Wednesday, May 4, 2011

[Santai] : Selepas American Idol,Bagaimana Mereka Sekarang?

assalamualaikum.

tentu ada antara kamu-kamu yang suka tengok American Idol,kan kan?aku pon suka.haha.suka sebab dorang yang masuk dalam rancangan tu bukan calang-calang orang oke.semuanya ada talent menyanyi yang sungguh umpph!*terpuji pulak* 

cerita banyak pon tak guna,letcheckout mereka-mereka yang pernah menyertai rancangan realiti American Idol dan bagaimana kehidupan mereka sekarang :')


 
runner-up musim ke-8 ni menggemparkan dunia hiburan bila terang-terangan bawa kekasih hatinya,seorang lelaki!wakakaka.suka benar dengan lelaki.apa kes?

the season 4 runner-up,Bo Bice kini dah pon berkahwin dan ada 3 orang anak.walau menderita masalah kesihatan sekitar tahun 2006,dia dah pon berjaya menerbitkan 3 buah album sejak bergelar artis.kuat semangat ni.

kalau tengok kerjaya seni kris ni macam kurang sikit berbanding adam,walau dia juara american idol musim ke 8,kan kan.tapi sebenarnya dia pon berjaya juga menerbitkan album solo dan telah menduduki no.11 dalam carta Billboard200 dan satu single nya 'i need to know' menjadi lagu tema dalam salah satu episod drama vampire diaries.

juara musim ke-5,taylor hicks berlakon dalam Broadway Grease.kisah sedih?hah,dia dah digugurkan dari label rekod.ada masalah agaknya.


sebelum digugurkan oleh syarikat rakaman bersama dengan taylor hicks pada awal 2008,ruben dah pon berjaya melancarkan beberapa buah album dengan jayanya.ditambah dengan pencalonan nama dia kat dalam Grammy Award.

fantasia barrino,juara musim ke-3 tak laa terlalu cemerlang dalam kerjaya seni.suam-suam kuku aje.sekarang ni fantasia dah ada rancangan realiti sendiri.juga dia membuat tour sebagai sokongan kemunculan album barunya.

this is my favourite.always.haha.kelly clackson,pemenang american idol musim pertama.jadi yang pertama ni memang akan diingati sampai laa bila-bila walau dah ada yang kedua,ketiga ect.walau kerjaya kelly ni ada pasang surutnya,dia still maintain dalam arena seni suara kat us nun.lagi pon graf kerjaya kelly ni lebih banyak highs than lows,right?

ini country princess.saat melangkah ke stage idol,dia memang claim diri dia sebagai penyanyi bergenre country.nah..kan betul apa dia cakap.masin mulut.

ni pon lebih kurang sama macam adam.omaigee..dia gay oke.clay dan pasangan,jaymes foster ada seorang anak (via in vitro fertilization).dia juga pernah mengutuk nyanyian adam hanya membuatkan telinga berdarah.tak best laa maksud dia tu.haha.

dia tak menang rancangan realiti ni tapi dia pernah menang Oscar.hebat!lepas tu dah pon dapat seorang anak dan sekarang badan chubby dia semakin slim.ouchh!jelesnya aku dengan jennifer hudson yang semakin slim.haha.

david cook bukan hanya berjaya sebagai seorang penyanyi tapi dia juga punya hati yang sangat laa baik.dia pergi ke habsyah,menjadi sebahagian daripada ahli Bangsa-bangsa Bersatu yang memperjuangkan hak wanita di sana.david juga dengan rela hati menyertai larian sempena mengumpul dana bagi pesakit cancer otak,di mana dengan cara itu dia boleh menunjukkan betapa care dia kat saudaranya,adam yang menghidap penyakit tu.baik,bukan?

sebelum bieber fever,ada McPheever,yang mana membantu kerjaya katherine kat bidang nyanyian mahupun lakonan.dia berlakon dalam house of bunny.mana laa tak jadi McPheever,orangnya comel dan lawa.

david archuleta!the comel one!haha.suka dia ni.baru berusia 19 tahun tapi dah pon menerima beberapa anugerah yang sangat boleh dibanggakan.antaranya multi-platinum album dan memenangi beberapa award dalam Teen Choice Award!dan bakal menerbitkan buku chords of strenght.

thanks reading this :')

notahujungkaki: aku selalu jugak tengok american idol,time cuti.dan aku jarang tengok program realiti negara sendiri.bukan apa,banyak sangat rancangan cari bakat menyanyi.sampai bersepah-sepah artis kat negara ni.dengan akademi fantasia laa,mentor laa,myStar LG laa.urghhh..kadang-kadang yang masuk bertanding tu pon sekadar boleh nyanyi aje -_=** ---mengkritik aje aku ni.haha xD peace!

9 comments:

afiqazizan said...

fiq suka dgr lagu kelly clarkson,katherine mcphee..kuya lupa chris daughtry fiq rasa.

Zulfikar Hazri said...

dulu minat gila ngan adam lambert masa AI, pastu dia dah menang, bila dia anounce dia gay.. terus luluh hati... Y.Y

~::KUYA HARIS::~ said...

@afiqazizan

me 2.suka dengan dorang tuh.hehe.

owh..chris daugthry!tahu cuma tak masukkan aje.hehe.nanti buat yang lain pulak :')

~::KUYA HARIS::~ said...

@zulfikar hazri

wooppsss...memang tak suka sangat kat dia.gay u.wuwuuu -_=*

saya shea said...

walaowehh , my comel mr.D ade la . hee ! archieeee !hee ^^

miss shark said...

wahh.. my adam lambert. kecewa betul bila tau dia gay. tapi, saya still admire dia sebab suara dia best!!

Alin said...

mula2 tgk AI nie masa ada adam. huhu smgt gilalah punya sokong adam sbb hensem satu hal pastu suara pun memang mantap. bila tahu dia gay, adehhh~ Y_Y

amny said...

alamak..xpenah minat..hehhe

FurBall said...

taylor hicks cool kot rambut dia..ahahahaha~_~