Friday, December 16, 2011

Pengalaman Seorang Budak Lelaki.

Assalamualaikum.

Tadi, aku baru aje telefon my beloved mommy, bercerita itu dan ini. gegelak bersama dan yang pasti aku gelak paling kuat. Haha. Tiba-tiba rindu pula kat keluarga ==* Oh ya, nampak tak title kat atas tu? Nampak? Haha. Nak cerita sikit pasal pengalaman seorang insan bergelar lelaki ni. Macam serius aje kan. Haha.

Sebenarnya apa yang aku nak kongsi ni bersangkut-paut dengan adik bongsu aku, Asyraff. Dua hari yang lepas, adik aku ni dah selamat dikhatankan atau bersunat. Majlis berkhatan ni disertai hampir seratus orang kanak-kanak dan berlangsung di Kulai, Johor. Bila ramai-ramai, maka adik aku yang terkenal dengan sifat penakut tu dah jadi berani. Kata abah, bukan main seronok adik main air before dikhatankan. Tapi lepas tu, faham-faham aje lah.

Sehari selepas tu, aku telefon dan bercakap dengan adik. Aku tanya, menangis tak masa nak sunat tu? Adik aku pun jawab dengan yakinnya tak menangis pun. Lepas tu aku tanya lagi and slowly dia jawab adik nangis sikit aje. Haha. Apa lagi, gelak berguling-guling aku time tu. Memang dah agak dah. Bila mak cerita apa yang jadi time majlis tu, memang padanlah adik menangis. Bukan hanya adik aje yang mengalir air mata ketakutan, tapi semua budak-budak kat situ, bila tiba giliran terus melalak. Ada juga yang lari macam Ijat dalam Upin Ipin tu.

Kata mak lagi, adik mungkin mengalami kesakitan semasa dikhatankan dan ubat bius yang disuntik waktu itu tak berkesan mana. Nasib baik mak tak ikut temankan adik, hanya abah aje yang pergi. Kalau tak, mak aku pun ikut menangis tengok anak dia menangis. Lepas tu, abah kata, ini kali terakhir abah hantar anak pergi bersunat kat majlis macam tu. Tak sanggup tengok anak tanggung sakit. Better pergi swasta, macam adik aku Juan tu dulu. Rilex aje bila balik dari bersunat. Silap adik jugak yang nak sangat join kawan-kawan dia, bersunat secara berjemaah. haha.

Ditanya lebih lanjut mengenai perasaan adik aku tu, dia menjawab dengan serius bahawa beliau tidak akan sesekali melakukan khatan itu lagi. Haha. Adik oi, orang buat benda tu sekali aje lah seumur hidup. Aku rasa adik aku akan berlari laju-laju apabila terlihat kelibat tok mudim. Serius, dia fobia.

Muka tersenyum manis ni, kalau dah menangis, mahu runtuh langit. Nampak cool, tapi penakut sebenarnya. Kahkah!

terima kasih kerana sudi baca :')

notahujungkaki: Adik sangat bahagia di rumah ketika ini. Al-maklumlah, baru lepas bersunat, maka mak jaga dia macam baby tu. Asyik makan, tengok tv, tidur macam ular. Nak makan pun mak bawakan makanan masuk dalam bilik. Heaven kan? ==*

2 comments:

Anonymous said...

bius mmg memainkan peranan penting...hahaha...

~::HANAH RISHAS::~ said...

@soooooour

yeah.i do think the same.hehe ^^ penahan sakit, kan :')