Wednesday, May 9, 2012

Kami Terbang Ke Taman Seoul.

Assalamualaikum.

Lenguh-lenguh kaki toksah nak cakap. Macam nak tercabut skru pun ada. Letihnya jangan cakap. Mahu pengsan daa. Kami bersungguh-sungguh meredah panas terik sang mentari. Berpeluh-peluh, panas. Dalam hati terdetik, kalaulah Malaysia ni ada musim sejuk, salji bagai kan best. Tetapi kami kuatkan semangat. Ya, semangat membara nak pergi Taman Seoul. Tahu Taman Seoul? Ala, Seoul Garden tu. Yang bayar sekedepuk then makan puas-puas tu sampai nak pecah perut tu. Apa hal kau ni? Over pulak! Orang lain dah tahu lama dah.

Seoul Garden. Dengar cerita dari kawan-kawan, semua kata best. So dalam fikiran confirmlah best kan. Boleh makan banyak-banyak. Duduk situ lama-lama. Tu yang excited lebih nak pergi sana. Time nak cari tempat pun ada satu ujian iaitu kami tak tahu kat mana Seoul Garden tu. Ni baru cari kat negara sendiri, belum cari kat negara Korea tu. Jawabnya memang menangis sesat jalanlah -.-''

Bila dah duduk dalam Seoul Garden, aku rasa tempat tu biasa aje. Makanan pun biasa-biasa. Jujur aku katakan, aku kurang in dengan makanan yang disediakan. Semua makanan macam ada rasa herba-herba. Kurang sedap! Haha. Kurang sedap pun mahu kembung perut duk mengunyah itu ini. Hanya ais-krim, kuih yang-tak-tahu-apa-nama (macam popia bentuk segitiga, kecil saiznya dan manis-manis isi dalamnya), nugget, itu aje yang mampu ditelan dengan hati yang senang.

Kata kurang sedap, tapi pinggan mangkuk dah kosong. Haha. Beraksi comelss saat perut separuh kenyang. Mengada!

Mangsa-mangsa yang digrillkan oleh kami seperti udang, kupang, ayam dan sotong. Sotong memang tak sedap langsung. Serius! Kesian kat salah seorang kawan yang naik biru muka pasal terpaksa menghabiskan semua sotong-tak-sedap itu. Moga-moga beliau tak trauma dengan makhluk sotong :)

Udang... maaf kerana terpaksa memasak kamu. Tamatlah riwayat udang-udang itu di dalam mulut kami. Haha. Udang tu pun rasa pelik aje -.-'' Tapi kami telan juga. 

Muka bahagia perempuan-perempuan yang kekenyangan. Comel laa tuuuu.

Overall, Seoul Garden di Melaka Parade biasa-biasa aje. Baik dari segi makanan yang disediakan, environment dan yang tak best, dalam tu tak luas sangat. Bila ramai orang, maka padatlah tempat itu terutama kat bahagian makanan. Kami makan kenyang-kenyang, telan semua makanan tu walau tak best mana. Itu harus! Kan dah bayar banyak kan. Haha. Nanti rugi. Baik penuhkan perut.

Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: Seoul Garden, maaf... kami tidak mungkin datang lagi. Haha :) Banyak betul benda tak sedap dalam tempat ni. 

2 comments:

kura said...

solgarden best! tp pernah sekali je makan sini. hehhe

~::Qie Shea Haris::~ said...

@kura

waaa... kamu suka solgarden?? sy kurg gemar -.-''