"...All humans are dead except those who has knowledge; and all those who has knowledge are asleep, except those who do good deeds; and those who do good deeds are deceived, except those are sincere; and those are sincere are always in a state of worry..." - Imam Shafi (RH)
Bab 28
TERBUNTANG mata Nurul Ain melihat sehelai dress
singkat atas lutut berwarna merah yang ditunjukkan padanya. Telan air liur
sahaja. Bukan kerana dek harga yang mencecah ratus ringgit, tetapi keadaan
dress itu yang mempertontonkan sepasang kaki orang yang memakainya. Bahkan
bukaan leher dress itu terlalu luas.
“Nah,
ini sesuai untuk you, Ain. Apa kata you try,” kata Kathy. Dihulur dress itu
pada Nurul Ain.
Nurul
Ain geleng kepala. Tidak mungkin dia mampu menyarung dress itu. Ada banyak lagi
baju di depan mata tetapi dress seksi ini juga yang menjadi pilihan Kathy,
sepupunya.
“Why
not? Okay what!” tegas Kathy. Seboleh-bolehnya dia mahu Nurul Ain tampil anggun
sewaktu memijak kaki masuk ke dalam bangunan megah pagi lusa nanti.
Sedang
sibuk meyakinkan Nurul Ain supaya ikut pendapatnya, Tengku Hanif datang dari
arah belakang lalu menarik dress itu dari tangan Kathy. Kathy terperanjat. Dia
menoleh ke arah Tengku Hanif.
“Tak
cantik,” kata Tengku Hanif. Dress itu dicampak masuk ke dalam bakul besi yang
terletak di sebelah fitting room.
“You
lelaki, apa you tahu?” marah Kathy. Muncungnya panjang sedepa.
Tengku
Hanif menghela nafas. Kathy bukan membantu, sebaliknya cuba mengubah Nurul Ain
menjadi seperti dirinya. Bersungguh-sungguh hendak membantu kononnya, akhirnya
semua benda yang diberi pada Nurul Ain tidak kena dengan citarasa gadis itu.
“Dia
bukan you,” tutur Tengku Hanif.
Kathy
mencebik.
“Nah.”
Panjang tangan Tengku Hanif memberi sehelai blaus warna peach lembut pada Nurul
Ain.
“It
suits you better,” ujarnya lagi sebelum pergi meninggalkan Nurul Ain dan Kathy.
Cemuih
betul dengan perangai Tengku Hanif. Kathy mengeling langkah lelaki itu lewat
ekor matanya.
“Teruk
betul perangai dia tu. Tak pernahnya nak cakap baik-baik dengan I. Nanti kalau
dah tunang, tahulah I tundukkan dia.” Kathy melepaskan rasa geram.
Tunang?
Eh? Sepupu kahwin sepupu? Nurul Ain nampak Tengku Hanif di hujung sana, sedang
membelek pakaian. Kemudian matanya berlari menatap Kathy yang juga sibuk
membelek dress tadi.
MASA dibazirkan begitu sahaja di pusat
beli-belah. Keluar masuk kedai dan butik, tetapi hanya sehelai baju sahaja yang
dibelinya. Andai dia beli banyak-banyak pun, membazir. Pergi pejabat pakai baju
kurung pun sudah memadai.
Datin
Sabrina yang meenyuruh dia pergi beli baju baru. Siap minta Tengku Hanif hantar
dan menelefon Kathy supaya menemaninya. Tiba-tiba rasa macam budak kecil.
Kewujudan Kathy bukan membantu pun. Gadis itu lebih banyak memilih baju
mengikut citarasa berlubang tak cukup kain sana-sini.
Bungkusan
plastik yang berisi blaus peach tadi dibelek. Lembut betul kainnya. Tentu
selesa bila dipakai. Pilihan Tengku Hanif juga yang dibeli akhirnya setelah
berpuluh baju dipertontonkan padanya.
Nurul
Ain angkat muka. Meliar matanya melihat suasana di Nando’s. Inilah kali pertama
dia masuk ke dalam kedai ini. Nampak sungguh esklusif. Gigil kaki hendak masuk
ke dalam kedai ini kalau poket nipis. Kemampuan dia sekadar makan di kedai
mamak. Paling kuat pun KFC dan seangkatan dengannya. Itupun jarang-jarang. Dia
bukan suka sangat makan fast food.
“Jom,”
ajak Tengku Hanif.
Nurul
Ain mencari bayang Kathy. Wanita cantik itu kata hendak pergi tandas. Seiring
Tengku Hanif perginya tadi. Alih-alih, hanya seorang yang muncul depan mata.
“Mana
Kathy?” soalnya. Kaki dihayun membontoti langkah Tengku Hanif. Takkan nak tinggalkan
Kathy di sini?
“Dia
dah balik,” jawab Tengku Hanif sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Panas betul cuaca hari ini. Kulit rasa terbakar saat
berada di bawah pancaran mentari.
“Dah
balik? Bila?” Nurul Ain bersoal-jawab sendiri. Sambil itu, dia buka pintu
belakang.
“Eh,
duduklah depan,” kata Tengku Hanif.
Nurul
Ain menggeleng tanda enggan. Cepat-cepat dia masuk dalam kereta dan tutup
pintu. Lega apabila kereta Tengku Hanif mula bergerak pergi.
Sedang
asyik leka mengikut rentak lagu yang dinyanyikan Bruno Mars, Nurul Ain tidak
sedar Tengku Hanif membelok kanan walhal jalan ke rumah mereka perlu melalui
jalan belah kiri. Hanya apabila Tengku Hanif memberhentikan keretanya, barulah
Nurul Ain sedar mereka berada di tempat lain. Liar matanya melihat persekitaran
saat kaki memijak tanah.
“Anisa!”
Jeritan Nurul Ain cukup lantang. Tengku Hanif tersentak. Suara macam guruh
bunyinya.
Anisa
terlompat-lompat. Dia juga berlari mendapatkan kawan yang dirindui. Nurul Ain dan
Anisa saling berpelukan.
“Rindunya
kat kau!” Giliran Anisa pula bersuara lantang. Atas bawah dia perhatikan Nurul
Ain. Nurul Ain sekarang masih sama macam dulu. Bezanya, status Nurul Ain sudah
bertukar sepenuhnya.
“Kau
datang dengan siapa?” tanya Anisa.
Nurul
Ain berkalih ke belakang. Waktu itu, Tengku Hanif sedang mengatur langkah
menghampiri mereka berdua. Terus galak membulat mata Anisa. Ya, dia tahu Anisa
pasti akan berkelakuan begitu. Segera disiku pinggang si kecil molek itu.
“Kacaknya
beliau...” tutur Anisa tanpa sedar. Mujur Tengku Hanif tidak dengar.
“Tengku
nak beli bunga ke?”
Tengku
Hanif mengangguk seiring senyuman kecil.
Alahai,
semakin hati terpaut. Senyuman itu sangatlah manis persis gula. Hari-hari
nampak Tengku Hanif senyum begitu, mahu dia terkena sakit kencing manis.
Nurul
Ain memandang Anisa yang sudah masuk ke dalam kedai. Tinggal Tengku Hanif di
depan mata. Hendak bertanya, apa tujuan sebenar Tengku Hanif singgah di kedai
bunga ini. Dia percaya, niat Tengku Hanif bukan hendak membeli bunga.
“Lepas
beli bunga, kita pergi rumah mak awak,” kata Tengku Hanif.
Nurul
Ain terkebil-kebil. Sekelipan hatinya berbunga riang namun dia pelik macam
manalah Tengku Hanif boleh tahu apa yang tersisip di hatinya sejak dua tiga
hari dia tinggal di rumah besar itu.
“Saya
tahu awak rindukan makcik dan Asyikin.” Bicara Tengku Hanif lagi.
“Malam
semalam saya dengar awak menangis selepas telefon makcik.”
Hah,
kali ini Nurul Ain tersedak. Lelaki itu pasang telinga? Tiba-tiba terasa darah
naik ke muka. Panas semacam.
“Bila
masa pulak saya menangis?” dalih Nurul Ain.
Tengku
Hanif pamer senyum. Dia dengar esak tangis Nurul Ain dengan jelas di sebalik
pintu yang terbuka sedikit.
“Saya
dengar,” tegas Tengku Hanif, membuatkan Nurul Ain terdiam. Tidak pula dia
sangka ada orang perhatikan dia yang menangis bersungguh-sungguh bersama hati
yang pilu merindukan emak dan Asyikin. Tiap-tiap hari dia telefon emak,
bercakap dengan Asyikin. Setiap kali itu jugalah dia menangis selepas panggilan
itu tamat.
Sudahnya
Nurul Ain diam sahaja. Dia ikut Tengku Hanif masuk dalam kedai itu dan memilih
bunga segar. Nurul Ain lihat sahaja tindakan Tengku Hanif. Bunga itukah yang
akan diberi pada emak? Daripada beri bunga, baik beri buah atau makanan lain.
Kenyang perut.
PUAN SURIANI mengamati suara yang berteriak
lantang memanggil namanya. Jelas itu suara Nurul Ain tetapi mungkinkah Nurul
Ain yang datang? Mainan otak agaknya. Puan Suriani kembali melipat baju yang
berlonggok di dalam bakul.
Sejak
Nurul Ain dibawa pergi dari rumah ini, seringkali dia terdengar suara Nurul
Ain. Kadang-kadang dia sendiri jadi keliru. Rindukan anak agaknya. Namun dia
lega kerana Nurul Ain baik-baik sahaja di sana.
“Mak!”
Kali
ini suara itu lebih kuat. Asyikin yang sedang lena tidur di depan televisyen
terjaga. Asyikin bangkit dalam mamai. Memisat mata berkali-kali.
“Mak,
kakak datang ke?” tanya Asyikin.
“Eh,
taklah. Kalau kalau kakak balik, mesti dia beritahu mak,” balas Puan Suriani.
“Tapi
Syikin dengar suara kakak,” kata Asyikin.
“Pergilah
Syikin tengok.”
Asyikin
mengangguk. Dalam langkah longlai, dia buka pintu.
“Syikin!”
Asyikin
terperanjat.
“Kakak!”
Asyikin berlari. Terus segar mata tatkala ternampak susuk tubuh Nurul Ain di
depan sana.
“Mak,
kakak datang!” laung Asyikin.
Puan
Suriani terus berlari keluar. Ya, Nurul Ain memang ada di depan mata. Tanpa
banyak kata, Puan Suriani terus menarik Nurul Ain ke dalam pelukan. Mengalir
juga airmata yang mewakili rasa rindu di hati terhadap Nurul Ain.
“Anak
mak sihat?”
Nurul
Ain mengangguk laju.
“Rindunya
Ain pada mak, pada Syikin,” tutur Nurul Ain.
Tengku
Hanif jadi pemerhati. Tersentuh hati melihat hubungan rapat yang terbina antara
Nurul Ain dengan keluarga Puan Suriani.
SAMPAI di Teratak Sakinah, kepulangan mereka
berdua disambut dengan keresahan Datuk Awang Kader yang menanti kepulangan
Nurul Ain sejak petang tadi. Bila malam menjengah dan Nurul Ain masih belum
pulang, Datuk Awang Kader tidak senang duduk.
“Kenapa
Ain tak angkat telefon tadi?” Terus laju bibir Datuk Awang Kader bergerak
bertanyakan soalan.
“Err...
telefon saya habis bateri, ayah,” jawab Nurul Ain, tergagap-gagap. Alahan betul
dengan orang yang tiba-tiba datang menyembur padanya.
Datuk
Awang Kader menarik nafas panjang. Bila Nurul Ain tidak mengangkat panggilan
itu, dia bertambah resah. Susah hati dan segala perasaan bimbang menghuni hati.
“Hanif
pun, papa telefon banyak kali tak berangkat.” Kali ini giliran Tengku Hanif
pula dimarahi. “Bateri telefon pun habis ke?”
“Jangan
buat macam ni lagi,” ujar Datuk Awang Kader. Suaranya mengendur.
Nurul
Ain menyepi. Dia pandang Tengku Hanif di sisi. Bukan niat dia hendak buat ayah
risau tetapi dia terlalu ralit menghabiskan masa bersama emak dan Asyikin.
Sempat makan masakan emak makan malam tadi. Hanya bila Tengku Hanif mengajak
dia pulang, barulah dia sedar jam kian menginjak angka sepuluh malam.
“Ain
pergi mana?”
“Saya
pergi rumah emak.” Nurul Ain tertunduk menekur lantai. Dia tahu, dia salah.
Datuk
Awang Kader memegang tangan Nurul Ain. Digenggam lembut. “Lain kali, beritahu
ayah dulu. Ain nak bermalam di rumah emak Ain tak mengapa, nak balik lewat
malam pun tak apa. Ayah tak larang selagi Ain beritahu ke mana Ain pergi.”
Terangguk-angguk
kepala Nurul Ain tanda dia faham.
“Ain
dah makan?”
“Dah.
Tadi makan di rumah emak.”
Bibir
Datuk Awang Kader terlukis segaris senyuman.
“Pergilah
naik atas. Berehat. Hari ni sepanjang hari Ain berjalan.”
Nurul
Ain angguk kepala lagi. Kemudian dia mula angkat kaki dari situ. Perasaan
bersalah mencengkam diri. Tiada niat hendak buat ayah risau sampai begitu
sekali.
“Papa,
Hanif pun nak naik atas,” kata Tengku Hanif.
“Iyalah,”
sahut Datuk Awang Kader.
Tengku
Hanif terus berlari naik ke tingkat atas. Dia nampak Nurul Ain masih gigih
mengira anak tangga sebelum sampai ke bilik.
“Dia
risau sangat,” kata Tengku Hanif.
Melantun-lantun
jantung Nurul Ain. Ini sikap Tengku Hanif yang tidak disukainya. Kerap benar
menyapa secara tiba-tiba.
“Thanks
for today,” ucap Tengku Hanif.
Nurul
Ain terpinga-pinga. Terima kasih untuk apa? Ah, itu satu ayat berbunyi perlian.
Heh! Nurul Ain mencebik dalam hati.
Difikirkan
semula, memang patut dia ucap terima kasih kepada Tengku Hanif. Ini kerana
lelaki itu telah membawa dia pergi berjumpa emak dan Asyikin. Hilang rindu yang
sarat di hati selama dia tinggal di sini.
Apa
yang Tengku Hanif lakukan untuknya hari ini sememangnya harus dibalas dengan
ucapan terima kasih, sekurang-kurangnya.
Pintu
dibuka perlahan. Terjulur lehernya ke luar pintu. Bilik Tengku Hanif
bertentangan dengan biliknya. Terjingkit-jingkit dia mengatur langkah. Cukup
berhati-hati. Pintu bilik Tengku Hanif dipandang lama. Betul ke apa yang aku
nak buat ni?
Terdengar
derap kaki menghala ke pintu, terus dia lari mencicit ke biliknya. Berdentum
pintu itu. Turun naik nafasnya. Fuh, nasib cepat. Nurul Ain membuka sedikit
pintu dan dari celah-celahnya, dia nampak Angela menghantar kemeja yang sudah
siap digosok kepada Tengku Hanif.
Wah,
sampaikan baju pun orang gaji tolong ironkan. Heavenlah hidup macam ini! Nurul
Ain berdesis dalam hati.
Selepas
memastikan Angela sudah beransur pergi dan Tengku Hanif kembali berkurung di
dalam bilik, dia menyusup keluar dari bilik bersama sehelai kertas kecil di
tangan. Kertas itu kemudiannya di selitkan di bawah pintu.
Mungkin
itu sahaja caranya dia menunjukkan rasa terima kasih terhadap Tengku Hanif.
Hendak cakap depan-depan, tidak terluah pula.
Nurul
Ain terbaring. Matanya merenung siling. Kerja besar hari ini. Janganlah lelaki
itu mengungkit dia tidak kenang budi, tidak tahu berterima kasih kerana dia
sudah menunjukkan perhargaannya di atas sekeping kertas kecil itu.
Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Di office, makin berkurang manusia yang duduk sekawasan dengan aku. Tssskk. Masing-masing dah habis intern. Selaku manusia yang baru aje habis intern dan diambil kerja sambilan di situ, aku mula rasa kehilangan. #nota selingan: Gigih mengikuti perkembangan terbaru di Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Semoga kesudahan di sana selesai dengan amannya tanpa perlu mengorbankan sebarang nyawa lagi. Al-fatihah buat dua komander Malaysia yang telah terbunuh di dalam kejadian yang berlaku tempoh hari. Jiran tetangga Malaysia, kebanyakkan sedang mengalami pergolakan di dalam negara masing-masing. Maka, tolonglah, jangan tarik Malaysia ke kancah sebegitu.
1 comment:
@baby mio
Thanks :)
Post a Comment