Tuesday, March 13, 2012

I am Dead Wrong! ---- SeeFood.

Assalamualaikum.

Kamu semua dah pergi tengok SeeFood? Tadi aku bersama kawan-kawan pergi panggung, tengok filem animasi terbaru ni. Perasaan excited itu sangat berbaloi dan tiket wayang berharga RM10 tak sia-sia dihulur kat penjual tiket tu :') Keluar dari panggung dengan senyuman lebar. Fuh, boleh tahan filem animasi tu. Before ni aku pernah tengok trailer SeeFood dan langsung tak menyangka yang filem animasi tu sebenarnya produk Malaysia. Ingatkan animasi Hollywood macam Finding Nemo, Toy Story but I'm dead wrong! I'm proud to be Malaysian! Wah, sampai macam tu sekali aku punya semangat. Wakakaka.

Jalinan cerita SeeFood sangat menarik. Ada nilai-nilai persahabatan, kepercayaan dan banyak lagi. Yang paling penting, cara penceritaan dan kualiti animasi SeeFood boleh dikatakan setanding dengan animasi luar negara. First time tengok filem ni, dalam kepala aku terbayangkan kartun Finding Nemo sebab dia ambil mood kat dalam laut. Bila sampai part ayam and the geng, aku terbayang Chiken Run. Haha. Movement all characters smooth gila. Mata aku langsung tak nampak pergerakan ala-ala robot tu. Cantik! Part aku suka? Time Julius nak selamatkan Pup yang melambung ke udara. Ada wau besar punya kat situ. Wau = Malaysia, kan? Haha. For me laa.

Aku ambil kata-kata kawan aku. She said that if laa animasi tu dalam bahasa melayu, lagi nampak ke'Malaysia'annya. Ya, aku setuju :') Maybe nanti mereka akan alih bahasa kot. Hopefully :') Another Finding Nemo versi Malaysia? Ohh... whatsoever. Overall, aku bagi banyak bintang.



Terima kasih kerana sudi baca :')

notahujungkaki: Do you know that SeeFood dah pun ditayangkan kat lebih 90 buah negara? Aku baru tahu -.-' 
notahujungkaki2: Kita dah ada Upin Ipin. Now SeeFood. Coming soon, Bola Kampung *kawanku- Cikimon jumpa trailer tadi* :')
notahujungkaki3: Bila tengok animasi Malaysia ni, tiba-tiba otak berkerja ligat fikir 'macam mana nak jadi animator macam dorang tu?' Arghhhh! Ni buat animasi gerak-gerak pun macam robot rosak. Modeling pun macam *&^>/?#$ Budak media ke? Tukar course laa. Ambil ERT -.-'

6 comments:

nia marlissa said...

best sangat cerita nih ... sesuai utk semua

~::HANAH RISHAS::~ said...

@nia marlissa

ya :') mmg sesuai utk semua golongan :')

aizatshafiq said...

ye ke?..
kene gi tengok jugak nie...
sebab tengok trailer pun macam best jeee.. ;)

dya nasir said...

dya tak tgk lagi..esok cuti nk tengok lah..:D

~::HANAH RISHAS::~ said...

@Aizat Shafiq

Ya, marilaa sama2 penuhkan panggung. hehe ^^Y if u like to watch filem animasi, seefood tak menghmpakan :'))

~::HANAH RISHAS::~ said...

@dyabunga

waaah,,, dya kena pegi. rugi tak tngok seefood *promote *-*Y