Wednesday, June 1, 2011

Bahagianya Aku Rasa Bila Berada Di Rumah.

assalmualaikum.

ini sebuah entri berkasih sayang. haha. kasih sayang dengan keluarga oke. owah... rasa sangat bahagia bila berada kat rumah. maklum laa, cuti semester kali ni sangat panjang, maka aku boleh laa bercuti dengan sepuas-puasnya. haha.

tak ada apa yang lebih menggembirakan bila balik rumah ni melainkan dapat jumpa mak abah dan adik-adik. bangun pagi aje, mak dah siapkan sarapan. aku tukang makan. haha. kat asrama ada ke? mana ada. nak harap bangun sendiri masak breakfast, tunggu hujung minggu pon belum tentu buat. bila dah sampai masa makan lunch, mak panggil makan. kami semua duk satu meja, makan ramai-ramai. uhhh... best woo! dapat pulak mak masak my favourite food. makan malam pulak, kadang-kadang abah ajak makan luar. ni lagi best. haha. mak aku pon senyum aje pasal tak payah sibuk-sibuk masak makan malam.

ni aku dah balik, maka untuk beberapa hari aku dimanjakan. haha. mak siap tanya esok akak nak makan apa untuk sarapan? mak masakkan. sangat sweet kan kan mak aku. then lunch mak tanya lagi. aku senang hati mencadangkan lauk yang mak aku akan masak. dan waktu tu jugak laa muncul laa muka-muka tak puas hati dari adik-adik aku. haha. cemburu laa tu!

tapi part yang tak best bila ahad ni my bro balik kampus semula. aisehh... tak sempat nak berpestaaan bersama, dah kena berpisah. seminggu aje laa aku dapat hangout dengan dia. lepak sama-sama, share cerita-cerita terbaru. bila juan dah kembali ke melaka, maka aku hanya akan berkawan dengan mak dan abah aje laa. and with my little bro.

thanks reading this :')

notahujungkaki: aku rasa bila duduk rumah, selera makan sangat laa membuak-buak maka dengan itu aku akan makan dengan banyak sekali. haha. motif? aku cuma nak bagitahu yang tentu-tentunya aku semakin bulat dan bulat dan bulat bila naik sem baru nanti. haha xD peace!

6 comments:

shark said...

alahaii.. jeles dengan keluarga cik kuya :( such a sweet family. tak apa, selera makan membuak-buak tu tandanya hati manyak senang maa...

afiqazizan said...

ala-ala manjanya dia dengan mak dia..hihi.

soooooour said...

sekarang leper ke????

~::KUYA HARIS::~ said...

@miss shark

mmg hati manyak senang.ekekeee ^^

~::KUYA HARIS::~ said...

@afiqazizan

haha. kalo afiq nak tahu, sy tak manja dgn mak tapi dengan abah. haha ^^ anak bapak. ekekeee ^^ but i love them. hehe ^^

~::KUYA HARIS::~ said...

@soooooour

haha.tak laa leper.kalo leper dah macam aliennn daaaa. :')