Saturday, July 16, 2011

Sopannya Kau! Dah Tak Tahu Ke Nak Berbudi Bahasa Sikit?

assalamualaikum.

ohh.. aku rasa sangat sakit hati.
geram!
bila orang elok-elok bertanya, boleh pulak kau jawab dengan cara paling tak sopan.
biadap tahu!

maaf kalau entri ni lebih kepada meluahkan perasaan marah. ya, aku memang tengah marah! sangat marah dan sangat geram. cuba bayangkan, kau pergi tanya orang elok-elok, lepas tu orang tu pulak boleh jawab dengan menggunakan perkataan yang sangat laa tak sopan. macam mangkuk tingkat laa!

pagi tadi, aku ikut abah pergi belikan tiket adik aku. kitaorang sampai kat stesen bas terus laa pergi kaunter nak beli tiket. abah dengan sopannya bertanya tiket nak ke melaka ada pukul berapa? kau tahu apa yang perempuan tu jawab? dengan muka bagai cuka, dia jawab tak reti nak tengok sendiri ke? tu, ada lekat kat cermin, tanya-tanya lagi.


i remember every single word!

hello! kau tu pekerja oke. takkan kau tak diajar cara nak melayan pelanggan? hormat sikit beb. abah aku ni lagi tua dari kau. lagi pon wajar laa kalau abah aku tanya pasal abah bukan selalu datang stesen bas beli tiket. apa kau rasa kalau orang layan kau macam tu? marah, kan? hei... nasib baik laa abah bukan jenis yang cepat melatah. kalau ikutkan aku, memang dah lama kena minah ni. bajet best. kau ingat kau bagus sangat? langsung tak ada budi bahasa! penat-penat aje siti nurhaliza tu menyanyi lagu budi bahasa budaya kita. nak bagi teladan kat orang-orang yang dengar. kau mesti pernah dengar kan, tapi keluar telinga kiri.


such a nice word! kau tak pernah belajar beradap sopan ke?

haha. thats my bro! padan muka kau minah. kan tak pasal-pasal dah kena sound dengan juan. kau jaga kaunter aje kot. tu pon dah nak tunjuk belang. hei... kalau laa orang asing yang tanya, kau jawab macam tu, apa dorang akan fikir? orang-orang kat sini tak ada adab. hah, thats maybe their thought. tak pasal-pasal semua sekali orang malaysia ni kena cop tak ada adab.

thanks reading this.

notahujungkaki: bukan susah pon nak berbahasa dengan orang. kalau orang tanya, cuba jawab dengan baik. senyum sikit. bukan dengan muka masan, tak senyum dan cakap benda-benda tak sepatutnya. orang bertanya aje kot. bukan minta duit pon. ------ i will remember her, for my entire life! ----  peace!

5 comments:

cik gurlzanne said...

sabar sabar :')

soooooour said...

dak tu tngh emo gak kot.....cm kamo skrg....

diera cikimon said...

ganyang je mulut pempuan tuh. huhu

kura said...

amboi marahnya akak. sabar ye. org utem kena sabar. heheh

~::KUYA HARIS::~ said...

@kura

haha :') ceta lama dik. ^^Y