Tuesday, May 24, 2011

Jangan Perasan Hebat, Tak Ada Manusia Yang Sempurna Segalanya.

assalamualaikum.

pernah aku terfikir, kenapa ada manusia yang menganggap diri mereka terlalu sempurna? hingga tak pernah nak memikirkan hati dan perasaan orang lain. diri hendak dihormati sedang dia tak laa respect orang mana pon. diri rasa ingin sentiasa dihargai sedang dia jarang benar menghargai kebaikan orang lain. hati sendiri mahu sentiasa dijaga rapi tapi dia langsung tak pernah ambil tahu hati orang sekeliling yang mungkin berkecil hati dengan sikap dia.

owh... mungkin dah rasa diri tu hebat.
mungkin dia rasa diri bagus.
mungkin dia fikir hanya dia aje yang perlu diberi perhatian.

aku tak suka dengan mereka-mereka yang bersikap macam ni. pentingkan diri sendiri dan perasan bagus. bila orang tegur, mula tarik muka. tapi bila time dia yang menegur, rasanya tak ada batas.

adil?

bila ada kesalahan yang tak disengajakan, terus tuding jari kat orang lain.

patut ke?

depan kawan sendiri, segala perangai hodoh dipamer. tapi bila depan orang lain, tunjuk baik.

hipokrit!

kau nak orang lain pandang kau baik segala. kau nak orang lain anggap kau laa yang paling budiman. hakikat? kawan yang dah lama kenal kau yang faham diri kau. tahu apa yang tersurat dalam hati kau. jangan nak tunjuk lagak malaikat kau. jadi diri sendiri.

tak ada manusia sempurna dalam dunia ni. sehebat mana pon seseorang tu masih ada ketidaksempurnaan. masih ada celanya. kalau terus fikir diri sangat sempurna, maka sikap tu akan buat orang tak suka kau. kau tak pedulikan mereka yang selama ni bersama kau, maka kau buat mereka semakin jauh hati. mahu hilang kawan? simpan laa kesempurnaan kau tu.

thanks reading this.

notahujungkaki: rasa pelik bila dengan kawan sendiri tak ambil peduli, tapi bila dengan orang lain sangat laa baik. bukan ke lebih baik mendahulukan kawan sendiri? mungkin mahu menjana pemikiran orang lain bahawa diri tu baik. iya laa, kan kawan sendiri dah tahu perangai tu, ye tak? owhh... sejak akhir-akhir ni, aku suka melihat gelagat teman-teman. telatah mereka, gurauan mereka, sikap dan sifat mereka-ada yang mencuit hati aku untuk berfikir sesuatu. ---------- kawan-kawan aku, tentunya sweet dan sekepala dengan aku. dan mereka tak pernah mengeluh dan sentiasa menolong andai aku memerlukan bantuan :') peace!

1 comment:

Chegu Zubir said...

semua insan tak sempurna dan kita saling memerlukan untuk menjadikan kita saling sempurna...betul x