"...If you love something let it go. If it comes back to you it's your. If it doesn't, it never was..."
BAB 4
KELAM-KABUT dia meluru ke pantry. Tanpa
melihat skrin yang berkelip-kelip pun, dia sudah tahu siapa pemanggil di hujung
talian.
“Kau
ke mana? Kenapa lambat masuk? Tu, mak cik tu dah angin dah tu Ain oi!”
Kedengaran mendesah gusar suara Anisa mengetuk jendela telinga.
Nurul
Ain garu kepala hingga selendang yang melekap di kepala jadi senget.
“Aku...
aku...” Kening hampir bertaut rapat. Ekor mata melirik jam di tangan sendiri.
Sudah hampir mencecah jam sepuluh pagi. Sempat dia memanjangkan leher ke luar
pantry. Kelibat Tengku Hanif dilihat sedang berjalan memasuki ruang pejabatnya.
“Satu
jam lagi, aku sampai sana.” Yakin dia memberitahu.
“Satu
jam? Lama tu. Tadi kau kata nak keluar sekejap. Tiba-tiba hilang macam tu aje.
Sakit telinga aku dengar mak cik tu membebel.” Anisa terus hambur rasa yang
menjerut hati. Tidak senang duduknya dalam kedai itu.
Jauh
di sudut hati, dia kasihankan Anisa. Namun, apa yang boleh dilakukannya?
Sepasang kakinya sudah pun dirantai dengan besi dan bermangga sebesar gajah.
Tidak boleh lari ke mana-mana.
“For
sure, pukul sebelas nanti aku sampai. Kau tunggu.” Nurul Ain meyakinkan.
“Cepat
tau!” Anisa mengingatkan.
Nurul
Ain tersandar lemah ke dinding sebaik panggilan itu tamat. Berlegar pelbagai
andaian dalam kepala. Jangan sampai dia dibuang kerja, sudah.
SEGALANYA bermula akibat kecelakaan yang
berlaku di Coffee House beberapa hari lalu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur
demi mengenangkan kesalahan sendiri. Tea lady, itulah jawatan yang disandang
secara separuh masa.
Setelah
ditimbang-tara, serta mendapat persetujuan Tengku Hanif selaku mangsa kejadian,
tepat jam sepuluh pagi dan tiga petang, dia harus menyediakan minuman untuk kakitangan
di jabatan berkenaan, yang terletak di tingkat enam bangunan Menara
Global.
‘Untunglah
manusia-manusia ni. Nak minum pun ada orang sediakan.’ Hati sering berbisik
pada ketika tubuh badannya bergerak ke hulur hilir, menyorong troli sederhana
kecil dari satu meja ke meja yang lain.
“YA ALLAH!” Teriakan itu nyaris meruntuhkan
semangat Nurul Ain. Apatah lagi menyedari baju putih berjalur kelabu yang
dipakai lelaki itu telah tercemar dengan air nescafe.
“Maaf!
Maaf!” Buru-buru Nurul Ain mencapai beberapa helai tisu, lalu mengesat kesan
kotor tersebut.
“Saya
tak sengaja. Maaf,” tuturnya.
“It’s
okay.” Irfan berkata tenang. Helaian tisu lembab itu diambil dari tangan Nurul
Ain.
“Tak
sengaja, kan?” lanjutnya. Segaris senyuman kecil menghiasi bibir.
Nurul
Ain berundur beberapa langkah ke belakang. Menggigil tangannya. Cawan dan
piring tadi dimasukkan ke dalam singki. Pili paip dipulas. Mencurah-curah air
keluar dari bibir paip membersihkan kekotoran yang memalit barangan seramik
tadi.
Irfan
menghampiri singki. Tangan kanan disua ke bawah curahan air dengan kelima-lima
jarinya bertaut rapat. Belum pun sempat dia membasahkan kesan kotor pada
bajunya, Nurul Ain pantas menegah.
“Nanti
kesan kotor tu bertambah teruk kalau basuh macam tu aje,” beritahu Nurul Ain.
“Really?”
Tidak pula dia tahu sebelum ini.
“Encik
letak ini sikit dekat baju tu.” Nurul Ain mengunjuk sebotol sabun tangan Dettol
kepada Irfan.
“Sapu
bagi bersih sikit, baru cuci dengan kain ni,” lanjutnya. Sehelai tuala lembab
dihulur pula.
Terangguk-angguk
kepala Irfan. Sesekali dia mengamati roman wajah sang gadis yang tampak begitu
asing pada penglihatan.
“You
pekerja baru ke?” ajunya.
Nurul
Ain garu dahi. Status dia di sini bukan seorang pekerja, kerana istilah pekerja
itu ada mereka yang berkhidmat dengan bayaran gaji. Dia? Bayar ganti rugi.
“Sebagai
apa?” Irfan menyoal lagi. Kesan kotor tadi dibiar kering begitu sahaja.
Belum
pun sempat menjawab pertanyaan Irfan, Nurul Ain terpaksa meminta diri.
Berkali-kali dia tutur kata maaf atas perbuatan yang tidak disengajakan tadi.
Malah hendak memerhati wajah lelaki itu pun, tidak sempat.
Tergesa-gesa dia
meninggalkan ruang pantry tersebut. Masa seakan mencemburi dia. Terasa satu jam
yang hampir berlalu seperti satu saat. Begitu pantas sehingga tiada daya hendak
mengejar.
ANISA mengerling Nirmala yang masih merutuk
marah. Dalam hati, dia mengutuk sikap temberang si bos kecil mereka. Setakat
anak saudara big bos pun, hidung sudah tinggi menjulang langit. Anisa mencebik
geram.
Apabila
Nirmala sudah beransur kembali mengurung diri dalam ruang pejabatnya, barulah
Anisa terkejar-kejar mencari Nurul Ain di bilik sederhana besar, berhampiran
stor di belakang kedai.
Hati
kecilnya diruntun resah mengenangkan ulah Nurul Ain sebentar tadi. Terjerut
jantung mendengar rungutan Nirmala, barangkali. Sebab itu, laju sahaja langkah
Nurul Ain meninggalkan mereka.
“Ain!”
Anisa memanggil.
Senyap.
Anisa
menjenguk ke dalam bilik itu. Kelibat Nurul Ain tidak kelihatan di mana-mana.
Kepala
digaru. ‘Mana pula minah ni pergi?’
“Ain!”
panggilnya lagi.
“Apa?”
Nurul Ain menyahut.
Anisa
menoleh, mencari arah datangnya suara itu.
“Ya
Allah!” Anisa nyaris hilang keseimbangan tubuh. Mujur sempat berpaut pada
dinding.
Nurul
Ain tersengih lebar. “Kenapa cari aku?”
“Kau
ke mana?”
“Tandas.
Sakit perut. Tak sanggup aku tunggu mak cik tu habis bebel. Mahu menggelupur
aku nanti,” kata Nurul Ain sambil mengusap perutnya.
Buntang
mata Anisa. “Kau memerut?”
Nurul
Ain angguk kepala.
“Lah,
aku ingat kau .layan perasaan sedih tadi.”
“Sedih
sebab kena marah dengan dia tu?” Nurul Ain muncungkan bibir ke depan.
“Tak
kuasa aku! Setakat marah-marah macam tu, telinga aku dah kebal lah,” lanjutnya
dengan iringan tawa yang ditahan-tahan.
Tergeleng-geleng
kepala Anisa.
“Sebenarnya
kau ke mana? Tiba-tiba hilang.”
Keluhan
berat meluncur laju dari ulas bibir Nurul Ain. Pelipis dahi diurut lembut.
Berdenyut.
“Aku
tolong kawan aku,” dustanya.
“Faisal?”
teka Anisa.
“Bukan.”
“Habis
tu?”
“Kawan
lain. Jadi, kau kena tolong cover aku. Situasi aku sekarang ni memang trouble
gila.”
Dahi
Anisa berkerut-kerut. “Kau yang trouble atau kawan kau tu?”
“Nanti
aku ceritalah. Tapi sebelum tu, aku nak minta kau tolong aku. Tolong cover aku.
Pandai-pandailah kau jawab kalau nenek kau tu tanya. Lagipun, aku pergi tak
lama. Satu dua jam aje.”
“Lama
hoi satu dua jam tu. Masak aku kena tahan telinga.” Anisa tidak puas hati.
“Please...”
rayu Nurul Ain.
Anisa
juling mata ke atas. Entah apalah yang dirahsiakan Nurul Ain.
“LAMA tunggu?” Nurul Ain mengunjuk rapat
secawan plastik air kelapa muda kepada Faisal. Hanya apabila jari-jemari Faisal
sudah melekat pada cawan itu, barulah dia melepaskan pegangannya.
“Terima
kasih,” ucap Faisal. Senyumnya mekar mewarnai wajah.
“Minumlah.
Sedap tau air kelapa dia,” saran Nurul Ain. Hujung straw disumbat ke dalam
mulut. Minuman sejuk itu disedut perlahan.
“Saya
ada beli sesuatu tau.”
“Beli
apa?”
“Cuba
cium.” Plastik merah berisi didekatkan hampir ke hidung Faisal.
Garis-garis
halus timbul tatkala kening Faisal kian bertaut. “Pisang goreng?”
Nurul
Ain bertepuk tangan. “Markah penuh,” katanya, bersisa tawa kecil.
“Nah,
makan ni. Hati-hati, masih panas,” pesan Nurul Ain. Muncung-muncung bibirnya
menghembus udara ke arah seketul pisang goreng agar sejuk sedikit supaya mudah
Faisal memakannya nanti.
“Awak
ni baik sangatlah, Ain,” rumus Faisal.
Nurul
Ain menoleh. “Baru tahu?” sendanya.
Faisal
sembunyi senyum.
“Sedap.”
Ibu jari diangkat tinggi.
“Kan?
Lain kali, kita datang sini lagi.”
Faisal
angguk setuju. Sesekali dia membetulkan cermin mata hitam yang bertenggek di
batang hidung.
“Adik-adik
dekat rumah anak yatim tu, sihat semuanya?”
“Rumah
anak yatim?”
Spontan,
Nurul Ain menoleh. “Eh, kata semalam pergi rumah anak yatim sebab ada event
amal dengan kawan-kawan awak.”
Agak
lama Faisal berdiam diri, sebelum akhirnya dia membutirkan bicara. “Lupa.”
“Baru
sehari, dah lupa. Tu banyak makan semutlah tu,” seloroh Nurul Ain. Ekor mata
sempat membelah paras tenang Faisal. Biarpun tongkat menjadi sahabat sejati
lelaki itu disepanjang hayatnya, kecacatan tersebut langsung tidak menjejaskan
personaliti Faisal, rakan istimewa yang dikenali beberapa bulan lalu.
“Macam
mana pula dengan kerja awak?” Teraba-raba tangannya mencari tongkat putih yang
diletakkan berhampiran tempat duduknya.
Ungkit
sahaja soal kerja, perasaan Nurul Ain langsung bertukar gema. Pelbagai perkara
datang menerjah otak secara serentak.
“Ada
masalah?” duga Faisal apabila pertanyaannya tidak pantas berjawab seperti
kebiasaan.
“Masalah
tu, kan perkara biasa. Normal,” sahut Nurul Ain.
“Saya
sedia mendengar kalau awak nak kurangkan beban masalah tu,” tawar Faisal.
Nurul
Ain tersenyum nipis. Apalah yang mampu dilakukan Faisal untuk membantu dia?
Bukan memperkecilkan kemampuan lelaki itu, tetapi memang tiada siapapun mampu
merungkai permasalahan yang terpaksa ditanggung.
Sabar,
itu yang selalu dibisikkan pada hati. Apa yang dilalui hari ini sebagai balasan
atas kecuaian sendiri.
SEBAIK ternampak kelibat Tengku Hanif, Datin
Sabrina pantas mengejar. Tidak sempat bertanya apa pun, nama Kathy dahulu yang
meluncur keluar dari mulut wanita itu. Tengku Hanif hanya mampu menghembus
nafas berat. Siang malam, jendela telinga disua dengan butiran nama itu,
sehingga naik sempit ruang pendengaran sendiri.
“Hanif
lupa, ma.” Tengku Hanif merebah tubuhnya di kerusi lembut, terletak di tangah
ruang tamu berkeluasan dua puluh kaki. Mata dipejam rapat. Sebelah tangan
menanggalkan butang satu per satu, sehingga mendedahkan bahagian dadanya.
“Macam
mana boleh lupa? Kan mama dah ingatkan Hanif, petang ni jemput Kahty, pergi
makan malam dengan dia. Entah berapa lama dia tunggu Hanif dekat rumah dia tu.”
Bebelan Datin Sabrina umpama tidak menemukan titik noktah. Berjela-jela.
“Hanif
dari mana?”
“Dari
officelah, ma.”
Datin
Sabrina mencekak pinggang. “Mama call Lufiya tadi. Dia kata Hanif keluar awal.
Even papa pun tak sempat nak nampak
batang hidung Hanif tadi.”
“Hanif
ada hal dekat luar. Tu yang balik awal.” Penuh tertiba Tengku Hanif menjawab.
“Apa
yang disibukkan sangat dekat luar tu sampai lupa Kathy?”
Tengku Hanif memaksa
diri duduk tegak. Kedua belah siku terpacak di kepala lutut, manakala telapak
tangan meraupi wajah. Jelas, dia keletihan.
“Mama,
boleh tak kalau tak sebut nama Kathy?” Tengku Hanif menongkat dagu pula.
“Kenapa
tak suka? Esok lusa, hari-hari kamu nampak Kathy, tahu.”
Rambut
dilurut perlahan. Hendak ditentang lebih-lebih, nanti dia digelar anak derhaka.
Kalau hati sudah tidak suka, hendak dibuat bagaimana lagi?
Dia
bingkas berdiri.
“Hanif
naik atas dululah, ma.”
“Hah,
itulah! Kalau cakap pasal Kathy, laju aje dia lari.” Datin Sabrina mengigit
bibir tanda geram. Kecil sahaja dia pandang Tengku Hanif yang sudah mula
mengira anak tangga naik ke tingkat atas.
Sampai
di anak tangga terakhir, Tengku Hanif berhenti melangkah. Kepala menjenguk ke
bawah. Sayup-sayup kedengaran bebelan Datin Sabrina. Spontan, dia ketawa kecil.
Kalau Datin Sabrina tidak putus asa memadankan dia dengan Kathy, dia juga sama.
Bukan mudah untuk meruntuhkan hijab hati sendiri. Perasaan itu tidak pernah
hadir untuk Kathy.
Sambil
bernyanyi kecil, dia kembali mengira jejak menuju ke ruang peraduan. Pintu
dikunci rapat. Sekarang, inilah dunianya. Terpinggir dari bicara berbaur
desakan Datin Sabrina, jauh dari bayang-bayang Kathy.
Tubuh
dihempas longlai atas kamar lembut. Senyuman halus bergulir di ulas bibir.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Hey hey! Esok puasa.. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment