Tuesday, March 12, 2013

[Novel] : Status Palsu - Preview

Assalamualaikum.

Voilla! Bukan main tajuk entri. Hihi. Yay.. memang niat hendak berkongsi rumusan kasar jalinan kisah Status Palsu :) Aku bukanlah seorang manusia yang pandai mengolah ayat, pendekkan ayat bagi membayangkan keseluruhan cerita. Tapi aku cuba. Hehe.

Aku tak pandai nak cipta kemanisan dalam cerita. Serius! Bukan main susah lagi. Sobs! Ini percubaan nak buat ala-ala manis gitu. Kawan aku pakar bab ni. Moh le singgah blog dia di SINI :)

Okayy.. side bar kat tepi tu, secoit aje kan entrinya. Nak buat macam mana, aku ni pemalas. Harhar. Sekarang, bertambah satu lagi dan bertambah semak. Sigh.









-Status Palsu-


Adlan Hakim terpaksa menipu demi mengelak dikahwinkan dengan gadis pilihan neneknya. Maka disebarkan berita yang dia sudah menikah sewaktu di luar negara. Sekembalinya dia ke tanah air, Embok Khalidah menuntut dipertemukan dengan ‘isteri’nya. Adlan Hakim kematian akal. Desakan nenek meresahkan jiwa sendiri.
“Kau gila! Kau ingat aku perempuan apa, hah?” – Amiera Syazreen.
“Status kita status palsu. Bukan kahwin duduk satu rumah.” – Adlan Hakim
Demi mengenangkan budi baik keluarga Adlan Hakim, Amiera Syazreen terpaksa menurut kehendak Adlan Hakim berdasarkan syarat-syarat yang telah dikemukakan sendiri olehnya. Adlan Hakim bersetuju tanpa banyak kata kerana dia begitu terdesak mendapatkan seorang isteri.
Hidup keduanya huru-hara apabila nenek Adlan Hakim, Embok Khadilah merancang hendak tinggal sebumbung dengan mereka. Lebih meresahkan bila mana hubungan yang terjalin antara mereka tidak pernah wujud sama sekali. Status mereka status palsu!
Terkadang hati yang saling membenci itu menyimpan seribu hakikat yang sukar dirungkai dengan kata-kata. Adlan Hakim jatuh cinta. Kali ini dia benar-benar mahu mengikat status mereka di bawah jalinan ikatan yang sah. Tatkala hati dilanda rindu dendam, diusik bayangan Amiera Syazreen siang dan malam, Adlan Hakim mula sedar bahawa sekeping hati Amiera Syazreen bukan miliknya. Lantas, dia terpaksa menerima hakikat bahawa antara mereka temetri status palsu selamanya.
Allah itu Maha Agung. Kuasa ditangan-Nya. Menterbalikan hati manusia bukanlah mustahil kerana Dialah sebaik-baik perancang.

Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: Nama Amiera Syazreen dimiliki oleh seorang teman yang manis. Hey, ini untuk kamu wahai sayang :) Adlan Hakim? Yes, orangnya juga pernah berdiri depan aku, cuma nama berbeza. Simpan nama sebenar dia untuk penggunaan masa depan. Haha.

No comments: