Sunday, May 13, 2012

Dear VD, Y U Makes Me So Excited?

Assalamualaikum.

Masih tak habis lagi dengan VD. Mood VD menular dalam diri sampai membuatkan aku selongkar google untuk cari sedikit teaser untuk Vampire Diaries Season 4. Gigih bukan? :) Kalaulah kegigihan aku ini lebih terarah kat assignment dan segala projek yang ada, kan bagus. Kalaulaaahhhh kan.

Finale season 3 sedikit sebanyak gambaran tentang season akan datang. Banyak jugak informasi yang aku dapat, then aku petik kata-kata pengulas dan pegkritik drama ni. Ada sedikit tekaan aku mengena. Ya, Elena akan jadi vampire bila Meredith beri darah vampire kat dia selepas dia lemas dalam episod last hari Khamis tempoh hari. Ohmaigoood! Sebelum ni, kita disajikan dengan bagaimana cara Caroline adapt kehidupan dia sebagai vampire, now turn Elena pulak. Walau pernah lihat Nina sebagai Katherine tu sebagai vampire, tapi lain dengan Elena. Dia kan pernah mengharapkan hidupnya tak ada langsung kaitan dengan vampire. Tapi sekarang, dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa dia ada vampire. #Tekaan aku mengena lagi :)

Kenyataan ini, yang bakal diutarakan, tentu akan membuatkan team Delena rasa kemenangan di pihak mereka. Elena akan mengingati semua pertemuan pertama dia dengan Damon sebelum Stefan. Consider Elena ada kata keadaan tentu berbeza kalau mereka berjumpa terlebih dahulu, tentu dapat agak macam mana plot seterusnya, kan. Oh, aku frust sebenarnya. Macam mana ni? Bila Elena pilih Stefan, aku frust. Elena dengan Damon, pun aku frust. Aiyooo... Hakikatnya, aku tak mahu Elena pilih sesiapa, biar dia jumpa vampire lain yang sama hot seperti Stefan dan Damon.

Bagi team Klaroline, anda tentu tersenyum saat mengetahui spirit Klaus masih ada dan menghuni tubuh Tyler. Memang excited nak tengok Klaus bercinta dengan Caroline tapi lagi best andai Klaus itu ditubuhnya sendiri. But then, tertanya-tanya, macam mana dengan Tyler? Selamat ke spirit dia? Bonnie dah masukkan spirit dia dalam tubuh yang lain macam Drop Dead Diva atau sebenarnya dia ada dalam tubuh sendiri bersama Klaus? Seriously, aku lagi suka Klaus bersama Caroline :) 

I am Stelena fan. I am Delena fan too. And I am Klaroline fan too :) Mucho!

Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: Dalam kepala penuh dengan VD. Masih terkejut dengan apa yang berlaku dalam The Departed. Oke, lepas ni aku kena fikir kerja-kerja sekolah yang menimbun tu. Haha. Kalaulah fikir... #Kawanku Nina perasan Elena Gilbert tu sangat happy-gila-punya-happy untuk tengok VDS4 sebab dia team Delena. Eleh. Sekali Delena jadi Stelena. Haha.

No comments: