Saturday, May 12, 2012

Akhirnya, Vampire Diaries Season 3 Sudah Tamat!

Assalamualaikum.

Aku memang kipassusahmati Vampire Diaries :) Ohmaigoood! VD season 3 dah tamat. Tunggu punya tunggu, tadi baru aku berjaya menonton VD dengan senang hati selepas sehari dua gigit jari pasal computer down. Dan sepanjang aku tengok episode The Departed ni, memang gigit jari sebab ada banyak kejutan. Jauh gila lari andaian aku before aku tengok episod terakhir bagi musim ke 3 ni.

Pengakhiran cerita kali ini memang boleh diagak kot, macam sebelum-sebelum ni. Ada orang mati tapi sebenarnya tak. Elena memilih antara Stefan dan Damon tapi sebenarnya tak pilih pun. The originals janji nak tinggalkan Mystic Falls tapi tak pergi jugak. Tetapi benda-benda macam tu yang buat aku follow drama ini disamping dua watak utama, Stefan Salvatore dan Damon Salvatore. I love them damn much. Mucho! And Klaus too :)


Elena, Stefan & Damon

'I love him.' - Elena 
'I promise, I will do everything in my power to make sure we all come back.' - Stefan
'Have I told you lately how much I appreciate you not being the dumbest brother on earth?' - Damon

Dalam season kali ni, Damon lebih banyak menunjukkan sikap ambil berat terhadap Elena sampaikan Elena yang frust dengan Stefan tu mula rasa suka dan terkeliru dengan perasaan sendiri. Ya, Damon memang hebat dengan sikap selamba dan lawak dia tu. Nampak jahat tetapi sebenarnya baik :) Stefan pulak bila dah dapat humanity dia semula, dia seakan mahu menolak Elena jauh-jauh dari hidup dia. Dalam masa yang sama dia sebenarnya menyeksa diri sendiri. Ah, konklusi aku semata ni. Haha.

Elena memilih Stefan, kemudian dia cakap kat Damon kalaulah mereka berjumpa dulu sebelum dia jumpa Stefan, tentu keadaan berbeza! Sedih bukan andai korang kipassusahmati Delena? But wait! Di masa lampau Elena, sebenarnya dia dah pun jumpa dengan Damon dulu sebelum Stefan selamatkan dia, tapi dia dah dipukau supaya melupakan pertemuan antara dia dan Damon. Lepas tu, sejarah macam berulang semula, macam mana Stefan datang selamatkan Elena sewaktu dia terlibat dalam kemalangan dan jatuh dalam air, macam itu jugalah berlaku sekarang. Cuma kali ni Elena mendesak Stefan supaya menyelamatkan Matt. Oh, Elena lemas tapi dia hidup semula. 

Maybe sebab darah vampire dalam badan dia cukup kuat dan dia tak sedar keadaan itu. Volla! Elena rupanya vampire dan dia dah ingat semula apa yang berlaku sebelum dia dipukau oleh Damon. After that muncul laa plot cinta tiga segi antara Stefan, Elena dan Damon. Menarik bukan kalau ianya berlaku seperti dalam kepala aku sekarang ni? Cuma perlu makan hati ajelah sebab terpaksa menyaksikan cinta bersegi ini.

Tyler, Caroline & Klaus

Klaus, dia vampire yang sangat pentingkan diri sendiri. Dalam The Departed, dia mati selepas dibunuh Alaric tetapi dia hidup kembali setelah mempergunakan Bonnie dan Tyler. Elijah dan Rebekah jugak percaya Klaus dah mati. Ya, mereka sedih dan sebab itu Rebekah tak pegang pada janji apabila dia menyebabkan kereta yang dipandu Matt dan Elena terjunam jatuh ke dalam sungai. Oh, sangat kasihan pada Caroline saat-saat terakhir sebelum Tyler mati. I will miss Tyler in his real body, not Klaus. Andaian aku, mungkin Klaus dapat bercinta dengan Caroline menggunakan badan Tyler. Kan dia memang dah jatuh cinta kat Caroline, kan? Oh ya, Alaric pun mati dalam episod kali ni. Tapi aku percaya, Alaric akan tetap mucul dalam musin ke 4 Vampire Diaries nanti :) Kan dorang memang suka tampilkan watak yang dah mati, kan? Hehe.

Korang tahu tak, aku rasa macam dapat temgok keseluruhan plot VD season 3 ni dalam masa tak sampai 1 jam. Ya, semuanya macam satu summary :) Cumanya aku sangat-sangat nak tahu siapa yang dapat Elena nanti. Adakah Stefan atau Damon? I am Stelena fan, also Delena fan. Mengada nak dua-dua. Ini sebab tak mahu hati frust #Counting, bila VD season 4 nak keluar.

Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: Aku mampu menulis entri panjang lebar apabila ianya berkaitan denga Vampire Diaries. Haha. Harap mata korang tak juling baca :) And you know what, aku sangatlah suka dengan semua soundtrack dalam Vampire Diaries. Eh, siapa lagi kipassusahmati-suka-tengok VD? Sila angkat tangan! :)

2 comments:

Liesa Azemi said...

Mcm seronok je cite ni. Tapi dh habis pulakkk :D

~::HANAH RISHAS::~ said...

@Liesa Azemi

Seriously, VD best :) tak rugi follow. Liesa kena tengok dari awal, tunggu season 4 pulak. ahaks :)