Wednesday, March 21, 2012

Super Excited, Bercakap Tak Hengat Dunia. Alahai.

Assalamualaikum.

Sangat super excited setengah jam yang lalu. Bukan sebab aku ambil result SPM yang super gempak tapi ada sesuatu yang sampai ke telinga aku sehingga membuatkan aku bercakap dan terus bercakap tanpa henti. Haha. When I gotta super duper tripperr excited, begitu laa jadinya. Tu yang cakap kuat, sekali nafas aje. Fuh, bila dah habis cakap, malu laaa pulaakkk kat kengkawan comellssss yang duduk depan kiri kanan. Wakakaka.

Dua perkara yang membuatkan aku excited tak hingat dunia ni sebenarnya ada kaitan dengan keluarga saudara-mara dan jiran tetangga yang berdekatan. Dalam masa seminggu, dua cerita sampai kat telinga aku. Macam gossip kan. Tapi memang gossip pon. 1st one aku tak kisah sangat sebab memang dah lama tahu tapi yang baru aku dapat tahu tadi tu sangat laa mengejutkan dan buat sindrom hypercakap aku menyerang. Lepas aje cakap dengan my lovely girl, terus aku telefon mak.

"Mak... mak... mak... mak..."

Gitu laa kata-kata yang aku ucap saat aku dengar suara mak. Bukan main lagi aku excited sampai salam pun tak diberi -.-' Ni laa bahana gossip. Cerita punya cerita, mak aku cakap macam ni tau, cakap sesuatu yang buat aku rasa terpukul dushummmm gitu 'Alah, tak payah nak percaya sangatlah. Nanti kalau ada, tentu mak tahu.' Lepas tu mak aku gelak-gelak. Erkkk...


Gossip ni bukan sesuatu yang baik. Ada benda yang boleh kita percaya, ada yang tak boleh tapi rasanya bila berkait dengan gossip ni tak payahlah percaya. Bukan betul pun. Kalau betul, nasib laa. Macam aku ni, dengar dua gossip yang hampir sama situasinya. Tunggu dan lihat aje laa nanti macam mana keadaannya. Betul atau tak gossip tu. Gossip? Dengar ---- Digest ----- Buang.

notahujungkaki: Selalu sangat aku kongsi gossip dengan mak aku. Selalu jugak mak aku tu cakap benda yang buat aku tertunduk sekejap. Terima kasih mak sebab mengetuk saya yang terkadang terhypercakapcakap! :') Sometimes I can be 'banyakcakap' or 'hypercakap' when deal with gossip. But even suka gossip, it always masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan simpan! :')  

1 comment:

Missweet said...

huyoooo....hehehehe....