Wednesday, April 13, 2011

Dulu Aku Budak Sekolah Rendah,Segala Benda Boleh Beli.

time sekolah rendah dulu,dalam era pertengahan dan lewat 90-an,aku rasa sangat kaya gila bila abah bagi rm1.bertambah lebar senyum bila dapat rm1.50*time ada kokurikulum di petang hari*.mata pon dah macam mengeluarkan simbol $$$ pulak.seingat aku,kalau pergi sekolah dengan hanya berbekalkan rm0.50 tu,dah boleh beli nasi lemak atau mee goreng sepinggan.hah,tak percaya?oke..cuba kau tanya kat mereka-mereka yang lahir tahun 70,80,90-an tu.mesti masing-masing angguk setuju dengan aku.

oke..time sekolah rendah dulu,aku sangat pandai berjimat cermat*sangat berbeza dengan aku yang sekarang.sangat pandai boros duit.haha*kalau abah bagi duit rm0.50,aku tak pakai,simpan dalam tabung*tabung tin minuman aje pon*maklum laa.kan kan time sekolah rendah duduk dengan parent.sarapan kat rumah,makan lunch pon kat rumah*lepas balik sekolah*malam?makan kat rumah jugak.duit tu nak buat apa?simpan laa.kalau dah banyak aku mintak abah pergi masukkan dalam bank.haha.now,reti cucuk keluar duit aje.-__=* ada masa,aku boleh jugak menabung walau dah guna duit saku untuk hari tu.

macam mana dulu aku boleh simpan duit walau berbekal rm0.50 dan rm1 sehari?hah..sebab makanan yang dijual kat kantin sekolah waktu tu sangat laa murah berbanding sekarang.alaa..setakat nasi lemak tu,kacang aje.50 sen pon boleh dapat tahu!air pon baru 20sen.apa lagi?kalau nasi ayam,baru seringgit.lepas tu kuih pon baru 20sen seketul.tak macam sekarang,rm1 baru dapat 3 ketul.tu pon aku nak makan segan kot pasal kecik-kecik.haha.tak ke heaven time sekolah rendah kami yang dulu-dulu?haha.sekarang?mana dapat beb!paling ciput pon seringgit laa budak-budak sekarang dapat.tu baru sekolah rendah,belum masuk sekolah agama pulak*kat negeri johor,ada dua jenis sekolah kena attend.belah pagi,masuk laa sekolah harian.bila petang,pergi pulak laa sekolah agama*kalau dikira,mahu sehari tu abah kena hulur rm2 kat anak-anak*semua dah berubah kan kan :)*

duit..duit..duit..makin lama makin kecik nilai tu sebab makin lama makin melambung harga barang -__=*

contoh paling dekat adik aku sendiri.satu-satunya yang masih bersekolah rendah ni.haha.kalau pergi sekolah pagi,dah dapat dah rm1.sekolah agama pon sama.abah aku hulur jugak rm1.haiii..juling jugak mata aku tengok dia senyum-senyum dapat duit*aku dulu mana laa tiap-tiap hari dapat rm2 ni*dah dapat rm2 sehari tu pon dia sangat jarang menabung.sehari 20sen aje.lagi rm1.80?dia kata buat tambah saham kat kedai.

bila aku cerita kat dia,time aku sekolah rendah dulu macam mana,boleh pulak dia balas 'alah..kawan-kawan kat sekolah semua bawa seringgit,takkan adik nak bawak 50sen pulak?akak dulu lain sebab akak kata kawan-kawan akak pon bawak 50sen aje' tengok-tengok.bergaya tak bergaya adik aku cakap -___=* nanti aku nak mintak jasa baik abah aku bagi dia duit 50sen aje.haha.

thanks for reading this :)

notahujungkaki: aku rasa laa kan kan,time anak cucu aku esok,di masa depan*kalau dipanjangkan usia dan dunia masih kekal macam sekarang ni,mean tak kiamat lagi xD*---->duit rm1 tu pon macam laku tak laku aje kan kan.entah-entah rm10 tu pon macam rm1 budak-budak sekarang.gamaknya nak makan kuih seketul pon kena hulur rm1.haha.50sen?dah masuk muzium negara kot.haha xD peace!

4 comments:

Mek Onie said...

sekarang pon dah terasa duit 50rm tu ghupe 5rm,sekali pecah sat ja abih,huwaaaaaaa ;'(

~::HANAH RISHAS::~ said...

@meaw

tahu takpa.kalo dah pecah2 duit tuh,leh cpt aje abis.huhu TT_____TT

amny said...

dulu dan sekarang lain..huhuhuuh...

kenapa xjoin kontes memori zaman sekolah tu???

~::HANAH RISHAS::~ said...

@amny

tahu takpa.gila beza kot.haha XD

nak join tp tunggu ada masa.haha XD