"...Exchange gift, as that will lead to increasing your love to one another..." - Al-Bukhari
Bab 31
ORANG kenal dia sebagai anak kandung Datuk
Awang Kader. Punya ikatan persaudaraan dengan Irfan Khairel, model yang menjadi
kegilaan gadis-gadis di luar sana meski mukanya yang tertepek di dada majalah
tidaklah banyak mana. Nama Tengku Hanif Faisal juga menjadi bayang-bayang dia.
Lelaki yang menjadi idaman untuk dijadikan bakal suami dan menantu pilihan ibubapa.
Agaknya
kalau dia bukan anak sesiapa yang punya nama, bukan saudara kepada Irfan
Khairel dan bukan adik tiri kepada Tengku Hanif Faisal, kewujudan dia tidak
disedari. Kalau tegur pun, tegur biasa-biasa sahaja.
Nurul
Ain geleng kepala. Berterbangan pandangan negatif yang bersarang dalam fikiran.
Di
sini, dia berkawan baik dengan Lisa. Lisa gadis baik, datang dari keluarga
biasa-biasa macam dia dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik. Dalam
ramai-ramai orang yang dia jumpa, Lisa seorang sahaja yang nampak ikhlas. Tidak
pandang apa yang dia miliki sekarang dan melihat dia sebagai seorang Nurul Ain
yang dibesarkan dalam keluarga angkat serba sederhana.
“Hai
Ain. Tak balik lagi?” Katerina, gadis cantik berdarah kacukan Melayu-Irish
menyapa ramah. Ada dua orang teman Katerina ikut bersama. Seorang bernama Tina
dan seorang lagi Sofea.
Dia
geleng kepala. Baru lima minit menunggu Pak Abdul datang. Jammed agaknya.
“Then,
I hantar you balik, nak?” Pelawa Katerina. Ditarik lengan Nurul Ain.
“Tak
apalah. Sekejap lagi pakcik saya datang ambil,” tolaknya.
“Pakcik?
Bukan driver ke?”
Pakcik
atau driver, dia tidak kisah. Lebih senang membahasakan Pak Abdul itu sebagai
pakciknya. Namun dia terdengar kesinisan nada suara Katerina. Pandang rendah
pada Pak Abdul lah tu!
Katerina
tetap berdegil mahu menghantar Nurul Ain pulang. Untung-untung, dia boleh
berjumpa dengan sepupu gadis itu. Dia gilakan model bernama Irfan Khairel.
Tengku Hanif Faisal pun dia minat juga. Minat separuh mati!
“Jomlah,
I hantar you balik,” gesa Katerina tidak berputus asa.
Nurul
Ain tetap geleng kepala. Sudah dapat membaca apa yang terbit di dalam kepala
gadis cantik ala model itu. Sekali pandang, sebiji macam Kathy.
“Eh,
tak apa. Saya nak pergi rumah emak dulu.”
Tiga
sekawan itu saling berpandangan.
“Emak?
Oh, sweetnya panggil mummy Tengku Hanif macam tu.” Terliuk-liuk tubuh badan
tinggi lampai Katerina. Senyuman dikulum lebar.
“I
tak rasa yang dia maksudkan mummy Tengku Hanif tu,” bisik Sofea.
Katerina
senyap. Ada betulnya cakap Sofea.
“Yeah,
I setuju dengan Sofea. Kan dia tu tinggal dengan keluarga angkat sebelum ni.
She talked about her mak, not mummy. Different okey. Kalau you nak hantar dia
balik rumah mak dia, buang masa aje. Bukan dapat apa pun.” Tina menyokong pendapat
Sofea. Pandangan matanya tersorot ke arah Nurul Ain. Atas bawah dia perhati
gadis itu. Tiada sense of fashion sungguh. Macam tidak layak sahaja gadis itu
menjadi anak orang kaya. Hampir sebulan menjadi keluarga di kolej ini, asyik
sarung baju t, kardigan, jeans dan kadang-kadang berbaju kurung atau kemeja.
Cemuih kata orang.
Nurul
Ain pasang telinga, mendengar perbincangan halus gadis-gadis cantik itu. Ingat
cakap perlahan-lahan, berbisik-bisik itu dia tidak dengar? Sebiji-sebiji dia
hadam masuk dalam kepala.
Dia
tatap jam tangan. Sudah menginjak ke angka satu setengah.
“Emmm...
babe, I think I tak boleh nak hantar youlah.” Katerina bersuara berserta muka
berkerut-kerut.
“Something
come up,” celah Tina.
“Eh,
tak apa.” Tergeleng-geleng kepala Nurul Ain. Saat mata menghala ke hadapan
sana, dia nampak sebuah kereta Toyota Vios dipandu perlahan memasuki
perkarangan tempat menunggu bas. Toyota Vios putih itu seakan dikenalinya.
Irfan?
Nah,
tepat tekaannya. Kaki yang terjulur itu kepunyaan Irfan. Sebaik Irfan keluar
dari perut kereta, baik Katerina, Tina dan Sofea, masing-masing menjerit kecil.
konon nampak idola depan mata.
Irfan
menghampiri Nurul Ain. Sempat menghulur senyum kepada tiga orang gadis yang
turut sama berteduh di bawah bumbung.
“Jom
balik,” ajak Irfan.
Nurul
Ain teragak-agak hendak bangun.
“Saya
tunggu Pak Abdul,” ujarnya.
“Saya
dah cakap pada Pak Abdul yang saya akan ambil awak hari ni.”
Eh?
Nurul Ain garu kepala. “Kenapa?”
“Saja.”
Nurul
Ain garu kepala lagi.
“Sejak
awak masuk belajar ni, susah betul nak jumpa. Bila hujung minggu saya datang
rumah awak, awak tak ada. Pak Ngah kata awak pergi rumah emak awak, bermalam di
sana.” Panjang lebar Irfan berkata.
Sengihan
sahaja yang mampu dipamer saat ini.
Irfan
menoleh ketika terasa bahunya dicuit seseorang. Katerina memandang dia dengan
senyuman yang cukup daring.
“Irfan,
right?” Konon bertanya mahukan kepastian, walhal dia sudah tahu yang berdiri
depan mata, yang kacak lagi bergaya ini ialah Irfan Khairel.
“Nice
to meet you,” ujar Katerina. Tangan yang dihulur bersambut. Berseri-seri muka
itu. Tina dan Sofea turut tidak melepaskan peluang terhidang depan mata. Terus
perkenalkan diri.
“Nice
to meet you too, young ladies,” balas Irfan. “Classmate Ain ke?”
Ketiga-tiga
gadis itu mengangguk laju. Irfan tersenyum senang.
“Kami
nak panggil Ain kakak, tapi dia tak bagi. Dia kata yang dia nampak tua sangat
kalau dipanggil macam tu,” senda Katerina.
Terjungkit
kening Nurul Ain. Ada ke dia cakap macam tu? Eh, tipu! Walau budak kelas tahu
umurnya mencecah dua puluh empat tahun, tiada seorang pun yang panggil dia
kakak kecuali Lisa. Dia tidak kisahlah orang hendak panggil pangkal nama kakak
di depan. Bukan luak pun. Nurul Ain merengus kurang senang. Pandai jaja cerita
si ketua geng plastik itu.
“Really?”
Irfan mengerling Nurul Ain yang berwajah selamba.
“Well
then, I think I kena pergi sekarang. Ain, let’s go,” ajak Irfan.
“Dah
nak balik ke?” tanya Tina pula. Mimik kecewa terpamer di wajah itu.
“Apa
kata kita pergi...”
Bicara
Katerina dicantas pantas oleh Irfan. “I kena balik sekarang. Kesian Ain
mencangak tunggu orang jemput dia dari tadi,” tutur Irfan.
Katerina,
Tina dan Sofea terus memerhati dua manusia itu berjalan ke arah kereta.
Sehingga saat kereta berderum meninggalkan tempat itu, mereka masih memerhati
dengan perasaan penuh takjub.
“Handsomenya
dia! Dalam gambar hansome, luar lagilah. Cair I dibuatnya,” kata Tina.
Terbayang-bayang muka Irfan yang kacak itu. Tambah-tambah dengan sikap ramah
lelaki itu.
“Kan.
Untunglah Ain tu. Macam dalam drama sinetron pulak I tengok. Hidup dengan
keluarga angkat, then tiba-tiba keluarga kandung muncul. Kaya pulak tu. Tup-tup
abang tiri pulak hansome gila, model dan tinggi jawatan dalam syarikat.
Bersaudara dengan model Irfan Khairel yang macho and peramah and so gentleman
tu. You all perasan tak, Irfan tu macam take care pada Ain. What he said?
Kesian Ain, tunggu orang jemput dia dari tadi. OMG! I dah cair okey time tu!”
Katerina pula beraksi penuh perasaan.
Sofea
tergelak kecil. “Bayangkan kalau kita yang dapat layanan macam tu, how’s
great!”
Mereka
bertiga ketawa serentak. Kemudian masing-masing mula melihat jam.
“Dah
lambat! Let’s girls, our boys dah menunggu kat Starbuck.”
“Jom!
Rindu kat bear I,” celah Sofea.
Katerina
dan Tina mencebik. Sofea tersengih lebar.
TIDAK berkelip mata Asyikin memandang ke arah
sesusuk tubuh tinggi lampai yang duduk di sebelah Nurul Ain. Dari tadi dia
memerhati, terlalu ralit sehingga kelakuannya itu diperasani Puan Suriani.
“Sakitlah
mak!” teriak Asyikin, namun matanya masih terpasak di wajah kacak Irfan.
Irfan
menoleh. Ketika terpandangkan Asyikin, dia melarik senyuman halus.
“Syikin
dah sekolah tingkatan berapa?” tanya Irfan.
“Tingkatan
satu,” jawab Asyikin.
Nurul
Ain mengerling si adik. Bukan dia tidak tahu Asyikin suka dengan Irfan. Kata
Asyikin, rupa paras Irfan mirip seorang pelakon Korea. Entah apa yang Koreanya,
dia tidak nampak. Paras Irfan yang kemelayuan itu bagai punya pesona cina
sedikit. Barangkali paras sebegitu membayangi rupa ala-ala Korea seperti yang
disebut-sebut Asyikin. Dia kalau disua dengan lagu Korea, mana layan. Veteran
katakan. Tidak masuk mana. Tetapi drama Korea dia layan. Siap meleleh airmata,
tersedu-sedan ketika menonton drama Winter Sonata.
“Macam
mana dengan pelajaran Ain?” Puan Suriani bertanya soalan yang serupa setiap
kali Nurul Ain bertandang ke rumah atau menelefonnya.
“Okey
aje mak. Terasa tua sangat bila duduk satu kelas dengan adik-adik,” kata Nurul
Ain.
Puan
Suriani tertawa kecil. “Tak apalah. Peluang datang sekali aje Ain.”
Nurul
Ain mengulum senyum. Sudah dua jam dia di sini. Rasa macam tidak mahu pulang ke
Teratak Sakinah, tetapi apakan daya, esok pagi-pagi ada kelas. Kalaulah hujung
minggu, memang terus memerap di sinilah jawabnya.
“Kenapa
Ain tak datang sendiri aje?”
Ketika
itu, Irfan sudah hilang bersama Asyikin. Terdengar suara Asyikin penuh
keterujaan hendak menunjukkan sesuatu.
“Irfan
yang berdegil nak tolong hantar, mak. Penat dah Ain tolak, dia nak jugak
hantar. Ikutkan ajelah,” tuturnya.
“Itulah,
terkejut mak bila nampak orang lain yang hantar Ain. Selalu Pak Abdul, tak pun
Tengku Hanif. Alih-alih orang lain.”
“Segak
orangnya.”
“Amboi
mak! Bukan main.”
“Alah,
ingat Ain seorang aje ke pandai cuci mata? Emak pun tahu cuci mata.” Puan
Suriani bersenda.
Mengekek
Nurul Ain ketawa.
“Ain,
macam mana dengan Faisal?”
Baik-baik
dia gelak, terus senyap. Faisal? Huh, wujud ke orang itu?
“Masih
tak berbaik dengan Faisal?”
“Tengku
Haniflah mak,” rungutnya. Tidak pernah lekang nama Faisal di bibir emaknya.
Sudah diberitahu banyak kali, pemilik nama itu Tengku Hanif. Panggil aje Tengku
Hanif, tetapi mulut emak tetap menutur nama Faisal. Buat tambah sakit hati.
“Ain
dah tahu kan kenapa dia buat macam tu? Maafkan ajelah dia tu.”
“Ain
tak tahu pun.”
“Tak
tahu? Faisal tak cerita?”
“Tengku
Haniflah, mak. Bukan Faisal,” gumam Nurul Ain. Dia peluk tubuh. “Dia nak cerita
tapi Ain malas nak dengar.”
“Pulak!
Kalau tak dengar, mana Ain nak tahu ceirta di sebalik perbuatan dia tu.”
“Nantilah.
Kalau Ain rasa nak dengar cerita bosan dia tu, Ain tanyalah. Bukan jauh pun.
Orang tu berkurung dalam bilik depan bilik Ain aje,” ujarnya selamba.
Tergeleng-geleng
kepala Puan Suriani.
“Dulu
Ain pernah suka pada Faisal, kan?”
Bagai
terjerut leher saat itu. Sesak nafas. Suka? Ya, dia pernah sukakan Faisal si
buta yang baik. Malah dia pernah berangan berkahwin dengan lelaki yang disangka
OKU. Konon hendak membuat kebaikan dengan mangahwini OKU seperti Faisal,
tup-tup, dia kena tipu bulat-bulat. Mujur dia tidak luah perasaan sangat
sukanya itu kepada Tengku Hanif Faisal.
“Eee...
itu budak hingusan punya feelinglah mak. Sekarang ni dah tak ada. Nada!” Nurul
Ain tarik muka.
Puan
Suriani tertawa lagi.
“Kejap
lagi Ain nak balik, kan. Mak nak bawakan makanan untuk Ain. Ada buat karipap
sikit, Ain makanlah nanti ye.”
Terus
lebar senyuman Nurul Ain. Kegemarannya! Dia mengekor masuk ke ruang dapur. Dia
dibesarkan dengan masakan emak. Air tangan emak yang paling sedap dan enak.
Sampaikan makan di rumah sana pun, tidak sepuas makan makanan yang emak masak.
EH, kat mana ni? Nurul Ain memisat mata. Dia
buka tingkap kereta. Terjulur leher ke luar.
“Sedapnya
orang tu tidur.”
Nurul
Ain tersengih. Dia betulkan posisi duduk agar lebih selesa. Tadi, sebaik sahaja
mereka bertolak pulang, dia terbuai dengar lagu Muara Hati. Terkebil-kebil dia
pandang jalan raya. Kemudian matanya pedih. Terpejam-pejam sehingga dia tidak
sedar dia tertidur.
“Sekejap
ya. Nak ke toilet,” kata Irfan. Lelaki itu berlari-lari menuju ke tandas yang
terletak di belakang stesen minyak.
Nurul
Ain bersandar. Sekarang sudah menunjukkan jam empat setengah petang.
Berkerut-kerut dahinya. Irfan tidak bekerjakah hari ini? Baik punya pusing
lelaki itu ikut dia ke rumah emak.
Sedang
asyik memikirkan perihal Irfan, Nurul Ain ternampak kelibat seseorang. Orang
itu memakai jaket hitam, bertubuh agak sasa dan berdiri tidak jauh dari sini.
Lama dia memerhatikan orang itu. Raut wajahnya tidak jelas kelihatan kerana
menunduk.
Entah
kenapa, hatinya dipagut rasa gerun. Seakan ada aura yang menyelubungi lelaki
berjaket hitam itu. Terus dia pegang dada. Berdegup kencang. Kenapa ni? Nurul
Ain mengalihkan pandangan. Sekali lagi dia menoleh, lelaki itu sudah tiada.
Terasa
luruh jantung bila mana Irfan datang menepuk pintu kereta. Pucat lesi wajahnya
sehingga membuat Irfan risau.
“Apa
ni main tepuk-tepuk? Terkejut tahu!” Marah Nurul Ain. Jantungnya masih laju
mengepam darah. Naik sampai ke kepala.
“Eh,
janganlah marah sangat. Nah, ambil ni.” Irfan menghulur sebotol air mineral.
“Saya
gurau aje. Tadi nampak awak macam termenung panjang sangat. Nampak mata hala ke
depan tapi fikiran tu dah sampai ke mana agaknya,” celoteh Irfan.
Nurul
Ain pasang telinga tetapi dia tidak mendengar satu pun bicara Irfan itu dengan
penuh khusyuk. Asyik terbayangkan lelaki berjaket kulit hitam tadi. Dia tidak
kenal lelaki itu namun perasaan ingin tahu mendesak dalam diri. Siapa?
“PAK ABDUL kata, tengahari tadi Irfan yang
ambil awak.”
Terpelanting
sudu di tangan. Jatuh ke lantai.
Digerling
tajam Tengku Hanif yang sudah duduk di depan mata. Ini lagi seekor. Kalau
datang, tidak pernahnya hendak beri hint. Asyik muncul mengejut sahaja. Jantung
ini, kalau tiap-tiap hari asyik disergah, asyik terkejut, mahu suatu hari nanti
terkena sakit lemah jantung.
Nurul
Ain menunduk. Dia kutip sudu tadi. Sehelai tisu diambil lalu mengesat sudu itu
sebelum kembali menyudu baki ais-krim di dalam mangkuk kecil.
“Sinki
dekat aje tu. Pergilah basuh dulu sudu tu. Kotor,” kata Tengku Hanif.
“Kuman
tak sempat panjatlah,” bidas Nurul Ain. Terpasak mata itu di kaca televisyen.
Tersorot
lirikan mata itu pada Tengku Hanif. Lelaki itu gelak kecil. Macam Faisal.
Faisal lagi! Hei Ain, wake up! Faisal dah tak wujud. Yang Wujud Tengku Hanif
Faisal.
“Kenapa
geleng kepala?” Tengku Hanif bertanya apabila ternampak Nurul Ain menggeleng
kepala sambil mulut itu terkumat-kamit membicarakan sesuatu yang dia tidak
dengari.
“Tak
ada apa-apa,” jawab Nurul Ain. Fokus Ain! Fokus!
“Irfan
jemput tadi?”
Nurul
Ain mengangguk.
“Sampai
ke petang Irfan tak masuk office. Pergi jalan-jalan ke?”
Dia
ni asyik bertanya, dah kenapa? Gumamnya dalam hati.
“Pergi
rumah emak kejap.”
“Oh.”
Suasana
sepi seketika. Nurul Ain berpura-pura fokus menonton rancangan di kaca
televisyen. Apalah mereka cakapkan ini? Sesekali dia mengerling ke arah Tengku
Hanif. Lelaki itu turut sama menonton rancangan itu.
“Layan
Semanis Kurma juga ye awak ni.”
Hah?
Nurul Ain pandang televisyen. Semanis Kurma? Eh...!
“Kahwin
muda? Macam best aje topik ni.” Tengku Hanif berkata sendirian. Kemudian
tusukan mata Tengku Hanif terpacak di seraut wajah penuh berkerut di depannya.
Nurul
Ain buat-buat tidak dengar. Macam mana dia boleh tidak perasan rancangan itu
yang ditontonnya sejak tadi? Itulah, tiba-tiba terfikirkan Faisal. Lantaklah.
Tengok Semanis Kurma pun bagus juga. Ada info berguna yang dia boleh hadam
dalam otak nanti.
“Ada
terfikir nak kahwin muda?” soal Tengku Hanif.
Nurul
Ain terbatuk dengar soalan itu. Kahwin muda? Setahunya kalau orang yang
dikaitkan kahwin muda dalam lingkungan usia awal dua puluhan. Dia yang ditanya
ini sudah hendak masuk pertengahan dua puluhan okey. Bukan kahwin muda tapi
sudah boleh kahwin pun.
“Awak
tak boleh kahwin selagi saya tak kahwin,” kata Tengku Hanif lagi.
“Eh,
kenapa pulak? Kalau dah jodoh, kahwin ajelah,” tuntas Nurul Ain.
Tengku
Hanif mengukir senyum. Menampakkan susunan giginya yang cantik.
“Saya
kan abang awak. Adik kena tunggu turn. Bila abang dah kahwin, baru adik boleh
kahwin.”
Diikutkan
hati, waktu itu dia mahu hambur kata bidasan. Tetapi memikirkan nanti dia yang
terkena balik, dia kunci mulut. Bila dia nampak Tengku Hanif angkat punggung
dan berlalu pergi dari ruang tamu, hatinya bersorak gembira. Bosanlah tu! Dia
terus ketawa dalam diam. Siapa suruh cakap dengan orang yang tuli macam dia?
Padan muka!
Dalam
tidak sedar, dia sebenarnya menahan debaran yang muncul tiba-tiba. Dup dap dup
dap berdegup. Debaran itu tidaklah kuat mana tetapi dia mampu merasainya. Lain
macam betul. Ini mesti kes teringat Faisal yang dulu, lepas itu muncul pula
Tengku Hanif yang memang si Faisal versi tidak buta.
Dia
sentuh dada. Debarannya masih sama.
Duhai
hati, jangan kau buat gila begini lagi. Dia Tengku Hanif Faisal, bukan si
Faisal yang pernah jadi kawan kau. Dia bukan Faisal si buta yang membuat kau
jatuh suka. Berhentilah berdegup jantung ini untuk Faisal.
Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Sakit kepala melayani si bakal pengantin ha. Ada ke patut tanya soalan-soalan memelikkan lagi membuat aku gelak kuat-kuat tak ingat dunia. Heh! Eh, CKJP dah nak habis. Sikit aje lagi. Irfan.. I love u! Hahaha.
2 comments:
Akan habis di blog ke.
@baby mio
Hai :) Itu tak dpt dipastikan laa awak. Hee :D
Post a Comment