Friday, February 25, 2011

25Feb--->OMG..You're 19 This Year!

psssttt..
aku nak nyanyi sikit ni.
nyanyi dalam kotak hati :)

happy birthday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to JUAN..
happy birthday to you <3

hari ni hari lahir adik lelaki aku,Juan yang merangkap kawan baik aku,kawan gaduh masa kecik-kecik,teman tengok bola *sekali dgn abah aku :)*,teman shoping,teman tengok kartun.apa lagi eh?hah,dia ni pon teman layan komik.haha :) 

malam ni,aku rasa rajin nak menulis sikit pasal dia.dia ni anak kedua daripada empat adik-beradik *aku sulung -_-** ada sorang kakak,sorang adik perempuan dan sorang adik lelaki.kalau korang nak tahu,masa mula-mula dia lahir dulu,aku cukup tak suka!wuwuu..mana nak suka tiba-tiba aje ada sorang adik,then semua perhatian parents aku beralih kat dia.aku mula laa terkinja-kinja nak tarik perhatian mak abah tapi hampeh.wuwuu..sedih aku! T_T lima tahun tau aku merasa jadik anak tunggal.haha xD rasa tergugat gila.

mahu tak tergugat,asal orang datang rumah aku,mereka semua tu dok puji si kecik yang tahu nangis aje tuh comel laa,cute laa,dah besar nanti handsome laa.aku pon naik pelik,mana laa makcik-makcik aku ni tahu dia ni bila besar jadik kacak,handsome dan seangkatan dengannya.bukan tu aje,dorang peluk cium budak tu.cisss..aku pandang dengan rasa cemburu yang amat sangat!rasa macam nak picit-picit aje budak tu.haha..kejam tak kejam tak?

pernah sekali tu,mak utih tanya kat aku,nak minta budak lelaki tu.dia tanya macam ni "akak..mak utih ambik adik boleh tak?" *ada ke panggil aku akak?!marah marah marah!haha* aku dengan automatiknya angguk kepala dan tolak tilam budak kecik tu,biar senang mak utih aku nak bawa balik nanti.mau tak gembira aku dengar kata-kata mak utih.tapi kan kan mak utih cakap ja nak bawak balik,tapi sampai sudah ada jugak melekat kat rumah.hehe :)

agak lama jugak laa aku nak terima kenyataan bahawasanya bukan aku aje zuriat yang dimahukan mak abah.terpaksa laa aku lupakan angan-angan untuk megakui diri anak tunggal.haha..xD gaduh?tak usah cakap.sehari tak bertegang leher,bertikam lidah,memang tak sah.sampai mak aku naik pening tengok perangai aku.haha xD tapi kan tapi kan,kami gaduh kejap aje.seminit dua lepas tu baik semula.sweet kan kan? ;)

but now,we're like bestfriend.kat mana ada dia,kat situ ada aku.hehe..pasal tu laa sampai kan belajar pon kan U yang sama,cuma fakulti lain-lain.dah tak gaduh-gaduh dah.senang hati mak aku.hehe ;) mak ada cakap "nasib baik akak tak buat perangai macam dulu-dulu bila dapat adik lagi" wuwuu..itu dulu laa mak,time kecik-kecik.sekarang,saya sayang semua adik-adik saya :D


ini dia JUAN :) gambar skema dia yang aku curi-curi ambil.haha xD maap bro..sengaja nak masukkan gambar kau time-time sekolah menengah ni.nampak lagi pure.haha xD

dah penat bercerita.thanks reading this :)

notahujungkaki: i LOVE you,bro! ;)

3 comments:

miss shark said...

ohh.. wish kan skali utk your bro ok

tak malu :p ---->

nday said...

turut mengucapkan happy b"day...!!
semoga sehat & sukses selalu buat semuanya,,,,!! terutama yg berulang tahun,,,

~::KUYA HARIS::~ said...

thanks ya.hehe~ ^^