Thursday, February 9, 2012

Cinta Dalam Hati- Bercerita Tentang Cinta Hati.

Assalamualaikum.

Dah hampir sebulan novel pertama karya aku-Cinta Dalam Hati, berada dalam pasaran. Feedback, I really don't know :') I think readers lagi layak untuk judge karya tak seberapa aku tu. Dalam gembira, sebenarnya aku rasa sangat laa nervous, bagaimana agaknya penerimaan korang, si pembaca novel sekalian. Korang suka? Aku gembira. Korang rasa tak berapa nak mantap? Pun aku gembira sebab korang sudi baca novel CDH tu :')





Sinopsis novel Cinta Dalam Hati:

Cinta Dalam Hati membawa kisah Annissa yang tidak pernah kenal siapa ibunya. Dia hanya menumpang kasih dengan Haji Adam, yang berperanan sebagai abah dan ibunya. Namun dia sentiasa bersyukur. Bagi Annissa, cukuplah apa yang telah dikurniakan padanya. Sementelah hidupnya dilengkapi dengan kehadiran Abang Badrulhisham, Kak Aida dan anak-anak buahnya yang keletah – Hakim dan Nadiya. Ditambah pula dengan Edham, jejaka yang telah sekian lama cuba mencuri hatinya.

Hidup tanpa ujian dan dugaan, tidak bias mematangkan fikiran. Kehadiran Irman dan Suriya bagaikan penamat kepada kisah cinta Annissa dan Edham. Keakraban di antara Annissa dengan Irman telah menimbulkan riak curiga di hati Edham. Ini telah menyumbang kepada ketegangan dalam perhubungan Annissa dan Edham. Suriya pula pantas mengambil kesempatan. Dia seperti menangguk di air yang keruh dalam ketegangan percintaan abang tirinya itu. Baginya, dia perlu mendapatkan Edham dengan apa cara sekalipun!

Sudah tertulis jodoh di antara Annissa dan Edham tidak kesampaian. Annissa kecewa apabila Edham memilih Suriya sebagai ganti cintanya. Kemudian, Haji Adam pula telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi telah menambah
parah luka di hati Annissa. Annissa terkapai-kapai tanpa kasih sayang dan lindungan Haji Adam yang selama ini
memayunginya daripada derita dan sengsara. Mujurlah ada Abang Badrulhisham dan Kak Aida, peniup semangat agar
Annissa tidak terus rebah dipukul badai ujian.

Seminggu setelah Haji Adam dikebumikan, Annissa menerima sepucuk surat peninggalan Haji Adam yang telah membongkar segala-galanya!

Siapakah Annissa sebenarnya? Apakah yang terkandung di dalam surat Haji Adam itu? Bersatukah cinta Annissa dan Edham akhirnya atau cinta itu terpaksa dibiar berlalu pergi?

“Cinta sejati memerlukan kesetiaan, cinta suci menuntut sebuah pengorbanan.”



*******************************************

notahujungkaki: Selamat membaca kepada korang yang dah beli novel ini. Thanks a lot! :') Kaki Novel- terima kasih beribu-ribu lemon sebab sudi terima manuskrip dan terbitkan CDH. Love you laa :')

2 comments:

Missweet said...

pheeewwwiiitttt..finally..congratulation my friend..^_^

cinta siswi said...

waa.. congrates.. :)