Friday, May 20, 2011

Suka Berkawan Dengan Lelaki Lembut.

assalamulaikum.

nampak tajuk entri kat atas tu?
haha. ya, memang aku suka berkawan dengan lelaki lembut.
lembut oke bukan yang dah jadi perempuan jadian.
kalau perempuan jadian, aku pon lari. haha.

kenapa aku suka berkawan dengan mereka? sebab bagi aku mereka-mereka si lelaki lembut ni lebih memahami kami si perempuan. haha. ayat tak boleh belah kan kan. layan aje laa. bukan apa, nyata kalau ditanya kat kawan-kawan aku, suka tak kawan dengan lelaki-lelaki lembut, seriously mereka akan jawab ya! kalau ditanya kat lelaki gagah dan perkasa, terang-terang akan jawab no way. betol kan? kenapa eh korang, lelaki gagah dan perkasa tak mahu kawan dengan kaum sejenis kau yang sedikit lemah lembut tu? malu eh? haha.

kalau kita tengok laa, lelaki lembut ni biasanya jadi bahan ketawa, bahan lawak. entah apa yang lawak, aku pon tak tahu. maybe kelainan mereka dari segi pembawakan diri  yang terkurang keras tu. tapi ada kebaikan berkawan dengan dorang ni. aku dapat belajar sedikit perihal lelaki yang mungkin aku tak dapat bila berkawan dengan lelaki gagah perkasa iaitu sikap memahami dan pendengar yang baik. ada ke member-member jantan yang sanggup duk lebarkan telinga dengar luahan hati kau yang baru mati kucing? tak ada bukan. tapi mereka lain.

pengalaman aku berkawan dengan lelaki lembut ni sangat best. aku sendiri tak pernah rasa dia lelaki. haha. kalau bercerita pasal barang-barang penjagaan diri, perghhh... thumbs up beb! gossip? omaigee... dia boleh jadi paparazi. lepas tu dia tak pernah nak kata bosan melayan mulut aku bercot cet cot cet. kan aku ni kadang-kadang terhypercakap. member-member lelaki lain, haram! jangankan nak dengar, baru nak buka mulut pon dah tutup telinga. lagi satu, mereka sangat laa lawak. bila hang out sama-sama, tentu-tentu balik tu sakit tekak pasal banyak sangat ketawa.

satu yang aku bangga dengan member aku yang jenis lelaki lembut ni. dia still lelaki yang gagah di dalam walau patah di luar. sekali pon dia ni lembut, suka pada kecantikan tapi tak sekali-kali menukarkan diri menjadi golongan perempuan jadian. jangan ingat lelaki lembut ni tak ada yang mahu, tak laku. ni hah nak bagi tahu, kawan aku yang lembut ni dah pon kahwin tahu. dah dapat anak pon. tapi still lemah lembut. haha. tapi itu laa yang buat isteri dia terpikat masa awal-awal kenal. sweet kan kan :')

thank you for reading this :')

notahujungkaki: en. ad, kau laa sotong kami yang paling best. even kau senior, tapi cool aje bila kami gurau-gurau kasar. entri ni khas untuk kau, squid!*nama timangan ad. haha* ----- si lembut ni jangan diingat mereka lembut sangat, cuba tengok dia marah, mahu time tu jugak laa keluar segala kejantanan mereka. haha xD peace! ---------- sekarang ni sangat laa susah nak berbelongjoging. line sangat sangat lembab mengalahkan sipot. sipot pon laju tahu! sakit sakit. grrrrr.

13 comments:

Alin said...

sy pun ada juga 2 kwn laki lembut nie. satu melayu satu lagi india. yg melayu nie kalau awek bkn main comel lagi tgk tp yg india nie still single lglah. tp xske bila diaorg kata member sy yg india nie gay. bangang tak? hehe. happy blogging :D

Anonymous said...

lelaki lembut?? i loikeeeee most!! =)

Anonymous said...

lelaki lembut?? i loikeee!! =)

eja said...

laki lmbut nih xde ego..laki krs ego tggi!

Rean said...

erm..tak semua lelaki lembut sama sikapnya..mcm perempuan dan lelaki juga..bukan semua perempuan sama dan bukan semua lelaki sama..kot? :)tapi anda bernasib baik berkawan dgn lelaki lembut yg baik..

Anonymous said...

sy lelaki maskulin..=p

Baca sampai muntah! : How Lelaki Can Melt?

~::HANAH RISHAS::~ said...

@alin

wahh.. musti seronok kan berkawan dgn depa :') hepi blogging 2 :')

~::HANAH RISHAS::~ said...

@azmie

waaaaa... kamu pon suka bekawan dgn mereka? caya laa. hehe :')

~::HANAH RISHAS::~ said...

@eja

yeah... thats right!

~::HANAH RISHAS::~ said...

@imbobo

betol tu. syukur dapat kawan lelaki lembut yang baik. hehe :') ada eah lelaki lembut yang tak bapa nak oke?? ^^ tak penah jumpa lagi.

~::HANAH RISHAS::~ said...

@soooooour

hehehe ^^ wooow... maskulin! eheheheee XD

Anonymous said...

selalu boy yg lembut ni handsome2 dri boy yg keras haha

Anonymous said...

sy da bkenalan lelaki jenis mcm tuu.. wlau nmpk je lmbut tp die still seorg lelaki sama naluri lelaki yg lain..insyaAllah... beliau merupakan bakal suami sy.. :) kami merancang utk menikah..