Thursday, March 15, 2012

Terbang ke Langit ---- Teaser.

Assalamualaikum.

Terbang ke Langit merupakan satu projek zuppp! atau ekspress aku. Tiba-tiba dalam kepala keluar idea walhal DAM masih dalam pembikinan dan hakikatnya aku sedang ketandusan idea untuk DAM. Actually bukanlah ketandusan idea cuma aku kehilangan arah tuju sekejap. Oleh sebab itu, aku buat TKL pula. Ini pun baru permulaan. Ya, aku buat untuk kepuasan diri sendiri dan juga cuba mengasah bakat. Cewahh! :') Sikap ini sangatlah tak baik untuk aku -.-' Sekejap itu, sekejap ini. Nanti semua tak jadi. Ohhhh... Aku memang suka menulis. Menulis untuk menghilangkan tensennnn. Menulis untuk............. suka-suka :')

Kali ni, aku selitkan cinta monyet yang sering berlaku ketika zaman sekolah. Aku sendiri pernah melaluinya. Cinta yang bukan cinta. Macam mana tu? Mean, suka :') Zaman sekolah, zaman budak-budak, kita tak tahu erti cinta yang sebenar. Yang kita tahu, kita suka kat orang tu. Sampai bagi surat cinta, kan? Menarik! Mungkin ada cinta itu yang terkesan di hati sampai dewasa. Ada juga yang terkubur begitu sahaja.

Watak utama dalam imaginasi aku kali ni diberi nama Ayyatul Adira binti Adnan. Watak-watak lainnya : Elia Suzana, Atiqah Huda', Mahizan Maira, Marina Hafizah. Geng lelaki pula: Adam Saufie, Aizul Ikmal dan watak-watak sampingan lain. Kisah zaman persekolahan mereka akan digaulratakan tetapi dalam part yang sedikit sahaja. Ada antara mereka yang akan jatuh cinta. Cinta itu mengikat hati meski ia temetri di bibir walhal hati tidak pernah mendalami rasa itu. Sementelah ia berlalu, cinta itu masih utuh dalam hati. Benarkah itu cinta? Atau hanya mainan rasa yang tak pernah berpenghujung?

Cinta monyet yang pernah aku lalui tak lah sebest mana. Tak adalah sampai hantar surat or whatsoever tu. Just suka. Maybe lagi kena kalau dipanggil 'Suka Monyet'? Haha. Kalau kamu semua, yang sudi membaca entri ini punya kisah cinta monyet yang ingin dikongsi, sangatlah dialu-alukan. Aku memerlukan memori kamu semua itu sebagai inspirasi. Boleh, kan? :')

Sekian, dah habis taip.

notahujungkaki: Inspirasi nama watak kali ni aku peroleh dari kawan-kawan :') Nama mereka manis-manis semuanya dan aku hanya perlu menambah sedikit aje nama lain di depan atau belakang. And, aku tak boleh biarkan DAM berhenti lama-lama sangat. Nanti jadi macam dulu. Bertahooonnn baru terkedek-kedek buat semula. Haishhhh -.-' 

2 comments:

AYRA ZAHRA said...

Pheeewwwiiittt..mcm kenal je nm tu..tq la sb guna nm aku tuk novel terbang ke langit..Terharu beb..Selamat menulis my housemate ku..Hihi x sbr nk tgk bc cerita ni..Good luck my dear.nanti jgn lupa open table..hihihi..^_^

~::HANAH RISHAS::~ said...

@Missweet

:') sama2 kasih kawanku. hehe ^^Y insyaAllah, open table bagiii besaaaarrrr :'))