Friday, April 6, 2012

Tag Tag Tag.

Assalamualaikum.

Buka aje mata tadi, aku tengok dua orang kawanku yang comellsss dah tak ada. Rupanya mereka dah pun menurunkan diri dari kayangan ke bawah dan berdesuppp pergi ke MC. Ah, untunglah dapat balik malam ni. Aku jugak yang balik esok bersama si comel-lote-mek klate Sue :') Oh, salah seorang kawanku, Cikimon telah pun menitipkan satu pesan berhemah buat aku yang baru bangun tidur. Dalam blur-blur tu aku bukak lah blog dan tetiba ditag oleh beliau. Oh, ohsem sungguh beliau mengtag aku dengan banyak soalan yang perlu dijawab. Adesss... -.-"

Syarat tag-mengtag ni seperti di bawah:

-Tak boleh tag orang yang sama.
-Copaste syarat-syarat ini kat dalam entry.
-Paling penting, mereka tahu anda telah menge'tag' mereka :')
-Ceritakan 11 perkara tentang diri anda.
-Akhir sekali, jawablah soalan yang telah diajukan dengan oshemnya oleh peng'tag' anda itu. Lepas tu buat soalan untuk mereka-mereka yang bakal anda tag.



Ini part yang paling susah-gila-sampai-nak-pengsan pasal kena cerita perihal diri sendiri. 11 things about me yawww :'))

-Anak jati Johor.
-Anak pertama daripada 4 orang adik-beradik.
-Seorang yang simple, mudah diajak berbicara.
-Sometimes 'hypercakap'.
-I hate to hate people. So, bila marah cepat reda. Tapi kalau betul-betul marah, I can be like makhluk hijau badan ketak-ketak tu.
-Saya suka makan dan tidur dan makan dan tidur dan makan. So jangan tanya kenapa I gebu. Haha.
-Suka baca komik :'))
-Love hottest-brothers-ever Stefan Salvatore&Damon Salvatore damn much! 
-Si penggila-kucing-tahap-dewa.
-Sukakan art walau tak faham pun.
-And make it simple, only Allah knows who I am :')

Berpeluh-peluh den tulis pasal diri sendiri ni. Cabaran yang mencabarrrr sungguhlah. Ni memang kes tak kenal diri sendirilah ni. Haha. Now, giliran perah-otak-sampai-kering nak jawab soalan-soalan yang dah diberikan oleh si oshem Diera.

1. Perangai kamu yang paling buruk.
Perangai buruk? Oh, semestinya yang kuat-mengantuk-mahu-tidur dalam kelas. Haha. Asal kelas aje mengantuk. Asal mengantuk aje mesti dalam kelas.

2. Tempat yang nak sangat dikunjungi.
Teringin sangat nak pergi Langkawi. Kesian kan aku ni. Sampai sekarang tak pernah sampai sana. And another place I really want to go ---- Makkah. Latest, Bora Bora Island. Gila-tak-hengat mahal tiket nak pergi sana -.-"

3. List 5 gadget yang menjadi pujaan hati.
Apple iPhone, Samsung Galaxy Tab, Nintendo Wii, DSLR camera, Sony VAIO P-series

4. Kenangan yang tak dapat dilupakan.
Kes degil-tak-dengar-kata, kena kejar dengan abah, tawaf keliling rumah. Tu lah, dah kata jangan keluar main sebab hari nak hujan, aku curi-curi keluar ikut jugak geng tak sejantina mandi sungai bagai. Lepas tu, seminggu hukum tak boleh keluar main. Balik sekolah, terus berkurung dalam rumah. SEKSA! 

5. Cerita yang paling poyo yang pernah dengar.
Cerita si A dan si B yang tak sengaja berlanggar, then bertentang mata, ada aura-aura menusuk-nusuk, terus jatuh cinta. Hah, poyo lah tu kan kan.

6. Ciri-ciri lelaki idaman.
Lelaki itu banyak duit, kacak, bergaya, cool ala-ala Damon Salvatore. Apa kebodohnya lah aku punya ayat ni. Yang sejujurnya, dia boleh menerima diri ini seadanya. Mampu membimbing aku menemui jalan bahagia di dunia dan di akhirat. Sobs.


7. Makanan kegemaran.
I love masakan ala-ala kampung. Weehoooo :') Ikan keli masak lemak cili api, ikan bakar.


8. Suka genre lagu yang macam mana.
R&B, balada, hiphop, jazz, country. The truth is I boleh in dengan semua lagu asalkan sedap didengar :')


9. Cita-cita nak jadi apa.
Cita-cita nak jadi lebih kaya daripada orang yang paling kaya.


10. Impian waktu kanak-kanak.
Nak cepat membesar, means nak jadi dewasa sebab orang dewasa boleh buat apa-apa tanpa perlu minta kebenaran sesiapa. Tapi sekarang saya rasa saya nak kembali ke masa kecik-kecik. Sobs.


11. Saya baik hati dan comel kan?
Erkkk...

Done jawab semua soalan dengan jayanya walau rasa macam dah fening kefala kerana banyak berfikir. Sekarang turn aku pulak mengutarakan soalan kepada mereka-mereka yang bernasib baik itu. Wakakaka. Si oshem yang telah ditag, ini soalan untuk anda :')

1. Benda yang paling kamu sayang.
2. Kenangan terindah yang tak boleh lupa.
3. Berapa kali pernah jatuh cinta?
4. Sikap kamu yang paling oshem/paling bagus.
5. Bila free, kamu suka buat apa?
6. Kamu paling suka.......
7. Kamu paling benci.......
8. Impian kamu.....
9. Tabiat buruk kamu.
10. Sekarang ada minat kat sesiapa tak?? Jawab dengan jujur tahu. Haha.
11. Superhero kamu.....

Dipersilakan jawab wahai Mahizan Maira dan Aisy Yumni :')

notahujungkaki: Penat menaip, penat berfikir. Penat nak baca balik hasil tulisan sendiri. Entah apa-apa aje lah aku merapu kat atas tu. Wakakaka.

1 comment:

kura said...

oooo yeahhh. wujud lg benda tag mengetag ni. heheh