Monday, April 30, 2012

Kutip Pengalaman & Me in Class.

Assalamualaikum.

Diam tak diam, esok dah masuk bulan lima. Ya, bulan Mei. Cepatnya! Ini bermakna hanya tinggal lebih kurang empat minggu aje lagi before final exam. Dan ini bermakna juga hanya ada kurang tiga ke empat minggu untuk submit full project. Waaaaaa #menangis. Ah, tak payah pikir pasal project ke, apa ke. Huh. Sekarang aku bergelar student tahun akhir yang betul-betul akhir. Haha. Means lepas ni, habis aje exam, and lepas raya, maka aku akan pergi praktikal. Praktikal?? Weeehooo... kerja beb. Haha. Dah tak pandang buku atau pergi kelas atau tergesa-gesa pinjam jawapan exciment kawan-kawan.

Sebelum ni, aku pernah menjalani latihan industri ketika Diploma dulu. Pengalaman LI tu tak berapa nak manis untuk disimpan elok-elok dalam fikiran. Minggu pertama aku kat sana, berjurai air mata setiap kali aku telefon parent aku. Nak balik, nak balik. Itu ajelah yang keluar dari mulut aku. Macam budak kecik kan? Hah, rasa nak bagi penampar pun ada. Haha. Tapi minggu pertama aje. Masuk minggu-minggu seterusnya, aku mengagahkan diri dan hati untuk terus stay sampai hujung walau berdepan dengan seorang wanita yang bias.

Tak elok kan nak buka sisi negatif seseorang sebab kita sendiri tak suka bila orang buka part negatif yang ada dalam diri kita. Yang boleh aku simpulkan, selama LI kat sana, aku belajar untuk berurusan dengan orang-orang cerewet, yang pikir dia aje yang betul. Memang mendidik aku supaya sabar. Betul-betul punya sabar -.-'' Sabar aku pun selalu jugak cari pasal. Benda yang dia suruh buat awal, aku buat last. Nak balas dendam konon. Time tu tak berapa nak fikir dengan lurusnya. Ikut hati yang sakit, memang begitulah jadinya. Itu dulu. Sekarang aku lebih matang dalam berfikir. Ah, bajet aje aku ni. Haha.

Aku ambil pengalaman LI nanti sebagai langkah pertama sebelum aku masuk ke alam pekerjaan yang sebenar-benarnya. Kena persiapkan diri. Mungkin aku perlu berdepan dengan orang yang seribu kali lebih menyakitkan hati atau jenis yang sangat cerewet. Who knows? Dunia kerja lain sama sekali dengan dunia belajar. And aku lebih suka student life. Aaaaa... dah nama student, paling-paling tension pun sebab exam dan kerja sekolah. Tak gitu?

Ini keadaan penglihatan aku sewaktu kelas. Almost everyday. Teruk, kan? Buruk betul perangai. Tapi nak buat macam mana, asal dalam kelas mengantuk. Asal mengantuk, mesti dalam kelas. Haish...-.-" Aku rasa kelas tu macam tempat yang paling selesa untuk tidur. Haha. #lukisanburuk,tangankayu.

Terima kasih sebab sudi baca :'))

notahujungkaki: Pejam celik, pejam celik, dah hampir tamat pengajian aku kat sini. Macam baru semalam aje daftar masuk. Macam baru semalam aje aku kenal dengan kawan-kawan aku yang oshem itu. Bila dah tinggalkan dunia pelajar ni nanti, tentu aku akan merinduinya. Macam aku rindu nak jadi budak sekolah pakai baju kurung putih kain biru tu. Eh, esok hari pekerja. Hari pelajar tak ada ke? Kehkeh.

2 comments:

kura said...

normal. sidrom masuk kelas ngantok. peh.

~::Qie Shea Haris::~ said...

@kura

weehooo...^^