Sunday, January 18, 2015

[Novel] : Usah Lepaskan Bab 5.

Assalamualaikum.








"...Whenever we're going through the rough time, we should try counting the good things in our lives..."









Bab 5
BETTY membelek bungkusan hadiah itu berulang kali.
            “Siapa bagi?” soalnya kehairanan.
            “Entah.” Amiera menjawab acuh tidak acuh.
            Betty angkat kening. Sejurus itu, dia cuit pinggang Amiera bersama senyuman nakal mula terbentuk di bibir.
            “Ke kau ada admire ni?” Suara dilontar tadi, sengaja dileret panjang.
            Amiera mengerling sekilas. Bungkusan seperti itu, yang hanya tertera namanya tanpa diketahui siapa gerangan sang pengirim, bukan kali pertama diterima olehnya.
            Bungkusan itu diambil dari tangan Betty. Diamati lama. Tiada satu pun yang berubah. Kekal serupa seperti mana mula-mula dia menerima bungkusan misteri ini bertahun dulu.
            “Nak aku tolong siasat?” Betty menawarkan bantuan.
            “Siasat apa?” Amiera mencari muka Betty.
            Gadis bertahi lalat kecil di atas bibir itu, mula menguntum senyum lebar. “Alah, siasat orang misteri yang bagi kau ni.” Bungkusan tadi diraih kembali dalam pegangan.
            “Kau tak nak tahu ke?”
            Amiera seperti tidak berminat. Tumpuan dilaras terus ke skrin komputer.
            “Tak payahlah kau bazirkan masa dan tenaga kau tu. Baik simpan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat,” tutur Amiera.
            Roman wajah Betty berubah sekelip mata. Dahinya berlapis-lapis. Kening yang beralis cantik itu, terus meruduk ke bawah, hampir bercantum.
            “Kau ni tak berperasaan ke apa? Kalau aku yang dapat benda macam ni, jangan tunggu ada tenaga ke, masa ke, sekarang juga aku pergi cari orangnya, tahu!” Betty menggigit bibir.
            “Itu kau...” Amiera tersengih panjang.
            Betty mencebik. Bungkusan sederhana besar, berbalut kertas coklat diletak atas meja Amiera. Mukanya masam mencuka. Tindak balas Amiera yang pasif membuatkan dia naik geram.
            Amiera tertawa gelihati.
            “Sini... aku tolong buatkan air untuk kau. Nak?” Dia seolah memujuk.
            Betty menyorong kerusi menjauhi Amiera. “Suka hatilah. Aku tak kisah.”
            Lekuk pipi mulai lentur, sebelum tawa kecilnya meletus.

            “Mengada kau ni, Betty. Nak merajuk konon. Kalau kau rajin sangat, pergilah cari siapa yang bagi aku benda tu.” Bahu Betty ditepuk kuat.
            “Serius... takkan kau tak teringin pun nak tahu?” Betty menyoal.
            Amiera hela nafas panjang. Sungguh, hati tidak sedikit pun tergadah.
            “Apa korang borakkan ni?” Kak Mila menyergah tiba-tiba.
            Amiera dan Betty sama-sama elus dada.
            “Kak Mila ni kenapa? Tiba-tiba sergah orang.” Betty merutuk geram.
            Kak Mila menyimpul senyum.
            “Our creative designer is back,” beritahu wanita itu.
            Amiera kerut muka, manakala Betty sudah pamer riak teruja.
            “Betul ke kak? Ingatkan bila Encik Is kata dia akan datang balik sini dulu, macam tipu aje. Iye lah, dah ada kerja baru.”
            “Sebab tu lah Encik Is kosongkan position tu. Empat tahun tau, ingat sekejap?”
            Amiera menjadi pendengar setia. Fikiran dia kosong. Apa pun yang dibicarakan Betty dan Kak Mila, tiada mampu memenuhi ruang pencernaan otak.
            “Masih manis macam dulu, kan kak?” Terkidum-kidum Betty simpan suara yang kebiasaan menggegarkan hampir seluruh ruang ini.
            Leret mata Amiera ikut terarah ke hadapan. Waktu itu, dia tergamam seketika. Biar kejauhan, paras itu masih mampu dipadankan dengan raut wajah seseorang.
            Jiran sebelah rumah?

“TAK berubah langsung?” Adlan terkedu melihat keadaan biliknya yang kekal rapi, seperti mana mula-mula dia membawa diri pergi meninggalkan keluarga kecil Iskandar.
            “Sebab aku tahu, kau akan balik sini,” kata Iskandar.
            Adlan tersenyum lagi. “Kau yakin sangat, Is.”
            Iskandar terangguk-angguk. Lantas bersandar tubuh ke dinding.
            “Aku kenal kau, Edi. And look now, you’re back. Just like you’ve said before.”
            “Bila nak mula kerja? Aku dah tak sabar nak open new project ni.” Iskandar leret senyum lebar.
            Lirik mata kembali mencari wajah Iskandar.
            “Up to you,” jawabnya ringkas.
            “Kalau ikut aku, sekarang pun aku dah nak suruh kau mula kerja.” Beberapa pelan projek baru sudah mula menerjah kotak fikiran.
            Adlan sekadar mengisi ruang itu dengan gelak tawanya.
            “Kenapa dulu kau pilih Sabah?” Iskandar kerut muka.
            Pertanyaan Iskandar terus dibiar terawang-awang. Sabah? Sejauh itu dia bawa diri biar di Semenanjung, rezeki itu mampu dicari. Entah, benar tidak betah dia terus berbumbungkan langit yang sama. Setiap detik waktu, perasaan sendiri bagai dihiris halus.
            Adlan membawa pandangan menembusi cermin kaca yang ditabiri sejenis penghadang plastik. Dari celah-celah objek itu, dia nampak Amiera sedang ke hulu-hilir membawa beberapa buah buku lebar ke tengah pejabat. Duduk di meja bersama Betty. Kedua-duanya begitu tekun membelek buku berkelebaran 12 inci.
            “Yang tu...” Adlan menuding jari.
            “Apa?” Iskandar turut menjengah.
            “Betty? Takkan kau dah lupa kut?” aju Iskandar pula.
            Adlan menggeleng. “Sorang lagi.”
            “Oh, itu Amiera. Baru lima enam bulan aku hire dia kerja sini,” jelas Iskandar.
            Spontan, lentur senyum Adlan naik tinggi ke pipi.
            “Lain macam aje aku tengok kau.” Iskandar curiga.
            Adlan pantas menggeleng.

‘ASTAGHFIRULLAH...’ Amiera elus dada. Dia bawa tubuh bersembunyi di sebalik tiang sebesar dua pemeluk manusia. Cuba mengelak terkena tempias air hujan yang kian lebat membasahi bumi Tuhan.
            Sesekali, jam tangan dikerling rakus. Hampir setengah jam dia terpacak umpama tiang seri bangunan dua tingkat milik Datuk Rizal, bapa kepada majikannya. Doanya dalam hati agar hujan segera teduh dan guruh serta kilat yang sabung menyabung minggir daripada terus-terusan menggegarkan hati sendiri.
            “Eh, kau tak balik lagi?” Kak Mila yang sudah bersiap-siap dengan payung di tangan, sempat menegur.
            “Hujan kak. Bagi teduh sikit,” ujar Amiera.
            “Hati-hati tu bawa motor. Jangan merempit.” Kak Mila mengingatkan.
            Amiera tersengih. “Nak merempit apanya, kak? Hujan macam ni.”
            Kak Mila ketawa. Kain diangkat sedikit melepasi buku lali.
            “Akak balik dululah. Tu, hubby dah tunggu tu. Nanti lambat, dia bising!” Kak Mila melambai tangan ke udara sebelum tubuh sedikit gempal itu hilang ditelan perut kereta.
            “Amiera!”
            Amiera terperanjat. Tubuh berkalih ke kanan. Ekor mata menyoroti sebuah Proton Preve merah berkilat dengan tingkapnya terbuka separuh. Dia menunduk, cuba melihat wajah yang tersembunyi dari penglihatan.
            “Come!” Suara itu memanggil lagi.
            Dahi sudah berlapis-lapis.
            “Encik Adlan?” Bulat matanya.
            “Cepat! Saya hantar awak balik. Nak tunggu hujan berhenti, sampai malam buta nanti. Come!”
            Tanpa bertangguh, Amiera meluru ke arah kereta itu. Buru-buru dia menyumbat tubuh ke dalam kenderaan tersebut.
            “Here...” Adlan mengunjuk sekotak tisu. “Tu... lap air hujan tu.”
            Amiera menurut. Sekilas, dia menoleh.
            “Terima kasih,” ucapnya.
            “Tak sangka, jumpa awak dekat sini pula.” Adlan berkata perlahan, disulami sebuah senyuman mekar membasahi bibir.
            “Saya pun. Ingat pelanduk dua serupa.”
            Meletus tawa Adlan. Brek kaki ditekan pada saat lampu merah menyala di tengah simpang empat yang menemukan laluan masuk ke jalan utama.
            “Esok...awak pergi kerja dengan saya, okay?”
            Roman wajah Amiera menggambarkan apa yang sedang bermain dalam kepala. Diikuti dengan kerut dahi yang semakin dalam.
            Adlan ketawa lagi. “Bukan ke motosikal awak dah tinggal depan office tadi?” Kening dijongket tinggi.
            Amiera tepuk dahi. Dia lupa. Dalam segan, dia buka mulut, “Tak apa ke?”
            “Kalau saya kisah, saya tak pelawa tau,” canda Adlan.
            Senyuman tidak mampu disembunyikan lagi.

DIA mahukan ibu! Tetapi kenapa semua manusia itu seakan memisahkan dia dari ibu? Dari jauh, dia lihat ibu diangkat oleh beberapa orang lelaki berpakaian biru. Jasad kaku ibu dimasukkan ke dalam beg warna hitam.
            Zapppp!
            Sekali tarik, jasad ibunya langsung tenggelam dalam beg tersebut.
            “Ibu!”
            Jeritannya tidak diendahkan. Seorang wanita yang duduk berhampiran dengannya cuba menghalang dia daripada mendekati tempat itu.
            Dia mahu ibu!
            Dia hendak peluk ibu!
            Tidakkah semua orang memahami kehendak hatinya?

“AMIERA, bangun!” Adlan menunjal tubuh Amiera berkali-kali. Tiada sebarang tindak balas melainkan ulas bibir Amiera terus-terusan menitip bicara yang tidak difahami.
            “Bangunlah!” sergahnya. Selajur menepuk pipi Amiera sehingga membuatkan mata yang terkatup lama itu kembali celik. Amiera terpinga-pinga. Dia menoleh sekilas.
            “Kenapa dengan awak ni” Sebelah kening dijongket tinggi. Aneh melihat ulah Amiera. Sebermula lena itu menggeluti diri, Amiera bertingkah pelik. Bibirnya bergerak-gerak membutirkan bicara halus, cukup asing dipendengaran.
            Amiera menggeleng laju.
            “Dah sampai dah ni,” beritahu Adlan. Tali pinggang keledar segera ditanggalkan daripada merentangi tubuh.
            “Oh... oh ye...” Amiera berusaha melepaskan diri. Entah kenapa, tali pinggang keledar itu sukar dileraikan. Dia hampir lemas!
            “Hei... hei... perlahan-lahan. Awak kelam-kabut macam ni, memanglah susah nak tanggalkan benda ni. Cuba sabar,” omel Adlan.
            “Terima kasih.” Sepantas kilat, Amiera meluru keluar. Pintu dihempas kuat.
            Adlan terkebil-kebil memerhatikan langkah laju gadis itu.

“KENAPA Edi tak balik masa arwah daddy tengah nazak?”
            Bergema suara wanita itu. Melantun-lantun.
            Adlan langsung tidak terkejut. Kewujudan wanita itu sedia diperasani sebaik ternampak sepasang kasut tumit tinggi diletak elok atas rak.
            “I ask you, Edi.” Rozita meninggikan suara apabila Adlan buat tidak endah. Lengan Adlan direntap perlahan. Pemuda itu pegun di tempatnya berdiri.
            “I’m tired.” Sepatah Adlan menjawab. Malas melayani bebelan wanita itu. Dia hendak melangkah pergi namun Rozita masih enggan melepaskannya. Perlahan-lahan, Adlan menghela nafas panjang dan kedengaran berat.
            “Edi tak menjawab pertanyaan mummy. Mummy tanya, kenapa Edi langsung tak balik? Edi tahu tak, sepanjang masa, daddy tanyakan Edi.”
             Adlan memaling wajah. Tajam memerhatikan Rozita.
            “He’s not my father!” tegas Adlan.
            Serta-merta, pegangan erat di lengan Adlan beransur lerai.
            “Daddy dah tak ada, sayang.” Rias mendung merauti roman Rozita. Sungguh, dia terkilan. Adlan masih enggan menerima Ahmad Saufi dalam keluarga kecil mereka.
            Otot-otot muka melentur senyum yang kelihatan sinis sekali. Adlan melirik sekilas ke arah ibunya. Sayu wajah wanita itu langsung tidak menjentik ulu jantung. Dia bagai kayu. Hati seumpama batu.
            “Sama ada dia hidup atau mati, I don’t really care.”
            “Adlan Hakim!” Rozita mengancing gigi. Bicara Adlan benar-benar melampau.
            Tanpa sepatah kata, Adlan meninggalkan Rozita di ruang tamu itu bersendirian. Sebaik sampai ke bilik, tubuh dihempas kasar di atas sebuah kerusi yang terletak di penjuru bilik, berhampiran katil.
            “Daddy? Huh!” Jari-jemari rakus melonggarkan cerutan tali leher yang membelit batang leher.

ROZITA terduduk di kerusi. Anak mata melorong ke tingkat atas. Dentuman pintu dihempas kuat tadi masih berdesing di telinga. Dada dielus perlahan. Dia sudah lama bersabar dengan kerenah satu-satunya putera hasil perkahwinannya yang pertama- Adlan Hakim.
            Sayu hati tatkala ulas bibir suaminya sentiasa menyebut nama Adlan, walhal anak muda itu langsung tidak sudi menghadirkan diri demi mengubati kerinduan sang ayah. Sehingga nafas terakhir, Adlan tidak muncul. Malah, pengkebumian Ahmad Saufi juga kosong tanpa kehadiran Adlan yang dikatakan begitu sibuk di bumi Sabah.
            Pelipis dahi diurut perlahan. Pening! Kepalanya pusing memikirkan sikap Adlan. Sengajakah Adlan bertindak sebegini rupa semata-mata ingin menyakiti hati dia? Benarkah Adlan tidak peduli sama sekali? Hati itu... dinginnya bagai tiada tara.

            Rozita bersandar lemah di sofa.

Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: Tidur.

8 comments:

Fizz Larn said...

Haha....mgu lps sy tgk dh tukar tajuk..mula2 igt salah masuk blog..rupanya betul...heeee
tq for tis n3...dh stat nk warm up dh citer ni..

~::HANAH RISHAS::~ said...

Tukar awal2 sementara entri masih secoet hihi :)

Terima ksih selalu singgah baca dan drop komen :) Terharu betol! :')

Fizz Larn said...

Saya suka ur storyline...awak ada buku yg dh diterbitkan x? Kalau ada bgtau la..saya suka review novel yg ada potential...ni link pada blog saya www.nveloaddct.blogspot.com ;-)

~::HANAH RISHAS::~ said...

Kite dah jejak blog awk dah :) ada review novel yg power2 mcm RM, Hanina Abdullah yg awesome tu!hihi mcm tak lyk je first baby kite nak direview :) Percubaan pertama yg byk kekurangan sana sini :)

Fizz Larn said...

Setiap karya ada kelebihan dan kekurangan...garapam pertama kalau ada terkucil tu mmg perkara biasa kan? Tp sy sokong hasil2 karya penulis2 yang ada potential mcm awak. I am a hard person to please when it comes to books. Tp karya anda berjaya menarik perhatian sy. Saya suka bagi review yg dtg terus dari hati sy. Bila dh keluar buku nnt..boleh la sy beli dan buat review utk awak. Review tu nnt sy boleh share kat fb dgn rakan2 lain. Nnt boleh la dorg beli buku awak di pasaran kan? Hi3...Hanina pun x tahu sy buat review novel dia until sy bgtau dgn dia mgu lps...hehehe..n dia mmg sporting! :D

~::HANAH RISHAS::~ said...

Terharu gila bila sis ckp mcm tu :') thnks byk2!

InsyaAllah..kalau dah ada versi cetak,kite uar2kan :)

ada said...

best..

~::HANAH RISHAS::~ said...

@ada

Hai ada :)

Thank u sudi baca sini :)