Saturday, February 26, 2011

Hey..Buat Ini Kalau Nak Terus Bersahabat!

selalu kan kita dengar kata-kata orang,hilang kekasih boleh dicari,hilang sahabat susahnya nak diganti!kan kan?acap kali kita dengar kata-kata seumpama ni.ada orang putus sahabat gara-gara salah paham.bukan banyak pon,sikit aje.yang boleh buat putus sahabat tu pon kadang-kadang sebab dua-dua pihak sama-sama degil.yang salah tak mahu mengaku.yang sakit hati,lagi laa.ada jugak putus sahabat pasal tikam belakang.hah?bahaya sangat tu!


lets check out peraturan bersahabat yang boleh menjamin kebahagian dan keharmonian bersama*dah macam promote hal-hal rumah dan tangga pulak.hehe :D* ----->


1. Jadi diri sendiri  
ada sesetengah orang sanggup berubah semata-mata nak berkawan.kalau berubah menjadi lebih baik tak apa,ni..makin teruk.hello kawan!seronok sangat ke menjadi diri orang lain?jujur laa beb.tak payah nak bertukar-tukar macam otomen tu.buang masa!

2. Pertahankan kawan anda
ada masa,orang yang kita tak kenal sangat,tiba-tiba bercerita pasal kawan yang dah lama kita kenal,malah dah macam kawan baik.sana sini bersama-sama aje.penting untuk kita ambil tahu perkara sebenar.bukan dengar dan terus cot cet cot cet ikut tambah cerita.tu bukan kawan tapi mawas xD whenever you can,hormati laa jugak soalan atau kritikan dia kat kawan kita tu,tapi beritahu jugak yang kawan kita tu baik and deserve a respect of others.

3. Lindungi dia
bila kawan membuat keputusan yang rasanya tak berapa tepat,tak kira laa dalam soal dating or sambung studi--do your best to look out for them.tak laa bermakna korang beritahu kawan apa yang sepatutnya dia kena buat,kang tak pasal-pasal dicop sebagai PENYIBOK! xD but we can gentle advice and guidance from time to time.

4. Berhati-hati tentang KEKASIH
siap aku capslock lagi perkataan tersebut.paham tak?mesti paham kan kan?ada jugak orang putus sahabat sebab si kekasih bermain kayu tiga pulak dengan kawan sendiri.bunyi macam jahat kan kan :'S jadi jangan laa sesekali gatal-gatal nak keluar dating dengan kekasih kawan sendiri.mahu gaduh nanti.wuwuu..sekali pun kawan tu kata "tak apa,go ahead.aku tak kisah" tak kisah?wei..dia sangat kisah sebenarnya!

5. Membalas kebaikan
kan ada waktu,kawan tolong kita,langsung tak berkira.tak kisah nak pinjam duit ke,barang ke,dia kasi aje.malah time korang menangis,melalak sampai hilang suara,kawan still ada bersama.jadik,bila dia alami kesusahan yang sama,apa salah nya tolong.tak reti-reti ke nak buat perkara yang sama?asyik kawan aje yang hulur,kau pulak asyik menganga mintak suap.

dah take note?hehe :) jadi laa seorang sahabat yang sentiasa ada untuk sahabatnya.seorang sahabat yang akan selalu berada disamping temannya,tidak kira senang atau susah :)

thanks reading this.have a nice day :)

6 comments:

walinong sari said...

suka point first tuhh.. yeah, seronok jadi diri sendiri :)

~::HANAH RISHAS::~ said...

point penting tu missShark..:)tak best jadi orang lain semata nak berkawan dengan smebody..xD

[muni] said...

nak copy entry ni boleh?

~::HANAH RISHAS::~ said...

muni:: silakan :)

PCL said...

setiap sahabat yg ikhlas tak perlukn pembalasan atas kebaikkannya, tp org yg menerima tu kena pandai berbalas budi..baru sahabat berkekalan insyaAllah.

~::HANAH RISHAS::~ said...

@pakciklie / mamadiana

hehe ^^ insyaallah.saling mengerti antara satu sama lain,saling sefahaman,baru laa persahabatan kekal :)