Tuesday, April 2, 2013

[Novel] : Sinopsis Cinta Jangan Kau Pergi.

Assalamualaikum.

Pertama sekali, nak ucap terima kasih for those who yang sudi datang baca e-novel dalam blog serba-serbi kurang ini :) Hari ni, aku nak up entri pasal sinopsis Cinta Jangan Kau Pergi. Yeahh... well... I know. Dah berpuluh entri CJKP aku letak, baru sekarang nak up sinopsis. Ape daaaa *tepuk kepala sendiri*

Nah... persembahkan, sinopsis CJKP :)


Nurul Ain dan Tengku Hanif- Pertemuan yang mana akhirnya menjerat Nurul Ain mengikut telunjuk Tengku Hanif. Hidupnya kucar-kacir sehingga dia dibuang kerja gara-gara memenuhi permintaan lelaki itu. Namun Nurul Ain tidak pernah sedar hakikat sebenar disebalik perlakuan Tengku Hanif terhadapnya. Dalam pada itu, kemunculan Faisal- lelaki buta yang baik hati, sedikit sebanyak membuai perasaan Nurul Ain. Hati sendiri bagai sudah jatuh cinta kepada lelaki istimewa itu.

Nurul Ain terkejut bukan kepalang saat mengetahui Tengku Hanif itu ialah abang tirinya, yang mana berusaha menemukan dia dan ayah kandungnya, Datuk Awang Kader. Diceritakan, dia hilang sewaktu kemalangan yang meragut nyawa ibunya lebih dua puluh tahun yang lalu. Sukar untuknya menerima kenyataan itu, ditambah dengan penipuan Tengku Hanif yang mempunyai kaitan dengan Faisal- lelaki cacat penglihatan yang mulai mendapat tempat dalam hatinya. Atas nasihat dan pujukan ibu angkatnya, Nurul Ain akur akan takdir yang telah tertulis buatnya.

Irfan Khairel- Dia pernah menelan sakitnya ditinggalkan. Pintu hatinya tidak pernah diketuk dan dia tidak akan membenarkan rasa itu menyelubungi diri sekali lagi kerana cinta dan kasihnya bagai terpahat untuk insan yang telah melukai hati. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu! Kehadiran seorang gadis merubah segalanya. Rasa yang pernah hilang itu kembali membuai diri. Sungguh, dia ikhlas mencintai Nurul Ain!

Hakikat rasa yang menghuni hati tidak mungkin mampu dilihat oleh mata kasar. Laksana rahsia bagi setiap jiwa. Cinta, kasih, sayang, dendam dan benci bagai adunan yang mana akhirnya menentukan ke mana hati itu pergi. Dalam bahagia, ada kecewa. Dalam cinta, ada derita. Dalam benci, ada dendam dan pengkhianatan itu akhirnya wujud untuk memuaskan hati yang tidak pernah bersyukur akan percaturan Yang Maha Agung.

Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: CJKP dah selamat dihantar untuk penilaian terbit pagi tadi. Pheww... -..-" Semoga CJKP memenuhi kriteria yang tertakluk di dalam terma dan syarat. Hihi :) Doakan ye :) Sinopsis ini hasil penyatuan kepala aku dan lil sista. Hihi. Mekasih sayangss. Selalu rela dipaksa. Hahaha :D

4 comments:

Waisya Carissa said...

WC baru pertama kali singgah blog ni... baca sinopsis CJKP macam menarik... nanti ada masa WC maraton...

~::HANAH RISHAS::~ said...

@wild cherry

Hi WC :) Thanks drop sini and sudi baca CJKP.

Anonymous said...

Bla nk pblshkn novel yea??xsabar ase.. :)

~::HANAH RISHAS::~ said...

@anonymous

Mss CJKP dh dihntar utk dinilai.kalau ad rezeki,insya-Allah...ada laa nanti.
Btw,mekasih sudi baca yehhh :)