"...One who directs to good is rewarded similar to the doer of good..." - Ibn Majah
Bab 8
PETANG itu, Humairah pulang ke rumah menaiki
kereta yang dipandu Shahrul. Kebetulan dia kerja overtime, Shahrul menawarkan
diri menghantarnya. Dia angguk sahaja. Daripada menunggu van datang menjemput,
lebih baik dia ikut Shahrul. Sekurang-kurangnya, awal sikit sampai rumah.
Shahrul
tersenyum ketika dia dan Humairah saling berbalas renungan. Humairah meletak
gelas berisi air sirap di atas meja. Shahrul mengangguk sahaja sewaktu Humairah
mempelawa dia minum.
“Minum,
Shahrul,” kata Rosnah.
Humairah
ambil tempat di sisi Rosnah. Sesekali ekor mata melirik ke arah Shahrul.
Perasaan aneh itu melintasi hati sendiri tatkala mereka saling bertempur
pandang. Cepat-cepat Humairah alih mata. Dia tenung dinding kayu.
“Shahrul
satu tempat kerja dengan Ara ke?” tanya Rosnah. Ramah melayani Shahrul yang
baru dikenalinya.
Shahrul
mengangguk. Curi-curi pandang ke arah Humairah. Ayunya gadis itu bertudung
menutupi rambut.
“Satu
tempat kerja, cuma lain-lain department,” terang Shahrul.
“Shahrul
ni supervisor, nek,” celah Humairah.
Rosnah
menoleh. Berkerut dahinya. “Su... supervisor?”
“Haah.
Jaga anak buah,” sambung Humairah.
Rosnah
mengangguk tanda faham.
“Tinggilah
pangkat Shahrul kat situ ya.” Rosnah kulum senyum.
“Eh,
mana ada. Supervisor aje nek. Tak besar mana pangkat tu,” tuntas Shahrul.
Humairah
ketawa mengekek. Jelas terpamer riak kurang senang Shahrul sewaktu memberitahu
kedudukan sebenar.
“Nak
dibandingkan dengan Ara yang kerja sebagai operator, tinggi jugalah pangkat dia
tu.” Humairah masih giat mengusik Shahrul. Sebenarnya, modal itu sahaja yang
boleh dijadikan topik. Kalau tidak, bunyi cengkerik yang lebih.
Tergeleng-geleng
kepala Shahrul. Wajahnya naik merah kerana segan. Setakat supervisor, apalah
sangat. Bikin malu sahaja heboh tentang pekerjaannya itu.
Shahrul
memandang jam dinding. Hampir mencecah jam lima petang. Rasanya, dia perlu
beransur sekarang juga. Shahrul berdiri. Lantas bersalaman dengan Rosnah
selepas meneguk air sirap bujang air tangan Humairah. Manisnya melekat ditekak.
Sedap!
“Ada
masa nanti, datanglah sini lagi ya,” pelawa Rosnah.
Shahrul
mengangguk. Pemergiannya diiringi Humairah. Shahrul menyarung kasut. Sempat
melirik ke arah Humairah yang kelihatan manis di matanya meski Humairah gadis
yang biasa-biasa.
“Terima
kasih tumpangkan saya hari ni,” ucap Humairah.
“Bukan
selalu,” balas Shahrul.
Humairah
kulum senyum. “Hati-hati ya,” pesan Humairah sambil melambai ke arah Shahrul
yang mengorak langkah menghampiri kereta Viva hitam yang di parkir di bawah
sebatang pokok rendang depan rumah.
Shahrul
memandu keretanya bersama hati yang kembang-kuncup. Tidak menyangka pelawaannya
diterima Humairah. Silap-silap haribulan, malam ini tidurnya tidak lena
gara-gara Humairah. Shahrul tersenyum-senyum.
Kaki
kanan Shahrul menekan brek secara mengejut. Mujur kereta tidak dipandu laju.
Andai sahaja dia memandu peri pelumba kereta, pasti terhumban ke sungai dengan
dia dan kereta sekali. Shahrul menghala mata ke depan. Tidak berkelip mata
melihat tiga orang lelaki menghalang laluannya. Shahrul melangkah keluar dari
kereta. Silih berganti memerhatikan tiga lelaki yang lagak seperti samseng
jalanan.
Hasnol
terlebih dahulu memulakan langkah. Diikuti Jali dan Azli yang mengekor di
belakang. Ekor mata Hasnol melirik tajam pada Shahrul yang beriak hairan. Tidak
mengenali Hasnol dan rakan-rakannya.
Hasnol
menepuk bahu Shahrul dengan kuat. Kemudian dia mencengkam leher baju yang
dipakai Shahrul. Shahrul terkejut. Berusaha melepaskan diri, tetapi cengkaman
itu semakin kuat.
“Kau
siapa? Nak apa?” tanya Shahrul.
“Patutnya
aku yang tanya kau soalan tu. Kau bukan budak sini, kan? Siapa kau?” Hasnol
pula menyoal.
“Aku
Shahrul!” jawab Shahrul bagai orang lurus.
“Aku
nampak kau bawa Humairah tadi.” Hasnol berjeda seketika. Panas hati ketika Jali
memberitahu Humairah menaiki kereta bersama seorang lelaki. Lekas dia berkejar
ke rumah Humairah. Memang benar kata Jali. Disebalik rimbunan semak-samun, dia
mengintai. Humairah nampak mesra dengan lelaki ini. Tersenyum manis penuh gula.
Sedang bila bertembung mata dengannya, jangankan kata senyum, pandang pun belum
tentu mahu!
“Aku
tolong hantar aje,” beritahu Shahrul. Naik sesak nafas bila Hasnol
memperlakukan dia sebegini rupa.
“Jangan
pernah dekati Humairah lagi!” tegas Hasnol. Membulat matanya.
“Kenapa
pulak? Aku dengan dia kawan aje,” tingkah Shahrul.
“Aku
tak suka!” marah Hasnol. “Humairah itu milik aku!”
Hampir
bertaut kening Shahrul mendengar bicara Hasnol.
“Setahu
aku, Humairah belum kahwin. Dia bukan milik sesiapa selain nenek dia dan Maha
Pencipta.” Shahrul menegaskan pula. Ditepis tangan Hasnol yang mulai longgar.
Hasnol
mendegus geram. “Aku tak mahu kau dekati Humairah. Jangan sesekali pijak kaki
kau di kampung ni. Kalau aku nampak kau, nahas kau aku kerjakan!” gertak Hasnol
dengan suara garangnya.
Tidak
berkelip mata Shahrul. Siapa Hasnol sebenarnya? Apa hak Hasnol menghalang dia
daripada bertemu Humairah atau memijak kaki di sini sekalipun? Shahrul malas
hendak cari gaduh. Kalau betul halangan itu memang tercipta, maka dia akan
jumpa Humairah di kilang sahajalah. Di sana, larangan gila ini tidak
berkuat-kuasa.
Shahrul
memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Dihidupkan enjin kereta dan sengaja
menekal pedal minyak. Bising bunyi enjin keretanya sengaja membakar Hasnol yang
sedia terbakar melihat kemunculan Shahrul di sini bersama Humairah.
HAIKAL meletak bekas kecil berbalut kain baldu
merah di atas meja. Silih berganti mata Kamsiah memerhati kotak kecil itu dan
Haikal. Berkerut-kerut mukanya tanda hairan. Haikal bersandar sambil berpeluk
tubuh. Dia menunggu Kamsiah buka mulut.
“Apa
ni?” tanya Kamsiah.
Haikal
buat muka ketat. Konon serius menghadapi situasi depan mata.
“Cincin
risik.” Ringkas Haikal menjawab.
Kamsiah
terbatuk-batuk kecil. Cincin risik? Kotak kecil itu dibukanya. Memang ada
sebentuk cincin terletak elok di dalamnya. Cincin belah rotan itu dipandang
lama.
“Kau
nak merisik siapa?” Kedengaran tawa halus di hujung bicara Kamsiah.
Haikal
mendengus kurang senang.
“Mak
dah tahu siapa kan?”
Ekor
mata Kamsiah melirik ke arah Haikal.
“Mana
kau dapat duit beli cincin ni? Kau mencuri?” soal Kamsiah penuh curiga.
“Duit
gaji akulah mak. Mak ingat kerja aku mencuri aje ke?” Mendatar suara Haikal.
Kamsiah
mencebik. “Kau bukannya boleh percaya. Entah-entah duit menang judi.” Kotak
kecil itu ditolak ke arah Haikal.
Kamsiah
bangkit. Daripada melayani angin biol Haikal, lebih baik dia duduk dapur,
menyediakan makan tengahari mereka dua beranak. Kalau lambat nanti, muut Haikal
juga yang bising kalahkan nenek kebayan.
“Mak,
aku serius!” laung Haikal.
Terbejat
kaki Kamsiah melangkah. Dia mengeluh halus. Haikal tidak pernah berputus asa
memaksa dia meminang Humairah. Sampai ada masa dia rasa sungguh rimas. Setiap
kali duduk hadap berdua, di meja makan sekali pun, Haikal akan usul perkara
yang sama.
Haikal
mengejar emaknya yang kaku di depan sana.
“Pinangkan
Humairah untuk aku, mak,” katanya penuh mengharap.
Kamsiah
sekadar menggeleng kepala. Sebagai tanda dia tidak akan tunduk kepada
permintaan Haikal.
“Kau
pergi cermin diri kau dulu. Layak ke kau dapatkan Humairah tu?” Berbaur sinis
sindiran itu.
“Aku
tahu aku jahat. Tapi aku akan berubah demi Humairah, mak.”
Kamsiah
tarik nafas pula. Senangnya berkata-kata. Haikal sudah terlalu lama bergelumang
dengan kebiasaan yang dia sendiri sukar hendak mengubahnya. Judi, nombor ekor.
Kamsiah meraup muka.
“Berubah
demi Tuhanmu, bukan kerana manusia. Bukan kerana Humairah.” Perlahan bicara
Kamsiah menusuk ke hati kecil Haikal. Haikal termangu-mangu. Memerhati lenggok
Kamsiah memasuki ruang dapur.
Haikal
kembali melabuh duduknya. Sakit kepala! Lain yang dia minta, lain yang dapat.
Dengan kasar, Haikal memukul meja. Berdentum bunyinya. Kamsiah yang terdengar
bunyi kuat itu hanya mendiamkan diri.
BAHU Haikal dicuit kasar. Haikal pantas
menepis. Mukanya beriak ketat. Jali dan Azli saling berpandangan. Kedua-dua
manusia suruhan Hasnol itu memandang pelik ke arah Haikal yang bertingkah
begitu.
“Kau
kenapa?” Jali memulakan pertanyaan.
“Tak
ada apalah!” Haikal menjawab kasar.
Jali
lempar pandang ke arah Azli. Azli jungkit
bahu.
“Hasnol
mana?” Haikal memandang persekitaran. Selalunya, bila ada Jali dan Azli, akan
ada Hasnol. Kali ini, bayang Hasnol langung tidak terjamah dek mata.
“Dia
kata dia ada hal,” beritahu Azli.
Haikal
pantas berpaling. Tercenggang seketika. “Hasnol ada hal?”
Azli
mengangguk. Sibuk mengagih kad-kad yang menjadi platform mereka berjudi. Jali
sudah pun bersedia dengan beberapa wang kertas di tangannya. Sekeping wang
kertas bernot lima puluh ringgit dilempar di atas tikar mengkuang. Azli pula mengeluarkan
sepuluh ringgit sahaja. Jali mentertawakan nilai yang dikeluarkan Azli. Azli
berlagak selamba biarpun hatinya terbakar melihat gelagat Jali.
“Kau
nak bertaruh berapa?” Jali menyoal sambil hujung ekor mata menilik kad-kad
dalam tangan.
Haikal
tidak menjawab pertanyaan Jali sebaliknya sibuk memikirkan ke mana pergi
Hasnol. Pelik sungguh! Hasnol ada hal? Selama hari ini, Hasnol tidak pernah
mementingkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hati hitamnya. Hasnol
yang akan mengajak mereka berkumpul di sini untuk lepak-lepak sambil bermain
judi.
“Hoi!
Kau nak main ke tak ni?” gesa Azli pula.
Haikal
berdiri. Tidak memandang Jali dan Azli yang ikut sama melorot pandangan ke
arahnya.
“Aku
malas nak main hari ni,” tegas Haikal. Panjang langkah kaki pergi dari situ.
Untuk
kesekian kalinya, Jali dan Azli berpandangan lagi. Kedua-duanya menggaru
kepala.
“Dunia
nak kiamat ke?” aju Azli.
“Apasal
kau cakap macam tu?” Jali menyoal.
Azli
meletakkan sekeping kad di atas lantai. Hujung jari menari-nari di dahi yang
mulai timbul garis-garis kasar bila dia mengerutkan muka.
“Hasnol
nak Humairah. Haikal pun nak Humairah. Kau tak rasa ke nanti mereka tu bergaduh
kalau salah seorang dari mereka berjaya memiliki Humairah,” kata Azli.
Terangguk-angguk
kepala Jali, bersetuju.
“Tapi
tak mungkinlah. Humairah tu tak akan pandang dua makhluk tu. Baik Hasnol, baik
Haikal, dua-dua tak boleh pakai,” sambung Jali.
“Tak
guna macam kau!” tempelak Azli lalu menghambur ketawa.
Jali
angkat muka. “Habis, kau tu berguna sangatlah?!” balas Jali, bengang.
Azli
ketawa mengekek. Dia meletak kad terakhir.
Jali
melihat peluang itu terbuka depan mata, cepat-cepat memperlihatkan kad yang dia
punya. Senyuman menyeringai menghiasi bibirnya yang kehitaman. Terbeliak mata
Azli. Kemenangan itu berpihak kepada Jali. Dengan penuh semangat, Jali mengutip
duit-duit itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.
“Setan
kau!” marah Azli.
Giliran
Jali pula ketawa besar.
“Kau
kena belajar dari yang pakar. Cepat! Berapa nilai taruhan kau kali ni?”
Taruhan
Jali semakin banyak. Seratus ringgit diletak sebagai pertaruhan. Yakin selepas
ini wang taruhan itu akan kembali ke dalam poketnya.
Azli
memandang geram. Dia enggan mengalah. Kalau tadi dia cuma letak sepuluh
ringgit, kali ini dia naikkan nilai sehingga lima kali ganda.
Jali
bertepuk tangan. Ketiadaan Hasnol membuka peluang dia menarik duit dari Azli.
Jika Hasnol menyertai mereka, peluang untuk menang adalah sangat nipis kerana
Hasnol raja main judi.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Salam Jumaat semua :) Lamanya tak keluar berjalan-jalan sambil cuci-cuci mata, sambil makan-makan, sambil ambil gambar. Sigh! -..-''
5 comments:
smbng lagi.. konflik jgan teruk sngat.. hehe
@Ruunna Qizbal
Hi :) Thanks drop sini. Ohh.. kite tak pandai nak letak konflik teruk2. Hihi :D So biasa2 aje :)
Agaknya nanti apa jadi dekat Hasnol dengan Haikal tu..
Oh Humairah pilih orang lain ajelah. Hahaha. :)
@bsby mio
:)
@memori maya
Thnx drop sini :) Kena teruskan baca utk tahu. Hihi :) Maaf if ada byk kekurangan :)
Post a Comment