Saturday, May 14, 2011

Bukan Kat TV Aje Yang Bersepah,Dalam Internet Pon Berlambak.

dalam tv,dah banyak sangat rancangan realiti mencari bakat baru. ada yang masuk memang layak. ada jugak yang sekadar memenuhkan koata. bagi aku,market kat malaysia ni kebanyakkannya lebih visual aje. audio, kadang-kadang bukan sedap pon. robot aje lebih. bila bukak mulut nyanyi live,hampagas! lari-lari suara tu. tapi aku tahu, orang kita sekarang ni judge based on talent. kalau setakat muka kau elok, cantik, lawa, vavavoommm tapi bab suara kau sumbang-mambang,which mean tak sedap tak guna jugak kan.

bukan setakat tv aje, sekarang dalam dunia maya pon ramai orang yang tunjuk bakat. a lot oke! dalam dunia maya ni sama jugak macam tv tu. ada yang boleh nyanyi baik punya. ada pulak yang buat orang ketawa aje. haha. tak dapat dinafikan, bakat baru yang aku suka tengok dalam youtube tu maddi jane. suara lunak bagai. dengan mimik muka dia time nyanyi tu, betol-betol menjiwai lagu. orangnya kecik molek aje. umur pon baru 13 tahun. muda bukan?

kalau negara omputih tu ada maddi jane, negara kita ada najwa. alaaa.. mesti korang lebih tahu dari aku kan kan pasal najwa latif ni. budak lagi tapi suara sedap. pandai pulak main gitar. aku cukup suka tengok perempuan yang pandai main gitar. stylo beb!

tu tang yang oke, menyanyi superb. nyaman aje telinga mendengar. kalau macam rebecca black? aduh.. sebutan friday tu aku dengar macam fried egg. nah, walau suara dia berapa sedap, tapi video lagu friday tu dah mencecah berjuta review. banyak tahu! rebecca dah berjaya menfofuler kan diri dengan lagu dan suara dia yang... errr... sekadar boleh nyanyi aje tu. pelik sungguh bila tengok total orang yang tengok video dia. tak laa oke tapi still ada orang nak datang. haha. including me, ya!




thanks reading this :')

notahujungkaki: penat sungguh melayan line wireless ni. kejap oke kejap gila. blogspot pon macam tu. urghhhh! geram tahu!

4 comments:

walinong sari said...

masing2 nak kejar popularity. hihihi.. sumpah annoying gila si rebecca black punya lagu tu.

~::HANAH RISHAS::~ said...

@shark

tahu takpa.annoying gila ah dengar suara rebecca.hoho *padahal suara sendiri pon bukan best.haha =_=**

amny said...

hahaha...macam2....sekarang mudah je nak popularr...haha

~::HANAH RISHAS::~ said...

@amny

betol tu.fofuler dgn cara yg cukup mudah.haha :')