"...The Prophet Muhammad said, a Muslim is the one who avoids harming Muslims with his tongue and hands..."
Bab 14
FADZLAN menghempas kasar tubuhnya di atas katil.
Bengkak hati tiba-tiba bila mengenangkan hak yang selama ini menjadi
kepunyaannya sudah bertukar tangan. Kenapa mesti diberi kepada manusia itu?
Apakah manusia itu punya kelebihan di dalam rumah ini? Bilik itu menyimpan
pelbagai kenangan yang akan abadi dalam ingatan sampai bila-bila. Tetapi
keadaan berbeda saat ini. Segalanya sudah berubah dan dia tidak suka akan
perubahan itu.
Fadzlan
meraup mukanya. Bila terpandangkan wajah Humairah, terus darahnya naik sampai
ke kepala. Marahnya tidak dapat ditahan-tahan. Oleh sebab itu dia menonong
turun ke tingkat bawah. Menghirup udara yang lebih segar. Sekurang-kurangnya,
amarah itu tidak terus mengalir ke segenap urat-nadi sampai dia boleh hilang
kewarasan diri.
Pintu
bilik diketuk berkali-kali berserta laungan namanya. Suara Afina mencecah
jendela telinga. Fadzlan bingkas bangun. Dia duduk sambil menekup muka.
Lambat-lambat dia jalan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas dan pintu dikuak
luas. Muka Afina ditatapnya terlebih dahulu.
“Lan,
mari makan,” ajak Afina.
Fadzlan
menggeleng. Seleranya langsung mati bila nampak Humairah depan mata. Keterujaan
menikmati air tangan nenek terbang melayang entah ke mana-mana.
“Nenek
masak makanan kegemaran kau tu, Lan. Kau tak kasihankan nenek? Bersusah-payah
orang tua tu masak semata-mata nak bagi kau makan.” Afina mula mengeluarkan
kata-kata berunsur paksaan.
Fadzlan
tidak menghiraukan Afina. Dia mengatur langkah ke katil dan labuh duduk semula
di situ. Afina menarik nafas. Memang sudah diagak situasi ini akan berlaku. Kemarahan
Fadzlan bukan kerana biliknya telah digunakan Humairah dan kini menjadi milik
Humairah, tetapi kemarahan Fadzlan itu berpunca daripada kewujudan Humairah di
dalam rumah mereka.
“Lan...”
Afina menegur.
Fadzlan
merenung lantai.
“Kenapa
dia ada lagi dalam rumah ni?” bentak Fadzlan.
“Dia
tak ada sesiapa, Lan.”
“Habis,
kita ni ada sesiapa ke?”
“Kita
masih ada nenek,” jawab Afina dengan tenang.
Fadzlan
mendegus kasar. Afina tidak pernah tahu, penderitaan yang dialaminya masih lagi
berparut. Empat tahun belum cukup untuk merawat, sekaligus menghilangkan
ingatan itu. Fadzlan menguak anak rambut sampai ke ubun-ubun.
Fadzlan
menoleh. Melorong anak mata tepat ke wajah Afina. Kelembutan wajah kakaknya itu
mengingatkan dia kepada arwah ibunya, Engku Humairah. Dia segera paling muka
bila merasakan dada dirundung kehibaan.
“Kau
tak rasa ke apa yang aku rasa, kak?” Fadzlan bertanya. Hujung kaki menguis
karpet lembut yang terbentang atas lantai bermozek.
Afina
menggengam tangan Fadzlan dan berkata, “Akak rasa apa yang Lan rasa, tapi akak
sedar, semua ni bukan salah Humairah. Dah takdir tertulis macam tu. Apa yang
boleh kita buat, Lan. Sebagai manusia yang lemah, yang tak punya apa-apa, kita
hanya mampu redha.”
“Aku
bukan hanya kehilangan ibu dan ayah, tapi aku juga kehilangan Rose.” Fadzlan
menepuk dadanya sendiri dengan kuat. Luka hatinya masih belum pulih sepenuhnya.
Perasaan
Afina dipagut kehibaan. Dia menarik Fadzlan ke dalam pelukan.
Empat
tahun belum cukup untuk memadamkan episod duka dalam lipatan hidup mereka.
SUASANA di ruang makan terasa dingin.
Masing-masing mendiamkan diri. Fadzlan hanya menjamah sedikit sahaja makanan
yang diisi ke dalam pinggan, selepas itu dia menguis nasi dengan hujung sudu
dan garfu.
Afina
memerhatikan tingkah Fadzlan sebelum ekor matanya melorong ke arah Humairah
yang duduk bersetentang dengannya. Humairah pun kena jangkitan kurang nafsu
makan macam Fadzlan. Nasi itu dikuis-kuis sahaja. Afina tarik nafas. Kemudian
dia pandang Engku Zubaidah. Engku Zubaidah juga sama. Afina garu kepala
sendiri. Apalah nak jadi dengan keluarga mereka? Mana hingar-bingar dan gelak
tawa semua orang? Semua membeku macam ais. Suasana sedingin salju.
“Lan,
kau makan ke berangan?” tegur Afina. Suaranya sengaja ditinggikan.
Fadzlan
tidak membalas teguran Afina, sebaliknya dia meletak sudu dan garfu. Segera dia
bangkit dari kerusi kayu dan sudah bersedia hendak melangkah pergi meninggalkan
ruang makan itu.
“Lan
nak ke mana?” Engku Zubaidah bersuara akhirnya.
Fadzlan
menoleh sekilas. Waktu itu Humairah turut memerhatikannya.
“Lan
dah kenyang dah nek,” jawab Fadzlan. Tanpa menunggu lebih lama, Fadzlan angkat
kaki dan terus mengurung diri di dalam bilik.
Engku
Zubaidah mengeluh berat. Bukan ini yang diharapkannya. Selera dia ikut mati.
Kenyang walau hanya menyua nasi dua tiga suap ke dalam mulut.
“Fina,
nanti tolong kemaskan meja ni ya. Lauk-lauk ni semua simpan dalam peti. Esok
boleh panaskan buat makan tengahari,” ujar Engku Zubaidah.
“Nenek...”
Afina memanggil.
“Nenek
nak berehat.” Engku Zubaidah berlalu pergi. Menghilang disebalik dinding.
Afina
termangu melihat situasi depan mata. Fadzlan dengan anginnya. Nenek dengan
tingkahnya. Tersorot mata Afina kepada Humairah. Gadis itu turut hilang selera
makan.
“Mai
nak makan lagi?” Afina bertanya.
Humairah
menggeleng kepala.
“Kalau
macam tu, Kak Fina nak simpan semua makanan ni.” Afina mula lincah mengemas
meja makan. Humairah turut membantu. Dia masuk ke dapur memasak dan keluar
bersama beberapa bekas plastik lalu diberikan kepada Afina. Afina memasukkan
makanan-makanan itu ke dalam bekas-bekas plastik tersebut sebelum disimpan ke
dalam peti.
FADZLAN tidak pernah melayani dia dengan baik.
Lelaki itu tidak pernah sekali pun menutur bicara lembut dengannya. Dia sering
dibentak-bentak dan kehadirannya seolah-olah tidak disenangi oleh Fadzlan.
Puas
dia berfikir, di mana silap dia. Apa yang telah dilakukannya sehingga Fadzlan
begitu marah dan seakan membenci dia? Bukankah hubungan kekeluargaan yang
terbina antara mereka itu seharusnya dilimpahi kemesraan, tetapi yang berlaku
adalah sebaliknya.
Dengar
cerita dari nenek petang tadi, Fadzlan akan kembali menetap di bumi Malaysia.
Alamatnya, dia terpaksa berdepan singa lapar itu setiap hari. Itupun kalau
lelaki itu sudi tinggal sebumbung dengan dia. Atau dia yang patut angkut beg
dan segala barang pindah rumah? Kalau hendak pindah, ke mana dia harus pergi?
Humairah bersandar di kepala katil. Sebelah tangan dijadikan alas kepala.
Humairah
tidak tahu celah mana lagi dia harus mencari kesalahan yang pernah dia lakukan
tanpa sengaja atau disengajakan sebelum ini. Sakit kepala memikir. Humairah
baring terlentang. Memaku mata ke arah kipas yang berpusing perlahan.
Sedang
asyik memaksa diri mencari kesilapan diri, tiba-tiba fikiran Humairah dibayangi
sesuatu yang asing. Menerobos ruang waktu yang menerjah ke angkasa minda.
Imbasan itu laksana pancaran halilintar. Sedetik waktu terus hilang.
Humairah
terbejat. Terus bangkit dan duduk berteleku. Fikirannya jadi kosong tiba-tiba.
Imbasan itu tidak melekat di kepala.
“Ara...”
Bibir
Humairah bergerak-gerak menyebut nama itu. Ara? Imbasan yang sedetik cuma itu
tadi diiringi dengan suara hati yang tiba-tiba memacukan nama itu ke telinga.
Berkerut-kerut
dahi Humairah.
Kenapa
nama itu yang menjadi mainan mulutnya?
“ARA!”
Lantang
suara Rosnah memecahkan kesunyian malam. Spontan, Rosnah duduk. Dada yang
berdetak kencang itu diusap perlahan. Sakit. Rosnah mengengsot ke belakang dan
bersandar di kepala katil. Peluh-peluh halus yang muncul membasahi dahi dikesat
menggunakan hujung lengan. Nafas ditarik dalam-dalam. Ditenangkan hati sendiri
agar denyutan jantung tidak sederas tadi.
“Nek.”
Suara garau itu menegur Rosnah penuh kerisauan. Haikal terus berlari
mendapatkan Rosnah. Dia berteleku di sisi katil.
Rosnah
melempar pandang ke arah Haikal.
“Kenapa
nek?” tanya Haikal keresahan.
Rosnah
menggeleng kepala. Segelas air kosong dihulur Haikal disambutnya. Hujung bibir
mencecah gelas kaca itu. Dia hirup sedikit air kosong, membasahkan tekak yang
terasa kering. Kemudian memberi gelas itu semula kepada Haikal.
Haikal
lekas memicit lengan Rosnah. Sebenarnya tadi dia baru hendak melelapkan mata.
Tiba-tiba terdengar suara Rosnah menjerit lantang. Apa lagi, dia terus terjun
dari katil dan bergegas mendapatkan Rosnah. Hampir-hampir dia jatuh tergolek
atas lantai.
“Nenek
sakit dada ke?” Haikal bertanya lagi.
Rosnah
menoleh. Renungannya terpacak tepat ke wajah Haikal.
“Nenek
mimpikan Ara,” beritahu Rosnah.
Serta-merta,
tarian jemari Haikal mengurut tangan Rosnah terus berhenti. Bola matanya
bergerak-gerak menekur lantai.
“Muka
Ara sedih sangat. Dia pandang nenek aje. Tak cakap apa-apa. Lepas tu, dia pergi
tinggalkan nenek. Nenek jerit nama dia. Nenek panggil dia tapi dia tak pandang
nenek. Dia terus menghilang depan mata nenek.” Rosnah bercerita dengan perasaan
hiba. Airmata ditahan-tahan daripada tumpah.
“Nenek
rindukan dia.” Kali ini airmata Rosnah benar-benar tiada tertahan. Langsung
jatuh berjuraian membasahi pipi yang yang berkedut. Dada kembali berdetak deras
sehingga menerbitkan rasa sakit.
“Nenek
rindukan Humairah.” Rosnah merintih lagi.
Tangannya mencengkam lengan Haikal.
Haikal tidak tahu
bagaimana hendak memujuk Rosnah. Apa yang mampu terungkap di bibir hanyalah
meminta Rosnah bersabar. Haikal memanjat katil. Airmata itu disekanya. Esak
tangis dan kesedihan Rosnah sudah sebati dengan dirinya.
“Humairah...
Humairah cucu nenek.” Mengogoi tangisan Rosnah. Sekeping gambar diambil dari
celah bantal. Gambar yang mengabadikan wajah Humairah itu ditatap lama.
Kemudian dibawa ke dalam dakapan.
Humairah.
Suara hati melantunkan nama seorang gadis yang pernah mendapat tempat dalam
hatinya. Seorang gadis yang mendorong dia untuk berubah dan akhirnya perubahan
itu dilakukan dengan sepenuh hati.
Haikal sekadar
memerhatikan Rosnah yang berendam kesedihan dan kepedihan. Dia turut merasai
kepedihan itu, malah lebih teruk. Setiap kali fikiran menyusuri detik yang
telah berlalu itu, dia dihimpit pelbagai perasaan. Amarah, benci, sakit, sedih,
kecewa- semua bersatu menjadi mata busur tajam yang menikam tepat ke jantung.
“MEMALUKAN orang kampung kau ni!”
“Perogol!”
“Pukul
dia. Dasar manusia bertuankan syaitan!”
“Esok
lusa entah anak siapa pulak dirogolnya.”
Haikal
terbaring di atas tanah. Merengkok tubuhnya dengan kesakitan yang maha dahsyat.
Cecair merah terasa hangat membasahi kepala dan mukanya. Dia sudah tidak punya
daya hendak menjauhi sekumpulan manusia yang berkerumun di sekelilingnya.
“Kita
pukul dia bagi mati!” Salah seorang manusia yang ikut menyepak terajang dia
tadi bersuara, mengapi-apikan orang-orang yang ada di situ. Waktu itu, Haikal
menyerah diri sahaja.
“Ya!
Betul tu. Jangan biarkan perogol macam dia ni hidup di muka bumi ni.” Sahut
suara yang lain pula.
Terpejam-pejam
mata Haikal. Dia tidak mampu melihat siapakah manusia yang melontar kata-kata
sebegitu kepadanya. Namun halwa telinga dapat meneka gerangan makhluk Tuhan
itu.
“Celaka
kau!”
Sepakan
dan tendangan itu kembali hinggap ke tubuh Haikal. Haikal menjerit kesakitan
tetapi tiada siapa pun yang peduli.
Ting!
Ting! Ting!
Detingan
jam menyedarkan Haikal yang kembali menyusuri kisah lalu. Haikal meraup muka.
Kemudian memandang jam bertelinga bulat yang baru menginjak ke angka tiga pagi.
Haikal
tidak boleh tidur. Matanya terbuntang segar.
Ah,
kesakitan malam itu bagai baru semalam singgah dalam hidupnya. Haikal menghela
nafas panjang. Kemudian dia beristigfar dalam hati. Perlahan-lahan, dia
menjulur kaki memijak lantai. Duduk termangu seketika di situ sebelum angkat
kaki keluar dari biliknya dan menuju ke bilik air yang terletak berhampiran
ruang dapur.
Sesudah
mengambil wuduk, Haikal kembali semula ke biliknya. Sempat menjengah kepala ke
dalam bilik Rosnah. Dilihatnya Rosnah sedang tidur. Haikal ukir senyum lega.
Mudah-mudahan Rosnah tidak bermimpi yang bukan-bukan.
Haikal
menarik sejadah dari sampiran besi. Dihampar sejadah berwarna merah itu di atas
lantai. Demi menenangkan hati, adalah lebih baik dia isi masa celiknya dengan
melakukan ibadah sunat. Setidak-tidaknya, sedikit beban dan kedukaan ini mampu
dikurangkan. Rintihan yang selama ini tidak sampai kepada orang lain, hanya
diperdengarkan rintihannya itu kepada Yang Maha Agung. Meminjam sedikit
kekuatan untuk menghadapi liku-liku hidup yang masih panjang.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Korang, sorry kalau entri KPHM Bab 13 mengelirukan korang yang membaca. Plot memang disusun macam tu teehee. Eh, dalam aku belek-belek folder nan berlambak dalam pc, tengok gambar lama dengan kengkawan, terus rasa rindu menusuk ke kalbu. Setiap kenangan itu begitu berharga. Ewah, dah macam iklan kecantikan pulakkkss.
4 comments:
Mmg keliru sikit...tiba2 plot lain sgt...x tau apa jadi pd humaira dan Haika
@ eijan
so sorry -..-" ni yg rasa nak tukar plot jadik follow the flow ni. huhu. maaf eh -..-'
belitnye mcm mn nk dpt entry yg sebetulnye
@Anon
Hi :) Ramai yg pening. Kite pon jadik pening pikir org pening. Hihi. Actually, KPHM taklah berbelit, cuma cuba twist sikit penggunaan masa. Konon2 nye laa. Hihi.
BTW, tq sgt drop comment. Kita perbaiki mn yg berselirat tu :)
Post a Comment