Wednesday, December 7, 2011

Satu Nama, Banyak Benda.

assalamualaikum.

ini merupakan entri pertama bagi bulan disember. bila dah lama tak menaip macam ini, maka aku akan mengalami satu sindrom payah nak bina ayat, susun ayat dan sebagainya yang ada kaitan dengan ayat-ayat ni ==" tak tahu nak bermula dari mana.

oh ya, diam tak diam, dah setahun rupanya blog aku ni. progress? not much. mula-mula aje aku akan rajin dan sangat rajin menulis dan berkongsi apa sahaja dengan pembaca. bila tiba masa penyakit malas itu datang, maka aku tak akan sentuh langsung blog ini. 

straight to the point! aku nak kongsi sesuatu dengan kamu semua. semenjak dulu lagi aku selalu terfikir perkara ini. sangat membebankan tahu. ohh, sampai ada waktu aku rasa sangatlah tak mampu nak menanggung bebanan tersebut *ayat menipu. sila abaikan*

rata-rata orang akan panggil lampin pakai buang baby tu pampers walau apa jenis jenama pun. 
ubat gigi jenama fresh&white ke, darlie ke, apa ke, orang akan sebut colgate.
apa jenama mee segera pun dibantai panggil maggi. famous, kan?
bukan ke softlan tu jenama pelembut kain, tapi selalu dengar orang akan kata nak beli softlan, sedangkan time beli tu brand lain.

aku rasa ada lagi kot benda-benda yang dipanggil dengan nama bukan dari jenama dia sendiri. if korang tahu, pm aku. haha.

thanks reading this :')

notahujungkaki: rasa sangat tak sabar nak berjumpa dengan minggu study week. waktu itu, aku nak habiskan masa berehat sambil menelaah, baca buku for exam. oh, ayat itu sangat, bukan macam aku. haha. ----> cuti semester akan datang ni hanya dua minggu aje, maybe ==" peace!

5 comments:

kura said...

sy sedang makan meggi cintan.. Ehh. hahah

~::HANAH RISHAS::~ said...

@kura

haha:') bercintan cintun laa dgn meggi cintan tu. hehe ^^

~::HANAH RISHAS::~ said...

@kura

haha:') bercintan cintun laa dgn meggi cintan tu. hehe ^^

Jendela Hati said...

haah kan... sbb brnd tu yg kuar n femes dulu... mcm gak milo...

mmg lama dik, akak tggu entry adik nak kuar hehe

~::HANAH RISHAS::~ said...

@jendela hati

oyeahh..milo! haha.mmg betol tuh kak. untung jadi yang first kan.hehe ^^

thanks singgah dan sudi baca entri sy. :')