Thursday, March 17, 2011

Malam Ni,Segala Kemusykilan Terbongkar!-Misteri-

Kes 1
pelik betul laa bila selipar kat rumah boleh pulak terbang ke rumah sebelah.entah siapa yang buat,tak tahu.mula-mula fikir,maybe kucing yang pergi culik selipar bawak pergi ke rumah sebelah.yang hairan sebelah aje yang tercampak ke nun sana.selipar aku jugak pernah melambung kat rumah jiran.siap terletak elok kat atas kereta lina.siapa yang buat?!maka aku marah laa kat kucing tu,dan membuli beliau sejak saat tu.geram kot bila dok sibuk nak keluar time tu laa sebelah selipar tak ada!

kes 2
ni baru malam ni terjadi.lampu buka tutup,buka tutup.1st-time nak hantar ng balik,lampu kat bawah semua mati,cuma kipas aje yang hidup.aku pon pasang laa lampu balik.2nd-miraie dengan tika balik dari mydin,depa dok kata lampu kat bawah semua tutup.gulp!!seingat aku,tak ada siapa pun turun ke bawah dan pastinya memang aku dah buka semua lampu beb!

kes 3
ni kes memang tak patut berlaku.selipar salah seorang housemate kitaorang bersama dengan segala sampah tercampak kat lantai anjung rumah sebelah.kawan aku kata,memang bersepah gila dan yang pasti bukan kami yang buat!moral masih tinggi lagi,takkan laa sampai sanggup nak humban sampah kat rumah orang.siapa yang buat?kucing?atau ada orang yang sengaja buat macam tu?

kes 4
yang ni pasal moto member aku.ya,memang kitaorang rasa dia ni tak sayang moto agaknya bila dia sandarkan moto tu kat dinding aje,tanpa bertongkat.kalau jatuh tak ke naya?!beberapa hari kot asyik nampak moto tu duduk macam tu.then tadi kawan aku kata*tuan moto*dah 2 hari cermin moto tu tertanggal.dia pikir miraie laa yang buat pasal selalu miraie parking kereta kat anjung rumah.kot-kot masih tak reti nak parking elok-elok.sekali miraie kata dia tak sentuh pon cermin moto tu.menganga laa mulut kami!

kes 5
ni sering berlaku.pintu asyik terbuka aje.tak kira laa pintu utama dan pintu dapur.ada masa,time balik dari kelas,elok aje pintu rumah ternganga dengan luasnya.sampaikan missweet naik hangin dan marah-marah pasal masing-masing dok memikirkan siapa laa punya kerja-tak reti nak tutup pintu bila dah keluar.aku juga pernah perasan perkara tu.malam-malam,lebih kurang pukul 10,11 malam,pintu ternganga.mak aikh..macam mengundang bala!*sumpah seranah jugak laa dalam hati pasal geram kat orang yang tak reti nak tutup pintu.belajar tinggi tapi perangai macam hampeh!*

tadi masing-masing dok bercerita perkara yang sama.pelik,kan kan?bila semua dah mula buka mulut dan bercerita perkara-perkara pelik tadi,gerun pun ada.iya laa..kita memang sedia maklum kan kan,dikalangan kita ni ada juga makhluk tuhan yang lain.mana tahu 'mereka' tu duduk sekali dengan kami kat Kolej Kediaman Taman Tasik PT7286.wuwuu..-,=*

paling memelikkan yang berlaku beberapa jam yang lalu-selipar miraie yang kat dalam rumah boleh terbang ke rumah sebelah,rumah yang sama!isy..selipar dalam rumah tu beb!macam mana boleh pergi mendarat kat rumah sebelah?-,=* *disebabkan kejadian pelik ni,maka diera juga mengalami kegerunan memandangkan semasa tengah bercerita,dia ada sekali-dia dok lain rumah xD*

thanks for reading this -,+*

notahujungkaki: apa yang mampu kami lakukan sekarang hanya berdoa kepada-Nya supaya tak ada perkara-perkara pelik berlaku lagi.kalau pun memang 'mereka' tu ada mendiami rumah kami,moga-moga kehadiran 'mereka' tu tak mengganggu ketenteraman kami.yang pasti,kami tak pernah mengganggu 'mereka'!malah sehingga ke saat ni kami tak pernah berfikir kejadian-kejadian pelik yang kerap kami lalui ni disebabkan 'mereka'.wallahualamm...*hisy..teringat time aku sakit dulu.banyak jugak kejadian menyeramkan berlaku sebelum aku sakit -,=* kalau nak cerita memang panjang!*-maaf kerana entri kali ni banyak tulisan xD

6 comments:

walinong sari said...

huii.. seram pulak baca post yg nihh.. saya ni mmg penakut org nya. tapi, betul jugak kan, 'mereka' tu ada kat mana2 je coz 'mereka' pun makhluk Allah jugak :)

~::HANAH RISHAS::~ said...

TT_TT mmg agak seram laa kami kat rumah ni.wuwuu..selama ni marah-marah bukan kat sesiapa pon rupanya -,=*

~miraie_19~ said...

it is super true la....selipar DALAM RUMAH, spe yg xde keje buang kat umah sebelah lak???
so..slame nie, kite mmg mengamok bute la...

~::HANAH RISHAS::~ said...

@miraie

wuwuuu -,=* pelik sangat kan kan.whoooo~kita marah2 kat 'mereka' rupanya! x|

Jendela Hati said...

huishh seramnyer post nie. takut nak baca tp nak teruskan baca jugak. apa2 pun moga takde apa. insyAllah.

~::HANAH RISHAS::~ said...

@jendela hati

TT,TT aminnn..