Monday, May 2, 2011

Rasukan Roh Yang Mahu Bangkit Kembali.

assalamualaikum.

rasanya aku nak berkongsi sebuah kisah mistik dalam entri kali ni.mistik?mesti takut kan kan?haha.tak perlu takut.entiti mistik tu jugak macam kita,makhluk tuhan.makin kita takut,makin dia suka kacau.oke..lemme start the story.

yang mengalami kejadian ni,aku.ya.memang aku.time tuh aku kecik lagi.darjah enam tak silap.time tu hari jumaat.aku dok lepak kat tingkap semata nak tunggu abah balik.mak pesan,kalau abah balik sembahyang jumaat,bagitau mak.tunggu punya tunggu,abah balik.aku pon berlari ke dapur,cakap kat mak abah dah balik.tapi mak kata tak ada!kereta abah tak parking kat garaj.gulp!aku telan air liur.sungguh!aku tak tipu bila aku nampak abah.dengan mata kepala aku sendiri nampak kereta abah masuk ke garaj.demi nak menyedapkan hati mak,aku kata maybe aku silap pandang.serius.memang aku nampak abah pandu kereta masuk garaj =_=*

beberapa hari lepas tu,aku kena lagi.abah tak ada kat rumah pergi kenduri.maka aku dengan sabar tunggu abah balik.mana tahu kan ada bekal makanan*haha.aku memang suka makan*bila aku nampak abah lalu tepi koridor*time tu aku kat dalam rumah,nampak melalui cermin tingkap yang terbuka*,aku pon berlari buka pintu.guess what?abah tak ada!sekali lagi aku telan air liur.asyik nampak benda yang tak wujud aje.terus aku tutup pintu.selang beberapa minit,baru abah balik.aku senyap,tak cerita kat parent aku.

gangguan seterusnya kat sekolah pulak.kebetulan time tu ada kelas tambahan,mula pukul8.aku naik dengan mail.mail ni sengal sikit.dan dan aku habis sembahyang maghrib,dia sampai rumah,pick aku*mail is my sepupu oke*bila dah sampai kat sekolah,aku pon lepak laa dengan kawan-kawan lain sementara kelas mula.kitaorang lepak kat kantin.masing-masing duduk menghadap ke arah padang gelanggang badminton.time tu laa aku nampak ada orang lalu kat situ.sebiji muka fahmi.lepas beberapa minit,fahmi datang.aku pon cakap laa tadi aku nampak dia lalu kat gelanggang badminton.sekali lagi aku terima jawapan yang buat aku rasa seram sejuk.fahmi baru sampai dan rupanya aku sorang aje yang perasan ada makhluk lalu depan mata sedang kawan-kawan tak nampak pon!

kemuncak gangguan ni masa hari jumaat.aku demam.cikgu hantar balik rumah. sampai rumah aku terus naik katil dan tidur.start dari situ,aku bukan aku.mean tubuh aku dah dihuni oleh seekor makhluk tuhan yang lain.sepanjang aku sakit,hanya beberapa ketika aje aku sedar and most of the time aku tak sedar apa yang sedang berlaku.parent kata,setiap tengah malam,jasad aku akan duduk berteleku kat atas sejadah.gaya macam orang berwirid.lepas tu,ada benda yang aku tak pernah buat,tapi aku buat macam bersilat.mak jarang masuk bilik aku masa tu.kata mak,rasa macam meremang aje.jadinya abah laa yang uruskan aku.

apa yang aku ingat,kadang-kadang aku sedar.time aku sedar tu tengah malam.aku akan didatangi tujuh orang lelaki yang berpakaian seperti pehlawan melayu.dengan kain diikat di kepala.masing-masing berpakaian serba putih.dorang datang dan berdiri disekeliling aku.tujuh orang ni berbeza dari segi umur dan fizikal.yang first,sangat laa gagah.muda lagi kot.bila dah sampai yang kelima,macam dah kurang sikit.yang ketujuh,sangat tua.ya.yang ketujuh tu laa yang duduk dalam badan aku.dengar macam lawak,kan.tapi keadaan aku sangat letih time sedar.sangat letih yang tak dapat digambarkan rasanya.

dengan kemahiran atok aku sebagai seorang pengamal perubatan alternatif dan dengan izinNya,maka aku berjaya dipulihkan.kata atok,lelaki tua tu sebenarnya nak hidup balik dan dia mencari seseorang yang memiliki tarikh lahir yang sama dengan dia.dan aku laa the lucky one tu -_=* masa nak berubat tu,abah kata,abah terpaksa bawa aku pusing kampung beberapa kali semata nak kelirukan makhluk tu.makhluk tu tahu kalau abah nak bawa aku pergi berubat.dia tak mahu keluar.

apa yang berlaku sepanjang proses berubat tu,parent aku tak ada cerita.atok juga tak cakap apa-apa.adik aku pon kunci mulut juga.aku pelik sebenarnya,kenapa masing-masing tak mahu bercerita.maybe ia sesuatu yang tak perlu aku tahu,kan.yang aku tahu,pagi tu aku bangun dalam keadaan yang sangat segar.langsung tak terfikir apa yang berlaku sebelum ni.bila mak tanya aku oke ke tak,aku angguk aje.bila mak tanya ingat tak apa-apa,aku cuma boleh jawab yang aku alami mimpi buruk,ada jumpa dengan tujuh pendekar.menganga mulut aku bila mak kata tu bukan mimpi.

thanks reading this.

notahujungkaki: maaf kalau cerita aku tak berapa menarik.aku bukan seorang penulis yang bagus -_=* apa yang berlaku tu,semua kuasa tuhan.yang memulihkan aku juga dengan izinNya.selama hampir dua minggu aku bukan aku.syukur,sekarang aku adalah aku.haha xD aku ada banyak nak kongsi tentang cerita-cerita mistik ni.nanti-nanti aku cuba buat lagi dengan cara penulisan yang lebih baik.hehe :') peace! ---- sori entri ni mengandungi jumlah tulisan dalam kadar melampau.dah macam esei,kan kan.-_=*

24 comments:

:: Azizah Alwi:: said...

erk..seramnya.Now ok dahkan?? masih boleh tengok benda2 mcm tu tak skrg?? x kan?? :)

~::KUYA HARIS::~ said...

@azizah alwi

alhamdulillah..sihat :') dulu,lepas pulih,ada jugak nampak yg tak sepatutnya.sekarang tak :')

afiqazizan said...

ermm risau lepas da baca ni..arap2 saya takkan mengalami keadaan seprti ini..ape2 pun alhamdulillah skunk awk da sihat dan tak nampak benda2 tu lagi.

Jendela Hati said...

Ish meremang akak baca entry nie. Alhamdulillah skrg dah OK. OK lah nie, gaya tulisan Kuya yg simple dan mudah difahami.

aisya said...

alhamdulillah lah sekarang dah ok.. kan?

NAZREE said...

kadang-kadang imej orang yang kite nampak tu lebih dikenali sebagai Qarin orang itu, namun dalam situasi cik Kuya ni, saya rasa sangat kasihan.

btw, perbanyakkan ingat yang Maha Esa, kerana dia lebih berkuasa. Baca mathurat hari-hari boleh hindarkan diri dari makhluk-makhluk tersebut.insyaAllah.

kalau nk al-mathurat dalam bentuk softkopy, saya boleh kasi~

ikhlas,
Nazree Alehan - The Bladerz

AkuMuzikFilem said...

perempuan memnag diketahui agak lemah semangat, jadi lepas ni beringat, mungkin kena banyakkan baca quran ke,huhu. saya ni lagi tak pandai nasihat, tapi lebih kurang, butalah apa2 persediaan untuk elak berulang. sebab dengar kadang leh jadi balik

~::KUYA HARIS::~ said...

@afiqazizan

:') sihat sudah.

~::KUYA HARIS::~ said...

@jendela hati

hehe ^^ macam jumlah tulisan yang melmpau kan kan.haha xD

~::KUYA HARIS::~ said...

@aisya

alhamdulillah :')

~::KUYA HARIS::~ said...

@nazree

really?boleh juga :') nanti kita contact2 oke.

~::KUYA HARIS::~ said...

@akumuzikfilem

insyaAllah..:') ohh.sy tak tahu kalo kejadian tuh boleh berulang lagi -_=*

NAZREE said...

orite je kalau nak kasi sekarang. apa salahnya berkongsi barang baik bukan.

try email etniogetic01@gmail.com, sy boleh emailkan.

tak pun

pergi www.dakwah.info

amny said...

alamakk..ni lemah ni bab citer seram baca sorang2..huhu

miss shark said...

seramm... kat dalam family saya pun ada belaku gak benda pelik2 macam tu. fyi, saya baca post cik kuya ni memalam buta. tak leh tidur la pulak T__T saya penakut.

Farhana Jafri said...

okay that's creepy! 7 org pndekar?? skrg dh okay kn?? amalkan bismillah 21x, 3 Qul and ayat kursi okay :)

Heidi Shafiq said...

:)

FurBall said...

seram kot apa yang terjadi kat ko..tak sia2 aku baca dari atas sampai bawah..

apa yang terjadi ada hikmah nya..berdoalah dan beramal lah kepada tuhan..ueececece...tiba2 plak kan..yang tgok kelibat orang yang ko kenal tuh aku pon pernah gak kena..tp time kecik2 jew dulu

~::KUYA HARIS::~ said...

@amny

hehe :') penakot jugak rupenya.sama cam shark laa.hehe XD

~::KUYA HARIS::~ said...

@miss shark

haha XD shark geng ngan amny laa.ekekekee.penakot jugak.

psstt..gurau aje oke. :')
i pon ada masa boleh jadik sangat penakot tau!

~::KUYA HARIS::~ said...

@farhana jafra

alhamdulillah..now semua oke .dah sihat dah.hehe :')

~::KUYA HARIS::~ said...

@heidi syafiq

:')

~::KUYA HARIS::~ said...

@furball

ekekekeee~~bgos laa sudi baca sampai habis estri aku yang melampau dengan tulisan tuh.hehe :')

Ai-Sis said...

banyak bersabar ye.semua itu dugaan Allah S.W.T dalam menjalani tugas kita sebagai hambanya.rasanya sekarang ni da jadi strong girl da kan? :)