"...Allah answers the call of the caller not because of the greatness of the caller but of the magnanimity of the one being called..." - Omar Suleiman
PROLOG
“NANI tak kasihankan kami? Nani tak sayang
ayah, tak sayang ibu?” Bergetar suara Huzaimi di hujung talian.
Hannani
ketap bibir. Habis lencun pipi dia dibasahi airmata yang tidak berhenti
mengalir saat suara ayahnya menyentuh gegendang telinga.
“Jangan
buat ayah macam ni, sayang. Baliklah.” Huzaimi memujuk.
Hannani
diam. Esak tangisnya sahaja yang kedengaran. Tersorot mata yang berair itu ke
arah seorang lelaki yang duduk di sebelah dia, sedang memegang stereng kereta.
Wajah lelaki itu tampak tenang.
“Ayah...”
Menggigil bibir dia.
“Kita
bawa bincang, Nani. Jangan ikut hati.” Huzaimi tidak berputus asa memujuk.
Walau apa pun yang jadi, dia mahu anak gadisnya itu kembali kepada mereka.
Isterinya, Puan Raina masih berada di sisi bersama kebimbangan yang tidak
surut-surut. Ada sisa airmata yang bergenang di tubir mata isterinya.
“Nani
ada keluarga, Nani ada ayah, ada ibu. Kenapa Nani pilih jalan melarikan diri
macam ni? Baliklah, nak.”
Hannani
memintal jari sendiri. Sebelah hati tertinggal bersama keluarga, separuh lagi
berada dalam genggaman Dayyan, lelaki yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Hannani
mengesat airmata.
“Ayah,
Nani sayang ibu, sayang ayah dan Nani sayang Dayyan,” rintih Hannani. “Nani tak
boleh hidup tanpa Dayyan, ayah.”
Huzaimi
berdiri. Lemah jantung saat diberitahu bahawa anak gadisnya sedang menuju ke
pantai timur tanah air, mahu menyeberangi sempadan- melarikan diri bersama
lelaki yang ingin dikahwininya di sana nanti.
Cinta
membutakan mata hati. Memudarkan tahap kewarasan fikiran demi menurut kehendak
jiwa yang meronta di kala tuntutan itu terhalang. Itulah yang terjadi kepada
anak gadisnya- Adra Hannani.
“Nani
sanggup buang ayah dan ibu?” aju Huzaimi.
Hannani
gigit bibir. Kepala digeleng halus.
“Balik
sini. Kita bincang,” tegas Huzaimi lagi.
Hannani
senyap tidak menyahut.
“Kalau
pun Nani nak kahwin, biarlah ayah jadi walinya.”
Hannani
menumpah airmata lagi. Kali ini lebih lebat. Sekelumit hati dia dicalit
kekesalan kerana hampir-hampir membelakangi keluarga sendiri. Menidakkan hak
ayahnya sebagai wali.
Dayyan
merenung Hannani. Dalam cahaya kuning yang meruak di dalam kereta, dia nampak
kesedihan yang menjalar di riak mulus itu. Dayyan hela nafas.
“Kita
balik,” ujarnya sepatah.
Hannani
angkat muka.
“Kalau
kita balik, kita tak mungkin bersama,” pintas Hannani. Hatinya menjadi dua
kini.
“Saya
sayang awak, Dayyan,” luah Hannani.
“Saya
tahu.” Dayyan membalas. Renungannya berkalih ke depan. Melebar mata ke jalan
raya yang kelihatan lengang. Perjalanan mereka masih jauh. Berbaki
beratus-ratus kilometer sebelum mereka sampai ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
“Kita
terlalu mengikut perasaan.” Dayyan bersandar pula. Kembali melorong mata pada
Hannani.
“Kita
lupa yang kita ada keluarga. Ada emak ayah. Perbuatan kita hanya akan menyebabkan
mereka bersedih, Nani,” tutur Dayyan.
“Kita
balik. Kita lupakan niat kita ni.”
Cadangan
Dayyan itu disambut dengan gelengan Hannani. Gadis itu menangis lagi. Dayyan
tidak tahu bagaimana cara hendak memujuk. Keterlanjuran dia mengajak Hannani
kahwin lari di negara Thailand menjerumuskan mereka dalam kancah ini. Waktu
itu, dia berfikir seperti Hannani sekarang. Tidak mahu sesiapa menjadi
penghalang kasih suci mereka.
Dayyan
menghidupkan enjin kereta. Sudah berkira-kira hendak menyongsang arus destinasi
mereka.
“No!”
Hannani memekik.
Terbejat
tingkah Dayyan.
“No...”
Mengongoi tangisan Hannani. Menghambur kesedihan yang bertapak dalam diri.
“Nani,
saya percaya pada jodoh, pada takdir Allah. Kalau betul kita telah ditakdirkan
untuk sehidup semati bersama, Insya-Allah, seberat mana pun dugaan, sehebat
mana pun halangan, pasti kita dapat tempuhinya.”
“Saya
minta maaf sebab hasut awak untuk ikut kata hati saya. Saya sayangkan awak
Nani. Sebab sayang itulah, saya tak mahu awak jadi anak derhaka. Membelakangi
keluarga sendiri.” Dayyan berkata lagi. Lembut renungannya menusuk ke wajah
Hannani.
Hannani
membalas pandangan yang tertuju padanya.
“Saya
tak mampu berpatah balik, Dayyan.” Sendu Hannani masih bersisa.
Dayyan
menguak anak rambut sampai ke ubun-ubun. Renungannya tidak berkalih seinci pun.
“Keputusan
di tangan awak, Nani. Kalau awak nak teruskan rancangan kita, kita pergi
sekarang. Kalau awak mahu undur masa, kita kembali ke pangkuan mereka.”
Hannani
menekup muka. Kepala dia kusut!
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Salam Jumaat :) Semalam blog buat hal. Konon nak tutup lama padahal time2 tu jugak aku betolkan semula. So, rupa masih sama teehee. Ruang Rindu in da-houzeee! Update satu entri lepas tu bersawang semula. Harhar
3 comments:
wow..kemain lg..:D
best saya suka sangat-2.
@Ayra Zahra
Eh eh.... eonnie! Kihkih
@baby mio
Mekasih awak :)
Post a Comment