assalamualaikum.
mata juling. rimas pon ada jugak. kadang-kadang menyampah. korang pon mesti kena situasi macam ni kan. tentu ada antara kawan-kawan fb korang yang sangat rajin laa mengupdate status. sekali penuh daa wall dengan updated status dia tu. uhhh... aku pon kadang-kadang buat jugak status yang entah apa-apa. tapi dulu. sekarang aku sangat laa malas nak update status fb tu.
kadang-kadang seronok jugak membaca status kawan-kawan ni. aku tukang like aje. kalau rajin baru komen. haha. tapi kalau dah sampai setiap setengah jam kau update status tu, apa cerita? kalau benda berinformasi untuk otak aku digest tak apa. ni setakat nak beritahu dunia betapa kau merindui si kekasih hati, hadoooiii... bosan tahu! orang lain pon bercinta jugak tapi tak ada laa sampai setiap jam nak post, bagi tahu satu fb tu. balik-balik tengok orang yang sama update status. banyak ek idea kau meluahkan perasaan kat wall fb tu. haha. tu belum masuk tang penggunaan bahasa yang susah aku nak faham.
sayew rindew gileww kat sayam sayew.
sayam tu apa eh? oh... aku dok berkira-kira sendiri. maybe mungkin sayam stand for sayang. oke, kalau sayang for sayang then ayam for ayang. haha.
aku tak kisah sangat kalau wall aku bersepah dengan status kawan-kawan tapi yang aku rimas jenis yang update status tiap waktu dan kalau boleh setiap minit nak bagitahu orang apa yang dia tengah buat. hei... kau ingat orang nak ambil tahu sangat ke apa yang kau buat. sampaikan nak masak megi pon kau khabarkan kat satu fb tu. apadaaaaa! siap mintak idea megi tu nak masak apa. rendam aje laa dalam air panas. masak jugak, kan?
ni hah, satu lagi yang merimaskan adalah jenis orang yang suka share vids banyak-banyak. berlambak laa vids kat wall fb tu. setakat sebiji dua vids tu oke laa jugak. ni kalau sekali letak dalam sehari tu tujuh lapan vids, tak ke bosan menengoknya.
ini laa kerajinan mereka-mereka yang buat aku rimas. haha. dan aku bukan rajin macam mereka ni.
thanks reading this :')
notahujungkaki: sekarang ni, ramai yang menggunakan bahasa gedik. apakah bahasa gedik? bahasa gedik bagi aku apabila sesetengah perkataan yang sedia cantik bunyinya ditambah dengan huruf w dipenghujung. contoh ---- sayew, kitew, itew, benciww, ect. terlebih kreatif sampai bunyi pon dah huduh dah. adessss! T_____T** nasib baik kawan-kawan aku yang ada fb tak update status setiap jam, share vids berkoyan-koyan. yang memenuhkan wall tu kawan-kawan yang tak berapa nak kawan. maka aku dalam perancangan melupuskan mereka-mereka yang aku tak kenal. haha xD peace!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
org pemes kan..wajar la..ngeh3
mencik mencik mencik.
kahkahkah
@cik ayin
haha. fofuler yang syok sendiri. miahahhaaa XD
@nub
tak shukew..tak shukew..
haha XD
heheh kelakarlah. hehe mrh benar nmpk. hehe. hv a nice day and happy blogging :D
@alin
hehe :') kelakar ke?
bukan marah cuma geram *tapi kadang2 marah jugak. ekekeee*
oyeahhh... hepi2 berbloging!! :;)
rase mcm nak gunting je lidah org ckp cmnie...hahaha :D
haha..sangat menarik...fb ni kan tempat org rs diri mereka adalah femes...haha~~
eeuuuwww.... shaye pung ta shukew ...
hak3.. ape kejadah la diorang buat bahsa jd teruk smpai mcmtu...
motif la kn...
Kak Alin pun tak suka org yg terlebih rajin update status FB ni terutama ayat-ayat pujangga...
Post a Comment