah sendiri. Tahu
berdikari, susah senang hidup berkeluarga ni.” Lanjut Dayana.<o:p></o:p>
“Otak tu kasi buka sikit, boleh?”
Maya menunjal pipi Dayana sehingga membuatkan gadis berambut panjang diikat
ekor kuda itu memasamkan muka.<o:p></o:p>
“Bukan semua keluarga mertua macam
dalam fikiran kau tu. Kakak aku tu, elok aje tinggal dengan keluarga mertua
dia. Bahagia aje. Jadi menantu kesayangan lagi.”<o:p></o:p>
“Itu kakak kau. Amiera ni nanti,
macam mana? Kan lain orang, lain ceritanya.”<o:p></o:p>
“Sebab tu, kita kena doakan yang
baik-baik buat Amiera.”<o:p></o:p>
Dalam
keriuhan bicara Maya dan Dayana membahaskan ‘ideologi’ masing-masing, Amiera
tenggelam jauh ke relung jiwa sendiri. Haruskah dia menemui Ekmal, menghulur
kata selamat tinggal kepada lelaki itu? Atau sekadar membiarkan dia pergi tanpa
pamitan pun? <o:p></o:p>
SEKEPING gambar
yang dilipat sehingga menyerupai ukuran pasport ditarik keluar dari celah-celah
dompetnya. Ditatap lama paras yang tercetak indah di situ. Hati mengalun rindu.
Jujurnya, sukar untuk dia melupuskan perasaan itu sekaligus.<o:p></o:p>
“Amiera...” Dia menyeru perlahan.
Hujung jari telunjuk mengelus gambar Amiera yang diambil curi-curi bertahun
dulu. Polos senyuman Amiera masih sama. Kekal membuatkan dia merasakan getar
yang serupa setiap kali menatapnya.<o:p></o:p>
‘Dia isteri orang, Ekmal. Kau harus
sedar!’<o:p></o:p>
Ada suara-suara kecil yang berbisik
di telinga.<o:p></o:p>
Ekmal meraup wajah. Kerana kesedaran
itulah dia mengambil keputusan bawa hati jauh dari sini. Biar luka-luka dan
cebisan yang berderai itu mampu dicantum kembali. Di sini, meski dia cuba
berlagak jaguh, menghumban segala perasaan yang sudah lama berkuntum dalam
jiwa, ternyata dia gagal.<o:p></o:p>
“Takkan sampai tua nak tenung macam
tu aje?” Fatma menolak daun pintu.<o:p></o:p>
Ekmal tersentak. Spontan
menyembunyikan gambar tadi di bawah bantal.<o:p></o:p>
Fatma tersenyum mengejek. “Ingat Ema
tak nampak? Sudahlah, bang. Jangan nak berlagak hero sangat. Hati tu, kalau dah
hancur, hancur juga.”<o:p></o:p>
“Kecewa sangat sampai bawa hati ke
Jakarta? Kerja konon.” Fatma terus-terusan melempar provokasi.<o:p></o:p>
Malas melayani ragam Fatma, kaki
segera dikemudi keluar dari bilik. Kemunculan perempuan itu hanya menambah
sesak dada.<o:p></o:p>
“Kalau Ema jadi abang, Ema tak akan
putus asa.”<o:p></o:p>
Langkah jadi pegun. Dia menoleh.<o:p></o:p>
“Ema, dah berkali abang cakap, dia
tu isteri orang.”<o:p></o:p>
“Isteri? Mereka kahwin sebab
terpaksa. Ayah yang paksa.”<o:p></o:p>
“Ema kata Ema benci semua orang
dalam rumah ni, tapi Ema macam prihatin pada Amiera. Ema takut Amiera tak
bahagia ke? Sebab tu bersungguh nak abang rosakkan rumahtangga dia?” Ekmal
bertutur seperti mana adiknya. Santun bahasa ditolak tepi.<o:p></o:p>
Buntang mata Fatma. Bibir diketap
rapat.<o:p></o:p>
“Sini... abang nak ingatkan Ema satu
perkara. Adlan suami Amiera. Amiera isteri Adlan. Mereka suami isteri. Jadi
sebagai orang luar, abang atau Ema, atau sesiapa pun tak berhak mencampuri
urusan mereka. Jangan pernah terdetik pun dekat hati tu nak cuba-cuba ganggu
gugat masjid orang lain.” Ekmal angkat jari telunjuk sebagai tanda amaran.
Sejurus itu, dia lekas menuruni anak tangga.<o:p></o:p>
Bab 28
SABDA Rasulullah
s.a.w yang bermaksud, apabila seorang wanita iaitu isteri, telah melakukan
sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya, dan mentaati
perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut
pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya). Hadis ini telah diriwayatkan
oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani.<o:p></o:p>
“KITA lihat,
sedang seorang lelaki yang beriman, ia perlu melalui banyak halangan dan
dugaan, serta melaksanakan beberapa tanggungjawabnya kepada Allah terlebih
dahulu, barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada
yang syahid di jalan Allah s.w.t. <o:p></o:p>
Sedang
kita orang perempuan, para isteri, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman, untuk masuk
ke dalam Syuga Allah s.w.t itu, yang penuh dengan kenikmatan yang tidak
tercapai akal fikiran kita, adalah melalui empat syarat sahaja.<o:p></o:p>
Apakah syarat-syaratnya itu?”<o:p></o:p>
Ustazah Nour menyingkap sedikit
airmukanya yang tenang itu dengan seulas senyuman. Memerhatikan setiap roman
wajah di depan mata, yang mana terdiri daripada ibu-ibu, isteri-isteri dan anak
gadis. Tiada kata yang mampu ditutur melainkan kalimah suci memuji Ilahi, serta
ungkapan syukur kerana majlis ilmunya sudi dihadiri oleh manusia-manusia ini.<o:p></o:p>
“Empat syarat ini sahaja yang kita
perlukan untuk memasuki Syurga Allah s.w.t iaitu...” Jari-jemarinya
dikembangkan. Dia mula membilang, “Yang pertama, melakukan solat lima waktu.
Solat itu, kan tiang agama. Kalau kita sendiri sebagai seorang Islam, malas nak
solat, lalai tunaikan tanggungjawab yang mudah tu, siapa lagi yang nak teguhkan
tiang-tiang agama kita?”<o:p></o:p>
“Kedua, berpuasa di bulan Ramadhan.
Seterusnya, menjaga maruah diri. Bila keluar rumah, sentiasa tutup aurat. Tak
solek lebih-lebih, berwangi-wangian sehingga menimbulkan fitnah, jaga
pergaulan, jaga lidah, jaga mata.” Bicara Ustazah Nour jeda seketika. Nafas
dihela melepasi rengkungan sebelum menyambung, “Dan yang terakhir, yang
keempat, mentaati perintah suami.”<o:p></o:p>
“Perlu kita ingat, seorang lelaki
perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita, jika taat akan suaminya, serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti
pahala orang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata pun.
Subhanallah...”<o:p></o:p>
“Peluang dan jalan yang begitu mudah
ini sebenarnya khusus untuk wanita yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin
tu, walau sehebat mana pun kita bersolat, berpuasa, dan menjaga maruah, kita
tak akan dapat kelebihan yang keempat, iaitu mentaati suami. Sebab kelebihan
mentaati suami ini mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, bagi seorang
isteri, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.” <o:p></o:p>
“Jadi, bersegeralah menamatkan zaman
bujang masing-masing,” lanjut Ustazah Nour dalam nada bersenda.<o:p></o:p>
Tawa halus saling bersahut-sahutan.
Santun.<o:p></o:p>
“Sebenarnya, terlalu banyak
keistimewaan Allah bagi pada seorang wanita bergelar isteri. Masa mengandung,
Allah beri pahala macam jihad fisabilillah. Bangun malam urus anak yang
merengek, menangis, tak mahu tidur tu, Allah bagi juga pahala menyamai pahala
membebaskan 70 orang hamba. <o:p></o:p>
Nak
tahu lagi pahala free yang boleh kita dapat? Basuh pakaian suami pun dapat
pahala. Lagi hebat, andai kata kita mati sebab bersalin, Allah bagi pahala
sebesar pahala orang syahid. Allahuakbar... Subhanallah... tengok, betapa Allah
sayang betul dekat para isteri, para ibu sampaikan setiap pekerjaan yang
dilakukan demi kesejahteraan suami dan keluarga tu, Allah bagi pahala. Bukan
sikit-sikit. Beratus-ratus, beribu-ribu.”<o:p></o:p>
ADLAN menapak
perlahan-lahan memasuki ruang dapur. Setelah itu, dia berdiri di sebelah meja
kayu jati sambil berpeluk tubuh.<o:p></o:p>
“Buat air ke, masak air?” tegur
Adlan.<o:p></o:p>
Amiera terperanjat bukan kepalang.
Nyaris terlepas sudu dari tangan.<o:p></o:p>
“Awak!” marahnya.<o:p></o:p>
Adlan ketawa. Kerusi diseret ke
belakang, lantas punggung dilabuh menghadap Amiera yang membelakanginya. Dia
tahu, Amiera sedang mengelamun panjang. Deheman yang berkali-kali pun Amiera
langsung tidak peduli.<o:p></o:p>
“Nah...” Hujung jari menolak cawan
menghampiri Adlan.<o:p></o:p>
Senyuman Adlan kembang merauti
wajah. “Terima kasih,” ucapnya. Kopi panas itu duhirup sedikit.<o:p></o:p>
“Sedap.” Pujinya. <o:p></o:p>
Pujian itu dibalas dengan senyuman
nipis.<o:p></o:p>
“Next week... Ekmal bertolak ke
Sabah, kan?”<o:p></o:p>
Amiera kaku.<o:p></o:p>
“Teringat aksi ganas dia pada saya
dulu.” Adlan mengembangkan jari-jarinya. Telapak tangan dibawa mengusap pipi
yang pernah makan penumbuk lelaki itu.<o:p></o:p>
“Kalau masuk tinju, gerenti dia
menang,” lanjutnya lagi.<o:p></o:p>
Kacauan sudu dalam mug berisi air
milo hangat kian perlahan. Bayang-bayang sendiri yang terpantul di atas cecair
coklat tersebut seolah memetakan paras Ekmal.<o:p></o:p>
Adlan berdiri. Dia cuba mencari
wajah Amiera yang sedang menunduk. “Awak... nak hantar dia ke airport?”<o:p></o:p>
Pandangan dibawa menjulang ke sisi.
Adlan sedia menyambut dia dengan sebuah senyuman. Banyak hal yang memenuhi
segenap pelosok fikiran sehinggakan senyuman manis itu langsung tiada
memberikan sebarang perasaan kepadanya. <o:p></o:p>
Bagaimana harus dia mendepani lelaki
itu? Pada saat dia ingin menjejak ke sana, pasti ingatan malapetaka datang
menampar. Lantas membuarkan perasaan bersalah terhadap Ekmal.<o:p></o:p>
“Amiera...”<o:p></o:p>
“Huh?”<o:p></o:p>
Menyedari kuntuman senyum yang lahir
di bibir lelaki itu agak dangkal, Amiera lekas membetulkan selendang di kepala.
Meski sudah tinggal sebumbung hampir mencecah dua minggu, dia belum lagi
terbiasa. Aurat masih dijaga rapi. Ke mana sahaja dia menghayun kaki dalam
rumah ini, apa yang halal bagi Adlan untuk melihat, kekal disembunyikan.<o:p></o:p>
“Kenapa mesti ada ini?” Adlan
menyentuh hujung selendang Amiera.<o:p></o:p>
Segera dilarikan anak mata sendiri
daripada membelah renungan suaminya.<o:p></o:p>
“Saya tak nak awak membataskan aurat
sendiri dalam rumah ni. Apa pun yang awak pakai, yang awak pamer depan saya,
semua tu dah tak ada dosa.” Lembut Adlan bertutur. Dia bukan memaksa Amiera
melepaskan kelaziman gadis itu namun melihat keadaan Amiera terpaksa membungkus
tubuh setiap hari berdepan dengannya, di dalam rumah sendiri, membuatkan dia
dihambat rasa kasihan.<o:p></o:p>
Sebuah senyuman lentur lagi. Lebih
lebar hingga otot pipi naik ke atas.<o:p></o:p>
“Antara saya dan awak, dah tak ada
apa-apa yang membataskan segala perlakuan mahupun tindakan. Jadi saya tak mahu
awak terus meletakkan limit di antara kita.” Adlan mengusap pipi isterinya.
Benar, perkahwinan ini punya agenda lain atas kehendak rakus jiwa sendiri,
namun keindahan itu tetap datang menelusuri saat lidahnya lancar menutur akad,
mengangkat Amiera selaku pendamping di sisi.<o:p></o:p>
‘Insya Allah.’ Hati berdesir cukup
halus.<o:p></o:p>
Sorot mata kekal mengekori lenggang
Adlan menuju ke ruang tamu. Sayup-sayup kedengaran suara Ustazah Nour mengetuk
jendela telinga. Di depannya kini, pintu Syurga itu bakal terbuka melalui empat
hal utama. Antara keempat-empat itu, senarai paling akhir, belum mampu
ditunaikan sepenuhnya.<o:p></o:p>
Hati belum ikhlas untuk menerima.<o:p></o:p>
Hati masih perlu dididik untuk rasa
cinta.<o:p></o:p>
“What the...!”<o:p></o:p>
Amiera memanjangkan langkah. Dia
bersembunyi di sebalik dinding. Segarit senyuman muncul pada ketika pandangan
menempa ulah Adlan, menumbuk kusyen kerusi kerana pasukan lawan berjaya
membolosi gawang pasukan bola yang disokongnya.<o:p></o:p>
‘Tuhan, Kau yang tentukan hala
hidupku jadi begini. Kau juga Maha Mengetahui dalam setiap kejadian. Maka, ku
mohon, tanamkan dalam hatiku rasa cinta terhadap lelaki itu, lelaki yang telah
Kau ciptakan menjadi suamiku, kunci kepada pintu Syurga-Mu. Sesungguhnya, aku
ingin menjadi isteri solehah yang mengharumkan rumahtangga ini dengan
kebahagiaan.’<o:p></o:p>
Kuluman senyum itu makin mekar
membasahi roman wajah.<o:p></o:p>
MAYA mengerling
kelakuan Dayana lewat ekor matanya. Selajur menggeleng kepala.<o:p></o:p>
“Yana!” Dia mencekak pinggang.<o:p></o:p>
“Apa?” Dayana menoleh.<o:p></o:p>
“Kau buat apa tu? Intai orang
sebelah ke? Dah lah, Adlan tu dah jadi laki Amiera. Tak payah nak sibuk ushar
bagai.”<o:p></o:p>
Spontan, Dayana gigit bibir. “Amboi,
mulut! Kau ingat aku hadap ke dekat Adlan tu? Even dia boleh pasang tiga lagi,
aku tak inginlah.” Jari telunjuk, jari hantu, dan jari manis diangkat tinggi.
Lambat-lambat, dia menuju ke arah Maya.<o:p></o:p>
“Rindu pula aku dekat Amiera tu.”
Suara yang meluncur keluar itu menggamit tawa Maya.<o:p></o:p>
“Kau ni, over tau. Orang tu sebelah
rumah aje.” Terjuih-juih bibinya.<o:p></o:p>
“Sebelah rumah pun, kan ke dah tak
dapat berguling atas satu katil sama-sama macam selalu tu. Asyik dengan kau
aje, bosan!” cebik Dayana.<o:p></o:p>
“Lepas ni, kau lagi bosan.”<o:p></o:p>
“Why?”<o:p></o:p>
“Aku ni dah nak kahwin. Bila dah
kahwin, jadi macam Amiera tu, duduk ikut laki. Ha, soranglah kau dalam rumah
ni.”<o:p></o:p>
Buntang mata Dayana. Kemudian, dia
bertinggung betul-betul di sebelah Maya. Malah bergesel bahu dengan gadis itu.<o:p></o:p>
“Janganlah kahwin dulu. Tunggu aku
dapat lelaki yang boleh jadi suami, confirm mamat tu nak kahwin dengan aku,
then... kau boleh kahwin.” Dayana pamer sengih. Sempat dia mengelak daripada
terkena cubitan Maya.<o:p></o:p>
“Banyaklah kau!” Maya herot bibir.<o:p></o:p>
Dayana ketawa terkekeh-kekeh.
“Habis, lelaki yang aku nak ngorat tu bakal pergi Jakarta dong. Melepas gue.”<o:p></o:p>
“Kau ikut dia sampai sana,” saran
Maya.<o:p></o:p>
Dayana juling mata ke atas. “Tak
kuasa aku.”<o:p></o:p>
“Astaghfirullah!”<o:p></o:p>
Decit suara parau itu mengejutkan
dua sabahat yang ralit berpadu tawa. Kedua-duanya meluru ke luar pagar.<o:p></o:p>
“Ya Allah... pak cik!” Maya menerpa
ke arah seorang lelaki separuh usia, yang kelihatan terkial-kial melepaskan
diri daripada sebuah motosikal yang menindih kedua belah kakinya.<o:p></o:p>
“Yana, kau tolak motor tu,” arah
Maya.<o:p></o:p>
Dayana menurut. Terbongkok-bongkok
dia jadinya cuba menarik motosikal itu menjauhi lelaki tadi.<o:p></o:p>
“Pak cik cedera tak?” Maya membelek
kaki lelaki berkopiah putih tersebut.<o:p></o:p>
“Tak. Pak cik tak apa-apa, nak,”
sahutnya. Dia berdiri dengan bantuan Maya dan Dayana.<o:p></o:p>
“Terima kasih tolong pak cik.”
Lelaki itu segera mendapatkan kembali motosikal miliknya. Langkah yang dikemudi
sedikit sumbang. Terhinjut-hinjut.<o:p></o:p>
Bersama pamitan salam, dia
menghidupkan enjin motosikal berkenaan. Hujung kaki memijak gear pertama
sebelum genggaman tangan kanan memulas minyak. Tubuh diseimbangi sebaik mungkin
agar tidak jatuh seperti tadi.<o:p></o:p>
Dan ekor mata mencuri lihat rumah
tadi. Seakan mampu menelusuri manusia dan segala isi dalam kediaman berkenaan.<o:p></o:p>
TERKEDEK-KEDEK
Amiera menghayun langkah ke arah Adlan yang kelihatan khusyuk membelek sesuatu
di tangannya. <o:p></o:p>
“Apa tu?” soalnya.<o:p></o:p>
Adlan menunjuk ukiran kayu berbentuk
segiempat dan terdapat jalinan ayat yang terbentuk di atasnya.<o:p></o:p>
“Ada dalam ni.” Hujung jari menuding
ke arah peti surat yang melekat bersama tiang tembok setinggi lima kaki.<o:p></o:p>
“Hadiah kahwin kita tak?” Lebar
sengihan Adlan.<o:p></o:p>
Amiera tertawa kecil sebelum sorot
mata kembali menempa objek tersebut. Kemudian pandangannya beralih pula ke
tangan kiri Adlan. Kotak kecil berbalut kertas coklat tersebut seakan pernah
melewati mata.<o:p></o:p>
“Ini...” Suara halus itu seakan
berpecah dalam lapisan udara.<o:p></o:p>
“Kenapa?” Adlan menyoal hairan.<o:p></o:p>
Amiera mendongak. Selajur menggeleng
perlahan.<o:p></o:p>
“Boleh saya... simpan?” Teragak-agak
dia meminta.<o:p></o:p>
“Sure...” Lekas diunjuk objek kayu
itu kepada Amiera.<o:p></o:p>
“Terima kasih,” ucap Amiera. Laju
sahaja dia berlari anak masuk ke rumah. Adlan ditinggalkan terpinga-pinga.<o:p></o:p>
Bab 29
“DIA mirip Suria.”
Jari kasarnya mengelus skrin sesentuh telefon yang memaparkan paras seorang
perempuan berselendang rapi menutupi aurat di kepala.<o:p></o:p>
“Cantik.” Ulas bibirnya menguntum
senyum. Sedikit hambar.<o:p></o:p>
“Abang tak nak jumpa dia?” Sepatah
Hazman menyoal.<o:p></o:p>
Latif mendongak muka. Helaan nafas
berat melepasi rengkungan terasa membebani dada.<o:p></o:p>
Cangkir kopi dicicip penuh
berhati-hati. Sesekali leret mata menempa roman Latif. “Tengok gambar tak sama
macam abang nampak depan mata sendiri.” Rendah suara Hazman berkata begitu.<o:p></o:p>
Latif kekal terpunduk di tepi pintu.
Matanya berkaca-kaca merenungi gambar yang diambil Hazman sewaktu majlis
pernikahan Amiera. Meski ditatap berkurun lama pun dia tidak akan pernah jemu.<o:p></o:p>
“Su... Suria...”<o:p></o:p>
Dia pejam mata. Hambatan kisah lalu
menjerut jantung. Bagaikan putaran pita perakam, jelas terpampang riak berkerut
mengitari wajah Suria.<o:p></o:p>
“Ab... abang... Abang... Latif...”
Menggigil ulas bibir Suria yang sebelum ini sentiasa teroles senyuman manis di
situ.<o:p></o:p>
“Abang, pergilah jumpa Amiera tu.”<o:p></o:p>
Lontaran bicara itu memecahkan
memori tersebut. Kelopak mata serta-merta terbuka luas.<o:p></o:p>
“Aku... aku tak boleh,” jawabnya
sepatah.<o:p></o:p>
“Dia anak abang.”<o:p></o:p>
“Aku tahu.”<o:p></o:p>
Hazman mengeluh kasar. “Saya tak
fahamlah dengan abang ni,” dengusnya.<o:p></o:p>
“Saya tak pernah tahu yang abang dah
kahwin. Kalau lelaki tu tak datang jumpa saya, cerita semuanya, sampai kiamat
pun belum tentu saya tahu. Arwah bapak pun kunci mulut. Kenapa? Hal tu, saya
dah tak kisah dah. Yang saya kisahkan sekarang ni, sikap abang tu. Budak tu
anak abang. Anak!” Mencerlung mata Hazman.<o:p></o:p>
Jari-jemari digenggam padu. Segala
perasaan yang dikambus sekian lama sedang cuba membuar-buar keluar.<o:p></o:p>
“Atau abang nak biar budak tu fikir
abang dah mati?” Gigi dikancing ketat. Bungkam hati jadinya apabila melihat
sikap pasif lelaki itu.<o:p></o:p>
“Itu yang aku harapkan.” Latif
menyahut perlahan.<o:p></o:p>
Terbeliak mata Hazman. “Abang cakap
apa?” Dia seakan tidak percaya.<o:p></o:p>
“Mati...” Lentur otot pipi Latif
ketika menutur perkataan tunggal tersebut.<o:p></o:p>
“Kau tahu, tiada hal yang lebih baik
melainkan kematian.” Senyumnya bagai dipaksa-paksa menabiri bibirnya yang
berbirat.<o:p></o:p>
“Manusia macam aku ni layaknya duduk
dalam tanah kubur. Manusia macam aku ni tak patut diberi peluang untuk hidup.
Aku patut mati!” Menderu kasar nafas yang dihembus keluar dari salur
pernafasan.<o:p></o:p>
“Astaghfirullah... abang cakap apa
ni?” Hazman kebingungan.<o:p></o:p>
“Kau tak pernah tahu, Man...” Latif
tersandar di dinding kayu. Kepalanya mendongak pandang bumbung.<o:p></o:p>
“Budak tu tak patut punya ayah macam
aku.” Bergenang air jernih di tubir mata. Semampu daya dia menyembunyikan
daripada jadi bahan tontonan Hazman.<o:p></o:p>
“Aku banyak dosa.” Dia merintih
lagi. Dadanya dipukul kuat, seumpama menzahirkan rasa bersalah yang telah lama
menjadi penghuni tegar dalam tubuhnya.<o:p></o:p>
PELUKAN dieratkan
lagi. Begitu asyik mereka memadu kasih di bawah sebatang pohon rendang berdaun
lebat, betul-betul di pinggir sungai nan mengalir tenang.<o:p></o:p>
“Kau tak kisah bersuamikan aku,
Suria?” Latif mengusap pipi gadis genit berkulit kuning langsat. Tidak dihirau
hukum halal haram yang sememangnya menjadi hijab perlakuan masing-masing.<o:p></o:p>
“Su sayangkan abang. Kalau Su tak
kahwin dengan abang, Su rela tak kahwin sampai tua.” Suria menjawab seraya
mengulum senyum penuh makna.<o:p></o:p>
“Tapi... kau masih muda, Su. Kalau
kau mahu kahwin, tentu keluarga kau menentang.”<o:p></o:p>
“Mereka sendiri mahu satukan Su
dengan Shuib. Mereka hanya akan menentang kalau Su menikah dengan lelaki lain.”<o:p></o:p>
“Jadi?”<o:p></o:p>
“Kalau keadaan mendesak, kita pergi
jauh dari sini, Abang Latif. Kita bina hidup kita sendiri.”<o:p></o:p>
“Kau tak menyesal?”<o:p></o:p>
Suria menggeleng. Terbias raut
bahagia menghiasi wajah itu.<o:p></o:p>
“TUHAN, jauhkan
dia dariku. Jangan pernah kau bisikkan dalam hatinya perasaan ingin mencari
aku.” Mendayu-dayu bisikan itu menemani malamnya. Sedang kolam mata sudah pun
mulai rabak. Nyaris pecah.<o:p></o:p>
Kedua belah kaki dipeluk. Muka
tersembam atas kepala lutut. Dia terus duduk terpunduk di penjuru kamar
peraduan yang telah disediakan Hazman untuknya. Perasaan sendiri jauh
terpinggir dari rasa tenang sebaik pancaidera menjamah seraut wajah kepunyaan
Amiera Syazreen.<o:p></o:p>
‘Kau tak mahu lihat dia depan mata
sendiri?’<o:p></o:p>
‘Tidak!’<o:p></o:p>
‘Kau tak mahu ungkap kata maaf yang
selama ini cukup membebankan jiwa?’<o:p></o:p>
‘Tidak! Maaf itu harus ku pohon pada
Suria.’<o:p></o:p>
‘Dia juga butuhkan penyesalan kau,
Latif! Dia anak kau dan Suria.’<o:p></o:p>
Lambat-lambat, Latif angkat muka.<o:p></o:p>
‘Seharusnya aku tak perlu tahu yang
aku masih mempunyai pengganti Suria.’<o:p></o:p>
Lelah jiwa berdebat dengan perasaan
sendiri. Terlalu menyesakkan dada. Antara keinginan dan kemahuan, di
tengah-tengahnya wujud satu tembok yang tinggi melangkaui langit. Tembok itu
akan terus menjadi pagar utuh, menghimpun sejuta kekesalan yang tidak terluah
mahupun terhambur dengan sebutir bicara pun.<o:p></o:p>
TUBUH dihempas
lemah atas kerusi. Helaan nafas berat merangkul dada lantas menerobos
pendengaran Tasneem yang baru sahaja menginjak ruang tamu bersama semug kopi
panas kegemaran suaminya. Leret mata memerhatikan ulah suami yang tampak
berbeza.<o:p></o:p>
“Air, bang...” Tasneem mengunjuk mug
itu kepada Shahreza.<o:p></o:p>
Shahreza buka mata. Menjulang
pandangan ke wajah Tasneem. Dalam senyum nipis, dia berkata, “Letak situ aje.”
Shahreza memuncungkan bibir.<o:p></o:p>
“Abang
ni kenapa? Lain macam aje saya tengok. Tak pernah-pernah mengeluh sampai macam
tu sekali.” Tasneem mengerling suaminya sekilas.<o:p></o:p>
“Ke
ada masalah dekat sekolah?” Dia meneka rambang.<o:p></o:p>
“Bang?” Tasneem menegur lagi apabila
suaminya kekal mendiamkan diri.<o:p></o:p>
Shahreza mendongak muka. Renungannya
seolah membelah siling. <o:p></o:p>
“Latif telefon saya tadi,” beritahu
Shahreza.<o:p></o:p>
Buntang mata Tasneem. “Latif mana
pula ni, bang?”<o:p></o:p>
Muka dibawa kalih menatap Tasneem.<o:p></o:p>
“Latif mana lagi yang dekat dengan
keluarga kita selain ayah Amiera.” Lambat-lambat Shahreza menyahut. <o:p></o:p>
Tidak berkelip mata Tasneem
memandang Shahreza. Rasa tidak percaya bergulung dalam diri.<o:p></o:p>
“Berpuluh tahun kita tak tahu khabar
berita dari dia, tiba-tiba telefon kita pula. Hari tu, masa kita betul-betul
perlukan dia, jangan kata nak penuhi permintaan kita, cakap dengan kita pun dia
tak mahu!” Tasneem mengungkit dengan muka berubah-ubah riak. Berkerut.<o:p></o:p>
“Apa yang dia nak?” lanjutnya.<o:p></o:p>
“Dia minta maaf.”<o:p></o:p>
Spontan, Tasneem mencebik. “Dah
terlambat!”<o:p></o:p>
“Apa yang dah terlambat?”<o:p></o:p>
“Tu... minta maaf segala. Tahu pula
dia sebut perkataan tu. Bukan dengan kita dia patut ucap kata maaf. Tu... pergi
jumpa Amiera. Berdepan dengan anak kandung dia.”<o:p></o:p>
Shahreza tidak membalas. Terimbau
bicara Latif tadi. Dia sendiri terkejut tatkala menerima panggilan itu. Sukar
untuknya membayangkan paras lelaki yang hanya dikenali melalui Suria.<o:p></o:p>
“Saya tak boleh jumpa Amiera.”<o:p></o:p>
“Kenapa? Kau rasa bersalah?”<o:p></o:p>
“Lebih dari itu.”<o:p></o:p>
“Amiera anak kau, Latif.”<o:p></o:p>
“Kalau dia bertanya tentang saya,
beritahu padanya yang ayahnya dah... lama mati.”<o:p></o:p>
Omelan berjela-jela Tasneem mematahkan
lamunannya. Langsung berterbangan suara garau Latif yang berkumandang di corong
telinga. Mata dibawa menjamu paras isterinya. Wanita itu kelihatan marah benar.<o:p></o:p>
“Jangan kata lepas ni, tiba-tiba dia
datang nak ambil Amiera dari kita.” Terkumat-kamit mulut Tasneem berkata.<o:p></o:p>
Kening Shahreza hampir bertaut.
“Awak cakap apa ni?”<o:p></o:p>
Tasneem tarik muka. Tegang.<o:p></o:p>
“Tak akan sesekali saya lepaskan
Amiera pada lelaki tak bertanggungjawab macam Latif tu!” tegas Tasneem.<o:p></o:p>
Shahreza menggeleng kepala. “Awak
berfikiran terlalu jauh, Tasneem.” Kedua belah tangan memeluk tubuh.<o:p></o:p>
“Saya ni fikir ke depan. Apa-apa pun
boleh jadi.”<o:p></o:p>
“Amiera tu dah jadi milik suaminya.
Kita atau Latif, masing-masing dah tak terikat dengan tanggungjawab ke atas
Amiera,” tekan Shahreza.<o:p></o:p>
Tasneem memikirkan kata-kata
suaminya tadi. Sesekali mencuri pandang ke arah Shahreza yang tampak tenang.<o:p></o:p>
“Saya tak rasa Amiera akan terima
Latif kalau betul lelaki tu datang tunjuk muka.” Yakin sekali Tasneem menutur
bicara.<o:p></o:p>
Herot ulas bibir Shahreza melentur
senyum. Cukup halus.<o:p></o:p>
“Kita tak tahu apa yang terpendam
dalam hati Amiera.”<o:p></o:p>
Tasneem nampak tidak berpuas hati.
“Saya kenal anak kita tu bang.”<o:p></o:p>
“Biar saya betulkan sesuatu dalam
percakapan awak tadi. Amiera tu anak saudara kita aje. Latif tu ayah kandung
dia. Kita kena ingat tu. Jangan sesekali putuskan hubungan mereka.”<o:p></o:p>
Roman wajah beriak tegang tadi,
serta-merta bertukar mendung. <o:p></o:p>
“Kalau Latif nak jumpa Amiera, abang
izinkan?” Perlahan suara Tasneem bertanya.<o:p></o:p>
Meletus tawa kecil Shahreza. Dia
tahu, sayangnya Tasneem kepada Amiera umpama anak kandung sendiri. “Siapa saya
ni nak menghalang?”<o:p></o:p>
Tasneem bersandar tubuh. Hala
matanya tidak lagi melekat di paras Shahreza.<o:p></o:p>
“Abang... saya rindukan Amiera...
Amal. Saya rindukan anak-anak kita.” Kolam mata itu kembali bergenang.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Edit!
<o:p></o:p>
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-5917154558602442992015-01-18T12:35:00.000+08:002015-01-18T12:35:23.313+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 26.Assalamualaikum.
"...Don't fear death, fear the state in which will you die..."
Bab 26<o:p></o:p>
SAMBIL menongkat
dagu, Betty melaras renungan tajam ke arah jarum jam katak hijau miliknya. Lima
minit lagi, tepat pukul sebelas pagi. <o:p></o:p>
Derap kaki menyambar pendengaran,
mengalih tumpuan Betty. Lekas dia menoleh. Bulat matanya memandang Kak Mila.<o:p></o:p>
“Kenapa pandang akak macam tu?”
tegur Kak Mila seraya menghenyak punggung di kerusi. Kertas di tangan dibelek
sekali imbas. Surat untuk Adlan diletak di sebelah kanan, manakala surat untuk
Iskandar di kiri meja.<o:p></o:p>
Betty mendengus berat. “Ingat Encik
Adlan.”<o:p></o:p>
“Encik Adlan kan tak masuk lagi hari
ni. Cuti. Kan ke pengantin baru lagi tu. Paling tak pun, minggu depan baru ada.
Kau ni pun, baru dua hari lepas majlis kahwin Encik Adlan dengan Amiera tu.
Patut-patutlah kalau nak cari dia pun.” Kak Mila membalas.<o:p></o:p>
“Ke kau nak jumpa Encik Adlan? Kan
Encik Is ada tu. Sorang orang penting, sorang lagi bos besar.” Omel Kak Mila
lagi. Selesai tugas membahagikan surat-surat itu mengikut tuan empunya diri,
dia menyambung kembali tugas-tugasnya yang terbengkalai tadi.<o:p></o:p>
“Akak tak terkejut ke?” Betty
menyoal.<o:p></o:p>
Sorot mata Kak Mila membelah paras
gadis berkulit putih dan bertahi lalat di atas bibir kiri. “Terkejut? Apa yang
nak dikejutkan sangat Betty oi?”<o:p></o:p>
“Tu, Encik Adlan dengan Amiera tu.
Tiba-tiba kahwin. Nak kata bercinta, tak nampak pula bunga-bunganya.” Dahi
licin Betty mulai mempamer garis-garis halus.<o:p></o:p>
“Style
dorang tu kut, tak mahu heboh-heboh. Daripada kau sakit mata tengok mereka
bercinta sakan, manja-manja bagai, ada baiknya macam ni,” rumus Kak Mila.<o:p></o:p>
“Amiera tu tak ada cerita apa-apa
dekat saya pun kak. Senyap aje.” Betty masih tidak puas hati.<o:p></o:p>
“Takkanlah semua benda dia nak share dengan kau. Setiap orang ada hak
peribadi masing-masing. Eh Betty, kau ni dah salah tempat kerja tau. Tu...
pergi apply kerja dekat Media Prima.
Jadi wartawan Melodi ke, Galaksi ke. Asyik nak korek aje kerja dia.”<o:p></o:p>
“Lagipun Amiera tu bukan macam kau,
mulut dua tiga dekat muka,” lanjut Kak Mila lagi. Sengaja menghentam Betty yang
terkenal ramah dan mesra alam.<o:p></o:p>
Berkerut muka Betty. “Amboi kak... mulut
kita ni ada satu aje tau.”<o:p></o:p>
Kak Mila tahan gelak. Muncung mulut
Betty.<o:p></o:p>
“Alah, akak gurau aje,” tutur Kak
Mila.<o:p></o:p>
“Tapi... sweet juga tengok Encik Adlan dengan Amiera. Lepas ni, kena letak
plat besi dekat meja Amiera. Puan Amiera Syazreen.” Betty mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Dirapatkan ke
tengah dan kemudian beransur bergerak ke kiri dan kanan serentak. Seolah sedang
meleret jari ke sisi objek berbentuk empat segi memanjang.<o:p></o:p>
Kak Mila mengangguk laju. Senyum
sampai ke telinga.<o:p></o:p>
Sejurus itu, Betty kembali
mengecilkan mata. Masih terasa sangsi. “Tapi tetap rasa tak bestlah kak. Macam
ada sesuatu ni. Takkan ringkas sangat majlis tu? Doa selamat aje?”<o:p></o:p>
“Eh kau ni Betty. Tak baik tau
berprasangka macam tu. Kan Amiera dah cakap, Encik Adlan pun ada beritahu yang
majlis walimatul urus tu nanti akan berlangsung juga, cuma bukan sekarang. Asal
dah nikah, dan semua orang tahu, okeylah..”<o:p></o:p>
Betty tersengih lebar sementelah
menyedari keterlanjuran sendiri.<o:p></o:p>
“Meriah nampak?” Iskandar menyapa
dua pekerja itu yang dilihat saling berbisik-bisik dan ketawa bersama.<o:p></o:p>
Betty urut dada. Kak Mila tayang
sengih sampai ke telinga.<o:p></o:p>
“Encik Is ni, berilah salam dulu. Ni
sergah tiba-tiba,” gerutu Betty.<o:p></o:p>
“Bukan main lagi saya tengok Kak
Mila dengan awak Betty, macam bergosip.” Iskandar jongket kening.<o:p></o:p>
“Borak-borak kosong je, Encik Is.”
Kak Mila menyahut.<o:p></o:p>
Betty mengangguk.<o:p></o:p>
“Sharelah
dengan saya juga.” Bukan dia tidak tahu, Adlan dan Amiera yang menjadi topik
hangat perbualan Betty dan Kak Mila.<o:p></o:p>
Ulah Betty dan Kak Mila tampak
janggal. Masing-masing berbalas bahasa mata.<o:p></o:p>
“Is!” Laungan suara itu memusat
perhatian mereka ke belakang.<o:p></o:p>
Terkocoh-kocoh Iskandar mendapatkan
Adlan.<o:p></o:p>
“Eh, cepatnya masuk. Akak kata tadi,
paling tak minggu depan baru masuk. Tu... Amiera!” Bejat tindakan dia hendak
mengejar Amiera kerana Kak Mila lebih pantas mengelar lengannya. Dia terduduk
kembali. Sekadar melempar pandang tidak puas hati kepada wanita tersebut.<o:p></o:p>
“Sabar. Jangan gelojoh. Nanti orang
gelar kau kaki penyibuk.” Kak Mila mengingatkan.<o:p></o:p>
Betty tersengih. Penuh sabar menanti
Amiera datang dekat padanya.<o:p></o:p>
BATU nisan yang
dipayungi pokok renek tidak berbunga digenggam erat. Kolam mata kian memberat
pada saat merunduk renungan pada cantingan nama dalam tulisan jawi dan rumi.
Dada sebak. Pilu merantai jiwa.<o:p></o:p>
“Suria...”<o:p></o:p>
Kelopak mata dipejam rapat. Lelehan
airmata melepasi benteng yang cuba dibina seampuh mungkin, namun jelas dia
gagal. Tewas dalam melawan badai yang menghempas diri. Kekesalan membukit
lantas menghukum penghuni jasad yang kini ketara lemah. Dia terduduk. Lelaki
itu menangis semahunya.<o:p></o:p>
“ALLAHUAKBAR...”
Tok Usu Mah melepaskan lelah. Nafas dihela beransur-ansur melapangkan
rengkungan yang terasa sempit tadi. Dengan berhati-hati, dia memanjat bukit
kecil berhampiran perkuburan Islam yang menempatkan jasad suaminya, juga
beberapa orang ahli keluarga yang sudah pun pergi dipanggil menghadap Tuhan.<o:p></o:p>
“Ya Allah...” Keringat dilap dengan
telapak tangan. Sejak dua menjak ini, kesihatan dia agak terganggu. Demam dan
sakit-sakit badan. Biarpun begitu, dia bersyukur kerana masih diberi kekuatan
untuk menjalankan perkerjaan harian.<o:p></o:p>
Kaki diayun merentasi jalan kecil di
tengah kawasan perkuburan itu. Apabila menemui simpang kecil di kiri dan kanan
jalan, dia membelok ke kanan dan terus ke hadapan sebelum memijak lantai tanah
berumput halus. Pusara agak uzur terletak kira-kira lima enam langkah dari
tempat dia berdiri menghambat penglihatan. Serta-merta, bibir mengoles senyum.<o:p></o:p>
“Cepat betul rumput-rumput ni naik
ke sini. Baru minggu lepas aku cabut ha,” omel Tok Usu Mah. Dia mencangkung dan
ligat mencabut anak-anak rumput dari pusara suaminya. <o:p></o:p>
Setiap kali kaki menginjak tanah
wakaf ini, sedetik hati merasai ketakutan kematian yang entah bila akan datang
menjemput. Siang malam dia berdoa agak matinya nanti mati dalam iman. Saban
waktu dia berharap dapat menemui sang suami di akhirat kelak. Perasaan rindu
terhadap lelaki bergelar suami tidak pernah pupus meski sudah berbelas tahun
mereka terpisah hijab. <o:p></o:p>
Tok Usu Mah mengangkat muka.
Membuang pandang ke segenap pelosok lantai tanah yang mampu dijejak mata. Pada
saat dia menoleh, seseorang sedang duduk berteleku berhampiran pusara anak
saudaranya, Suria. Kecil besar mata dia cuba mengenal pasti siapa gerangan
orang itu.<o:p></o:p>
‘Shahreza?’ Hati berdetak detik
meneka rambang. Lantas dia bangkit. Tulang lutut rasa bergesel sesama sendiri.
Ngilu dan sakit.<o:p></o:p>
“Assalamualaikum.” Tok Usu Mah
menegur.<o:p></o:p>
Lelaki tadi agak terkejut menerima
sapaan Tok Usu Mah. Sisa airmata yang membasahi wajah segera dihapus.<o:p></o:p>
“Ingatkan Shahreza tadi,” ujar Tok
Usu Mah seraya mengulum senyum. Nyata dia salah orang.<o:p></o:p>
Canggung bahasa tubuh yang cuba
dipamer lelaki tersebut.<o:p></o:p>
“Kamu kenal ke dengan arwah?” Tok
Usu Mah menyoal.<o:p></o:p>
“Ka.. kawan lama.”<o:p></o:p>
“Oh...”<o:p></o:p>
Lelaki tadi berdiri. Punggung ditepuk-tepuk
bagi menanggalkan habuk dan kekotoran yang melekat pada seluar.<o:p></o:p>
“Macam baru semalam aje nampak arwah
bergelak ketawa dengan anak perempuan dia,” keluh Tok Usu Mah. Wajahnya meriak
mendung. Betapa tragisnya kematian datang menjemput Suria. Amiera pula menjadi
orang terakhir yang melihat roh sang ibu dilucut dari tubuh.<o:p></o:p>
“Maaf ya nak. Tiba-tiba mak cik
datang menganggu pula.” Tok Usu Mah tersenyum-senyum.<o:p></o:p>
Lelaki tadi menggeleng laju.<o:p></o:p>
“Mak cik balik dulu,” pamit Tok Usu
Mah.<o:p></o:p>
Lelaki tersebut menghantar pemergian
wanita tua itu dengan pandangan mata sahaja. <o:p></o:p>
“Abang Latif, budak perempuan tu
anak abang. Apa abang tak nak jumpa dia, tengok keadaan dia?” <o:p></o:p>
Terpejam-pejam mata dia melawan rasa
sakit yang datang menyengat. Seolah ada tukul besi mengetuk tengkorak kepala.
Berdenyut.<o:p></o:p>
“Jangan takut nak berdepan anak
sendiri. Walau dulu abang pernah tinggalkan mereka, Amiera tetap anak abang.”<o:p></o:p>
Tangan memicit pelipis kepala.
Dengung suara Hazman membingit anak telinga. <o:p></o:p>
“Jangan takut nak berdepan anak
sendiri.”<o:p></o:p>
“Jangan takut nak berdepan anak
sendiri.”<o:p></o:p>
Bicara Hazman yang satu itu saling
berlapis, meruak ke dalam pendengaran. Bergema! Dia jatuh terjelepok atas tanah
dalam keadaan lutut memacak ke bumi. Kepala menunduk ke bawah. Mata dia berair.<o:p></o:p>
“Amiera,” sendunya dalam buraian
esak tangis nan lebat.<o:p></o:p>
“ELEH, kau memang
sengaja, kan?” Betty herot bibir.<o:p></o:p>
Amiera terkebil-kebil. “Apa yang
sengaja?” soalnya hairan.<o:p></o:p>
Betty kekal mempamer riak sebegitu.
Muncung bibir seumpama hendak disangkut baldi.<o:p></o:p>
“Kaulah! Sikit pun tak mahu share
dekat aku fasal kau dengan bos kecil kita tu.” Betty tersenyum-senyum
kemudiannya. Semalaman dia menunggu menjelang siang, berharap agar segera
bertemu Amiera. Terlalu banyak persoalan yang menyemak dalam kepala.<o:p></o:p>
Amiera meneruskan langkah tanpa
mempedulikan kata-kata Betty.<o:p></o:p>
“Mira!” Betty mendengus geram.
Panjang kaki dia mengejar Amiera<o:p></o:p>
“Kedekut betul! Bukan luak pun kalau
share sikit kisah cinta kau tu.” Betty mengguman perlahan. Lengan Amiera dipaut
erat.<o:p></o:p>
“Betty, tak menarik pun kisah aku
yang kau nak tahu sangat tu,” jelas Amiera. Bermohon agar Betty segera
memahami, namun Betty bukan seorang yang mudah mengalah. Selagi apa yang
dikehendaki tidak diperoleh, maka gadis itu akan terus berusaha membedil dia
dengan beratus soalan.<o:p></o:p>
“Kita makan dulu, okay?” Akhirnya,
Amiera mengalah. Entah bagaimana cara dia mahu mengolah satu pembohongan buat
halwa pendengaran Betty. <o:p></o:p>
Betty tersenyum menang.<o:p></o:p>
BETTY bertepuk
tangan. Sorakan hebat itu hanya keluar melalui celah-celah hati yang kesukaan. Ah,
jelas dia ketinggalan. Atau mungkin leret mata tidak sempat menyingkap kisah
cinta dua merpati yang sudah pun bersatu di bawah ikatan yang halal di sisi
Tuhan. Bijak benar keduanya menyembunyikan belahan jiwa masing-masing.<o:p></o:p>
“Gatal juga kau ni, kan?” Betty
menjongket keningnya. Senyumnya meleret nakal.<o:p></o:p>
Amiera mengukir senyum yang tampak
janggal. Herotnya tidak melentur seperti kebiasaan.<o:p></o:p>
“Aku tak gatal. Dia yang miang.”
Sengaja ditambah sedikit bahang perbualan mereka. Meletakkan Adlan selaku
penggerak cerita itu.<o:p></o:p>
Betty hambur tawa. Kuat.<o:p></o:p>
“Sengal!” Betty menolak pinggan ke
tengah meja. Kelaziman dia mampu menghabiskan apa pun makanan yang terhidang,
kali ini dia cukup kenyang menghadam setiap kata-kata Amiera. Terlalu kenyang.<o:p></o:p>
“Kau ni, aku rasa macam something
aje bila tiba-tiba nak kahwin. Dengan Encik Adlan pula tu.” Betty beriak
selamba. Langsung tidak mengingati pesanan Kak Mila. Dia harus tahu membataskan
pertanyaan, namun ternyata sikap ‘ambil berat’ Betty mengatasi segalanya.
Setiap inci kisah baru Amiera hendak diselidiki.<o:p></o:p>
Biar bergegar segala isi dalam
tubuh, namun Amiera kekal pamer riak tenang. Sesiapa pun tidak akan tahu
bagaimana dia dan Adlan boleh bersatu.<o:p></o:p>
“Kan jodoh tu, rahsia Allah.”<o:p></o:p>
Betty terpukul sendiri. Kemudian
melapisi bibir dengan senyum kecil. “Sorry... kalau aku melampau sangat, tanya
macam-macam.” Jari-jari saling bersimpul di bawah meja.<o:p></o:p>
“Aku kenal kau tu. Selagi tak dapat,
selagi tu nak korek.” Dia mencebik.<o:p></o:p>
Betty garu kepala. “Marah?”<o:p></o:p>
“Kalau aku marah, dah lama kau makan
nasi pakai straw, tahu!” Amiera berseloroh pula.<o:p></o:p>
Betty menjuling mata ke atas. “Ganas
sangat kau ni!”<o:p></o:p>
Terkekeh-kekeh Amiera ketawa.<o:p></o:p>
“Apa pun, aku doakan yang terbaik
buat kau, Mira. Semoga kekal sampai ke syurga. Semoga bahagia dunia akhirat.
Semoga dapat baby yang comel-comel nanti.” Mata dikenyit nakal. Rendah suaranya
menyebut ‘anak’. <o:p></o:p>
“Nanti letak nama anak kau Nur
Baiti, macam aku,” saran Betty lagi.<o:p></o:p>
Amiera kekal beriak seperti tadi. Senyuman masih
mengabui roman wajah sendiri. Sedikit pun tidak mencelah, apatah lagi memintas
bicara Betty, sedang kepala terlalu sarat dengan bermacam perkara.<o:p></o:p>
‘Kita pindah rumah nenek.’ Dengung
suara Adlan kekal kuat menggegarkan pelosok telinga.<o:p></o:p>
Ya Tuhan... jujur, permintaan Adlan
terlalu berat terpikul di kiri dan kanan bahunya. <o:p></o:p>
KU EMBOK
memerhatikan roman wajah sang menantu. Saat dikhabarkan tentang hajat besar
Adlan, Rozita seperti tidak senang duduk. Ulah menantunya ditelah dengan helaan
nafas yang kian menyempitkan dada. <o:p></o:p>
“Saya tahu apa niat Adlan tu.”
Tiba-tiba Rozita berdiri. Jalan mundar-mandir dengan wajah ditakungi kerutan
kasar.<o:p></o:p>
“Dia sengaja nak bakar hati saya
dengan kewujudan perempuan tu.” Dia melanjutkan bicara lagi. Kali ini lebih
tegas.<o:p></o:p>
“Amiera tu menantu kamu, Ita. Ita
tak rasa lain ke masa kali pertama tengok dia?” Ku Embok cuba menelusuri
kepingan hati Rozita. Sungguh dia merasakan Rozita turut sama dipayungi rasa
aman tatkala merenungi paras Amiera.<o:p></o:p>
“Lain macam mana, mak?” Rozita acuh
tidak acuh.<o:p></o:p>
Ku Embok menghembus nafas perlahan.
“Mula-mula mak jumpa dia hari tu, masa Adlan bawa ke sini, mak dapat rasa
sesuatu yang lain ada pada Amiera. Entah... sejuk hati mak ni, Ita.”<o:p></o:p>
Spontan, Rozita mencebik. “Saya tak
rasa apa-apa, mak. Kalau ikut hati, tak sudi saya nak tengok muka budak tu. Ini,
entah Adlan memang sengaja nak buat darah saya naik tinggi sampai kepala,
angkut perempuan tu sekali masuk dalam rumah kita.”<o:p></o:p>
“Ita, cuba jangan fikir macam tu.
Dulu, Ita pernah cakap, Ita nak sangat Adlan balik tinggal sebumbung dengan
kita. Ita nak dekat dengan budak tu. Sekarang, lain pula?” Ku Embok mengerut
muka.<o:p></o:p>
Tidak semena, fikirannya dirangkul
paras Adlan. Sayu hati jadinya. Kenapa Adlan begitu tegar membuat dia begini?
Jika benar salah dia memilih jalan, pasti dia inginkan keadaan kembali jadi
seperti sediakala. Dia lebih rela hidup dalam keberantakan jiwa daripada
terpaksa kehilangan Adlan.<o:p></o:p>
“Bukan dengan cara macam ni, mak.
Hati saya ni... luluh benar jadinya,” keluh Rozita. Selajur menzahirkan apa
yang telah lama terbentuk dalam hati. Parut yang lukanya tidak pernah pulih
kerana Adlan terus-terusan memusuhi dia.<o:p></o:p>
“Tapi saya sentiasa memaafkan dia.”
Jujur dia berkata. Perbuatan Adlan boleh sahaja menjerumuskan anak muda itu ke
dalam lohong derhaka. Rahmat Tuhan tidak akan memayungi hidup Adlan sekiranya
dia berterusan rasa sakit hati dan marah.<o:p></o:p>
Ku Embok memahami perasaan Rozita.
Adlan umpama nyawa menantunya. Barangkali, sikap tertutup Rozita menyebabkan
keadaan jadi semakin rumit.<o:p></o:p>
“Cakap pada dia.” Ku Embok
menyarankan lagi. Tidak pernah kenal erti jemu meski saranan dia sering dibiar
melayang entah ke mana-mana. <o:p></o:p>
“Cakap apa?”<o:p></o:p>
“Ita nyaris di...”<o:p></o:p>
“Itu benda lama, mak. Saya tak nak
ungkit.”<o:p></o:p>
“Tapi Ita kena ungkit juga. Ita kena
cakap dekat Adlan. Kalau macam ni lah keadaan berterusan macam ni, mak akan
buka mulut.” Ku Embok bertegas.<o:p></o:p>
Buntang mata Rozita.<o:p></o:p>
“Jangan, mak!” tegahnya.<o:p></o:p>
“Kenapa? Ita takut?”<o:p></o:p>
Mulut Rozita bertaut rapat. Tiada
sebutir ayat pun yang mampu dilontar keluar melepasi salur nafas.<o:p></o:p>
“Adlan patut tahu siapa ayah dia,
sampaikan Ita tinggalkan lelaki tu.” Ku Embok bingkas bangun. Kelembutan dia
langsung lenyap. Sehari-hari menghadap ‘permusuhan’ itu, membuatkan dia
runsing. Bukan sehari dua. Bukan sebulan dua juga. Hampir mencecah berbelas
tahun tetapi kelihatan hubungan keduanya kian runcing. Dia selaku orang
sekeliling enggan jadi pemerhati lagi. <o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Banyak yang dah kena cantas, sebab tu makin kurang isinya :) Bukan apa, bila buka balik nak buat ha, terasa macam berjela sangat dan unsur lewah yang melampau haha! Kang bosan orang baca :)
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-50395975378814817782015-01-18T12:34:00.000+08:002015-01-18T12:34:32.063+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab25.Assalamualaikum.
"...Some hearts understand each other, even in silence..." - Yasmin Mogahed
Bab 25<o:p></o:p>
“EH...
sudah-sudah! Buat apa pengantin baru duduk dekat dapur ni?” Tok Usu Mah
mencekak pinggang sambil mencerlung mata ke arah Amiera. Amiera mendongak sementara
tangannya masih ligat menyental pinggan mangkuk dalam besen penuh air sabun.<o:p></o:p>
“Orang nak tolong sikit aje tok,”
pintasnya.<o:p></o:p>
“Idah, tu... pergi tarik pengantin
tu.” Tok Usu Mah memerintah menantunya. Saidah yang sedang memasukkan sampah
sisa makanan ke dalam plastik hitam, terus sahaja mencuci tangannya sebelum
mendekati Amiera.<o:p></o:p>
Saidah mencuit lengan Amiera.
“Dah... dah. Pergi duduk jauh-jauh.”<o:p></o:p>
Masam mencuka muka Amiera. Namun dia
belum bergerak-gerak mengikut arahan Tok Usu Mah dan emak Asma Laini.<o:p></o:p>
“Orang nak tolong sikit je, Mak cik
Idah. Asyik duduk tengok aje.” Amiera membidas lagi.<o:p></o:p>
“Ini majlis kenduri kesyukuran aje,
jadinya awak tu tak payah cemar tangan menolong dekat dapur. Nanti tunggulah
majlis walimatul urusnya, semua periuk belanga besar-besar gedabak tu, Mira
dengan suami yang kena sental.” Bersahaja Saidah berkata.<o:p></o:p>
“Alah, tak payah tunggu majlis tu.
Sekarang pun Mira boleh tolong.” Amiera tersenyum-senyum.<o:p></o:p>
“Tak bergerak lagi budak tu.” Suara
Tok Usu Mah kedengaran lagi. Kali ini dengan lagak mencekak pinggang.<o:p></o:p>
Asma Laini yang melintas depan mata,
laju disambar lengannya. “Asma, pergi ganti Rin. Pinggan-pinggan tu semua, biar
orang lain angkat.” Tok Usu Mah memberi arahan baru.<o:p></o:p>
“Bangun! Bangun!! Bangun!!!” Kecoh
ruang itu dengan suara Asma Laini.<o:p></o:p>
Akhirnya, Amiera mengalah. <o:p></o:p>
“Kau ni, orang dah layan macam
puteri tu, ikut ajelah.” Span kuning disental kuat pada bekas plastik yang
penuh berminyak.<o:p></o:p>
Belum sempat Amiera buka mulut, Asma
Laini berkata lagi, “Hari ni, hari special
untuk kau. Daripada kau busuk-busuk dekat dapur, baik pergi depan sana. Ada
juga laki kau boleh tengok. Lainlah aku ni. Jadi kuli, macam sekarang.
Maklumlah, tak kahwin lagi.”<o:p></o:p>
Asma Laini pamer muka serius.<o:p></o:p>
Amiera mencebik. Kalau mulut itu
sudah berkata-kata, memang tidak akan habis modalnya. <o:p></o:p>
“Kau tu nak berlaki bulan depan.
Macam lama sangat aje,” tuntasnya.<o:p></o:p>
Spontan, Asma Laini hambur ketawa.<o:p></o:p>
“Pergilah depan sana. Kau nak ke
dengar Tok Usu tu bebel? Tadi aku nampak keluarga suami kau macam dah nak
balik. Kang dorang tercari-cari kau pula.” Asma Laini memberitahu.<o:p></o:p>
“Aku pergi depan dulu eh,” pamit
Amiera. Kain diangkat melepasi buku lali ketika melepasi laluan penuh air dan
licin.<o:p></o:p>
“Sila... sila...” sahut Asma Laini.<o:p></o:p>
Lambat-lambat, Amiera membawa
langkah ke ruang tamu. Terjenguk-jenguk cari kelibat keluarga barunya.<o:p></o:p>
“Kak Mira!” Haili Sofea datang
menerpa. <o:p></o:p>
“Eh, Elly...” Amiera cuba
beramah-mesra.<o:p></o:p>
Haili Sofea kulum senyum lebar.
“Kami cari Kak Mira tadi,” katanya.<o:p></o:p>
“Cari... kenapa?” soal Amiera pula.<o:p></o:p>
“Amiera... nenek dah nak gerak
balik.” Ku Embok mencelah sambil mengukir senyum halus. <o:p></o:p>
Amiera menjulang mata, menatap paras
wanita seusia lebih kurang Tok Usu Mah.<o:p></o:p>
“Awal lagi ni nek.” Adlan mendekati
mereka.<o:p></o:p>
“Lewat sangat dah ni Edi. Lagipun
mummy Edi seorang diri dekat rumah tu,” balas Ku Embok. Selajur anak mata
mencari paras cucu menantunya. Pipi Amiera dielus lembut. Sejurus itu, dia
kembali menatap wajah Adlan.<o:p></o:p>
Sungguh, Rozita benar membekukan
hati. Biar dipujuk, menantunya itu kekal berkeras enggan menghadiri majlis
barakah ini. Alasan sibuk menjadi tiang yang paling rapuh. Hanya salam diutus,
tidak sesungguh hati.<o:p></o:p>
“Jangan persiakan Amiera.” Ku Embok
berkata.<o:p></o:p>
Adlan memandang Amiera. Dengan ulas
bibir melarik senyum, dia membalas, “Insya Allah, nek.”<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
“PATAH hati?”
Fatma berkata seraya melempar renungan tajam ke arah Ekmal yang bersandar di
dinding sambil mata membidik ke hadapan. Tepat dilaras memerhati ulah pasangan
pengantin baru- Amiera dan Adlan.<o:p></o:p>
Tiada jawapan. Ekmal lebih selesa
menggumpal perasaan itu sendirian.<o:p></o:p>
“Abang tak rasa ke yang kita
sekarang ni menipu semua orang?” Fatma meletak dirinya di depan Ekmal.<o:p></o:p>
“Tipu?” Ekmal bertanya tanpa minat.
Dia hendak berlalu dari situ namun Fatma menghalang. Bukan Ekmal seorang sedang
menahan perasaan perit yang bergulung-gulung menghentam hati, dia juga begitu.
Malah lebih hebat lagi. Amiera telah memiliki semuanya. <o:p></o:p>
“Tu... tengok tu...” Kali ini, Fatma menjuih bibir menghala pada
Shahreza dan Tasneem. “Ibu ayah berlakon aje lebih. Ema rasa masing-masing lupa
macam mana Amiera dan Adlan tu ends up as
husband and wife.” Dia mencebik geram.<o:p></o:p>
“Dah jodoh mereka.” Ekmal membalas
malas.<o:p></o:p>
“Dah jodoh? Kahwin macam tu abang
kata jodoh? Please!” Herot-herot
bibir Fatma.<o:p></o:p>
Ekmal melepaskan segumpal nafas yang
memberati rengkungan.<o:p></o:p>
“Habis tu, Ema nak abang cakap apa?
Nak heboh dekat semua orang yang mereka tu kena tangkap dengan keluarga
sendiri, macam tu?” Suara sedikit mengendur.<o:p></o:p>
Fatma senyum sinis. “Ikut hati,
memang nak buat macam tu. Tak adil untuk keluarga kita hadap perbuatan Amiera
tu. Memalukan!” dengusnya. Kasar.<o:p></o:p>
“Dahlah Ema. Sekarang ni, kita
doakan mereka bahagia,” tegas Ekmal. Biar jiwanya diguris parah, namun dia
sedar, Amiera tidak akan mampu dia miliki sampai bila-bila pun. <o:p></o:p>
Fatma mengejar langkah abangnya.
Mereka mendaki anak tangga. Di tingkat atas, suasana tidak seriuh tadi. Hanya
mereka berdua di situ.<o:p></o:p>
“Abang nak give up semudah ni?”<o:p></o:p>
“Give
up? Ema, dia isteri orang!”<o:p></o:p>
“Salah ke apa Ema cakap?” Soalan
dibalas soalan.<o:p></o:p>
Bertambah kusut kepala Ekmal. Apa
Fatma sudah hilang kewarasan akal sendiri?<o:p></o:p>
“What
is wrong with you?” Timbul rias curiga di wajah Ekmal.<o:p></o:p>
“What
is wrong with me? Everything! Everything is wrong! I hate her! I hate her!”
Sebagaimana jeritan itu membungkus jiwa, lengkingan suara juga nyaris tinggi
membelah kesunyian ruang di tingkat atas kediaman tersebut.<o:p></o:p>
“You know what, Ema benci semua
orang dalam rumah ni. Benci! Kenapa semua orang masih boleh terima Amiera
sedangkan dia dah malukan kita? Dia bukan sesiapa, bang! Ibu, ayah... even
abang dan Sarah pun boleh berlagak macam tak ada apa-apa berlaku, sedang
hakikatnya...” Fatma menggigit bibir. Dia benar-benar marah. Cukup kecewa.<o:p></o:p>
Ekmal tampak terkejut mendengar
pengakuan Fatma. Diam tak terkata.<o:p></o:p>
Fatma
menyeka airmata. Sudah lama dia jatuh tersungkur di kaki Amiera. Dari segi apa
pun, Amiera tetap berada dikedudukan tertinggi, sedangkan dia kekal terpinggir.<o:p></o:p>
MELALUI ruang
pintu yang merenggang sedikit, Amiera menjenguk kepala ke dalam kamar
peraduannya. Tercari-cari kelibat Adlan yang dilihatnya sudah mendaki anak
tangga sekitar jam 11.30 tadi. Lirik mata sempat menyoroti jam dinding. <o:p></o:p>
“Kak...”<o:p></o:p>
Amiera berkalih tubuh. Degup jantung
nyata berdetak deras.<o:p></o:p>
“Sarah! Ya Allah...” Amiera mengucap
panjang. <o:p></o:p>
Sarah tersengih-sengih.<o:p></o:p>
“Kenapa mengintai macam tu?”
tegurnya.<o:p></o:p>
Amiera garu kepala yang masih elok
dilitupi selendang. “Ni kenapa tak tidur lagi?” soalnya. Sengaja mengalih
tumpuan gadis itu.<o:p></o:p>
“Nak tidurlah ni,” jawab Sarah. <o:p></o:p>
“Tidur mana?”<o:p></o:p>
“Tidur bilik Kak Ema. Kan bilik
Sarah ni dah jadi bilik pengantin untuk Kak Mira.” Sarah mengulum senyum
selepas itu.<o:p></o:p>
“Oh ya. Lupa.”<o:p></o:p>
Sarah menggeleng kepala, disertai
tawa kecil. “Jangan nanti Kak Mira lupa lagi dah lah ye.”<o:p></o:p>
Kerut-kerut halus melatari riak
wajah Amiera. “Lupa apa?”<o:p></o:p>
“Petang tadi tu...” Meleret suara
Sarah.<o:p></o:p>
Dipaksa-paksa mukanya melentur
senyum. Pahit. <o:p></o:p>
“Sarah masuk tidur dululah, kak. Night!” katanya selajur menonong ke
bilik Fatma yang terletak bertentangan kamar peraduan pengantin baru itu.<o:p></o:p>
Amiera memerhati lenggang Sarah hingga
gadis itu hilang dari pandangan. Sekali lagi, dia mengelus nafas. Lebih berat. <o:p></o:p>
“Kenapa tercegat depan pintu?” Adlan
terjengul di muka pintu.<o:p></o:p>
Amiera terdorong ke belakang.
Beberapa langkah. Bulat mata itu memandang Adlan.<o:p></o:p>
“Come.”
Adlan membuka pintu dengan luas.<o:p></o:p>
“Tak penat ke berdiri macam tu?”
tegurnya apabila Amiera enggan berganjak. Tercetus tawa kecil Adlan melihat
ulah Amiera yang kelihatan teragak-agak hendak memulakan langkah.<o:p></o:p>
Pintu ditutup rapat.<o:p></o:p>
Spontan, Amiera kalih ke belakang. <o:p></o:p>
“Kenapa?” soal Adlan.<o:p></o:p>
Amiera menggeleng. Rapat tubuhnya ke
dinding. Tangan meraba tuala yang disidai atas sampiran besi panjang
berhampiran almari kayu.<o:p></o:p>
“Dah solat isyak?” Duduknya dilabuh
atas birai katil.<o:p></o:p>
“Belum. Saya nak mandi dulu,” jawab
Amiera. <o:p></o:p>
“Kita sembahyang sama ya,” ujar
Adlan.<o:p></o:p>
“Baiklah.” Amiera menyahut.<o:p></o:p>
“AMIN ya
robbal’alamin...” Adlan meraup wajahnya. Dia duduk berteleku di atas sejadah
untuk seketika. Setelah itu, dia memaling tubuh. Menatap Amiera yang menunduk
sambil memejam mata. Bibir gadis itu terkumat-kamit melontar bicara yang tidak
mampu mencecah anak telinga.<o:p></o:p>
“Amiera.” Serunya dengan lembut.<o:p></o:p>
Amiera mendongak. <o:p></o:p>
Mereka saling bertatapan.<o:p></o:p>
Sesaat. Dua saat. Tiga saat.<o:p></o:p>
Tangan diunjuk kepada gadis itu.
Biar makan masa, akhirnya tangan itu bersambut. Amiera membawa tangan lelaki
itu ke muka. Pada saat tangan-tangan kasar Adlan rapat ke hidung, ada perasaan
lain menjalar ke segenap pelosok dada. Hingga detak jantung seakan mati
seketika.<o:p></o:p>
Dagu Amiera dipaut lembut. Sekali
lagi, mereka berbalas renungan. Terkebil-kebil mata Amiera memerhati kelakuan
Adlan. Wajah mereka terpisah beberapa inci sahaja. Dia pejam mata. Hangat
kucupan di dahi terasa menyambar kulit muka.<o:p></o:p>
“Sebuah pernikahan itu satu ibadah.
Jangan pula niat hati kamu mencemarkan sucinya ibadah tu sendiri.” Untaian kata
Ku Embok menerobos ruang pendengaran. Nasihat berupa peringatan kepada dia.<o:p></o:p>
“Awak tak berniat nak tampar saya
lagi, kan?” Adlan bertanya. Berbisik hampir ke telinga Amiera.<o:p></o:p>
Bulat mata Amiera membelah renungan
itu.<o:p></o:p>
“Untuk tadi tu...” Tersungging
senyum nipis di bibir lelaki itu.<o:p></o:p>
“Penangan petang tadi masih terasa
ni.” Adlan mengusap pipi kanannya.<o:p></o:p>
Aksi Adlan menempa tawa kecil
Amiera. “Maaf. Saya lupa.” Jujur dia berkata.<o:p></o:p>
Adlan meleret senyum lagi.<o:p></o:p>
“Tak apa. Sekurang-kurangnya saya
tahu setakat mana skill isteri saya
ni tampar orang,” sendanya. Cuba mewujudkan suasana harmoni antara mereka.<o:p></o:p>
“Amiera Syazreen...” Adlan berpeluk
tubuh.<o:p></o:p>
“Nice
name. Amiera... Syazreen...” lanjutnya seraya melaras pandangan mata tepat
ke paras Amiera yang turut sama memerhatikannya.<o:p></o:p>
“Nama tu... arwah ibu yang bagi,”
jelas Amiera.<o:p></o:p>
“Tapi ibu...” Adlan tidak menghabisi
bicara sendiri.<o:p></o:p>
“Itu... ibu yang sekarang ni,
berstatus ibu saudara. Saya ni menumpang kasih dengan mereka.” Pandangan Amiera
kembali menjunam jatuh ke arah jari-jemari yang saling bersulam.<o:p></o:p>
Ya, dia teringat penegasan Fatma
tempoh hari. Amera dikata tiada pertalian darah pun, walhal jika dikira
hubungan darah kekal terjalin antara Amiera dan keluarga angkatnya.<o:p></o:p>
Adlan leret senyum. Jari-jemari
Amiera diraih, lantas digenggam lembut. “Mungkin kita perlukan masa untuk
terima semua ni tapi saya yakin, kalau kita cuba dan bersabar, bahagia tu akan
muncul juga, kan?”<o:p></o:p>
Sebenarnya, jauh di sudut hati
Amiera, masih terlalu sukar untuknya menerima perkahwinan ini. Namun dia akur
juga. Barangkali jalan yang sedang dilalui merupakan sebahagian daripada
rencana hidup yang telah tertulis di atas langit.<o:p></o:p>
Pada saat lafaz akad nikah itu
temetrai, dia menangis. Tangisan yang menzahirkan pelbagai perasaan dalam dada.
Pengakhiran yang tidak pernah terlintas di fikiran. <o:p></o:p>
“Kenapa menangis ni?” Airmata itu
diseka lembut. Wajah Amiera ditatap lagi.<o:p></o:p>
Bibir diketap rapat. Suara terpunduk
di kerongkong.<o:p></o:p>
“Amiera... saya mungkin tak mampu
menjanjikan kebahagiaan abadi tapi saya akan cuba jadi suami yang baik untuk
awak.” Adlan cuba memujuk. Tidak diluah dengan kata-kata pun dia sudah mampu
menebak apa yang mengganggu Amiera ketika ini.<o:p></o:p>
Di sebalik kolam mata Adlan yang
beriak tenang, Amiera mencari sesuatu di situ. <o:p></o:p>
“Saya perlukan masa.”<o:p></o:p>
“Ambil lah sebanyak mana masa yang
awak perlukan.”<o:p></o:p>
‘Syurga kini di bawah telapak kaki
Adlan.’ Berdengung suara itu di kepala Amiera. Mata dijulang tinggi menatap
wajah sang suami. Walau tiada cinta, dia akan cuba menjadi yang terbaik buat
Adlan. Benih-benih cinta boleh dituai sedikit demi sedikit. Tidak perlu
dipaksa. Biar ia hadir dengan izin-Nya.<o:p></o:p>
Adlan menoleh sekilas. Jam dinding
berdeting perlahan- menunjuk angka 2 pagi. Dia bangun. Sejadah dilipat memanjang.
<o:p></o:p>
“Dah lewat sangat ni,” katanya.
Sejadah disidai atas penyidai besi. <o:p></o:p>
Amiera ikut bangkit. Telekung
ditanggalkan dari tubuh. Dilipat rapi sebelum dikembalikan ke dalam almari.
Lambat-lambat dia mendaki katil. Kelakuan Adlan diperhati. Lelaki itu mengambil
sebiji bantal lalu dicampak atas lantai beralas karpet berbulu lembut.<o:p></o:p>
“Tidur situ?” Amiera memanjangkan
leher.<o:p></o:p>
Adlan tidak jadi rebah. Duduk
bersila sambil menepuk bantal.<o:p></o:p>
“Habis tu, nak ajak saya tidur sana
ke?” Adlan menyoal berbaur usikan.<o:p></o:p>
Ruang kosong di sebelah perbaringan
ditepuk-tepuk. “Tempat awak dekat sini,” tutur Amiera.<o:p></o:p>
Ulas bibir Adlan melentur senyum
kecil. “Betul ni tak kisah saya tidur sekatil dengan awak?”<o:p></o:p>
Amiera mengangguk.<o:p></o:p>
Mata Adlan mengecil. “Betul? Tak
menyesal?” Giat dia mengusik.<o:p></o:p>
“Mana tahu kang tiba-tiba jadi benda
lain pula.” Adlan makin galak melontar gurau senda, sedikit nakal.<o:p></o:p>
Dia geleng kepala lagi. “Saya
percayakan awak, Adlan.”<o:p></o:p>
Mendengar jawapan itu, Adlan
tersenyum lebar. Lebih lebar. Hampir ke telinga.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Hailaaaa Adlan Amiera... kenapa tak rajin jengah aku selama berbulan-bulan ni? -..-' Secoet aje geraknye. Oh ya! Bulan depan, yakni Julai 2014... novel kita akan keluar bawah Kaki Novel wohoo! Guna nama penuh tahuuu- Salwati Haris, bukan Hanah Rishas. Hihi. So jangan fefening okey :) Maklumlah, sebelum ni, masa mula-mula terjun menyelam masuk bidang ni, iolss guna nama penuh. Nampak suci sangat ekeke :P SH untuk PKN. HR untuk GedeBook n_ny
Hai Elisa! Hai Hilman! :)
Rasa macam nak buat entri untuk memperkenalkan babies bagi mengelakkan kekeliruan eceh! haha
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-85327887902158117052015-01-18T12:32:00.000+08:002015-01-18T12:32:15.586+08:00[Novel] : Usah Lepaskan bab24.Assalamualaikum.
"...The strong man is one who controls himself when he is in a fit of rage..."
Bab 24
<o:p></o:p>
“SATU... satu...
saya sayang ibu. Dua... dua... saya sayang ibu. Tiga... tiga... sayang ibu,
ibu, ibu. Satu dua tiga... sangat sayang ibu!” Dia yang berambut pendek, diikat
dua itu begitu gembira menyanyikan lagu yang dipelajari sewaktu di pra-sekolah.
Runut bunyi yang sama, cuma rangkai kata itu diubah, diulang perkataan ‘ibu’
berkali-kali.
Semakin lebar dia tersenyum apabila
nyanyiannya tadi memutikkan keceriaan di roman wanita yang asyik membelai
kepalanya.<o:p></o:p>
“Pandai anak ibu.” Ibu mengucup
kepalanya pula.<o:p></o:p>
Dia mendepakan tangan. Merangkul
pinggang ibu dengan penuh perasaan cinta dan kasih yang tiada tara.<o:p></o:p>
“Adik sayang ibu.”<o:p></o:p>
“Mira sayang ibu.”<o:p></o:p>
Dua suara itu bersatu. <o:p></o:p>
Amiera yang berdiri tidak jauh dari
tempat itu, berjarak kira-kira lima langkah,
mulai membuka jejak menghampiri. Bergerak-gerak bola matanya memerhati
dirinya yang masih kecil, berusia dalam lingkungan lapan tahun- begitu erat
memeluk ibu. Manakala ibu pula, sekali-sekala tertawa kecil bila mulut
mungilnya menyanyikan kembali lagu itu.<o:p></o:p>
“Kenapa tak nyanyikan untuk Tok
Awan, Nek Awan sekali?” Ibu menyoal lembut.<o:p></o:p>
“Nanti panjang sangat. Tok Awan, Nek
Awan, Ayah Reza, Ibu Tasneem. Hah... Abang Amal lagi, Kak Ema lagi.” Jari-jari
diangkat dan mula membilang satu per satu.<o:p></o:p>
“Sebab tu adik nyanyi untuk ibu
aje.” Senyum kecil menghiasi muka polos itu.<o:p></o:p>
“Adik nak nyanyi untuk ibu sampai
bila-bila.”<o:p></o:p>
“Betul?”<o:p></o:p>
Bergoyangan rambut yang diikat dua
itu bila kepala diangguk laju.<o:p></o:p>
“Sampai bila-bila...” Amiera duduk
di atas pangkin. Bayangan dia sewaktu kecil telah bersatu bersama tubuhnya. <o:p></o:p>
“Ibu sayang anak ibu.” Ibu berbicara
lembut, seraya mengelus pipi dia dengan penuh kasih.<o:p></o:p>
Airmata Amiera tumpah. Dia menangis.
Tenggelam dalam lautan rindunya terhadap Suria.<o:p></o:p>
KELOPAK mata
terbuka. Pandangannya berbalam-balam. Paras ibunya semakin kabur dan bila telah
jelas penglihatan, bayangan tadi langsung berkecai.<o:p></o:p>
Tercampak ke lembah mimpi itu seolah
menggamit kenangan lalu. Kenangan yang paling dia ingat, paling dia sayang.
Nyanyian yang sehingga kini berlagu dalam hati untuk ibunya.<o:p></o:p>
‘Astaghfirullah...’ Dia beristighfar
dalam hati. Telapak tangan meraup muka. Nafas dihembus melepasi rengkungan.
Tubuhnya yang baring terlentang, dialih posisi. Mengiring ke kanan.<o:p></o:p>
Pejam celik, pejam celik dia perhati
pandangan yang tampak asing. Dan dia memisat mata pula. Adlan? Ah, sebelum
rebah melayan lena, seingatnya, dia begitu ralit merenung cincin belah rotan
pemberian lelaki itu. Lakaran tuan punya badan pun ikut terlukis di kanvas
fikiran. <o:p></o:p>
Tubuh yang terbaring di sebelahnya
sedang bergerak-gerak. Daripada terlentang menghadap siling, kini mengiring ke
arahnya. Hangat hembusan nafas lelaki itu terasa membakar kulit. Dan saat itu
dia menyedari sesuatu- ini bukan mimpi. Bukan sekadar mainan mata! <o:p></o:p>
“Aaa!” Jeritan sulung Amiera
kedengaran kuat.<o:p></o:p>
“Aaaaa!!” Pekikan itu pecah lagi.
Dalam keadaan bingung, dia melompat turun dari katil. Bergegas memencilkan diri
di penjuru bilik. Buntang mata itu memerhatikan Adlan yang mulai bangkit dari
perbaringan. Lelaki itu menutup telinga. Berkerut-kerut mukanya.<o:p></o:p>
“Kenapa awak menjerit macam nampak
hantu ni, Amiera?” Adlan bertanya. Kelopak mata terbuka sedikit. Selebihnya,
dia melayan rasa ngantuk yang amat.<o:p></o:p>
“Encik... awak... buat apa dekat
dalam bilik ni? Ni... ni bilik siapa? Saya dekat mana?” Amiera ligat mengitari
ruang peraduan yang tampak cantik dihias dengan bunga-bunga segar.<o:p></o:p>
“Awak ni okay ke tak?” keluh Adlan. Dia
hendak bangun namun segera dihalang oleh Amiera. Malah gadis itu sempat
melontar sebiji bantal tepat mengenai mukanya. <o:p></o:p>
“Amiera...” Rendah suara itu
menegur. Dia bangun lagi. Punggung dilabuh di hujung katil. Bulat matanya
merenungi paras Amiera yang nyata pucat lesi. Tubuh itu pula sudah dibaluti
dengan selimut tebal. <o:p></o:p>
“Jangan!” Amiera menepis tangan
Adlan yang cuba meraih lengannya. Dia benar-benar keliru. Bingung!<o:p></o:p>
“Hey...
what is wrong with you?” Adlan mulai hilang sabar. Disambar juga lengan
Amiera.<o:p></o:p>
Amiera meronta.<o:p></o:p>
“Lepas!”<o:p></o:p>
“Amiera! Calm down.” Adlan berusaha menenangkan Amiera. Lagak gaya macam
kena histeria.<o:p></o:p>
Amiera enggan menurut. Adlan ditolak
kasar. Dulu... mereka pernah ditangkap berdua-duaan begini. Sekarang, ia
terjadi lagi. Lagi! Amiera menampar pipi Adlan. <o:p></o:p>
Adlan pegun. Birat pipinya.<o:p></o:p>
“Kak Mira?” Suara Sarah kedengaran
di luar bilik.<o:p></o:p>
Amiera merentap tangannya. Terus
menerpa ke pintu dan dibuka luas. Mata dia sudah berair. Peristiwa dulu seolah
berulang kembali.<o:p></o:p>
“Eh, kenapa ni kak?” Sarah menyoal
pelik. Silih berganti dia perhati Amiera yang sedang menangis teresak-esak dan
Adlan yang pegun di tengah ruang itu.<o:p></o:p>
“Ask
her.” Adlan duduk.<o:p></o:p>
“Tanya saya? Sepatutnya saya yang
tanya awak, macam mana awak boleh ada dalam bilik ni? Apa awak dah buat dekat
saya?!” bentak Amiera. <o:p></o:p>
“Kak...” Sarah menyentuh bahu
Amiera.<o:p></o:p>
Amiera menyeka airmatanya dengan
kasar. “Sarah... tolong percayakan Kak Mira. Kak Mira tak tahu macam mana dia
boleh ada dalam bilik ni dengan Kak Mira.”<o:p></o:p>
Sarah tertawa.<o:p></o:p>
“Apa Kak Mira cakap ni?” Sarah
menggeleng kepala.<o:p></o:p>
Amiera terpinga-pinga. Berkesempatan
melirik mata ke segenap penjuru kediaman ini. ‘Ini rumah ayah!’ Bisik hatinya.
Selajur dia mengurut pelipis dahi. <o:p></o:p>
“Aku terima nikahnya Amiera Syazreen
binti Latif dengan mas kahwinnya...”<o:p></o:p>
Mata terpejam-pejam. Suara garau
Adlan menyusup ke dalam jendela pendengaran. Spontan, dia pandang lelaki itu.<o:p></o:p>
“Sarah nak turun bawah. Lepas
Maghrib kang ada kenduri doa kesyukuran untuk Kak Mira dan Abang Adlan.” Sarah
kulum senyum selepas itu.<o:p></o:p>
Langkah Sarah dihalang pergi.<o:p></o:p>
“Majlis... apa?” Hampir bertaut
keningnya.<o:p></o:p>
“Eh, Kak Mira ni tanya soalan
pelik-pelik pula. Majlis Kak Mira dan Abang Adlan lah. Pengantin baru. Ke Kak
Mira lupa yang akak dah jadi isteri Abang Adlan?” Sarah pula naik hairan. Ulah
kakaknya seumpama hilang ingatan.<o:p></o:p>
“Sarah turun dulu ya,” pamit Sarah.
Mencicit lari turun ke bawah.<o:p></o:p>
Amiera termangu-mangu di ambang
pintu. ‘Ya Allah, ke mana hilangnya ingatan aku?’ Amiera berundur ke belakang
beberapa langkah ketika Adlan datang, menolak regangan pintu agar tertutup
rapat.<o:p></o:p>
“We’re
married couple now, Amiera,” kata Adlan.<o:p></o:p>
“Look
at yourself.” Adlan menuding jarinya. Dari atas kepala sampai ke hujung
kaki, dia mengarah jari telunjuknya pada Amiera.<o:p></o:p>
Amiera pantas berlari ke meja solek.
Terbias parasnya di atas permukaan berkilat cermin tersebut. Solekan nipis
ditata ke muka pun masih bersisa. Amiera kerut muka. Berusaha mengingati
retetan peristiwa yang mungkin tercampak jauh dari peti simpanan dalam kepala.<o:p></o:p>
“Astaghfirullah... Ya Allah...”
Amiera mengelus dada. Pandangan dikalih menatap Adlan yang sudah sedia
menyambut dia dengan kuluman senyum nipis.<o:p></o:p>
“Remember?”
aju lelaki itu.<o:p></o:p>
Lambat-lambat, Amiera angguk kepala.
Lelaki itu, yang bernama Adlan Hakim, yang sedang merenungi dia sambil mengukir
senyum adalah suami yang baru sahaja menikahinya selepas zuhur tadi. Sungguh,
dia tidak ingat!<o:p></o:p>
Adlan menyembunyikan tawa yang pecah
berderai dalam hati. Daripada roman wajah meriak garang, pucat lesi, dan penuh
kekeliruan, kini Amiera kembali tenang. Dalam tempoh beberapa minit, dia telah
dijamu dengan pelbagai kerut dan riak menakungi roman Amiera.<o:p></o:p>
“You
owe me one,” bisik Adlan ke telinga Amiera. Pipi yang makan penampar sulung
isterinya tadi dielus-elus.<o:p></o:p>
Amiera telan liur.<o:p></o:p>
“So...
sorry...” tuturnya. Ketar.<o:p></o:p>
Adlan meleret senyum lagi. “Lain
kali, jangan tidur lepas asar. Boleh buat kepala jadi kurang waras, macam
tadi.”<o:p></o:p>
“Dah dekat maghrib dah ni. Awak nak
mandi dulu atau saya?” Adlan memberi pilihan. Duduk selesa di atas katil beralas
cadar biru lembut sambil memerhati Amiera.<o:p></o:p>
Tanpa bicara, Amiera lekas mencapai
tuala dan pakaian miliknya dari dalam almari. Panjang langkah keluar dari bilik
itu.<o:p></o:p>
Adlan tersenyum lagi. Lebih lebar.<o:p></o:p>
TERJINGKIT-JINGKIT
kaki Amiera memijak lantai, menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Keriuhan itu
memenuhi setiap penjuru rumah. Kepala menjenguk ke ruang tamu. Kelihatan
beberapa orang tetamu terdiri daripada jiran tetangga sedang duduk sambil
berborak-borak. Shahreza yang segak berbaju melayu dan berkain pelikat berdiri
di muka pintu, menyambut kedatangan tetamu-tetamu yang telah diundang untuk
meraikan dia dan Adlan yang baru sahaja dinikahkan siang tadi. <o:p></o:p>
Mengecil mata dia, menangkap bayang
tubuh Adlan ada bersama Shahreza. Seakan tidak percaya bahawa lelaki itu sudah
menjadi suaminya. Dia tidak mimpi, kan? Muka diraup berkali-kali. <o:p></o:p>
“Hoi!” Betty menepuk kuat bahu Amiera. <o:p></o:p>
Lekas dia menyentuh dada. Nyaris
bergolek keluar jantung dia. “Betty!” Dia berdecit.<o:p></o:p>
Mengekek Betty ketawa. Dalam senyum
lebar, dia berkata, “Amboi kau... duduk dalam bilik dengan laki tadi, masih tak
puas ke tenung muka dia? Sampai mengintai bagai.”<o:p></o:p>
Terbeliak mata Amiera. Lengan Betty
dicubit sepuasnya.<o:p></o:p>
“Sabar sikit. Malam nanti ada masa
lagi.” Giat Betty menyakat. Hilang sakit cubitan Amiera bila melihat wajah itu
berubah kemerah-merahan.<o:p></o:p>
“Kau!” Amiera mengangkat jari
telunjuk. Bawah bibirnya diketap rapat.<o:p></o:p>
Betty ketawa lagi. “Alah, gurau
ajelah,” ujarnya.<o:p></o:p>
Gurauan Betty tadi mampu buat dia
putus urat jantung. <o:p></o:p>
“Sejak bila kau memadu kasih dengan
Encik Adlan kita tu?” Betty jongket tinggi keningnya, selajur membawa tangannya
mencekak pinggang.<o:p></o:p>
“Tak ada angin, tak ada ribut,
tiba-tiba hulur jemputan majlis kecil ni. Kahwin ekspress?” <o:p></o:p>
Terkunci rapat mulut Amiera ketika
itu. Liur yang melalui salur tekak terasa pahit.<o:p></o:p>
“Cinta kilat, Betty.” Adlan muncul
entah dari mana, tiba-tiba sahaja sudah berdiri di sebelahnya.<o:p></o:p>
Kedua-duanya membuang pandang ke
arah Adlan. Betty terkial-kial sembunyi senyum.<o:p></o:p>
“Melepaslah saya, Encik Adlan. Ingat
nak mengorat encik, rupanya Amiera dulu yang dah cantas niat saya” seloroh
Betty.<o:p></o:p>
Amiera mengerling tajam muka
temannya.<o:p></o:p>
“Awak pun ada hati dekat saya?”<o:p></o:p>
Pantas Betty menggeleng. “Nanti
Amiera marah. Cukuplah hak memiliki tu untuk Amiera seorang.” Semakin giat
Betty berbicara.<o:p></o:p>
“Habis tu, bila majlis sanding?
Takkan buat majlis macam ni aje?” lanjut Betty lagi. <o:p></o:p>
Adlan memaut bahu Amiera. “Insya
Allah... akan ada majlis tu nanti tapi bukan dalam waktu terdekatlah. Dahulukan
apa yang wajib.” Tenang Adlan menjawab soalan Betty yang nampak terlalu
berminat untuk tahu semua perkara.<o:p></o:p>
“Wah... kalau macam tu, silap-silap
haribulan, encik dan Amiera naik pelamin dah bertigalah.” Betty membuat aksi
usap perut Amiera. Cekap tangan itu ditepis. Betty tersengih.<o:p></o:p>
“Saya nak ke dapur dulu.” Amiera
menarik tangan Betty. Enggan membiarkan gadis itu terus lontar bicara yang
pasti membuatkan dia sesak nafas. <o:p></o:p>
“Mira...” Suzana yang berdiri hampir
di sebelah anak saudaranya lekas menegur.<o:p></o:p>
Amiera menoleh. Diamati paras wanita
itu.<o:p></o:p>
“Mira nak makan? Mak Su ambilkan.
Dari tengahari tadi, Mira tak makan apa-apa. Kan?” Suzana berkata.<o:p></o:p>
Amiera menggeleng laju. “Saya tak
lapar.”<o:p></o:p>
“Betul ni? Perut tu, tak elok dibiar
kosong.”<o:p></o:p>
Dia menggeleng lagi. Lirik mata
membelah renungan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di samping
Suzana. Kanak-kanak tersebut telah memperkenalkan diri sebagai Idham pada
pertemuan pertama mereka semalam.<o:p></o:p>
AMIERA mengekor
Shahreza ke ruang tamu. Kata ayah, dia hendak dipertemukan dengan seseorang.
Tidak pula dia bertanya, siapakah gerangan orang itu. Sampai sahaja di situ,
seorang lelaki bersama seorang perempuan dan tiga orang budak lelaki berbeza
ketinggian, menyapa mata. Silih berganti dia pandang Shahreza dan lelaki yang
memperkenalkan diri sebagai Hazman.<o:p></o:p>
“Ini Pak cik Hazman.” Shahreza
memperkenalkan. “Tu, isteri dan anak-anak dia.”<o:p></o:p>
Amiera menyalami tangan mereka.
Sempat mengusap kepala budak paling rendah di antara ketiga-tiga pahlawan
pasangan Hazman dan Suzana.<o:p></o:p>
Terasa sedikit canggung tatkala
menyedari Hazman dan Suzana terus-terusan merenung dia. Kemudian pasangan itu
saling berbalas pandang.<o:p></o:p>
“Pak cik Hazman dan Mak cik Suzana
ni keluarga kamu sebelah ayah kamu, Amiera.” Shahreza menjelaskan.<o:p></o:p>
“Pak cik ni adik ayah Amiera,” celah
Hazman.<o:p></o:p>
Tidak berkelip mata Amiera menikam
pandangan yang terarah padanya. Ayah? Terlalu asing gelaran itu untuk ditempel
kepada orang lain selain Shahreza.<o:p></o:p>
“Mira masih ada ayah?” Soalan
dilontar tanpa secebis perasaan pun kerana kewujudan lelaki bernama Latif itu
tidak pernah didamba dalam hidupnya. Malah dia sudah lupa, dihujung namanya,
ada satu nama yang akan kekal dibawa ke mana pun.<o:p></o:p>
Latif.<o:p></o:p>
“MAK, mana Abang
Long dengan Abang Chik?” <o:p></o:p>
Rengekan suara Idham mematahkan
menungan dia sebentar tadi. Si kecil itu terjenguk-jenguk mencari kelibat
abang-abangnya, barangkali.<o:p></o:p>
“Abang dekat luar, dengan ayah.
Pergilah ikut sana.” Suzana menyuruh Idham bangkit. Idham menurut. Mencicit
lari keluar dari dapur. Sejurus itu, Suzana turut angkat punggung. Ringan
tulang membantu ahli keluarga Shahreza dan Tasneem menyiapkan juadah yang akan
dihidang kepada ahli jemaah surau dan jiran tetangga, serta kaum keluarga dan
rakan terdekat yang hadir ke majlis ini.<o:p></o:p>
‘Amiera Syazreen binti Latif.’ Nama
sendiri melantun-lantun dalam kepala. Latif- masih wujudkah lelaki itu di atas
muka bumi ini? Dia bertanya kepada Shahreza, namun lelaki itu memilih untuk
mendiamkan diri. Membiarkan soalan dia terbang bergumpal dalam udara.<o:p></o:p>
Dan dia ingat, Hazman menjadi wali
untuknya. <o:p></o:p>
Amiera ralit memerhati persekitaran
yang sedikit hingar. Lama kelamaan suara-suara itu kian lenyap.
Terima kasih kerana baca entri ini. have a nice day :)
notahujungkaki: Tidur.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-8366988859171051152015-01-18T12:31:00.000+08:002015-01-18T12:31:21.274+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab23.Assalamualaikum.
"...Recite the Quran, for on the day of resurrection it will come as an intercessor for those who recite it..."
Bab 23<o:p></o:p>
“SHE’S your sister.”<o:p></o:p>
“Correction...
anak angkat parents I.” Tegas Fatma.<o:p></o:p>
Adlan bersandar. Kedua belah
tangannya merentangi dada. Kali pertama berdepan kakak Amiera, buat dadanya
hendak pecah. Perhitungan kali kedua harus dilalui, namun jelas, ia langsung
berbeda ketika kali pertama isu ‘malapetaka’ itu dibincangkan bersama Shahreza.<o:p></o:p>
“Bersungguh betul you tak nak I
kahwin dengan Amiera. Why?” Adlan curiga.<o:p></o:p>
Fatma beriak selamba. Straw disumbat
ke dalam mulut. Minuman jus buah campuran disedut sedikit.<o:p></o:p>
“Jawapan I mudah aje, jangan
musnahkan masa depan sendiri.” <o:p></o:p>
“What?”
Adlan tertawa.<o:p></o:p>
Roman Fatma meriak hairan.
Kerut-kerut halus melatari dahi licinnya.<o:p></o:p>
“You memang nak jadi pak sanggup?”<o:p></o:p>
“You ada masa kejadian tu?”<o:p></o:p>
Fatma mengangguk malas.<o:p></o:p>
“So? Ini tak ada kena mengena dengan
isu sanggup ke tak sanggup.” Kali ini Adlan membalas tegas.<o:p></o:p>
Tubuh dibawa bersandar. Sedang leret
mata masih setia membidik paras Adlan.<o:p></o:p>
“It’s up to you. Perempuan tu,
bukanlah baik mana.” Fatma tayang riak kosong. Jujur, dia tidak pernah kisah hal
hidup mati Amiera. Kerana bagi dia, Amiera bukanlah sesiapa.<o:p></o:p>
“And... percaya tak kalau I cakap
yang I rasa puas bila dia kena tangkap dengan you?” Kali ini tawa kecil Fatma
menembusi corong pendengaran.<o:p></o:p>
Daripada tertawa halus, kini Fatma
mengulum senyum pula. Jelas memantulkan sisi berbeza yang sememangnya telah
lama bersatu dalam dirinya.<o:p></o:p>
KERUT wajah Fatma
masih jelas di penglihatan. Malah kata-kata itu turut sama mendasari jiwa namun
tiada menembusi mana-mana celah hati. <o:p></o:p>
Wanita itu, satu-satunya manusia
yang cukup berani mengusul kepadanya agar meninggalkan Amiera di majlis
pernikahan mereka nanti. Dari gaya pertuturan dan kilasan roman wajah Fatma,
memang benar wanita itu tidak menyenangi keberadaan Amiera dalam kalangan
keluarga kecil tersebut.<o:p></o:p>
“Kita
nak ke mana ni?” Amiera menyoal resah. Tertoleh-toleh dia memerhati
persekitaran. Adlan pula tenang memandu di sebelah. Hanya sesekali leret senyum
melihat ulah ‘tidak-boleh-duduk-diam’ Amiera.<o:p></o:p>
Amiera memintal-mintal tali pinggang
keledar yang merentangi tubuhnya. Ditarik-tarik.<o:p></o:p>
“Awak ni memang jenis yang tak boleh
duduk diam eh?” tegur Adlan. Langsung ghaib bayang-bayang Fatma sebaik suara
Amiera memenuhi ruang luas kereta yang dipandunya.<o:p></o:p>
Spontan, Amiera membeku. Tidak
bergerak-gerak lagi.<o:p></o:p>
Adlan sembunyi tawa.<o:p></o:p>
“Saya bukan nak culik awak, Amiera. So, don’t worry,” lanjut Adlan. Stereng
kereta dipusing ke kanan, memasuki kawasan parkir kereta. Pergerakan kereta
semakin perlahan. Liar mata Adlan mencari lot parkir yang kosong. <o:p></o:p>
“Jom.” Adlan mula bergerak keluar.<o:p></o:p>
Amiera kekal membatukan diri. ‘Buat
apa dekat gedung beli-belah ni?’ Hati berdetak-detik. Lambat-lambat, dia
menurut juga apabila lelaki itu ringan tulang tolong buka pintu untuknya.<o:p></o:p>
“Come.”
Adlan mengajak.<o:p></o:p>
Amiera mengekor masuk ke dalam gedung
tersebut. Sesekali dia tertinggal di belakang. Saat Adlan memanggil, barulah
terkocoh-kocoh dia mengejar jejak lelaki itu.<o:p></o:p>
‘Poh Kong?’ Bisikan itu bergema
dalam kepala. Dia lihat Adlan sudah melambai ke arahnya. Terasa lelaki itu
sedang merencanakan sesuatu. Sampai sahaja di sebelah Adlan, dia disuruh
memilih cincin yang tersusun cantik dalam kotak kaca. Tidak berkelip mata
Amiera merenungi Adlan.<o:p></o:p>
“Pilih mana yang awak suka.” Adlan
mengoles senyum nipis. <o:p></o:p>
Amiera menggeleng tidak mengerti.
“Untuk apa?”<o:p></o:p>
Adlan tetap pamer senyum mesra.
Gadis berbangsa cina yang bersedia melayani mereka mengeluarkan sebentuk cincin
bermata satu atas permintaan Adlan. Cincin itu diunjuk kepada Amiera.<o:p></o:p>
“Try
this,” saran Adlan.<o:p></o:p>
Amiera menggeleng lagi. “Saya tak
nak,” tolaknya.<o:p></o:p>
“Atau awak nak yang lain? Cuba yang
ni pula.” <o:p></o:p>
Amiera menolak lagi.<o:p></o:p>
Dan lagi.<o:p></o:p>
Dan lagi.<o:p></o:p>
“Size
17 please.”Adlan berkata kepada gadis cina tadi. Akhirnya, dia terpaksa memilih
sendiri.<o:p></o:p>
Amiera sekadar memerhati. <o:p></o:p>
“EAT, Amiera.” Pinggan itu ditolak rapat
kepada Amiera.<o:p></o:p>
Amiera merenung isi pinggan
tersebut. Spageti carbonara dihidang bersama grilled salmon, langsung tidak mencetus seleranya. Makanan itu
dipandang sepi. Selajur ditolaknya kembali ke tengah meja.<o:p></o:p>
Bejat tangan Adlan yang mahu menyumbat
potongan beef steak ke dalam mulut.
Serta-merta, dia meletak garfu di hujung pinggan.<o:p></o:p>
“Tak lapar?” Hujung bibir dikesat
menggunakan tisu.<o:p></o:p>
Terlihat gelengan kepala Amiera, dia
mengelus nafas perlahan. Gadis itu saling tidak tumpah seperti robot. Sepatah
ditanya, sepatah dijawab. Untung kalau berjawab. Kalau tidak, jadi seperti
sekarang. Beri isyarat tubuh semata.<o:p></o:p>
“Saya ajak awak datang sini untuk
makan. Bukan termenung macam ni.” Tegas suara Adlan kedengaran sedikit sinis.<o:p></o:p>
“Saya tak nak ni...” Amiera
mengeluarkan cincin belah rotan yang diberi Adlan kepadanya sebagai tanda
‘bertunang’.<o:p></o:p>
“Dan ini...” Sebuah kotak kecil
berkain baldu hitam turut ditolak ke tengah meja.<o:p></o:p>
“Oh
right! Saya lupa nak ambil tadi. Ini.. saya kena sarung kat jari awak
selepas majlis nikah nanti.” Adlan mengambil kotak kecil itu.<o:p></o:p>
Timbul kerut-kerut halus di dahi
Amiera. Mulutnya sudah bersedia hendak melontar bantahan. <o:p></o:p>
“Saya faham kalau awak tak nak
heboh-heboh hal kahwin ni, tapi kita ada keluarga masing-masing, kan? Takkan tiba-tiba
saya jumpa saudara-mara, kawan-kawan, terus point
you as my wife sedang tak ada khabar berita pun fasal perkahwinan kita.
Kita buat majlis kecil aje, macam yang ayah awak sarankan. Sekadar
memperkenalkan pasangan masing-masing.” Adlan kerling Amiera. Ada ruang kecil
di antara ulas bibir gadis itu.<o:p></o:p>
Terpunduk suara Amiera yang
tiba-tiba dipintas.<o:p></o:p>
“Mereka tentu akan faham dan tak
akan fikir lebih-lebih.” <o:p></o:p>
Siku
dipacak ke meja. Jari-jemari bermain di sekitar dagu. Leret mata masih setia
terarah ke paras Amiera.<o:p></o:p>
Semudah itu Adlan menerima dia
sebagai isteri? Waima dia sendiri terasa gentar hendak melangkah ke gerbang
perkahwinan, mengangkat status diri sebagai isteri lelaki itu- seorang lelaki
yang tidak pernah dia kenali. Laluan di depan sana, tiada diketahui bagaimana
coraknya. Penuh ranjau dan duri, barangkali?<o:p></o:p>
“Amiera, pertemuan kita mungkin tak
indah sepertimana orang lain. Kita tak kenal, bercinta apatah lagi. Tapi tak
bermakna kita tak boleh bahagia. Kan?” Cincin belah rotan itu diunjuk kembali
kepada Amiera.<o:p></o:p>
Amiera terkebil-kebil.<o:p></o:p>
“KITA belajar
untuk saling memahami, menerima pasangan masing-masing dengan hati yang
terbuka. Perkahwinan kita bukan untuk sehari dua, bukan sebulan... setahun...
tapi untuk selamanya. Insya Allah...” Pengakhiran bicara Adlan asyik
berkumandang dalam kepala.<o:p></o:p>
Amiera melangut atas lantai. Tubuh
menyandar di birai katil dengan tangan menggolek-golek cincin emas belah rotan
yang telah dikembalikan padanya.<o:p></o:p>
“Untuk selamanya. Se... la... ma...
nya...” Ulas bibir bergerak-gerak. Roman wajahnya tampak kosong. Mata itu
dilaras tegak merenung dinding. Dinding serba putih itu kian menjelmakan paras
seseorang.<o:p></o:p>
Adlan.<o:p></o:p>
Terpeta jelas di penglihatan.<o:p></o:p>
Dia bangun. Berdiri tegak sambil
membuat sedikit senaman ringan. Sejurus itu, dia terjun atas katil dalam
keadaan tubuhnya masih menyarungi persalinan telekung. Bersama cincin belah
rotan dalam genggaman, dia rebah- terbaring mengiring.<o:p></o:p>
Mata layunya merenungi cincin itu
lama-lama. Sekali lagi, paras Adlan memayungi pandangan.<o:p></o:p>
‘Apa niat kau sebenarnya, Adlan?
Mudah benar kau tunduk atas permintaan ayah.’ Bisik kata hati membutirkan
wasangka.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. have a nice day :)
notahujungkaki: Letihnya tampal entri yang dah diolah balik. Tidur lagi!
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-63215746321545317852015-01-18T12:28:00.000+08:002015-01-18T12:28:33.811+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab 22.Assalamualaikum.
"Whoever believes in Allah and the last day should not hurt or insult his neighbor..."
Bab 22<o:p></o:p>
JARI-JARI memicit
pelipis dahi. Denyut itu semakin menyengat. Teringat ulah Latif, dia jadi
runsing. Mengapa begitu sukar abangnya melafaz kata persetujuan, mewalikan
satu-satunya anak yang dia ada?<o:p></o:p>
“Abang Latif, budak perempuan tu
anak abang. Apa abang tak nak jumpa dia, tengok keadaan dia?” Bersungguh dia
memujuk setelah permintaan beberapa minggu lepas ditolak mentah-mentah oleh
lelaki itu.<o:p></o:p>
“Saya merayu dekat abang,
tolonglah... fikir masa depan anak abang tu.” Rayuan semakin perlahan. Kecewa
sebenarnya.<o:p></o:p>
“Aku tak mahu mewalikan dia.” Latif
menyahut tegas.<o:p></o:p>
“Tapi kenapa? Dia anak abang. Anak
yang abang tak pernah jumpa, tak pernah kenal. Apa perasaan dia bila tahu ayah
kandung dia tak nak jadi wali dia?” Membuak perasaan tidak puas hati. Dia
kancing gigi.<o:p></o:p>
“Kau ada.” Pendek Latif melontar
kata.<o:p></o:p>
Kepala digeleng. Kesal. Semudah itu?
Nafas dihela panjang. “Saya ni berstatus bapa saudara. Abang Latif tu ayah
kandung dia, lelaki yang berhak menjadi wali budak tu.”<o:p></o:p>
Sepi di hujung talian. Hanya
kedengaran desah nafas yang kian menderu lembut.<o:p></o:p>
“Jangan takut nak berdepan anak
sendiri. Walau dulu abang pernah tinggalkan mereka, Amiera tetap anak abang.”<o:p></o:p>
“Aku bukan takut!” Latif menderam
marah.<o:p></o:p>
“Habis tu, kenapa susah sangat abang
nak penuhi permintaan keluarga Shahreza?” Dia semakin berani menuntas.<o:p></o:p>
“Aku... aku tak boleh.”<o:p></o:p>
Pranggg!!!<o:p></o:p>
Serta-merta, lamunan Hazman ghaib.
Dia terpinga-pinga. Terus berkejar ke dapur. Keriuhan isterinya memarahi salah
seorang anak mereka menghambat pendengaran.<o:p></o:p>
“Apa riuh-riuh ni, Ana?” Hazman
memandang Suzana. Ditangan isterinya ada sebatang penyapu.<o:p></o:p>
“Anak-anak abang ni lah. Kucing
kurap tu dibawa main. Bila nak dihalau, boleh pula masing-masing halang. Tu,
tengok tu... habis berterabur pucuk ubi atas lantai.” Suzana membebel geram.
Mencerlung matanya merenungi Luqman dan Idham. <o:p></o:p>
“Idham, pergi bawa Bella keluar.
Luqman tolong ayah bersihkan lantai ni.” Idham segera memecut keluar bersama
kucing jalanan yang diberi nama Bella oleh mereka adik-beradik. Luqman pula
patuh arahan ayahnya. Terbongkok-bongkok mengutip pucuk ubi menghijau, lalu
dimasukkan semula ke dalam periuk.<o:p></o:p>
“Maafkan Abang Chik dengan Adik. Tak
sengaja, terlepas Bella tu masuk dalam rumah.” Luqman berbicara perlahan.<o:p></o:p>
Marah Suzana sebentar tadi menurun
secara drastik. Sejuk hati melihat Luqman begitu. Leret mata Suzana menyoroti
langkah Luqman. Berlari-lari anak menghampiri Idham yang ralit bermain dengan
kucing tadi.<o:p></o:p>
“Bukan main glamour nama kucing budak-budak tu, bang,” ujar Suzana seraya
menguntum senyum kecil.<o:p></o:p>
“Abang yang beri nama tu,” sahut
Hazman penuh bersahaja.<o:p></o:p>
Suzana membuntangkan mata. “Abang?
Emm... padanlah tu. Anak-beranak hantu kucing,” gumamnya. Periuk tadi dibawa ke
singki. Pucuk ubi itu dibasuh bersih sebelum direbus untuk melembutkan dan
membuang getah.<o:p></o:p>
“Bang, macam mana dengan Abang Latif
tu, abang dah cakap dengan dia balik?” Suzana menoleh sekilas.<o:p></o:p>
Hazman menarik kerusi lantas
punggung dilabuh malas.<o:p></o:p>
“Dia suruh abang aje gantikan dia.”
Hazman memberitahu.<o:p></o:p>
“Eh, boleh pula macam tu.”<o:p></o:p>
“Ikut hukum, abang memang layak.”<o:p></o:p>
Ligat tangan Suzana mencapai cawan,
bekas gula, dan balang kopi. “Itu Ana tahu lah bang. Maksud Ana... dia tu, tak
nak ke jumpa anak dia. Dari kecil sampai besar panjang, nak kahwin dah pun...
anak dengan bapa tak pernah saling kenal. Sedang kita ni, Ana sendiri naik
teruja nak jumpa budak Amiera tu.”<o:p></o:p>
“Entahlah, Ana. Abang tak tahu apa
yang dia fikir sampai tergamak tolak permintaan keluarga Encik Reza, terutama
Amiera,” keluh Hazman.<o:p></o:p>
“Kalau macam tu, buat apa tunggu
lagi? Dah sah-sah Abang Latif tak sudi jadi wali Amiera tu.” Cangkir kopi panas
diunjuk kepada suaminya.<o:p></o:p>
“Kita kena pujuk Abang Latif juga,”
tutur Hazman.<o:p></o:p>
“Sampai bila bang? Dua kali abang
pujuk, merayu... sama juga jawapannya. Dia memang tak naklah tu. Nanti makin
lama, bertangguh pula majlis Amiera tu. Tak salah Ana, hari tu Encik Reza ada
beritahu, majlis pernikahan tu ada lebih kurang dua tiga minggu lagi, kan?”<o:p></o:p>
Hazman tidak membalas. Mulut dikunci
rapat.<o:p></o:p>
Status bapa kandung memberi
keistimewaan kepada Latif untuk mewalikan Amiera, namun lelaki itu memilih
untuk terus menyepikan diri dan menolaknya.<o:p></o:p>
Tetapi, kenapa?<o:p></o:p>
Hazman kerut muka.<o:p></o:p>
WALI- termasuk
dalam rukun nikah yang mesti ada, termasuklah perkataan ijab dan kabul, bakal
suami, bakal isteri dan dua saksi. Jika tidak ada, maka tidak boleh dilakukan
akad nikah dan andai dilakukan juga, nikah tersebut tidak sah.<o:p></o:p>
Orang yang paling utama menjadi wali
ialah bapa perempuan dan jika tiada, maka pengganti wali yang terdiri daripada
ahli keluarga yang layak menjadi wali dan wali pula boleh mewalikannya kepada
kadi atau naib kadi atau juru nikah.<o:p></o:p>
Susunan tertib orang yang boleh
menjadi wali ialah:<o:p></o:p>
lelaki dari pihak bapa perempuan;<o:p></o:p>
beradik lelaki seibu sebapa;<o:p></o:p>
beradik lelaki sebapa;<o:p></o:p>
saudara lelaki dari adik beradik seibu sebapa sehingga juraian ke bawah;<o:p></o:p>
saudara lelaki dari adik beradik sebapa sehingga juraian ke bawah;<o:p></o:p>
saudara seibu sebapa sehingga juraian ke atas;<o:p></o:p>
saudara sebapa;<o:p></o:p>
lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) sehingga juraian ke bawah;<o:p></o:p>
lelaki dari bapa saudara sebelah bapa (sepupu);<o:p></o:p>
(pemerintah) atau orang yang diberi kuasa oleh pemerintah.<o:p></o:p>
BUKU ilmiah itu
ditutup, selajur diletak kembali di atas rak yang bersusun pelbagai jenis genre bahan bacaan. Setelah itu, dia
merebah batang tubuhnya di atas kerusi rotan beralas bantal kecil di punggung.<o:p></o:p>
Sambil ulas bibir mengalun zikir,
membasahkan lidah memuji, dan membesarkan Ilahi, fikiran terbawa-bawa
mengingati kata-kata Hazman. Sudah dilahirkan pernolakan itu, namun Hazman
tetap mendesak. Tindakan itu bukan disengajakan. Bahkan dia terlalu ingin
menebus kekhilafan masa lalu, menzahirkan kata maaf, dan kekesalan itu, tetapi
seluruh jiwa raga belum mampu menghadapinya.<o:p></o:p>
Selain dia, ada orang lain yang
boleh menggantikan dirinya di majlis itu nanti- Hazman.<o:p></o:p>
TASNEEM mengelus
dada sendiri pada ketika bicara suaminya menerobos jendela telinga dengan
begitu deras sekali.<o:p></o:p>
“Lagi sekali?” Dia seakan tidak
percaya.<o:p></o:p>
Shahreza mengeluh hampa.<o:p></o:p>
“Hazman telefon saya, beritahu yang
Latif tetap tak nak mewalikan Amiera.”<o:p></o:p>
“Latif tu kenapa? Susah sangat ke
nak datang sini.” Tasneem mulai membentak.<o:p></o:p>
“Dahlah bang. Kalau dia tak sudi
jadi wali anak kita tu, biarkan! Ada orang lain lagi yang layak.”<o:p></o:p>
“Kita kena usaha lagi. Itu hak
Latif.”<o:p></o:p>
Terbeliak mata Tasneem. <o:p></o:p>
“Lagi?” Tasneem kelihatan tidak puas
hati.<o:p></o:p>
“Hazman pun cakap benda yang sama.
Peluang tu masih ada.” Tekan Shahreza.<o:p></o:p>
“Lepas penat merayu, pujuk... Latif
tak nak juga macam mana?”<o:p></o:p>
“Usaha dulu.”<o:p></o:p>
“Abang dengan Hazman tu bukan tak
usaha, tapi tuan badan sana tu tak sudi. Buat apa terhegeh-hegeh lagi?”
Terherot-herot bibir Tasneem. Marah sungguh dia.<o:p></o:p>
“Entah-entah, dia memang dah tak
anggap Amiera tu anak dia. Tu yang dia sanggup buat macam tu.”<o:p></o:p>
“Husnuzon, Tasneem. Kita tak tahu
apa yang menyebabkan dia tolak permintaan kita. Jangan bersangka buruk pada
orang lain,” nasihat Shahreza.<o:p></o:p>
“Mana tahu, berkat doa kita, hati
Latif tu berubah.” Bicara dilanjutkan.<o:p></o:p>
Lama Tasneem merenungi roman tenang
suaminya sebelum dia turut mengangguk. <o:p></o:p>
Shahreza beransur ke bilik peraduan.
Tuala dicapai dan segera menghilang ke dalam bilik air. Manakala Tasneem pula kembali mendapatkan
Amiera yang duduk melangut di anjung rumah.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Tidur.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-79855921536155160752015-01-18T12:27:00.001+08:002015-01-18T12:27:48.642+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab21.Assalamualaikum.
"...Building boys like today is better than repairing broken men tomorrow..." - Nouman Ali Khan
Bab 21<o:p></o:p>
“APA yang dia
fikirkan sebenarnya? Amiera tu anak dia tau!”<o:p></o:p>
“Entahlah. Saya pun tak tahu nak
cakap apa.”<o:p></o:p>
“Ke dia malu?” Tasneem menjongket
kening pandang suaminya yang asyik mengurut pelipis dahi.<o:p></o:p>
Shahreza tidak membalas. Perkhabaran
yang diterima daripada Hazman sebentar tadi benar-benar mengecewakan.<o:p></o:p>
“Kita mesti cuba lagi. Walau macam
mana sekalipun, dia mesti ada di majlis tu nanti.”<o:p></o:p>
“Kalau dia tak mahu hadir juga?”
soal Tasneem.<o:p></o:p>
“Kita cuba dulu. Kalau betul dia tak
mahu hadir sebagai orang paling penting di majlis tu nanti, kita ikhtiarkan
yang lain,” kata Shahreza.<o:p></o:p>
“Hazman kan ada.”<o:p></o:p>
“Penting untuk kita dahulukan ayah
kandung Amiera. Dia masih hidup.”<o:p></o:p>
EKMAL memasang
telinga seluasnya. Perbualan antara ayah dan ibunya diamati satu per satu. Nama
Amiera disebut-sebut dan tatkala soal pernikahan gadis itu menjengah gegendang
pendengaran, hati bagai dilapah dan dicincang halus.<o:p></o:p>
“Susah betul kalau ada manusia macam
tu!” gumam Tasneem sambil melangkah ke arah Ekmal yang memerhatikan dia.
Punggung dihenyak ke kerusi.<o:p></o:p>
“Kenapa ni, bu?” Ekmal memberanikan
diri bertanya.<o:p></o:p>
Selajur Tasneem menghela nafas
perlahan. Roman wajah anak terunanya ditatap lama.<o:p></o:p>
“Ayah Amiera...” <o:p></o:p>
Jeda.
<o:p></o:p>
“Pak
cik Latif?” Ekmal membuahkan sebaris nama tertulis sebaris nama Amiera.<o:p></o:p>
“Kenapa
dengan Pak cik Latif?” Kerut muka Tasneem membiakkan rasa ingin tahu.
Omong-omong di dapur tadi tidak dapat dihimpunkan seluruhnya. Ada yang
tercicir.<o:p></o:p>
“Ayah
Amiera tu tak mahu hadir mewalikan Amiera nanti.” Lambat-lambat Tasneem
memberitahu.<o:p></o:p>
“Tapi
kenapa?”<o:p></o:p>
Tasneem
tiada jawapan itu. Malah suaminya juga sama. Mereka dibelenggu kemusykilan atas
tindakan Latif.<o:p></o:p>
“Amiera
tahu yang ayah dah jumpa Pak cik Latif?” <o:p></o:p>
Kali
ini, Tasneem menggeleng. Tubuh yang tegak tadi bersandar longlai. “Sepanjang
ibu dan ayah jaga Amiera, hanya sekali dia bertanya tentang Latif. Sekali aje
dan sampai sekarang, Amiera tak pernah buka mulut lagi.”<o:p></o:p>
Ekmal
merenungi roman ibunya yang sedikit berkocak. Kecewa barangkali. Dia sendiri
tidak pernah kenal siapa ayah kandung Amiera. Nama lelaki itu sahaja yang
melekat dalam kepala. Itu pun kerana nama itu ditulis sebaris nama gadis itu.<o:p></o:p>
“KAMU ni suka
datang mengejut. Tak pernahnya telefon beritahu nak datang,” bebel Tok Usu Mah
sambil menghidang minuman kepada Amiera. Bukan main terkejut dia apabila
ternampak batang tubuh Amiera tercegat di beranda rumah. Dia yang baru pulang
dari kebun langsung terkocoh-kocoh mendapatkan cucu saudaranya.<o:p></o:p>
“Saja nak buat kejutan!” Amiera
tersengih lebar.<o:p></o:p>
Tok Usu Mah menjegilkan mata. Tangan
tuanya mencubit lengan Amiera. Tidak sempat mengelak, Amiera terpaksa menelan
peritnya cubitan itu. <o:p></o:p>
“Sakitlah tok,” rungutnya. Bibir
muncung sedepa.<o:p></o:p>
“Itu kejutan untuk Rin,” balas Tok
Usu Mah.<o:p></o:p>
Amiera ketawa gelihati. “Tok nak
balas dendam eh?” usiknya.<o:p></o:p>
Tok Usu Mah tayang muka ketat.
Kononnya marah walhal dia cukup gembira menerima kedatangan cucu arwah
abangnya.<o:p></o:p>
Gelas berisi air sirap diteguk
tertib. <o:p></o:p>
“Cubalah telefon dulu ke sebelum
datang. Dibuatnya tok tak ada dekat rumah, macam mana? Tercongoklah kamu dekat
situ sampai ke malam.” Tok Usu Mah melanjutkan bebelannya lagi. <o:p></o:p>
“Alah, orang tak kisah pun kalau
terpaksa tunggu tok sampai ke malam. Kan beranda rumah tok ni luas. Orang boleh
berkhemah dekat situ.” Amiera menyahut seraya tersenyum lebar. Suka benar dia
mengusik Tok Usu Mah. Wanita tua itu menggeleng kepala. Bebelan panjangnya
kerap kali dibalas berjela oleh Amiera. <o:p></o:p>
Sepinggan
pisang goreng diletak atas meja. Amiera lekas mengambil seketul pisang goreng
itu lalu dikunyah penuh nikmat.<o:p></o:p>
“Sedapnya!”
Amiera menyumbat penuh mulutnya. “Pisang dekat kebun tu dah masak ke tok?”<o:p></o:p>
“Dah.
Pagi tadi tok upah Udin angkat tandan pisang bawa pergi kedai Pang Cheong. Jual
dekat sana,” cerita Tok Usu Mah.<o:p></o:p>
Terangguk-angguk
Amiera mendengar. <o:p></o:p>
“Alang-alang
kamu balik sini, malam nanti bolehlah ikut tok pergi kenduri arwah dekat rumah
Bujang.”<o:p></o:p>
Berkerut
dahi Amiera. “Siapa yang meninggal tok?” soalnya.<o:p></o:p>
“Mak
Bujang tu dah meninggal.”<o:p></o:p>
‘Innalillah.’
Amiera memandang paras Tok Usu Mah.<o:p></o:p>
“Sakit
apa? Bila meninggalnya?”<o:p></o:p>
Tok
Usu Mah menyusun gelas-gelas di atas rak besi bersebelahan singki. Dia berkata,
“Arwah kena serangan strok. Meninggal
mengejut.”<o:p></o:p>
Serta-merta
ingatan Amiera mengimbau keuzuran Tasneem sebulan yang lalu. Wanita itu hampir
diserang strok namun dengan izin Allah, kesihatan Tasneem semakin pulih.<o:p></o:p>
“Orang tak lama dekat sini tok.
Petang ni balik sana,” beritahu Amiera.<o:p></o:p>
Tok Usu Mah berkalih ke belakang.
“Lah, kenapa cepat sangat? Kan buat penat aje. Tak sempat apa-apa, dah nak
balik.” <o:p></o:p>
Amiera mengukir senyum halus. Jari
telunjuk bermain di sekitar bibir gelas.<o:p></o:p>
“Ikut hati, orang nak bermalam dekat
sini tapi... esok orang ada hal. Tu yang datang singgah balik hari. Nak ziarah
kubur ibu,” jelas Amiera.<o:p></o:p>
“Hal apalah yang disibukkan sangat
tu. Ada orang nak datang meminang ke?” seloroh Tok Usu Mah. Tersungging senyum
panjang di pinggir bibir tuanya.<o:p></o:p>
Amiera senyum lagi. Hambar.<o:p></o:p>
ULAS bibirnya
terkumat-kamit melontar ayat-ayat suci Al-Quran. Mengalun surah Yaasin dengan
penuh khusyuk. Kadang ketika, bacaannya terhenti. Nafas ditarik dalam-dalam dan
perasaan hiba segera diusir dari menyelinap ke dasar hati. Dia enggan menangis
di depan kubur ibunya. Apabila terasa diri kembali tenang, bacaan ayat suci
dilanjutkan semula. Lebih lancar dan penuh tumpuan.<o:p></o:p>
‘Ya Allah Ya Tuhanku... Tuhan yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tempatkanlah ibuku dalam kalangan
hamba-hamba yang Engkau kasihi. Cucuri rahmat-Mu ke atas roh ibuku yang telah
kembali menghadap-Mu.’ Hati kecil memanjat doa- mendayu-dayu. Kedua telapak
tangan dibawa meraupi wajah. Lama.<o:p></o:p>
“Aminnn...” Suaranya kedengaran
halus. Terbang dibawa angin yang berpuput lembut.<o:p></o:p>
Tenang perasaannya tadi kembali
bergelora saat lirik mata merunduk ke arah plat besi tertera nama penuh ibunya,
ditulis dalam jawi dan rumi. Tubir mata kian hangat. Benteng itu tidak kuat
untuk menampung kesedihan hati. Airmatanya tumpah jua. <o:p></o:p>
Dia berteleku di situ. Meluah
gumpalan perasaan yang menghambat jiwa. Busur itu tepat membidik jantung.
Meninggalkan kesan yang sangat dalam.<o:p></o:p>
“MIRA dekat
kampung tok ni,” beritahu Amiera. Langkah kaki dihayun perlahan menyusuri jalan
berturap. Sesekali dia berkalih kepala ke belakang. Melihat pusara arwah ibunya
yang semakin menjauh.<o:p></o:p>
“Tok Usu sihat?” Tasneem bertanya di
hujung talian.<o:p></o:p>
“Alhamdulillah... tok sihat aje Mira
tengok.” Amiera menjawab. Renggangan pintu pagar ditolak agar kembali bertaut.
Telah tertera di plat plastik berwarna putih itu, tanda peringatan berbunyi
‘Pastikan pintu pagar sentiasa tertutup’.<o:p></o:p>
“Mira lama ke dekat kampung tu?”<o:p></o:p>
“Taklah. Mira balik hari.”<o:p></o:p>
“Eh, cepatnya. Selalu kan duduk
kampung sampai dua hari.”<o:p></o:p>
“Mira ada hal sikit esok.” <o:p></o:p>
“Nanti Mira datang rumah, ya. Ayah
ada sesuatu nak cakap dekat Mira.”<o:p></o:p>
Senyap.<o:p></o:p>
Jauh dalam diri Amiera, dia sudah
dapat menebak ‘sesuatu’ itu.<o:p></o:p>
“Mira?” Tasneem menyeru lembut.<o:p></o:p>
Amiera tersedar dari lamunan pendek.
“Ya ibu. Insya Allah... nanti Mira datang rumah,” ujar Amiera.<o:p></o:p>
Ketika itu, sebuah kereta berwarna
hitam berkilat berkelajuan sederhana melintas hampir dengannya. Terpisah
beberapa inci sahaja.<o:p></o:p>
Lirik mata menyoroti kereta
berkenaan. Kenderaan hitam itu berhenti di bawah sebatang pohon sebesar dua
pemeluk manusia yang tumbuh berdekatan kawasan tanah perkuburan Islam tersebut.<o:p></o:p>
Berakhir dengan ucapan salam,
panggilan tadi diputuskan. Beban di kepala tidak pernah mahu meringan. Hidupnya
terasa berpusing 360 darjah. Biar dia cuba untuk bersikap tenang, tidak ambil
endah persekitaran namun jauh di sudut hati, dia benar-benar tertekan. <o:p></o:p>
HEROT bibir Adlan
tidak menzahirkan rencana dalam hati. Dia terus melempar pandangan ke arah Ku
Embok yang beriak serius.<o:p></o:p>
“Dia tak akan percaya.” Adlan
berkata.<o:p></o:p>
“Sebab Edi tak ceritakan perkara
sebenar. Sepatutnya, apa yang Edi cakap pada nenek, Edi kena cakap juga pada
mummy. Edi tak kasihankan mummy ke? Nenek tahu, mummy kamu tu memendam perasaan
kecewa terhadap kamu, Edi. Sampai bila Edi nak buat mummy macam ni?” Ku Embok
menggeleng kepala tanda kecewa. Ketenangan roman Adlan menambah rasa pilu.
Adlan tidak pernah ambil peduli hati Rozita yang sering disakiti dan kini makin
menjadi-jadi.<o:p></o:p>
Adlan mencicip kopi berbau harum
halia dengan penuh berhati-hati. Panas. <o:p></o:p>
Ku Embok mengelus nafas berat. Ulah
Adlan tidak difahami. Setiap perkara yang berlaku seolah enteng di mata lelaki
berstatus duda itu.<o:p></o:p>
“Edi nampak macam...” Ku Embok
mematikan bicara. Mata hitamnya bergerak-gerak memerhati setiap inci wajah
berkerut Adlan ketika itu.<o:p></o:p>
“Nenek nampak apa?” soal Adlan.<o:p></o:p>
“Apa niat Edi menikahi perempuan
tu?” Mengecil mata Ku Embok. Penuh wasangka.<o:p></o:p>
Adlan tersenyum. “Saya kena
bertanggungjawab, nek. Benda dah jadi. Lagipun, saya tak nak Amiera dipandang
serong oleh keluarga sendiri.”<o:p></o:p>
“Lain?” Ku Embok masih curiga.<o:p></o:p>
Naik tinggi kening Adlan. Tiada
kata-kata bidasan meluncur dari mulutnya.<o:p></o:p>
“Kamu menikahi perempuan tu bukan
kerana hendak menyakiti hati mummy kamu, kan?” Tumpuannya penuh menatap anak tiri
arwah Ahmad Saufi.<o:p></o:p>
Adlan memilih untuk mendiamkan diri.
Untuk kedua kalinya.<o:p></o:p>
“Perkahwinan bukan satu perjudian,
Adlan. Judi itu sendiri hukumnya haram. Ia satu tanggungjawab meski permulaan
hubungan itu tanpa sekelumit perasaan pun. Kamu dan dia, masing-masing
terperangkap dalam satu salah faham. Mungkin nenek tak dapat baca ketelusan isi
hati kamu, niat sebenar kamu pun nenek tak mampu nak duga, tapi nenek mohon,
jangan zalimi perempuan itu semata-mata hendak melihat orang lain merasa sakit
hati. Dia bakal isteri kamu. Isteri yang wajib kamu lindungi dan penuhi
haknya.” <o:p></o:p>
“Sebuah pernikahan itu satu ibadah.
Jangan pula niat hati kamu mencemarkan sucinya ibadah tu sendiri.” Titipan
pesanan terakhir itu membawa jiwa Adlan ke mukim serba sunyi.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Tidur.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-54615697040703055362015-01-18T12:27:00.000+08:002015-01-18T12:27:04.328+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab20.Assalamualaikum.
"...A good deed brings light to the heart..."
Bab 20<o:p></o:p>
“SU, baliklah...”
Karsan tetap memujuk. Dada dielus perlahan. Hambatan degup jantung kian
menyakiti diri.<o:p></o:p>
“Su tak nak balik! Kalau Su balik,
abah paksa Su kahwin dengan Shuib. Su tak nak kahwin dengan dia, Su cintakan
orang lain.” Suria membentak di hujung talian. Esak tangis turut mengiringi.<o:p></o:p>
Karsan memejam mata seketika.
Mencari sedikit ketenangan dan menggagahi diri dengan kesabaran. <o:p></o:p>
“Su... Su tak sayang abah ke? Tak
sayang emak?” Lirih Karsan bersuara.<o:p></o:p>
Suria hambur tangis lagi. “Su sayang
emak. Su sayang abah...”<o:p></o:p>
“Kalau macam tu, baliklah. Kita
bincang.”<o:p></o:p>
“Su nak kahwin dengan Abang Latif.
Abang Latif dah janji dengan Su, dia akan jaga Su. Dia cintakan Su.” <o:p></o:p>
“Su...” Karsan tidak berdaya hendak
meneruskan bicara. Hatinya pedih. Bayangan wajah polos Suria menampar ingatan.<o:p></o:p>
“Su minta satu aje dari abah dan
emak. Tolong restui pernikahan kami. Tolong... Su nak hidup bahagia dengan
Abang Latif.” Suria berkata.<o:p></o:p>
Shahreza yang menjadi pendengar
sejak tadi lekas berdiri. Ganggang telefon dirampas dari tangan Karsan. <o:p></o:p>
“Kenapa kau degil sangat, Su?!”
Melengking tinggi suara Shahreza. <o:p></o:p>
“Kalau kau degil juga, kahwin dengan
lelaki tu... kau tak akan bahagia Su. Tak akan bahagia! Kau membelakangi
keluarga sendiri,” lanjut Shahreza dengan begitu tegas sekali.<o:p></o:p>
“Abang Reza... maafkan Su.”<o:p></o:p>
Shahreza hela nafas berat. Lirik
mata menerkam roman wajah Karsan dan Hamidah. Kalau dia merasai kekecewaan itu,
apatah lagi orang tua mereka. Suria sudah gila!<o:p></o:p>
“Tolong restui perkahwinan kami.
Tolong...” rayu Suria sebelum panggilan itu diputuskan.<o:p></o:p>
Shahreza terkedu.<o:p></o:p>
Ternyata, Suria sudah membulatkan
hati sendiri.<o:p></o:p>
CINTA itu buta. <o:p></o:p>
Benarkah begitu? Atau hakikat
manusia membutakan mata hati demi sebuah cinta?<o:p></o:p>
Kerana cinta, Suria membelakangi
keluarga sekaligus menafikan hak Karsan sebagai seorang ayah yang akan
mewalikan dia bila dia bernikah kelak. Mereka lari ke sempadan, menikah di situ
hanya kerana enggan menerima tentangan yang datang daripada keluarga. Hatinya
sudah buta. Cinta adalah segala-galanya bagi dia.<o:p></o:p>
Dalam keadaan sarat mengandung anak
pertama, Suria kembali menjejak kaki di rumah keluarga Karsan. Berseorangan.
Anak bongsu keluarga kecil itu disambut dengan linangan airmata walau hati
masing-masing pernah remuk rendam, dihiris-hiris hingga hancur lumat.<o:p></o:p>
Suria ditinggalkan tanpa pamit.
Lelaki yang disangka bakal melindungi telah menghilangkan diri.<o:p></o:p>
Namun cinta itu kekal dalam hatinya.
Sehingga ke hembusan nafas terakhir, wanita itu setia kepada seorang lelaki
bergelar suami- Latif.<o:p></o:p>
“SILA minum Encik
Reza,” pelawa Suzana. Secangkir teh panas ditolak ke hujung meja, hampir kepada
Shahreza.<o:p></o:p>
“Bang... air.” Suzana mengunjuk
cawan beralas pinggan kecil kepada suaminya.<o:p></o:p>
Hazman mengangguk. Cawan itu
diambil, kemudian dia berkata, “Silakan minum...”<o:p></o:p>
Cangkir teh panas itu dicicip
sedikit. <o:p></o:p>
“Abang Latif tak pernah balik ke
sini.” Lambat-lambat Hazman memberitahu.<o:p></o:p>
Shahreza merenungi paras Hazman.
Cawan tadi diletak kembali atas meja.<o:p></o:p>
“Dah berbelas-belas tahun kami tak
berjumpa,” lanjut Hazman.<o:p></o:p>
“Latif masih hidup?” Shahreza lekas
memotong.<o:p></o:p>
Hazman terdiam sejenak. Empat pasang
mata itu saling berbalas renungan sebelum ulas bibir Hazman bergerak-gerak
namun tiada suara yang kedengaran keluar.<o:p></o:p>
“Anak perempuan dia bakal berkahwin
tak lama lagi.”<o:p></o:p>
Serta-merta, bola mata Hazman
membulat. “Anak?”<o:p></o:p>
Shahreza pamer angguk.<o:p></o:p>
“Amiera Syazreen binti Latif.” Nama
Amiera disebut Shahreza. Penuh.<o:p></o:p>
Hazman terkebil-kebil. <o:p></o:p>
“Dia tak pernah cerita?” duga
Shahreza melihatkan reaksi Hazman seakan termangu-mangu.<o:p></o:p>
“Hasil perkahwinan Suria dan Latif,
mereka dianugerahi seorang anak perempuan. Setelah kematian Suria dan abah,
saya yang jaga budak tu.” Shahreza melanjut bicara dengan mata membelah
renungan yang terarah padanya. Ternyata Hazman terperanjat besar.<o:p></o:p>
Hazman tersandar. Dia mengelus nafas
perlahan. “Dia... pernah berkahwin?”<o:p></o:p>
Shahrera angguk kepala.<o:p></o:p>
“Jujurnya, kami tak pernah kenal
siapa Latif.” Shahreza mengeluh kecewa.<o:p></o:p>
“Tujuh lapan bulan selepas
mengahwini Latif, adik saya kembali ke pangkuan keluarga, bersendirian. Kami
tahu, dia ditinggalkan lelaki tu tapi Suria tetap percaya suatu hari nanti
Latif akan kembali.” Dan pada saat itu, Hazman menyedari bunga-bunga amarah
muncul di sebalik belahan renungan Shahreza. <o:p></o:p>
“Saya tak pernah tahu.”<o:p></o:p>
“Arwah ayah kamu tahu.”<o:p></o:p>
Hazman cuba mengawal emosi sendiri.
Sedang fikiran mulai menelusuri tahun-tahun kebelakang, saat arwah ayahnya
masih hidup. <o:p></o:p>
Suasana bertukar dingin seketika.
Masing-masing menggumpal bicara dalam kepala sendiri. <o:p></o:p>
“Saya kesal... Suria memilih Latif.
Sudahnya, lelaki tu tak pernah muncul untuk bersama dengan dia membesarkan
Amiera.” Keluhan itu kedengaran tegas.<o:p></o:p>
Sorot mata Shahreza meleret ke arah
Hazman.<o:p></o:p>
“Abang Latif masih hidup,” beritahu
Hazman.<o:p></o:p>
‘Alhamdulillah...’ Suara hati
Shahreza mengalun syukur dengan begitu lantang. Namun riak itu tidak terpamer
di raut wajahnya. Dia kekal seperti tadi- serius.<o:p></o:p>
“Tapi saya tak tahu di mana Abang
Latif sekarang. Macam yang saya cakap tadi, kami dah lama tak berjumpa malah
dah terlalu lama dia tak jejak kaki ke rumah ni. Kami berhubung melalui telefon
semata. Itu pun dia yang telefon rumah ni.” Panjang lebar Hazman menerangkan.<o:p></o:p>
Rangkuman rasa syukur sebentar tadi
beransur lemah. Terasa jalan yang terbentang depan mata masih kekal berkabus
putih. Tebal. ‘Ya Allah... permudahkan segala urusanku.’ Dia memohon.<o:p></o:p>
AMIERA mengintai
Tasneem di sebalik dinding pemisah antara ruang memasak dan ruang makan. Wanita
itu ligat mencapai jug jernih, diisi dengan air kosong dan menunang sedikit
cecair likat berwarna merah serta lima sudu gula. Perahan limau sambal turut
dicampur bersama. <o:p></o:p>
“Kak!” Sarah menyergah. <o:p></o:p>
Amiera urut dada. Terkejut. Mujur
tidak bergolek keluar jantung dari dalam tubuhnya.<o:p></o:p>
Sarah tersengih lebar apabila Amiera
menunjuk muka garang. Dia ketawa terkekeh-kekeh kemudiannya.<o:p></o:p>
“Kak Mira tengok apa?” Sarah turut
meninjau ke dalam perut dapur.<o:p></o:p>
“Mengintai ibu?” soalnya.<o:p></o:p>
Amiera sekadar mengoles senyum
hambar.<o:p></o:p>
“Ibu tu tak boleh duduk diam. Sarah
ni naik risau. Dia bukan sihat sepenuhnya lagi tu tapi gaya... macam orang
muda. Nasib ibu tak berdegil nak pergi butik juga. Ayah dah warning awal-awal dah. Kata ayah, kalau
ibu degil juga, ayah nak ikat ibu dekat kerusi. Biar tak bergerak langsung.”
Sarah mengomel dengan renungan kekal membidik ke arah ibunya.<o:p></o:p>
Terhambur tawa Amiera mendengar
untaian ayat terakhir yang terpacul keluar dari mulut Sarah.<o:p></o:p>
“Eh, betul kak. Ayah tu kalau cakap
bukan main-main.” Sarah berkata lagi.<o:p></o:p>
Amiera menggeleng kepala. Gelihati.<o:p></o:p>
“Apa anak-anak ibu buat dekat sini?”
Tasneem melenggang menghampiri mereka. Amiera lekas menyambar dulang dari
tangan ibunya.<o:p></o:p>
“Biar Mira bawa,” tawar dia.<o:p></o:p>
Tasneem tersenyum kecil. Selajur,
mereka beriringan ke ruang tamu.<o:p></o:p>
“Ayah mana, bu?” Amiera menyoal.
Gelas panjang berwarna kuning rona hijau itu diisi dengan air sirap limau ais.<o:p></o:p>
“Ayah jumpa kawan dia. Ada hal.”
Serba ringkas Tasneem memberitahu. Roman wajah Amiera direnungi. Hati bagai
dicubit-cubit. Serta-merta, dia kalih muka tatkala kesakitan itu makin ketara.<o:p></o:p>
“Entah-entah ayah dating.” Sarah sengaja memprovokasi
ibunya. Lantas dia tersengih lebar sampai ke telinga, mempamer barisan giginya
yang cantik apabila Tasneem menjegilkan mata. <o:p></o:p>
“Kalau ayah pergi dating, siaplah dia. Ibu dah sihat ni.
Nak buka bunga-bunga silat, bertinju bagai tu, semua dah boleh.” Tasneem
menjongket kening.<o:p></o:p>
Amiera dan Sarah ketawa
terbahak-bahak.<o:p></o:p>
“Assalamualaikum!” Ekmal terjengul
di muka pintu.<o:p></o:p>
“Abang!” Sarah berteriak kesukaan.
Mencicit lari mendapatkan Ekmal.<o:p></o:p>
“Tak malu betul peluk-peluk abang.”
Ekmal menyindir dengan niat mengusik.<o:p></o:p>
Panjang muncung Sarah. Lengan Ekmal
dipaut pula. Erat.<o:p></o:p>
Ekmal sempat melirik mata ke arah
Amiera. Mereka saling berpandangan untuk seketika sebelum perhatiannya kembali
meratahi wajah ibunya. Tangan wanita itu disalami.<o:p></o:p>
“Ibu sihat?” tanya Ekmal. Duduknya
hampir disebelah Tasneem.<o:p></o:p>
“Alhamdulillah...” Tasneem menjawab
diiringi senyum mesra. “Sarah, tolong ambilkan gelas untuk Abang Amal. Kita
minum sekali.”<o:p></o:p>
Belum sempat Sarah bingkas berdiri,
Amiera terlebih dahulu menawarkan diri. Pantas membawa kaki ke ruang dapur.
Sampai di gerbang dapur, dia membeku. Kepala berkalih ke belakang. Gelak tawa
Tasneem, Ekmal, dan Sarah silih berganti menerobos ke jendela telinga.<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
SUZANA mendekati
suaminya yang banyak bermenung setelah kepulangan tetamu mereka tadi. Paras
suaminya direnungi.<o:p></o:p>
“Bang,” panggilnya.<o:p></o:p>
Senyap.<o:p></o:p>
Hazman ralit melayani pelbagai
perkara yang menerpa ke dalam kotak fikiran sehingga panggilan sang isteri
melayang-layang ditiup angin.<o:p></o:p>
“Abang!” Lontaran suara kali ini
sedkit kuat.<o:p></o:p>
Hazman tersentak. Pecah berderai
lamunannya tadi. Bayang wajah Latif dan Shahreza segera musnah sekelip mata.<o:p></o:p>
“Kenapa Ana?” soalnya.
Terkebil-kebil membalas renungan sang isteri.<o:p></o:p>
“Abang tu... jauh sangat termenung.
Ana panggil pun tak dengar,” protes Suzana.<o:p></o:p>
Ulas bibir Hazman meleret senyum
nipis.<o:p></o:p>
“Kenapa abang tak beritahu Encik
Reza tu perkara sebenar?”<o:p></o:p>
“Perkara sebenar? Maksud Ana...”<o:p></o:p>
Suzana memandang suaminya. “Baru
bulan lepas, Abang Latif ada datang rumah kita. Kenapa abang tak beritahu Encik
Reza tentang perkara tu? Lagipun, abang ada nombor telefon Abang Latif. Kenapa
abang tak beri aje pada dia? Mereka perlukan Abang Latif sekarang ni. Kan?”<o:p></o:p>
Berat dada menghempas keluhan. Dia
mendongak pandang atap.<o:p></o:p>
“Perkara ni rumit, Ana. Abang bukan
sengaja tak mahu cerita hal sebenar dekat Encik Reza tapi abang dah janji pada
Abang Latif.”<o:p></o:p>
Berkerut dahi Suzana mendengarnya. <o:p></o:p>
“Janji apa?” soalnya penuh
kehairanan.<o:p></o:p>
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum
menyambung, “Abang Latif minta abang jangan beritahu sesiapa bagaimana keadaan
dia sekarang. Sebab tu abang terpaksa cakap yang kami dah lama tak jumpa
padahal...”<o:p></o:p>
“Abang Latif tahu tak yang dia ada
anak?” Suzana bertanya penuh minat.<o:p></o:p>
Hazman jongket bahu. “Abang Latif
tak pernah cerita pada abang.”<o:p></o:p>
“Tak sangka rupanya Ana ni ada anak
buah. Ingatkan Abang Latif tu bujang terlajak,” ujar Suzana seraya menguntum
senyum kecil.<o:p></o:p>
Hazman tidak membalas bicara
isterinya. Dia kembali dicengkam bayangan abang kandungnya.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana sudi baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Tidur lagi.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-1821202713816243162015-01-18T12:26:00.000+08:002015-01-18T12:26:26.212+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab19.Assalamualaikum.
"...The purpose of hijab is to divert attention from beauty, not to bring attention to it. So try to avoid excessively decorating it..."
Bab 19<o:p></o:p>
CERUK alam mana
lagi dia harus mencari Latif? Dahulu, dia pernah cuba mengesan di mana lelaki
itu tinggal namun sia-sia. Hanya beroleh maklumat keluarga Latif melalui rakan,
yang kebetulan turut sama mengenali lelaki tersebut.<o:p></o:p>
Pencarian
kali ini didorong desakan daripada situasi yang sedang mereka hadapi. Amiera
akan menikah dan Latif yang akan mewalikan Amiera. Dia yakin, Latif masih
bernafas di bumi Tuhan ini. Tekad hati sudah bulat. Latif akan dicari walau di
mana lelaki itu berada.<o:p></o:p>
Sesekali ekor mata Shahreza melirik
ke arah luar jendela yang terbuka luas. Kelihatan Amiera sedang memimpin
Tasneem manakala Sarah membantu di sebelah kanan. <o:p></o:p>
Kegigihan Amiera menyentuh hati
kecilnya. Tanpa mengira penat lelah seharian bekerja, gadis itu tetap muncul di
pintu rumah mereka dan pulangnya apabila waktu menginjak jam sepuluh malam.
Keadaan itu berterusan sejak minggu lalu. Dan hari ini, Amiera datang lagi.
Menghabiskan masa hujung minggu membantu Tasneem manjalani proses pemulihan.<o:p></o:p>
Bagaimana anak sebaik Amiera
tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu? Dia belum mampu menelan pahitnya
kenyataan tersebut. Atau benar kejadian itu hanya satu salah sangka?<o:p></o:p>
“Assalamualaikum,” ucapnya sebaik
ada suara di hujung talian menyambut panggilannya.<o:p></o:p>
“Waalaikumsalam.” Seorang perempuan
membalas lembut.<o:p></o:p>
“Ini rumah Encik Miskam bin Abdul
Taha?” Dalam ingat-ingat lupa, dia sebut juga nama bekas mertua Suria.<o:p></o:p>
“Ya, ini rumah dia.” <o:p></o:p>
‘Alhamdulillah...’ Shahreza memanjat
kesyukuran. <o:p></o:p>
“Boleh saya bercakap dengan Encik
Miskam?” pintanya.<o:p></o:p>
Perempuan itu seperti serba-salah
hendak memenuhi permintaan Shahreza. Desah nafasnya kedengaran kuat mengetuk
anak telinga.<o:p></o:p>
“Maaf, ayah mentua saya dah
meninggal dunia,” beritahu perempuan itu.<o:p></o:p>
Shahreza mengurut pelipis dahi.
“Innalillah wa innalillahirojiun,” bisiknya.<o:p></o:p>
“Dah lama ke arwah meninggal?”<o:p></o:p>
“Tujuh lapan tahun lepas. Arwah
sakit jantung.”<o:p></o:p>
Shahreza terdiam sejenak. <o:p></o:p>
“Boleh saya tahu di mana saya boleh
cari Latif?”<o:p></o:p>
“Latif?”<o:p></o:p>
“Ya, Latif anak lelaki arwah.”<o:p></o:p>
Talian hujung sana menyepi. Kemudian
terdengar batuk halus melepasi corong telefon.<o:p></o:p>
“Abang Latif?” Teragak-agak
perempuan itu meneka.<o:p></o:p>
“Saya rasa, encik cakaplah dengan
suami saya.” Perempuan itu melanjutkan bicaranya lagi.<o:p></o:p>
Buku nota harian miliknya dicapai,
dan dia menulis sesuatu di ruangan kosong dalam buku tersebut. Digit-digit yang
disebut perempuan itu membentuk nombor telefon yang menjadi kepunyaan Hazman,
anak bongsu Miskam bin Taha. <o:p></o:p>
Setelah panggilan itu ditamatkan,
Shahreza bersandar di kerusi. Nombor-nombor itu direnungi. Semoga Hazman sudi
membantunya.<o:p></o:p>
Shahreza bangkit dari kerusi.
Lambat-lambat dia menghayun kaki masuk ke bilik tidur, terletak kira-kira
sepuluh langkah dari ruang tamu. Sehelai tuala biru dicapai dari sampiran besi.
Kemudian dia menghilang ke dalam bilik air. Membersihkan diri dan mengangkat
air sembahyang sebelum bertolak ke surau.<o:p></o:p>
“ASSALAMUALAIKUM!
Ana! Abang dah balik ni. Tolong bawakan besen ke sini.” Hazman mengangkat jala
dan guni plastik yang diikat di tempat duduk belakang motosikal buruknya.<o:p></o:p>
Terkocoh-kocoh Suzana berlari ke
luar rumah. Sang suami dihampiri. Meriak gembira bila melihat isi dalam guni
plastik berkenaan.<o:p></o:p>
“Banyaknya ikan! Abang pergi menjala
dengan siapa tadi?” Suzana bertanya.<o:p></o:p>
Hazman melabuh duduk atas lantai.
Baju yang berbau hamis dan lembab itu segera ditanggalkan dari tubuh. “Tadi
Jeman ajak abang. Tak sangka boleh tahan juga hasilnya.”<o:p></o:p>
“Ikan putih tu nanti Ana masaklah
lemak cili api,” cadang Hazman. <o:p></o:p>
Suzana menyimpul senyum.<o:p></o:p>
“Ana tahu. Kan kegemaran abang tu.
Kalau abang tak suruh pun Ana masakkan,” balas Suzana.<o:p></o:p>
Lebar senyuman Hazman mendengar
kata-kata isterinya.<o:p></o:p>
“Eh bang, tadi ada orang telefon
tanyakan fasal Abang Latif.”<o:p></o:p>
Berkerut dahi Hazman.<o:p></o:p>
“Tanya fasal Abang Latif?” soalnya
kembali.<o:p></o:p>
Suzana mengangguk.<o:p></o:p>
“Siapa?”<o:p></o:p>
“Ana ada tanya nama dia tadi. Dia
kata nama dia Shahreza.”<o:p></o:p>
Kian dalam kerutan yang terlukis di
wajah Hazman. <o:p></o:p>
“Ana bagi nombor telefon abang dekat
dia. Iyalah, macam penting sangat bunyi suara dia tu nak cari Abang Latif,”
lanjut Suzana lagi.<o:p></o:p>
Hazman terdiam sejenak. <o:p></o:p>
“Abang, dah lama kan Abang Latif tu
tak balik sini.” Suzana mengutip baju suaminya. Sesekali mencuri pandang ke
arah Hazman yang berdiam diri.<o:p></o:p>
“Mana budak-budak ni? Senyap aje.”
Hazman berdiri. Tertoleh-toleh kepalanya mencari bayang angkatan tenteranya
yang bertiga itu- Hafizi, Luqman, dan Idham.<o:p></o:p>
“Biasalah budak-budak tu, bang.
Merayap entah ke mana. Tadi Ana dah pesan suruh balik awal. Kalau tak, siaplah!
Abang pergilah mandi dulu. Ana siapkan minum petang untuk abang,” kata Suzana.
Memacu kaki masuk ke dalam rumah.<o:p></o:p>
Hazman melempar pandang jauh ke
depan. Kala itu, paras Latif memenuhi ruang ingatan.<o:p></o:p>
“SIKIT lagi bu!
Sikit lagi!” Sarah mengawang tangan ke udara. Roman wajahnya meriak ceria
melihat langkah kecil Tasneem tanpa bantuan sesiapa pun. Amiera mengiringi
pergerakan ibunya. Bersiap-siaga hendak menyambut tubuh itu kalau-kalau
tersilap langkah.<o:p></o:p>
“Yeay! Ibu dah berjaya sampai sini.
Lepas ni bolehlah kita lawan lumba lari macam dulu,” kata Sarah. Memeluk erat
tubuh ibunya.<o:p></o:p>
Tasneem tersenyum kecil. “Ibu nak
duduk,” pintanya.<o:p></o:p>
Lekas dipimpin wanita itu ke sebuah
kerusi kayu di bawah pohon berdaun lebat. <o:p></o:p>
“Allahuakbar...” Tasneem memicit
kepala lutut.<o:p></o:p>
“Nah, tentu ibu haus,” kata Amiera
selajur mengunjuk gelas kepada Tasneem.<o:p></o:p>
Tasneem membalas pemberian itu
dengan senyuman.<o:p></o:p>
Amiera dan Sarah saling
berpandangan. Kemudian masing-masing kulum senyum seperti mana ibu mereka.<o:p></o:p>
“Ibu, Sarah tak sabar nak tengok ibu
sihat sepenuhnya. Nanti kita boleh pergi shopping, jalan-jalan macam selalu
tu.” Sarah berkata manja sambil jari-jari runcingnya mengurut kaki kanan
Tasneem.<o:p></o:p>
“Insya Allah...” sahut Tasneem
seakan berbisik. Sejak dia nyaris diserang strok tempoh hari, kekuatan diri
sedikit berkurang. Malah bahagian kanan tubuhnya seperti kaki dan tangan seakan
hilang kudrat. Namun berkat usaha suami dan anak-anak membantu, keadaan dirinya
semakin pulih. Sudah mampu berjalan sendiri meski bertatih lagi.<o:p></o:p>
“Dengan
izin Allah, ibu akan pulih. Tengok, sekarang ni ibu dah boleh berjalan sendiri.
Ini semua hasil usaha ayah dan anak-anak ibu- Abang Amal, Kak Ema, Sarah,
Mira.” Tasneem mengusap lembut pipi Amiera ketika bersuara.<o:p></o:p>
Amiera senyum kelat. Dipaksa-paksa.<o:p></o:p>
‘Sakit ibu disebabkan oleh dia.’
Hati berbisik lemah.<o:p></o:p>
Dan kala diri dihambat kegembiraan
setiap kali melihat perubahan positif berlaku ke atas Tasneem, separuh jiwa
dirusuh resah. Pernikahan antara dia dan Adlan akan berlangsung selepas Tasneem
pulih sepenuhnya- itu janji yang dihambur ke pendengaran Shahreza.<o:p></o:p>
Janji tetap janji. Orang yang
memungkiri janji itu seorang munafik.<o:p></o:p>
“Ayah!” Sarah berdiri. Mengawang
tangannya ke udara tatkala terpandangkan susuk tubuh Shahreza berbaju melayu
dan berkain pelikat.<o:p></o:p>
Shahreza datang mendekat.<o:p></o:p>
“Ayah nak ke mana?” Atas bawah dia
perhati ayahnya.<o:p></o:p>
“Ke surau. Ayah nak berjemaah dekat
sana,” beritahu Shahreza.<o:p></o:p>
“Awalnya ayah pergi. Baru pukul
berapa ni.” Amiera mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul enam suku
petang.<o:p></o:p>
Shahreza kulum senyum, seraya
berkata, “Ada majlis ilmu dekat surau kita tu. Ayah niat nak tolong apa yang
patut sebelum solat berjemaah nanti.”<o:p></o:p>
“Kacaklah ayah pakai macam ni. Suka
betul Sarah tengok orang lelaki pakai baju melayu, lepas tu berkain pelikat.”
Sarah tersengih-sengih.<o:p></o:p>
Amiera dan Shahreza hambur ketawa
serentak. Tasneem pula mengoles senyum halus di pinggir bibirnya.<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
“SAYA cuba hubungi
keluarga Latif tadi.” Shahreza menarik selimut menutupi sebahagian tubuh
isterinya.<o:p></o:p>
“Abang dapat cakap dengan Latif?”
Rendah suara Tasneem bertanya.<o:p></o:p>
Shahreza membetulkan kedudukan
bantal supaya Tasneem bersandar dengan selesa. Sesudah itu, dia beransur naik
ke katil. <o:p></o:p>
“Tak. Isteri Hazman beri nombor
telefon suami dia dekat saya. Awak tahu tak, Haji Miskam dah meninggal sakit
jantung. Tujuh lapan tahun lepas.”<o:p></o:p>
“Innalillah...” Tasneem memandang
suaminya.<o:p></o:p>
“Abang rasa, Hazman tahu tak dekat mana
ayah Amiera tu?”<o:p></o:p>
Shahreza jongket bahu. “Nanti saya
cuba tanya Hazman. Kuat hati saya mengatakan yang Latif masih hidup.”<o:p></o:p>
“Kalau dia dah mati, macam mana?”<o:p></o:p>
“Kita usaha dulu,” putus Shahreza.<o:p></o:p>
Sepi seketika. <o:p></o:p>
Shahreza
bermenung jauh. <o:p></o:p>
Dia kasihankan Amiera. Gadis itu
membesar tanpa mengenali siapa ayahnya. Pernah suatu detik dahulu, ketika itu
Amiera berusia sepuluh tahun dan baru sahaja kehilangan ibunya, Amiera bertanya
kepadanya- kenapa ayah tidak ada bersama dia? Itulah kali pertama dan kali terakhir
dia mendengar soalan tersebut dari mulut mungil Amiera.<o:p></o:p>
“Abang...”<o:p></o:p>
“Mmm...”<o:p></o:p>
“Perasaan saya ni lain macam sangat
bila tengok Amiera. Berat hati nak biar dia menikahi lelaki tu,” keluh Tasneem.
Dada dielus perlahan.<o:p></o:p>
“Saya pun masih tak percaya apa yang
dah jadi. Amiera tu... budaknya baik sangat. Tapi... entahlah.” Shahreza
memejam mata. Perit ulu jantung tika mengingati kekhilafan Amiera.<o:p></o:p>
Tasneem menoleh. Roman wajah
suaminya direnungi.<o:p></o:p>
Mereka kembali bergulir dalam
suasana sunyi. <o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Tidur.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2338600427838081001.post-90469081815115644472015-01-18T12:25:00.001+08:002015-01-18T12:25:45.041+08:00[Novel] : Usah Lepaskan Bab18.Assalamualaikum.
"...Keep calm because Allah is always with us..."
Bab 18<o:p></o:p>
FATMA menjenguk ke
ruang kamar peraduan Tasneem. Kerlingan tajam ditusuk tepat ke arah Amiera saat
mereka saling bertatapan. Amiera terkial-kial cuba menepis renungan itu. Seolah
ada semburan api memercik dari mata Fatma.<o:p></o:p>
“Ibu, makanlah sikit lagi bu. Penat
tau Sarah dengan ayah kung kang kung kang dekat dapur tu,” pujuk Sarah apabila
Tasneem enggan menghabiskan bubur ayam itu. Belum luak separuh pun.<o:p></o:p>
Tasneem senyum sedikit. Selajur
melorong anak mata kepada Amiera. <o:p></o:p>
“Nak Kak Mira suapkan ibu ke?” Sarah
meneka.<o:p></o:p>
Mengangguk tidak, menggeleng apatah
lagi. <o:p></o:p>
“Kak Mira... Sarah rasa ibu nak Kak
Mira suapkan ibu.” Sarah mencuit bahu Amiera. Mangkuk itu diunjuk kepada gadis
yang sedari tadi memicit kedua belah kaki ibunya.<o:p></o:p>
Amiera mencapai mangkuk itu.
Duduknya beralih dekat dengan Tasneem. Sarah mengengsot sedikit menjauh.
Memerhatikan Amiera tidak lepas-lepas. Betapa sukar untuknya melupakan kejadian
itu. Bayang Amiera dan lelaki tidak berbaju itu memenuhi ruang angkasa minda.
Sepasang mata miliknya menjadi saksi kekhilafan seorang kakak yang dianggap
bidadari dunia.<o:p></o:p>
“Biar aku yang suap ibu makan.”
Fatma menerpa. <o:p></o:p>
Amiera bangun sejurus Fatma memberi
isyarat mata menyuruh dia pergi.<o:p></o:p>
“Apa Kak Ema ni, kan Kak Mira nak
suap ibu tu,” gerutu Sarah kurang senang mendengar jerkahan kasar Fatma.<o:p></o:p>
Fatma buat pekak telinga. Dia ambil
tempat duduk Amiera tadi. Sempat mengerling ke arah Amiera. Gadis itu masih
terpacak di penjuru bilik.<o:p></o:p>
“Biar Ema suap ibu ya. Kang kalau
tangan kotor tu yang bagi ibu makan, bukan bertambah sihat, makin sakit ada
lah,” kata Fatma. Sindiran itu sengaja diucap meninggi supaya menjunam ke
lubang pendengaran Amiera.<o:p></o:p>
“Kau tu nak jadi tugu ke dekat
situ?” Fatma pandang Amiera.<o:p></o:p>
Terkulat-kulat Amiera menahan
perasaan.<o:p></o:p>
Menyedari renungan Fatma semakin
tajam menusuk dada, buru-buru dia heret kaki keluar dari ruang itu. Membolos ke
pintu utama yang terbuka luas.<o:p></o:p>
“Ema...” Tasneem menegur dalam suara
yang perlahan.<o:p></o:p>
Fatma menoleh. Dia mendengus geram.
Teguran itu bagai satu tamparan buatnya. Seisi rumah masih mampu berdepan
dengan Amiera, menyambut kunjungan perempuan itu depan pintu rumah mereka
dengan senyuman, walhal dia cukup sakit hati, bahkan tidak ingin menatap muka
‘plastik’ Amiera.<o:p></o:p>
“KAK...” Terjengul
kepala Sarah di muka pintu. Leret mata membenam ke wajah Amiera yang duduk
bersendirian di sebuah kerusi kayu, terletak di penjuru anjung selebar dua
belas kaki.<o:p></o:p>
“Boleh Sarah duduk situ?” Jari
menuding ruang kosong bersebelahan Amiera.<o:p></o:p>
Amiera pantas mengangguk seraya
berkata, “Duduklah.”<o:p></o:p>
Tersungging senyum kecil di hujung
bibir Sarah. Rapat labuh punggung di sisi gadis itu.<o:p></o:p>
“Kak Ema memang macam tu. Mulut tak
ada insurans,” cebik Sarah. <o:p></o:p>
Ulas bibir Amiera mengukir senyum
tawar. “Betul apa kata Kak Ema tu,” keluh Amiera.<o:p></o:p>
“Kak...” Jeda seketika.<o:p></o:p>
Amiera memintas renungan gadis manis
yang mempunyai iras paras Tasneem.<o:p></o:p>
“Ayah risaukan kakak.” Jujur Sarah
memberitahu.<o:p></o:p>
Pandangan mata menyoroti dada langit
nan membiru. Gumpalan-gumpalan awan memutih membentuk pelbagai rupa. Sejurus
udara dihela melepasi dada, dia melanjut bicara, “Ayah selalu termenung. Sampai
ada masa ayah tak lalu makan. Kalau senyum ketawa tu pun pura-pura aje. Sarah
tahu, dalam kepala ayah tu asyik fikir tentang Kak Mira.”<o:p></o:p>
Salur pernafasan terasa menyempit.
Sesak dadanya mendengar pertuturan Sarah. Hambatan roman Shahreza memenuhi
kotak fikiran. Selajur membuarkan lebih banyak beban yang harus dia pikul di
kiri dan kanan bahunya.<o:p></o:p>
“Kak Mira minta maaf, Sarah. Sebab
akak semua ni jadi.” Untaian airmata disimpul ketat. Enggan menangis lagi.<o:p></o:p>
“Demi Allah, kami tak buat apa-apa.
Dia tolong akak, Sarah.” Sungguh-sungguh dia berkata.<o:p></o:p>
Sarah diam tidak berkutik. Antara
percaya atau tidak- dia berada di antara dua garis sempadan itu.<o:p></o:p>
BULAT mata Fatma
yang mencuri-curi dengar perbualan antara ayahnya dan Amiera. Kata-kata tenang
Shahreza membujuk Amiera umpama busur bermata tajam, membidik ke jantung,
melahirkan sejuta kepedihan serta membangkitkan amarah yang telah sedia
bertimbun. <o:p></o:p>
“Kau mengaku juga akhirnya.” Fatma
mencelah penuh sinis seraya giat menepuk tangan.<o:p></o:p>
Amiera dan Shahreza berpaling
serentak.<o:p></o:p>
“Ema.” Shahreza memerhati ulah anak
perempuannya.<o:p></o:p>
“Kau setuju kahwin dengan lelaki tu,
bermakna memang wujud hubungan terkutuk tu, kan?” Terus-terusan Fatma membedil
tuduhan.<o:p></o:p>
“Untung kau ni. Dah malukan keluarga
aku pun, masih ayah dan ibu aku berlembut dengan kau. Sampaikan ibu aku
sakit-sakit, hampir kena strok pun dia masih juga panggil kau anak dia. Ilmu
apa kau guna hah?” jerkah Fatma.<o:p></o:p>
“Fatma!” Kali ini, Shahreza
melengking tinggi suaranya.<o:p></o:p>
Fatma kancing gigi. <o:p></o:p>
“Ayah ni kenapa? Perempuan tu dah
conteng arang dekat muka kita, buat hubungan terkutuk dengan lelaki mana entah,
tapi ayah boleh lagi berlembut dengan dia. Ayah tak ada perasaan marah ke? Atau
sebenarnya ayah dah terlampau sayang sangat dekat perempuan tu sampai ayah
sanggup tutup mata atas perkara jahat yang dia dah buat?!” Itu yang paling dia
benci. Hal itu yang membuatkan dia bertambah sakit hati. Apa pun yang dilakukan
Amiera, tidak pernah mencacatkan pandangan sesiapa.<o:p></o:p>
Shahreza terduduk. Ekor mata
menyoroti langkah Fatma menghilang dari pandangan. Sejurus itu, dia urut
pelipis dahi. Kepala semakin memberat. Berdenyut seluruhnya.<o:p></o:p>
“Ayah...” Amiera hendak menutur kata
namun terbejat suara di kerongkong sebaik Shahreza angkat tangan melepasi bahu
dan bergoyangan ke depan dan ke belakang dalam skala yang kecil.<o:p></o:p>
Isyarat tangan Shahreza cukup
difahami.<o:p></o:p>
Diam.<o:p></o:p>
Tutup mulut.<o:p></o:p>
“MUMMY!” Haili
Sofea memekik lantang. Buru-buru dia menuruni anak tangga dan meluru ke ruang
tamu. Tertinjau-tinjau melihat persekitaran yang sunyi itu. Kelibat Rozita
tidak kelihatan di mana-mana.<o:p></o:p>
“Mummy!” pekiknya lagi. Panjang
langkahnya menuju ke pintu yang terbuka luas. Serta-merta roman wajahnya meriak
ceria saat terpandangkan Rozita duduk bersendirian di bangku kayu. Selipar
jepun disarung ke kaki. Berlari-lari anak mendapatkan Rozita.<o:p></o:p>
“Kenapa pekik-pekik panggil mummy
sayang?” Rozita menoleh.<o:p></o:p>
Haili Sofea duduk hampir di sisi Rozita.
Telefon bimbit diunjuk kepada wanita itu.<o:p></o:p>
“Apa ni?” Rozita kehairanan.<o:p></o:p>
“Mummy bacalah,” gesa Haili Sofea.<o:p></o:p>
Rozita menurut. Anak mata menyoroti
skrin telefon itu. Rangkai ayat yang tertera dibaca satu per satu.
Lama–kelamaan bukaan kelopak mata semakin mengecil. Kerut halus kian membanjiri
dahi.<o:p></o:p>
“Nah.” Rozita mengembalikan telefon
itu tanpa memandang muka Haili Sofea.<o:p></o:p>
Haili Sofea tersenyum-senyum. “Mummy
dah baca?”<o:p></o:p>
Rozita tidak menyahut. Dia berpeluk
tubuh.<o:p></o:p>
“Mummy...” rengek Haili Sofea
apabila perhatian Rozita tidak terarah langsung kepadanya.<o:p></o:p>
“Apa dia sayang?” Sedikit mendatar
lontaran suara itu.<o:p></o:p>
“Tak sabar nak tunggu Abang Edi...”<o:p></o:p>
“Stop
it,” pintas Rozita.<o:p></o:p>
Haili Sofea terpanar. <o:p></o:p>
“Mummy tak suka ke Abang Edi tu bawa
balik bakal menantu?” Gadis berambut pendek paras bahu itu menyoal.<o:p></o:p>
“Jangan sebut nama tu depan mummy.
Mummy tak suka!” marah Rozita tiba-tiba.<o:p></o:p>
Bertambah hairan dibuatnya. Haili
Sofea mengengsot menjauhi Rozita.<o:p></o:p>
“Mummy ni kenapa?”<o:p></o:p>
“Just
shut up, Elly!” Rozita berang. Nama Adlan umpama bara yang sentiasa berapi
dalam dada. Sakit hatinya mengenangkan kata-kata Adlan. <o:p></o:p>
“Ita!” tegur Ku Embok. <o:p></o:p>
Haili Sofea berlari mendapatkan
neneknya.<o:p></o:p>
“Mummy tu...” adu Haili Sofea dengan
muka cemberut.<o:p></o:p>
“Elly masuk dalam,” suruh Ku Embok.
Haili Sofea mengangguk. <o:p></o:p>
Tergeleng-geleng kepala Ku Embok
memerhatikan menantunya itu. Lambat-lambat dia mendekati Rozita.<o:p></o:p>
“Ita, kenapa marah-marah pada Elly?”
Ku Embok menyoal.<o:p></o:p>
Rozita pejam mata. Hati dipagut rasa
bersalah terhadap Haili Sofea. Kasihan anak gadisnya itu jadi mangsa amarah
yang menjentik.<o:p></o:p>
“Entahlah, mak. Pedih sangat hati
saya bila Elly sebut nama Adlan tu,” keluh Rozita.<o:p></o:p>
“Sebab tu aje?” Ku Embok terkejut.<o:p></o:p>
Kelopak mata terbuka perlahan-lahan.
Membidik renungan ke dada langit. Redup. Biasan sinaran mentari terpancar
dicelah-celah kumpulan awan yang menabiri sang suria.<o:p></o:p>
“Adlan tu mak, memang sengaja
mendera perasaan saya. Sengaja tambah rasa sakit hati saya ni.” Rozita menyeka
airmata di pipi. <o:p></o:p>
“Ita, apa yang keluar dari mulut dia
tu semuanya tak betul. Dia mengaku sendiri pada mak yang dia...”<o:p></o:p>
“Saya dah letih dah mak. Biarlah dia
nak buat apa pun, saya tak akan ambil tahu. Makin saya peduli, makin teruk hati
saya ni disiat-siat.” Rozita menuntas lemah. Lekas memacu langkah meninggalkan
Ku Embok termangu-mangu di situ.<o:p></o:p>
“KERANA dia
anakku, aku akan sentiasa mengampunkan dosa-dosanya. Akan sentiasa mendoakan
kesejahteraannya, memohon agar rahmat Tuhan selalu melingkari hidupnya.” Rozita
berbisik halus. Dakapan bingkai gambar itu dieratkan lagi. Seolah memeluk tuan
empunya diri. <o:p></o:p>
“Adlan anak ibu...” Tangis sendu
Rozita berhimpun dalam hembusan angin yang terhasil daripada putaran kipas
siling.<o:p></o:p>
Sungguh dia memaafkan apa pun
perbuatan dan tutur kata Adlan yang menyakiti hati, namun luka terguris itu
akan kekal menjadi parut.<o:p></o:p>
AIRMATA itu diseka
dengan lembut. Kemudian dahi Adlan dikucup penuh kasih.<o:p></o:p>
“Ibu... sakit,” rengek Adlan dengan
airmata lencun membasahi pipi.<o:p></o:p>
Rozita kulum senyum. Pipi Adlan
diusap-usap.<o:p></o:p>
“Jangan menangis sayang. Luka sikit
aje tu. Nanti ibu sapu ubat ya,” pujuk Rozita.<o:p></o:p>
Adlan yang baru berusia enam tahun
itu mengangguk perlahan. Terhinjut-hinjut bahu tahan sendu.<o:p></o:p>
“Aaaa!” Adlan menjerit.<o:p></o:p>
Terbejat tindakan Rozita hendak
mencuci luka di kepala lutut anaknya.<o:p></o:p>
“Sakit bu! Sakit!” Adlan meraung.<o:p></o:p>
Kapas dicampak ke tepi. Adlan
dirangkul ke dalam pelukan. Erat.<o:p></o:p>
“Dah... dah sayang. Maafkan ibu ya.
Ibu kasar sangat letak ubat tadi.” Rozita mengelus tubuh Adlan. <o:p></o:p>
“Adlan hero ibu. Hero tak boleh
takut. Kena berani,” ujar Rozita, cuba memacu keberanian di hati kecil anaknya.<o:p></o:p>
“Hero kena berani?” soal Adlan
seperti tertarik. Esak tangisnya beransur sepi.<o:p></o:p>
Rozita mengangguk seraya tersenyum
kecil.<o:p></o:p>
“Edi nak jadi hero?”<o:p></o:p>
“Nak!” Laju Adlan menjawab.<o:p></o:p>
“Kalau macam tu, anak ibu yang berani
tak boleh menangis bila luka tu nak kena sapu ubat. Tahan sikit. Luka tu kalau
tak kasi ubat, kuman datang. Bahaya!” Riak wajah Rozita berubah-ubah ketika
bercerita.<o:p></o:p>
“Edi tak takut dah,” kata Adlan.
Kaki dijulur ke depan.<o:p></o:p>
“Ibu letak ubat ya. Edi tahan ya
sayang...” Dengan penuh berhati-hati, Rozita menekap kapas yang diletak sedikit
cecair Dettol ke luka itu. Terpejam-pejam mata Adlan. Namun tiada teriakan
nyaring seperti tadi. <o:p></o:p>
“Dah siap dah!” Rozita merapikan
tampalan plaster yang menutupi luka tadi.<o:p></o:p>
Adlan buka mata. <o:p></o:p>
“Sakit?”<o:p></o:p>
“Tak!”<o:p></o:p>
Rozita menarik Adlan ke dalam
rangkulan. Ubun-ubun anaknya dikucup berkali-kali.<o:p></o:p>
“Hero ibu tak boleh takut. Kena
berani!”<o:p></o:p>
Adlan mendongak. Senyuman lebar
menghiasi roman si kecil.<o:p></o:p>
“Edi sayang ibu!”<o:p></o:p>
‘EDI sayang ibu!’<o:p></o:p>
‘Edi sayang ibu!’<o:p></o:p>
‘Edi sayang ibu!’<o:p></o:p>
Rozita kembali mendarat ke dunia
nyata pada ketika gema suara kecil Adlan memenuhi kotak fikiran. Dia pandang
kiri kanan. Tercari-cari Adlan yang dirindui. Menyedari imbasan itu hanya
secebis kenangan manis antara dia dan Adlan, Rozita mengeluh kehampaan.<o:p></o:p>
‘SAYA sudi
bersuamikan encik tetapi penikahan kita hanya akan berlaku selepas ibu saya
pulih sepenuhnya.’ Ulas bibir Adlan melentur ke bawah, membentuk senyuman
tatkali desir suara hati menitip rangkai ayat kiriman Amiera kepadanya.<o:p></o:p>
Rona gembira itu bukan kerana
runtuhnya pendirian Amiera, sebaliknya memikirkan betapa keputusan dia menikahi
Amiera nanti bakal menyakiti hati seseorang yang tidak pernah diambil peduli.
Apatah lagi, di depan mata wanita itu, dia mengakui keterlanjuran diri.<o:p></o:p>
Sinis senyuman yang terpamer di ulas
bibirnya. Ayat panjang berjela-jela kiriman Haili Sofea langsung tidak melentur
sekeping hati miliknya untuk merasai perasaan bersalah. Malah dia boleh senyum
kepuasan. Adlan memang bukan Adlan yang dahulu. Adlan kini seorang berjiwa
kering gara-gara kebenciannya terhadap perbuatan ibunya satu detik masa lalu.<o:p></o:p>
Titipan bicara Ku Embok telah
tenggelam tanpa mampu timbul kembali. Adlan melihat Rozita sebagai seorang
musuh, bukan ibu yang wajib dihormati dan dikasihi sepenuh hati. Dia lupa,
wanita itu pernah mengusung dia di dalam perut yang memboyot selama sembilan
bulan. Dia lupa, wanita itu hampir mati kerana melahirkan dia.<o:p></o:p>
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Tidur.
~::HANAH RISHAS::~http://www.blogger.com/profile/02494602041005065011noreply@blogger.com3