"...Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya jadi pelengkap..."
Bab 12
DERAIAN airmata lencun membasahi pipi Asyikin.
Kadang ketika, bahunya terhinjut-hinjut menahan esak tangis yang kian menggila.
Manakala Nurul Ain di sisi, terus berusaha mengawal perasaan. Jauh di sudut
hati, tangisan dia lebih hebat berbanding Asyikin.
Tidak
terduga, malah tiada terlintas dalam fikiran bahawa ibu mereka akan terlibat
dalam kemalangan di pagi Jumaat. Dunia mereka bagai berhenti berputar. Setiap
desah nafas kedengaran hampir di telinga. Kala itu, susuk tubuh gempal Mariam,
jiran sebelah rumah semakin kabur. Mata masing-masing sudah bergumpal dengan
airmata.
“Dah,
jangan menangis. Buruk rupa tu.” Suriani menenangkan perasaan kedua orang
puteri kesayangannya. Diusap pipi Nurul Ain. Dipeluk tubuh Asyikin yang melekat
dipinggangnya.
Nurul
Ain mengelap air mata. Lambat-lambat dia menunduk, membidik anak mata ke arah
kaki kiri Suriani. Berbalut sehingga ke pangkal betis.
“Adik
tak sekolah?” soal Suriani kepada Asyikin.
“Ain
dah cakap dekat cikgu sekolah adik. Cuti emergency. Pada Kak Laila pun Ain dah
sampaikan berita kemalangan ibu ni.” Nurul Ain menjawab bagi pihak Asyikin.
“Ain...
tak kerja?” Kali ini soalan tertuju pada Nurul Ain.
“Macam
mana Ain nak pergi kerja dalam keadaan ibu macam ni?” Dia labuh duduk di birai
katil pula. Tangan dibawa merayapi balutan pada kaki Suriani. Hasil imbasan
x-ray yang dilakukan terhadap ibunya, bahagian buku lali kiri didapati cedera.
Namun dia bersyukur, terlalu bersyukur kepada Tuhan kerana wanita kesayangannya
itu tidak mengalami kecederaan lain yang lebih serius. Hanya calar balar dan
luka kecil di bahagian lutut.
“Ibu
tak apa-apa, Ain jangan risau.” Suriani berkata lembut. Senyum lebarnya tidak
mampu meyakinkan Nurul Ain.
“Ain
nak jaga ibu sampai ibu betul-betul sembuh,” putus Nurul Ain.
“Betul
tu, bu.” Asyikin pantas mencelah.
Suriani
geleng kepala. “Kaki ibu ni, cedera sikit aje. Insya Allah, lepas diurut nanti,
baiklah.”
“Ain
kerja, adik pergi sekolah,” lanjutnya.
“Dengar
cakap ibu.” Kali ini, dia lebih bertegas tatkala kedua puterinya masih
menunjukkan sikap keras kepala.
Nurul
Ain dan Asyikin saling berpandangan. Kemudian, kedua-duanya mengangguk tanda
akur.
“Tapi...
hari ni, biar kami jaga ibu. Lagipun, esok ibu boleh balik, kan?”
“Alah,
ibu tak kisah kalau sorang-sorang dekat sini. Kiri kanan, ada kawan-kawan.”
Terjuih-juih ulas bibir Suriani, menunjuk persekitaran wad yang didiami untuk
satu malam.
“Kami
ni anak ibu, tahu. Apa guna ada anak, kalau tak reti nak jaga ibu sendiri time
macam ni?” Nurul Ain meluahkan rasa tidak puas hati.
Meletus
tawa kecil Suriani.
“Iye
lah... iye lah. Teman ibu sampai discharge esok, boleh?” Suriani menggenggam
tangan Nurul Ain.
Serta-merta,
senyuman Nurul Ain melebar. Wajah sedikit berkedut Suriani ditatap penuh kasih
sayang.
DIA trauma. Terlalu trauma apabila mengetahui Suriani
terlibat dalam kemalangan. Perasaan yang bergelandangan dalam diri, jelas
serupa ketika terpaksa menelan kenyataan bahawa ayah mereka meninggal dalam
kemalangan, lima tahun dulu.
Getir perasaan
keluarga mereka diuji dengan kematian Abdul Halim. Namun ibu mereka tabah
menghadapi semua ujian tersebut. Siapa yang tidak meratap penuh kehibaan apabila
mengetahui suami tercinta meninggal di saat diri masih dalam keadaan koma?
Suriani kuat. Cukup
tabah. Tiada raungan, tiada tangisan lebat. Hanya airmata sahaja menceritakan
betapa wanita itu bersedih di atas kehilangan suami yang dikasihi.
MENCERLUNG lirik mata Nirmala menerkam paras
Anisa. Dengan kedua belah tangannya mencekak pinggang, gaya dia seumpama
seorang ibu yang garang hendak memarahi anak kecil.
Anisa
terkulat-kulat melawan renungan yang membidik bagaikan busur tajam. ‘Matilah
kau, Ain. Aku pun sama mati kejap lagi.’ Hati mulai tidak keruan. Dia tahu apa
yang bakal dimuntahkan Nirmala.
“Mana
kawan kau tu, Anisa?” Biar sepotong ayat itu diaju dalam bentuk pertanyaan,
saat menerobos dalam telinga, terasa memetir bagai sang halilintar.
“Anu...
emm... Ain... anu... aaa.” Tiada tersusun pun bicara yang diatur. Berterabur,
malah tergagap-gagap.
“Mana?!”
Nirmala mula membentak. Bibir sudah diketap rapat. Daripada mencekak pinggang,
kini dia berpeluk tubuh. Ulah pekerja itu benar-benar mencabar kesabaran dia.
“Dia
ada hal.” Buru-buru Anisa menjawab dalam sekali nafas. Nyaris tercampak keluar
jantung dari tubuh.
Nirmala
merengus marah. “Hal? Hal apa? Kucing beranak?”
Tertunduk-tunduk
kepala Anisa.
“Ke
dah teringin sangat nak berhenti kerja? Kalau nak sangat, aku boleh pecat
sekarang ni.”
Spontan,
Anisa mendongak.
“Jangan,
kak. Kasihan Ain nanti,” kata Anisa, berusaha memujuk kononnya.
Kerlingan
maut dipamer penuh amarah.
“Habis,
siapa yang nak kasihan pada aku? Ada pekerja pun, tak boleh harap!” marah
Nirmala lagi.
“Kerja
pun tak sampai setahun lagi, dah buat hal. Dia ingat kedai ni kedai bapak dia
punya? Suka hati nak datang, tak nak datang. Dasar pemalas!” Nirmala
terus-terusan merutuk marah. Sehingga ke dalam bilik, telinga Anisa masih mampu
menangkap setiap butir bicara Nirmala.
Helaan
nafas dilepaskan perlahan. Cukup berat.
“Mana
kau pergi, Ain?” Kepala digaru kasar. Telefon bimbit pantas dilekap ke telinga.
Meliar mata dia mengitari suasana sunyi ruang kedai berkenaan.
“Ain,
mana kau? Kenapa tak datang kerja? Kau tahu tak, mak nenek tu membebel bagai
nak gila. Siap ugut nak pecat kau.” Lantunan suara cuba dikawal agar kedengaran
perlahan. Dia bertinggung berhampiran kaunter.
“Aku
ada emergencylah.” Kedengaran lemah desir bicara di sebelah sana.
Anisa
jongket kening. “Kau kenapa, Ain? Apa yang emergency tu?”
“Mak
aku accident. Orang langgar.”
“Hah?”
Nyata, Anisa ikut terperanjat.
“Habis,
macam mana keadaan mak kau? Teruk ke?”
“Alhamdulillah,
tak teruk sangat. Tapi itulah, kaki dia cedera. Berbalut sampai ke betis.
Bersimen bagai,”
Anisa
beristighfar panjang. “Kalau macam tu, tak apalah. Aku bukan apa, mak cik tu
dah makin gila kau tahu. Silap-silap hari bulan, kau cakap mak kau kemalangan
pun dia tak percaya nanti. Otak dah biul!”
“Eh,
tak baik cakap macam tu. Nanti biul betul. Siapa nak jadi bos kecil dekat kedai
tu?”
Bersahut-sahutan
tawa dua orang sabahat itu.
“Apalah,
buat dosa lagi. Dia tu bos kita, Nisa. Walau berlagak aje lebih, tetap bos.
Kang tak berkat rezeki kita, asyik kutuk-kutuk aje.”
“Emm...
itulah, kuasa bos.” Anisa mengeluh.
“Balik
kerja nanti, aku datang hospital, jenguk mak kau.”
“Jangan
lupa bawa buah tangan. Sekali untuk aku dan Syikin.”
“Ah,
tak kuasa aku. Buat gemuk kau aje. Baik aku beli untuk diri sendiri,” cebik
Anisa dalam leret senyum yang panjang.
“Hai.”
Anisa
menoleh ke arah datangnya suara garau itu.
“Sekejap,
Ain. Ada customer,” bisik Anisa. Diperhati sang arjuna yang berdiri di ambang
pintu.
“Nurul
Ain ada?” Irfan melangkah mendekati Anisa.
“Encik
ni siapa ye cari dia?” Anisa kerut dahi.
Irfan
tersenyum nipis. “Saya... Irfan. Kawan Nurul Ain.”
Bertambah
jelas kerut yang merauti wajah Anisa.
“Ain,
kawan kau cari.”
“Hah?
Siapa?”
“Irfan.”
“Irfan
mana pula?”
Anisa
memberi isyarat supaya lelaki tadi menunggu sebentar. Langkah dipacu
menghampiri penjuru ruang itu. Mereka terpisah hanya beberapa hasta.
“Sejak
bila kau ada ramai kawan lelaki?”
“SEMUA?” Lufiya membelek buku di tangannya.
“Yes,
cancel semua.” Fail-fail dikemas ala kadar. Kunci kereta dan beberapa barang
peribadi miliknya lekas dicapai.
“Tapi...
kenapa Tengku?” Lufiya mengamati ulah anak majikannya. Nampak kelam-kabut.
Seperti terkejar-kejarkan sesuatu yang lebih penting.
“Saya
ada hal penting.” Ringkas jawapan diberikan, namun agak tergantung pada
pemikiran Lufiya.
“Kalau
Datuk cari nanti...”
“Just
tell him, saya ada urusan lain. Call Tuan Indera and cakap dekat dia, kita
tukar date and time.”
“Esok?”
cadang Lufiya.
“Sure...
sure. Tomorrow, after zuhur” Langkah dikemudi laju melintasi Lufiya.
Lufiya
memandang hairan.
NURUL AIN tersentak ketika terasa lengannya
direntap kuat. Tubuhnya terpusing ke belakang. Anisa membuat riak bertanya
dengan mata sesekali menyoroti Irfan.
“Apa?”
Nurul Ain menyoal perlahan.
“Kau
tanya aku? Patutnya aku yang tanya kau, tahu!” Anisa mencubit pipi Nurul Ain.
“Aku
tak kenal dialah.”
Buntang
mata Anisa. “Tak kenal? Dia kata dia kawan kau.”
“Betul,
Nisa. Aku ni, mana ada kawan lelaki. Kau ajelah kawan aku.”
“Habis
tu, dia tu siapa? Hantu? Yang hari tu datang cari kau tu, siapa? Jembalang?”
Bagai hendak terkeluar biji mata dari soket apabila Anisa membulatkan matanya.
Nurul
Ain menggaru kepala. Bagaimana hendak dibentangkan cerita di depan Anisa?
Sekilas dia melorong penglihatan ke sisi. Gaya Irfan langsung tidak canggung.
Waima ibunya juga melayani Irfan seolah mereka sudah lama kenal. Sesaat
kemudian, dia kembali mencari paras Anisa.
“Encik
Irfan tu yang tolong hantar aku masa motor aku rosak. Kau ingat lagi tak?”
Jari-jemari
runcing Anisa bemari-nari di sekitar dagu.
“Aku
syak, dia pun staff dekat tempat aku kerja part-time tu.” Jari hantu dan jadi
telunjuk diangkat tinggi, selajur digerakkan ke bawah dan ke atas
berulang-ulang kali tatkala lentur lidah menyebut ‘part-time’.
“Pandai
kau cari geng dekat sana. Hari tu, dah datang sorang. Ni, ada lagi sorang. Esok
lusa, berduyun-duyun cari kau.” Anisa ketawa perlahan. Ikut hati, mahu dihambur
sampai hingar ruang wad ini.
Bibir
diketap rapat. Sungguh, geram benar dia pada Anisa.
“Gossip
fasal siapa tu?”
Nurul
Ain dan Anisa berpaling serentak. Menjulang paras Irfan yang tersenyum-senyum
pada mereka.
“Eh,
tak ada sesiapa pun Encik Irfan.” Terlebih dahulu Nurul Ain menjawab sebelum
sempat Anisa memuntahkan bicaranya.
“Maaflah
kalau kedatangan saya ni mengejutkan awak, Ain,” kata Irfan.
“Kenapa
Encik Irfan cari saya?” soal Nurul Ain, cukup lurus. Ekor mata menangkap herot
sengihan Anisa yang duduk bersama Asyikin. Sejurus itu, saling berbisik dengan
adiknya pula. Ingat dia tidak nampak?
“Sebab...”
Jeda seketika. Paras Nurul Ain ditatap lama. Terpeta dalam ingatan. Seluruhnya.
“Sebab
saya nak jumpa Ain.”
Kening
Nurul Ain hampir bertaut.
PADA saat dia berdiri di sebalik dinding,
menjurus pandangan ke depan, langkah langsung mati. Kaku di situ seumpama tiang
lampu di tepi jalan.
Bersama
alunan desah nafas yang kian menyempit dalam rengkungan, kaca mata hitam
ditanggalkan daripada membentengi sepasang mata yang selama ini cukup lama
membelah setiap gerak laku si gadis. Bergerak-gerak mata dia memerhatikan sang
arjuna sedang berdiri bertentangan Nurul Ain. Sekali sekala, senyum sang arjuna
melebar mencecah telinga.
Mereka
tampak mesra, seperti saling mengenali.
Selangkah
demi selangkah dia berundur meninggalkan tempat itu.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Rasanya lebih susah sesi edit-rombak manuskrip berbanding lakar hikayat dari mula. Sigh!
2 comments:
Hi,
Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berminat mengambil naskah novel anda yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan TANPA HAD secara PERCUMA.
Anda boleh memuat turun aplikasi Novel+ di
Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmode.novel
Apple Store:
https://itunes.apple.com/my/app/novel+/id993607569?mt=8
Maaf di atas kelewatan mmbalas msj pihak cik.
Sy berminat untuk sertai keluarga novelplus.lagipun ini satu platform utk berkongsi enovel sy.sy mmberi kebenaran utk novelpluas terus menyiarkan karya ini
Tq!
Post a Comment