Sunday, January 18, 2015

[Novel] : Usah Lepaskan Bab23.

Assalamualaikum.






"...Recite the Quran, for on the day of resurrection it will come as an intercessor for those who recite it..."









Bab 23
SHE’S your sister.
            “Correction... anak angkat parents I.” Tegas Fatma.
            Adlan bersandar. Kedua belah tangannya merentangi dada. Kali pertama berdepan kakak Amiera, buat dadanya hendak pecah. Perhitungan kali kedua harus dilalui, namun jelas, ia langsung berbeda ketika kali pertama isu ‘malapetaka’ itu dibincangkan bersama Shahreza.
            “Bersungguh betul you tak nak I kahwin dengan Amiera. Why?” Adlan curiga.
            Fatma beriak selamba. Straw disumbat ke dalam mulut. Minuman jus buah campuran disedut sedikit.
            “Jawapan I mudah aje, jangan musnahkan masa depan sendiri.”
            “What?” Adlan tertawa.
            Roman Fatma meriak hairan. Kerut-kerut halus melatari dahi licinnya.
            “You memang nak jadi pak sanggup?”
            “You ada masa kejadian tu?”
            Fatma mengangguk malas.
            “So? Ini tak ada kena mengena dengan isu sanggup ke tak sanggup.” Kali ini Adlan membalas tegas.
            Tubuh dibawa bersandar. Sedang leret mata masih setia membidik paras Adlan.
            “It’s up to you. Perempuan tu, bukanlah baik mana.” Fatma tayang riak kosong. Jujur, dia tidak pernah kisah hal hidup mati Amiera. Kerana bagi dia, Amiera bukanlah sesiapa.
            “And... percaya tak kalau I cakap yang I rasa puas bila dia kena tangkap dengan you?” Kali ini tawa kecil Fatma menembusi corong pendengaran.
            Daripada tertawa halus, kini Fatma mengulum senyum pula. Jelas memantulkan sisi berbeza yang sememangnya telah lama bersatu dalam dirinya.

KERUT wajah Fatma masih jelas di penglihatan. Malah kata-kata itu turut sama mendasari jiwa namun tiada menembusi mana-mana celah hati.
            Wanita itu, satu-satunya manusia yang cukup berani mengusul kepadanya agar meninggalkan Amiera di majlis pernikahan mereka nanti. Dari gaya pertuturan dan kilasan roman wajah Fatma, memang benar wanita itu tidak menyenangi keberadaan Amiera dalam kalangan keluarga kecil tersebut.
“Kita nak ke mana ni?” Amiera menyoal resah. Tertoleh-toleh dia memerhati persekitaran. Adlan pula tenang memandu di sebelah. Hanya sesekali leret senyum melihat ulah ‘tidak-boleh-duduk-diam’ Amiera.
            Amiera memintal-mintal tali pinggang keledar yang merentangi tubuhnya. Ditarik-tarik.
            “Awak ni memang jenis yang tak boleh duduk diam eh?” tegur Adlan. Langsung ghaib bayang-bayang Fatma sebaik suara Amiera memenuhi ruang luas kereta yang dipandunya.
            Spontan, Amiera membeku. Tidak bergerak-gerak lagi.
            Adlan sembunyi tawa.
            “Saya bukan nak culik awak, Amiera. So, don’t worry,” lanjut Adlan. Stereng kereta dipusing ke kanan, memasuki kawasan parkir kereta. Pergerakan kereta semakin perlahan. Liar mata Adlan mencari lot parkir yang kosong.
            “Jom.” Adlan mula bergerak keluar.
            Amiera kekal membatukan diri. ‘Buat apa dekat gedung beli-belah ni?’ Hati berdetak-detik. Lambat-lambat, dia menurut juga apabila lelaki itu ringan tulang tolong buka pintu untuknya.
            “Come.” Adlan mengajak.
            Amiera mengekor masuk ke dalam gedung tersebut. Sesekali dia tertinggal di belakang. Saat Adlan memanggil, barulah terkocoh-kocoh dia mengejar jejak lelaki itu.
            ‘Poh Kong?’ Bisikan itu bergema dalam kepala. Dia lihat Adlan sudah melambai ke arahnya. Terasa lelaki itu sedang merencanakan sesuatu. Sampai sahaja di sebelah Adlan, dia disuruh memilih cincin yang tersusun cantik dalam kotak kaca. Tidak berkelip mata Amiera merenungi Adlan.
            “Pilih mana yang awak suka.” Adlan mengoles senyum nipis.
            Amiera menggeleng tidak mengerti. “Untuk apa?”
            Adlan tetap pamer senyum mesra. Gadis berbangsa cina yang bersedia melayani mereka mengeluarkan sebentuk cincin bermata satu atas permintaan Adlan. Cincin itu diunjuk kepada Amiera.
            “Try this,” saran Adlan.
            Amiera menggeleng lagi. “Saya tak nak,” tolaknya.
            “Atau awak nak yang lain? Cuba yang ni pula.”
            Amiera menolak lagi.
            Dan lagi.
            Dan lagi.
            “Size 17 please.”Adlan berkata kepada gadis cina tadi. Akhirnya, dia terpaksa memilih sendiri.
            Amiera sekadar memerhati.

EAT, Amiera.” Pinggan itu ditolak rapat kepada Amiera.
            Amiera merenung isi pinggan tersebut. Spageti carbonara dihidang bersama grilled salmon, langsung tidak mencetus seleranya. Makanan itu dipandang sepi. Selajur ditolaknya kembali ke tengah meja.
            Bejat tangan Adlan yang mahu menyumbat potongan beef steak ke dalam mulut. Serta-merta, dia meletak garfu di hujung pinggan.
            “Tak lapar?” Hujung bibir dikesat menggunakan tisu.
            Terlihat gelengan kepala Amiera, dia mengelus nafas perlahan. Gadis itu saling tidak tumpah seperti robot. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Untung kalau berjawab. Kalau tidak, jadi seperti sekarang. Beri isyarat tubuh semata.
            “Saya ajak awak datang sini untuk makan. Bukan termenung macam ni.” Tegas suara Adlan kedengaran sedikit sinis.
            “Saya tak nak ni...” Amiera mengeluarkan cincin belah rotan yang diberi Adlan kepadanya sebagai tanda ‘bertunang’.
            “Dan ini...” Sebuah kotak kecil berkain baldu hitam turut ditolak ke tengah meja.
            “Oh right! Saya lupa nak ambil tadi. Ini.. saya kena sarung kat jari awak selepas majlis nikah nanti.” Adlan mengambil kotak kecil itu.
            Timbul kerut-kerut halus di dahi Amiera. Mulutnya sudah bersedia hendak melontar bantahan.
            “Saya faham kalau awak tak nak heboh-heboh hal kahwin ni, tapi kita ada keluarga masing-masing, kan? Takkan tiba-tiba saya jumpa saudara-mara, kawan-kawan, terus point you as my wife sedang tak ada khabar berita pun fasal perkahwinan kita. Kita buat majlis kecil aje, macam yang ayah awak sarankan. Sekadar memperkenalkan pasangan masing-masing.” Adlan kerling Amiera. Ada ruang kecil di antara ulas bibir gadis itu.
            Terpunduk suara Amiera yang tiba-tiba dipintas.
            “Mereka tentu akan faham dan tak akan fikir lebih-lebih.”
Siku dipacak ke meja. Jari-jemari bermain di sekitar dagu. Leret mata masih setia terarah ke paras Amiera.
            Semudah itu Adlan menerima dia sebagai isteri? Waima dia sendiri terasa gentar hendak melangkah ke gerbang perkahwinan, mengangkat status diri sebagai isteri lelaki itu- seorang lelaki yang tidak pernah dia kenali. Laluan di depan sana, tiada diketahui bagaimana coraknya. Penuh ranjau dan duri, barangkali?
            “Amiera, pertemuan kita mungkin tak indah sepertimana orang lain. Kita tak kenal, bercinta apatah lagi. Tapi tak bermakna kita tak boleh bahagia. Kan?” Cincin belah rotan itu diunjuk kembali kepada Amiera.
            Amiera terkebil-kebil.

“KITA belajar untuk saling memahami, menerima pasangan masing-masing dengan hati yang terbuka. Perkahwinan kita bukan untuk sehari dua, bukan sebulan... setahun... tapi untuk selamanya. Insya Allah...” Pengakhiran bicara Adlan asyik berkumandang dalam kepala.
            Amiera melangut atas lantai. Tubuh menyandar di birai katil dengan tangan menggolek-golek cincin emas belah rotan yang telah dikembalikan padanya.
            “Untuk selamanya. Se... la... ma... nya...” Ulas bibir bergerak-gerak. Roman wajahnya tampak kosong. Mata itu dilaras tegak merenung dinding. Dinding serba putih itu kian menjelmakan paras seseorang.
            Adlan.
            Terpeta jelas di penglihatan.
            Dia bangun. Berdiri tegak sambil membuat sedikit senaman ringan. Sejurus itu, dia terjun atas katil dalam keadaan tubuhnya masih menyarungi persalinan telekung. Bersama cincin belah rotan dalam genggaman, dia rebah- terbaring mengiring.
            Mata layunya merenungi cincin itu lama-lama. Sekali lagi, paras Adlan memayungi pandangan.

            ‘Apa niat kau sebenarnya, Adlan? Mudah benar kau tunduk atas permintaan ayah.’ Bisik kata hati membutirkan wasangka.

Terima kasih kerana baca entri ini. have a nice day :)

notahujungkaki: Letihnya tampal entri yang dah diolah balik. Tidur lagi!

1 comment:

Nvel Addct said...

Wow! Suka3....!!! Bonus! 2 entries in a week! Yay!