Disaat Aku Mencintaimu

Assalamualaikum :)

DAM Bab 1
DAM Bab 2
DAM Bab 3
DAM Bab 4
DAM Bab 5
DAM Bab 6
DAM Bab 7
DAM Bab 8
DAM Bab 9
DAM Bab 10
DAM Bab 11
DAM Bab 12
DAM Bab 13
DAM Bab 14
DAM Bab 15
DAM Bab 16
DAM Bab 17
DAM Bab 18
DAM Bab 19
DAM Bab 20
DAM Bab 21
DAM Bab 22
DAM Bab 23
DAM Bab 24
DAM Bab 25

Sinopsis DAM


Muhammad Idzry dan Hilman Adli- Dua lelaki yang berlainan karakter dan sifatnya. Idzry seorang lelaki yang baik, mesra dan sempurna di mata Elisa. Cinta yang mereka sulam bersama bagaikan tiada surutnya. Hilman pula seorang lelaki yang penuh dengan muslihat. Kaki perempuan, playboy dan buaya tembaga antara gelaran yang tersimpan kukuh di fikiran Elisa. Gara-gara satu insiden, dia terjebak dalam penipuan lelaki buaya itu.

Cinta tanpa restu dan satu pembohongan telah meleraikan ikatan kasih antara Elisa dan Idzry. Disaat-saat akhir lelaki itu bakal bergelar suami orang, dia dikejutkan dengan pengakuan Idzry yang meletakkan maruah dirinya di tempat yang paling bawah! Kekusutan itu bertambah membebankan apabila Hilman menyatakan perasaan cinta padanya dan lelaki gila itu melakukan pelbagai perkara dan adakala di luar jangkaan semata-mata hendak menarik perhatiannya. Elisa rimas! Dia benci! Dan dalam masa yang sama, Idzry kembali menagih kasih. Mahu tidak mahu, Elisa harus berdepan dengan situasi yang bakal menjerat hatinya sendiri.

“Saya akan buktikan yang saya betul-betul ikhlas mahukan awak, Elis. Jangan salahkan saya kalau saya buat sesuatu semata-mata hendak mendapatkan perhatian awak.” -Hilman Adli

“Mungkin saya perlukan berjuta-juta tahun untuk percaya pada kata-kata awak tu, Encik Hilman.” –Elisa Najwa

“Elis... tolonglah. Tolong jangan berhenti mencintai saya. Saya tak boleh hidup tanpa Elis. Saya tak boleh. Elis nyawa saya. Tanpa Elis, saya rasa hidup saya kosong.” –Muhammad Idzry


notahujungkaki: Aku tak rasa sinopsis kat atas tu macam sinopsis. Aku memang lemah bab-bab merumuskan benda. Eh! Mss DAM dah pun dihantar ke pihak penerbitan untuk dinilai terbit. Phewww *lap peluh*

5 comments:

iEymA nAdyA 94 said...

sedih laaa ending novel ni,,, harap d jadikan drama macam novel2 y lain...

~::HANAH RISHAS::~ said...

Terima kasih awk :) utk ke drama tu mcm tak layak sbb byk kurang dr segi olahan plot :)

Btw,tq sgt2 atas komen :)

Anonymous said...

novel awak buat saya tersentuh hati 💞 btw , truskan menulis ! Superb

~::HANAH RISHAS::~ said...

Dear anon,

Syukur sgt awak suka DAM :) and tq sbb sudi komen :)

Unknown said...

Ada smpai bab 25 ja ka