"...The heart will rest and feel relief if it is settled with Allah and it will worry and be anxious if it is settled with people..." - Ibn al-Qayyim
Bab
29
“YA
ALLAH , Mai! Kenapa dengan Mai ni? Dahi tu, kenapa berbalut macam
tu?” Lantang Engku Zubaidah menghambur keresahan. Tangannya
meraba-raba muka Humairah. Ditilik kepala yang berbalut itu.
“Mai
jatuh sikit tadi,” beritahu Humairah.
“Jatuh?!”
Berdecit suara Engku Zubaidah.
“Humairah
terlibat dalam kes ragut tadi. Dia jatuh dan tak sedarkan diri.”
Haikal yang berdiri di belakang Humairah memberitahu perkara sebenar.
“Apa?
Ragut?! Ya Allah, susah hati nenek, Mai.” Engku Zubaidah memeluk
erat tubuh Humairah.
“Mai
tak apa-apa, nek. Luka sikit dahi ni. Mujur Haikal tolong Mai,”
jelas Humairah pula. Melontar pandangan ke arah Haikal.
Engku
Zubaidah melurut mata pada seorang anak muda yang telah menghantar
Humairah pulang. Atas bawah dia perhati anak muda bernama Haikal itu.
“Dah
lapor polis?” tanya Engku Zubaidah.
Humairah
menggeleng. “Buang masa aje nek pergi lapor polis. Mai tak rugi
apa-apa pun. Dompet, handphone semua ada pada Mai. Orang tu ragut beg
semata,” kata Humairah disusuli senyuman kecil ditempel ke
bibirnya.
“Tapi
tengok keadaan Mai ni. Sampai berbalut dahi.”
“Luka
sikit aje, nek.”
“Saya
balik dululah,” celah Haikal ditengah-tengah perbualan antara
Humairah dan Engku Zubaidah.
“Tak
masuk dulu?” pelawa Engku Zubaidah.
“Tak
apalah, makcik. Lagipun dah lewat malam dah ni,” tolak Haikal.
“Terima
kasih sebab tolong cucu nenek ni. Terima kasih sangat-sangat,” ucap
Engku Zubaidah.
Haikal
sekadar senyum halus.
“Awak...”
Humairah memanggil lembut.
Haikal
berkalih ke belakang. Menumpah pandangan mata tepat ke raut wajah
Humairah.
“Sampaikan
salam saya kat nenek awak,” tuturnya.
“InsyaAllah,”
balas Haikal.
Enjin
kereta dihidupkan. Pedal minyak dipijak perlahan. Tangan sudah
memegang gear, tetapi masih kaku tidak bergerak. Dari dalam kereta,
dia merenung ke arah Humairah yang tampak bahagia di sisi seorang
wanita yang dipanggil nenek. Sesekali gadis itu menoleh kepadanya dan
hulur senyum.
Berat
hatinya meninggalkan Humairah di sini sedang dia sedia tahu, entah
betul entah tidak, Humairah itu ialah Humairah mereka. Haikal tarik
nafas dalam-dalam. Andai benar takdir pertemuan ini sesuatu yang
telah direncanakan oleh Allah untuk mereka, dia percaya, suatu masa
nanti ‘Humairah’ akan muncul kembali.
“TENGOK,
apa jadi pada Mai!” Jerkah Engku Zubaidah sebaik menapak masuk ke
dalam rumah. Humairah pula serba-salah melihat kemarahan neneknya
yang disuakan pada Fadzlan. Lelaki itu nampaknya buat tidak dengar.
Langsung tidak membalas atau menoleh memandang ke arah mereka.
“Kalau
kamu pergi ambil Humairah, takkan terjadi macam ni. Mai kena ragut,
lepas tu jatuh dan pengsan!” Engku Zubaidah tahan hati.
“Sikit
aje kan.” Sahut Fadzlan.
Engku
Zubaidah gigit bibir. Laju kakinya melangkah mendekati Fadzlan yang
duduk bersenang-lenang hadap rancangan di peti televisyen.
“Sikit
kamu kata? Mai kena ragut, lepas tu mengalami kecelakaan. Kepala
sampai berbalut macam ni kamu kata sikit?” Engku Zubaidah
menghambur bicara dengan nafas yang turun naik menahan marah.
Fadzlan
menoleh sekilas. Tersorot matanya ke arah Humairah yang memaku di
sisi Engku Zubaidah sambil menunduk tenung lantai. Dia mencebik dalam
diam. Hidup lagi pun budaknya! Luka? Mana yang luka? Oh, balutan kat
kepala tu? Kalau luka di kepala Humairah yang tak seberapa teruk itu
ternampak dek mata Engku Zubaidah, meragut simpati neneknya,
bagaimana pula dengan luka di hati dia? Ada sesiapa nampak? Ada
sesiapa peduli? Tiada! Fadzlan merasakan dirinya terlalu emosional.
“Kecil
sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang dah Lan lalui selama
ni,” tuturnya.
“Susah
cakap dengan kamu ni, Lan. Susah!” marah Engku Zubaidah, berbaur
kecewa. Wanita itu terduduk atas sofa, bertentang Fadzlan yang cuba
mengawal perasaan sebaik mungkin.
Fadzlan
berdiri. Kedua belah tangannya menyeluk poket seluar. Dengan wajah
mendongak, dia memutuskan hendak berangkat pulang ke rumah.
“Kenapa
susah sangat kamu nak ambil berat pasal keluarga sendiri, hah Lan?”
Mendatar suara Engku Zubaidah.
Langsung
terbejat hayunan kaki Fadzlan.
“Siapa
kata Lan tak ambil berat pasal keluarga? Kalau nenek nak tahu, Lan
sayangkan keluarga kita lebih dari diri Lan sendiri,” tingkah
Fadzlan.
“Kalau
Lan ambil berat, kenapa Lan boleh biar perkara buruk berlaku pada
Humairah?” Ungkit Engku Zubaidah.
Sekelipan,
Fadzlan berpaling. Merenung tajam Engku Zubaidah sebelum berkalih
pada Humairah pula. Bungkam perasaannya tatkala terpandangkan
Humairah.
“Humairah
sebahagian dari keluarga kita, Lan.” Engku Zubaidah berlembut.
Sesak dada melihat tingkah Fadzlan yang tidak pernah menyenangkan
hati dia sejak kali pertama menjejak kaki di rumah ini setelah
beberapa tahun membawa diri ke luar negara.
Kening
Fadzlan hampir bertaut, disertai kocakan hebat yang terlukis di wajah
itu.
“Dia
bukan sesiapa!” tegas Fadzlan. Tanpa mengucap selamat tinggal
mahupun menyalami tangan neneknya, Fadzlan melulu keluar. Semakin
menipis tembok yang dia bina memagar hati sendiri bila melihat
Humairah depan mata dengan kepala berbalut kain putih
berjaring-jaring halus.
“Lan!
Lan!” Pekik Engku Zubaidah.
Fadzlan
tidak menghirau panggilan neneknya. Tanpa menunggu lebih lama, dia
meloloskan diri ke dalam kereta, menghenyak punggung di seat kulit
berwarna hitam. Kunci dicucuk ke dalam lubang di sebelah kanan batang
stereng. Menderu kasar bunyi enjin itu mengaum.
Sebaik
sahaja ternampak kelibat Humairah tersembul di muka pintu, Fadzlan
menekan pedal minyak. Kereta terundur ke belakang, melepasi pagar.
Dalam sekelip mata, kereta yang dipandu laju itu hanya tersisa asap
putih yang menghilang bersama ngauman enjin kereta.
“Nenek,
Fadzlan dah balik. Mai tak sempat kejar dia.” Humairah berlari-lari
anak mendapatkan Engku Zubaidah yang menyandar lemah di sofa. Kelopak
mata Engku Zubaidah terkatup rapat. Yang kedengaran hanyalah desah
nafas neneknya itu. Perlahan-lahan, Humairah menyentuh tangan tua
itu. Digenggam erat. Apa yang bergelora di jiwa seolah telah
diekspresikan melalui airmata yang jatuh membasahi pipi. Humairah
menahan esak. Sungguh! Perasaan dia tersentuh mendengar bicara
Fadzlan. Kenapa lelaki itu mendera dia sebegini rupa? Andai benar dia
ada berbuat sesuatu yang telah mengundang kekecewaan di hati lelaki
itu, luahkan sahaja agar mudah untuk dia mengungkap kata maaf.
Esakan
halus itu menggigit gegendang telinga Engku Zubaidah. Cepat-cepat dia
melontar pandangan ke arah Humairah yang menunduk.
“Mai,
kenapa ni sayang?”
Humairah
menggeleng.
“Jangan
menangis sayang...” pujuk Engku Zubaidah. Untaian airmata itu
diseka guna hujung jari. Dipeluknya tubuh Humairah.
“Kalaulah
Mai ingat apa yang berlaku dulu. Kalaulah Mai tahu siapa Mai
sebenarnya. Kalaulah Mai ingat...” Mengogoi tangisan Humairah.
Engku
Zubaidah mengusap belakang tubuh Humairah.
Fadzlan,
tidakkah kau mampu melupakan kisah itu? Kesalahan apa yang telah
dilakukan gadis ini sehingga kau sanggup menidakkan kewujudan dia?
Sudah dikata berkali-kali, Humairah tiada kena-mengena dengan
kecelakaan tersebut. Dia dan Afina mampu melupakannya, tetapi kenapa
tidak Fadzlan?
Hati
tanpa cinta, mampukah kebahagiaan itu diukir hanya dengan restu
keluarga?
“INI
Rose Harliana.”
Fadzlan
memerhatikan sekeping gambar di tangan Wardiah. Paras indah sang
gadis dalam gambar itu langsung tidak menjentik walau sedikit
hatinya. Bila Wardiah menghulur gambar itu kepadanya, barulah dia
sambut dan meneliti tajam. Seulas senyuman bagai hidup dalam gambar
kaku tersebut.
“Siapa
ni mak?” soalnya penuh tanda-tanya. Tidak pernah-pernah emak tunjuk
gambar perempuan kepadanya.
Wardiah
senyum simpul pandang Fadzlan.
“Kan
mak dah beritahu tadi. Perempuan ni namanya Rose Harliana.” Wardiah
berkata seraya kalih duduk. Tadi di depan Fadzlan, sekarang di
sebelah anak terunanya itu.
Fadzlan
menoleh ke arah Wardiah. Tidak berkelip mata dia memandang. Kening
diangkat tinggi sebagai tanda tidak faham.
“Mak
nak sangat anak mak ni berkawan dengan Rose. Rose ni budaknya baik.
Baik sangat,” jelas Wardiah.
Bertambahlah
pening kepala otak Fadzlan mencerna maklumat itu.
“Kawan?”
Lambat-lambat Fadzlan bertanya.
Wardiah
mengangguk laju.
“Lan
tak kenal pun dia ni, macam mana nak kawan?” aju Fadzlan. Gambar
itu ditenung lagi.
Wardiah
menepuk peha Fadzlan. Dalam senyum penuh makna, dia berkata, “Nanti
mak kenalkan Lan dengan Rose ye.”
Eh,
mak aku ni dah kenapa? Berdetak-detik hati sendiri melihat perilaku
Wardiah yang ganjil itu. Macam sesi pilih calon isteri pun ada.
“Mak
berkenan sangat kalau Rose tu jadi menantu mak satu hari nanti.”
Wardiah menutur bicara penuh maksud yang sedia difahami oleh Fadzlan.
Detakan
halus mengetuk dada. Mula-mula perlahan, lama-lama semakin laju, dan
laju, dan laju. Renungan Fadzlan jatuh pada gambar yang dipegangnya.
Rose Harliana?
Kini,
kekecewaan itu menjadi tembok hati. Tetapi sampai bila?
PONN!
TINN! TINN! PONNNNNNN!
Fadzlan
tersentak. Kelam-kabut dia menekan pedal minyak. Rupanya tiang lampu
isyarat sudah bertukar warna hijau. Dia pula boleh berangan mengorek
kenangan lalu. Entah berapa bakul kata-kata kurang enak dilempar
padanya dek kerana menganggu perjalanan mereka yang berderet di
belakang. Dia pun tidak sedar berapa lama dia tenggelam dalam ingatan
yang sekejap itu. Mujur bunyi kuat hon memecah ilusi dia. Gamaknya
sampai ke pagi dia begitu.
Stereng
dipusing ke kanan. Kereta berhenti di bahu jalan. Dia perlu ruang
untuk bernafas seketika. Pintu dibuka luas. Kaki terjulur keluar
memijak lantai tanah berumput. Tubuh disandar ke kereta dengan mata
meliar memerhati jalan raya yang tampak meriah dengan lampu-lampu
kereta menebarkan cahaya kuningnya.
Fadzlan
meraup muka. Kemudian melurut rambutnya yang jatuh menutupi dahi.
Berpusaran otaknya mengenang perbuatannya terhadap Engku Zubaidah
tadi. Biadap! Dia memang biadap! Namun apakan daya, dia dirusuh
perasaan itu. Setiap kali terpandangkan Humairah, perasaan itu
menyelinap masuk sehingga buat dada dia naik sesak. Fadzlan
bertinggung. Kedua belah tangannya melekat di kepala.
“Rose!”
Jeritan Fadzlan begitu lantang.
“Rose!”
Dia menjerit lagi.
“I’m
sorry Rose. I’m sorry!” Lontaran pekikan itu kian mengendur.
Semilir
angin malam membawa pergi luahan beban Fadzlan entah ke mana.
HUMAIRAH
mengesat airmata. Setiap kali bentakan kasar Fadzlan menerobos
jendela telinga, dia diusik kekecewaan. Kecewa kerana dia tidak
pernah tahu di mana kekhilafannya. Humairah pejam mata. Ditahan sendu
yang datang secara tiba-tiba itu.
Siapa
dia sebenarnya?
Kata
nenek, tempat dia di sini. Kata Afina, ini keluarganya. Tetapi...
kenapa setiap kali dia bertanya tentang latar-belakang dia, nenek
mahupun Afina lebih memilih untuk tutup mulut dan memesong topik
perbualan daripada terus bercerita kepadanya. Selama hari ini, dia
tidak pernah tahu kisah yang telah terpadam dari kotak ingatan. Dia
tidak ingat walau satu pun! Dan kebencian Fadzlan menjadi persoalan
paling besar dalam dirinya.
Ketukan
di pintu yang bertalu-talu mengejutkan Humairah. Pantas dia rebahkan
diri dan menarik selimut menutupi separuh tubuhnya. Manakala sebuah
novel di meja lampu dicapai. Dia berpura-pura sedang tekun membaca
buku yang baru sedikit luak.
“Mai...”
Engku Zubaidah menyeru lembut. Wajahnya tersembul di celah pintu yang
terbuka sedikit.
Humairah
menutup novel itu. Diletak di atas perutnya. Segera ukir senyum buat
tatapan Engku Zubaidah yang mula mengorak langkah mendekati dia.
Engku
Zubaidah labuh duduk di sisi Humairah. Rambut panjang Humairah
dibelai penuh kasih.
“Macam
mana kepala tu? Sakit lagi?” Engku Zubaidah menyentuh kain yang
membaluti kepala Humairah dengan penuh berhati-hati.
Humairah
senyum lagi melihat keprihatinan Engku Zubaidah.
“Mai
dah okey dah, nek. Nenek tak payah risaulah.” Humairah berkata.
Engku
Zubaidah mengeluh berat. Terbayang-bayang wajah Fadzlan di ruang
mata. Budak bertuah betul! Dek kerana Fadzlanlah, Humairah ditimpa
kecelakaan. Ini kalau sampai Afina tahu, masaklah Fadzlan dimarahi
oleh cucunya itu.
“Pasal
Lan tu, nenek nak minta maaf. Selalu sangat dia kecik kan hati Mai
kan,” luah Engku Zubaidah penuh kekesalan.
“Eh,
apa ni nek? Buat apa nak minta maaf. Bukan salah nenek pun.”
Cepat-cepat Humairah membalas.
“Nek,
Mai tak kisah pun. Lagipun Mai percaya, Lan tak akan marah atau benci
Mai kalau tak bersebab. Mungkin Mai pernah buat jahat kat dia, sebab
tu dia marah sangat kat Mai. Sampai allergic macam tu. Tak boleh
nampak, nak marah aje,” seloroh Humairah, diiringi tawa yang
dibuat-buat. Sedang hakikat hati dia sangatlah terasa dengan sikap,
perbuatan mahupun tutur kata seorang lelaki bernama Engku Fadzlan
Engku Uzair.
Tak boleh ke nak cakap baik-baik? Atau sekurang-kurangnya pamer layanan mesra? Tak mesra pun, senyumlah sikit dengan ikhlas. Ini tidak. Asyik kena bambu memanjang! Humairah mendongkol geram.
“Mai rehatlah.” Engku Zubaidah menarik selimut itu menutupi sampai paras dada Humairah.
“Esok Mai nak kerja,” beritahu Humairah.
“Mai kan tak sihat. Takkan nak kerja jugak?”
“Yang sakit dahi aje, bukan badan ni,” tuntas Humairah.
Tergeleng-geleng kepala Engku Zubaidah. Banyak perkara yang merisaukan dia sehingga payah hendak melepaskan Humairah. Sebelum ini, Humairah pernah tidak sedarkan diri secara mengejut. Kali ini, kena ragut, jatuh, luka dahi dan pengsan.
“Nenek jangan risau ya. Mai okey!” Humairah mengeyit mata nakal.
Engku Zubaidah terpaksa bersetuju. Dipaksa kepala pamer angguk kecil. Humairah senyum lebar.
“Nenek suruh Lan hantar pagi nanti. Budak tu, kalau dia tak ambil Mai, siaplah dia. Tahulah nenek nak buat nanti.” Engku Zubaidah kancing gigi. Nampak marah benar.
“Nek, tak payah!” Lekas Humairah menolak. “Mai naik Farah aje nanti. Tak payahlah nak suruh Lan.”
“Kenapa? Mai takut Lan marah? Kalau dia duk marah-marah, tengking-tengking Mai, sini, biar nenek pulak yang marah dia. Banyak sangat songehnya.” Engku Zubaidah membebel geram.
“Bukan. Mai dah janji dengan Farah. Nanti apa pulak kata dia,” dalih Humairah.
“Nenek tak percaya!” Sebahagian besar hati Engku Zubaidah ragu-ragu.
“Betul nek.” Humairah meyakinkan.
Tak boleh ke nak cakap baik-baik? Atau sekurang-kurangnya pamer layanan mesra? Tak mesra pun, senyumlah sikit dengan ikhlas. Ini tidak. Asyik kena bambu memanjang! Humairah mendongkol geram.
“Mai rehatlah.” Engku Zubaidah menarik selimut itu menutupi sampai paras dada Humairah.
“Esok Mai nak kerja,” beritahu Humairah.
“Mai kan tak sihat. Takkan nak kerja jugak?”
“Yang sakit dahi aje, bukan badan ni,” tuntas Humairah.
Tergeleng-geleng kepala Engku Zubaidah. Banyak perkara yang merisaukan dia sehingga payah hendak melepaskan Humairah. Sebelum ini, Humairah pernah tidak sedarkan diri secara mengejut. Kali ini, kena ragut, jatuh, luka dahi dan pengsan.
“Nenek jangan risau ya. Mai okey!” Humairah mengeyit mata nakal.
Engku Zubaidah terpaksa bersetuju. Dipaksa kepala pamer angguk kecil. Humairah senyum lebar.
“Nenek suruh Lan hantar pagi nanti. Budak tu, kalau dia tak ambil Mai, siaplah dia. Tahulah nenek nak buat nanti.” Engku Zubaidah kancing gigi. Nampak marah benar.
“Nek, tak payah!” Lekas Humairah menolak. “Mai naik Farah aje nanti. Tak payahlah nak suruh Lan.”
“Kenapa? Mai takut Lan marah? Kalau dia duk marah-marah, tengking-tengking Mai, sini, biar nenek pulak yang marah dia. Banyak sangat songehnya.” Engku Zubaidah membebel geram.
“Bukan. Mai dah janji dengan Farah. Nanti apa pulak kata dia,” dalih Humairah.
“Nenek tak percaya!” Sebahagian besar hati Engku Zubaidah ragu-ragu.
“Betul nek.” Humairah meyakinkan.
Kalau
itu dikata Humairah, maka dia terpaksa menurut. Engku Zubaidah
akhirnya mengendurkan syak yang terbit di sanubari. Humairah mampu
kulum senyum lega. Tidak akan pernah bermimpi hendak tumpang Fadzlan
lagi. Cukuplah sekali dua dia terpaksa hadap muka tapai itu.
DENGAN
penuh berhati-hati, Fadzlan memijak lantai tanpa menghasilkan
sebarang bunyi pun. Liar mata pandang kiri kanan. Nampaknya seisi
rumah ini sudah pun dibuai mimpi.
Fadzlan
mengira anak tangga sampai ke tingkat atas, terus panjangkan kaki
menuju ke bilik yang dihuni Humairah. Sebelah tangan memegang
sesuatu.
Fadzlan
kelihatan ragu-ragu- antara meletak kertas cantingan ayat tulisan
tangannya diselitan bawah pintu atau tidak melakukannya. Fadzlan hela
nafas. Memberat di rengkungan. Balutan di kepala Humairah memenuhi
benaknya.
Akhirnya,
Fadzlan merenyukkan kertas tersebut. Digenggam kuat. Kaki mengatur
langkah menuruni anak tangga dan menuju ke pintu rumah. Dan dia
hilang ditelan kegelapan malam.
Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: Actually, aku sedikit pening menyiapkan Ara ni sigh! Bila laa boleh jumpa Hannani dan juga Ruby ni (?) Tata!
4 comments:
hehhee..jgn pening beb nanti dgn aku sekali pening..X lama dah nk siap kphm leh la ko fokus pd Hanani..ngeee..:D
LanLan bila mau baik dgn Mai?
best...
@ayra
Tunggu lanlan sedar diri sikit,kang baru dia terhegeh2 nak baik dgn mai haa :)
@baby mio
Tenkiuuu sudi baca kphm ;)
Post a Comment