Wednesday, October 23, 2013

[Novel] : Kupilih Hatimu Bab37.

Assalamualaikum.








"...The seeking of knowledge is obligatory for every Muslim..." - Tirmidhi










Bab 37
SAKIT tulang leher tak usah dikata. Hendak toleh pandang kanan kiri pun berbisa-bisa mencucuk. Fadzlan mengusap tengkuk. Ini bahana tidur atas kerusi beralaskan lengan semata. Entah berpusing tiga ratus enam puluh darjah agaknya kepala dia.  Belum termasuk urat pinggang yang dirasakan berselirat sana sini.
            Fadzlan pandang Afina yang lengkap bertelekung putih lalu depan mata. Mujur dia tidak sakit jantung melihat keadaan Afina ketika Afina membangunkan dia untuk bersolat berjemaah.
            Fadzlan berteleku di atas kerusi di ruang tamu. Sesekali ekor mata melirik ke bilik solat di tepi tangga. Dia nampak Humairah sedang duduk bersimpuh di sisi Engku Zubaidah. Wajah gadis itu murung. Ralit memerhatikan tingkah Humairah sehingga tidak menyedari Afina sudah pun duduk di sebelahnya.
“Tengok apa tu?” Afina menegur. Peha Fadzlan ditepuk kuat.
Fadzlan terperanjat. Tepukan itu meninggalkan denyutan berbisa. Berkerut-kerut muka Fadzlan.
“Malam tadi kau ke mana? Kenapa tak datang rumah mak long?” tanya Afina.
Lirikan mata Afina memicing ke arah Fadzlan.
            Fadzlan menyandarkan tubuh. Merehatkan badan yang sakit-sakit. Dah agak dah, Afina pasti bertanya.
            “Keluar,” jawabnya serba ringkas.
            Membuntang mata Afina. Lengan Fadzlan dicubit-cubitnya. Fadzlan mengaduh kesakitan.
            “Aku bawa Humairah sekalilah, kak.” Cepat-cepat Fadzlan memberitahu.
            Sekelipan, jari Afina yang ligat mengetam lengan Fadzlan langsung terhenti. Renungan curiga pula menghunus ke wajah adik lelakinya itu.
            “Apa?” Afina melebarkan telinga.
            “Aku bawa Humairah sekali. Dah lambat sangat masa tu. Daripada tebal muka datang lewat, baik tak payah datang terus. Alah, mak long bukannya kisah pun.” Fadzlan memberikan alasan yang dirasakan mampu diterima akal Afina meski keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Afina mengetap bibir. Tangan sudah di pinggang.
            “Betul lah kak. Buat apa aku nak tipu?” Fadzlan berkata penuh keyakinan.
            Afina menunjal pipi Fadzlan.
            “Kau dah kenapa, Lan? Sakit?”
            Jari telunjuk Afina ditepis. “Apa ni kak?” dengusnya geram. Buat baik, salah. Tak buat baik, lagilah salah.
            “Aku bermalam sini sebab malam tadi mengantuk sangatlah, kak. Sakit mata aku ni.” Bersungguh-sungguh dia bercerita. Kisah sebenar? Sebaik sahaja dia membaringkan Humairah yang tidak sedarkan diri itu di seat belakang, dia pecut kereta menyusuri jalanraya sambil mata melikas liar menyoroti bangunan-bangunan yang berderet di tepi jalan. Kecewa bila mana tiada satu pun klinik yang beroperasi di kawasan tersebut.
            Maka, dia pandu kereta pulang ke kediaman Engku Zubaidah. Sekali lagi dia mencempung tubuh layu itu dan gigih mengira anak tangga naik tingkat atas. Tubuh itu dibaringkan elok-elok atas katil dan diselimuti dengan comforter bunga-bunga. Hendak ditinggalkan Humairah, hati terasa berat. Oleh sebab itu dia ambil keputusan menunggu sehingga Afina dan Engku Zubaidah balik. Rupanya, sampai ke sudah dia berdengkur elok di ruang tamu berbantalkan lengan dan beralaskan sofa panjang. Sedar-sedar, Afina yang bertelekung putih kejutkan dia. Mahu tak luruh jantung. Ingatkan hantu mana.
            Fadzlan menoleh memandang Afina. Kakaknya itu menyepi di sebelah dia. Sepasang mata itu melorong ke arah bilik solat.
            “Kak Fina risaukan Mai,” keluh Afina. Kembali menusuk renungan pada Fadzlan yang memerhatikannya.
            “Apa yang akak risaukan?” Hati kecil Fadzlan bagai ditarik-tarik hendak mengetahui isi hati Afina. Selama hari ini, Afina banyak membela Humairah tatkala gadis itu sering dihunus kemarahannya. Afinalah yang berdiri teguh di belakang Humairah saat gadis itu teraba-raba dalam dunia serba asing.
            “Hati Kak Fina ni tak senang.” Afina berkata.
            Fadzlan mendalami tutur bicara itu sehalusnya. Eh, jarang benar Afina berperasaan begini. Dan jarang sungguh Afina berkongsi rasa dengannya. Tidak lepas mata Fadzlan menyoroti wajah Afina.
            “Dahlah. Kak Fina nak sediakan breakfast. Alang-alang Lan ada ni, kita breakfastlah sekali. Hari Sabtu, Lan tak kerja kan?” Afina angkat punggung. Sempat menepuk bahu Fadzlan sebelum panjangkan kaki menuju ke ruang dapur meski di luar sana, kegelapan belum pudar warnanya.
            Fadzlan memerhati lenggok Afina sehingga hilang dari penglihatan. Dia menekup wajah. Tersekat terus niat hati memberitahu kes Humairah yang pengsan malam tadi bila menyedari keresahan Afina yang mendatang secara tiba-tiba.
            Kau sakit apa sebenarnya Humairah? Suara hati berbisik halus. Renungan melayang ke arah Humairah yang masih duduk bersama Engku Zubaidah. Dia terus memerhati tingkah gadis itu. Dalam tidak sedar, perasaan yang cuba dikambus lama dulu, kian meronta-ronta hendak keluar.

“INI keluarga kamu, Mai. Mai ada nenek, Mai ada Kak Fina. Malah Mai ada Fadzlan. Kami semua keluarga Mai.”
            Ah, cukup meyakinkan! Takkan nenek, kakak sepupu dan abang sepupu semata? Mana ibu dan ayah dia? Kenapa tidak ditunjukkan sahaja kepada dia siapa kedua orang tuanya? Atau mungkin ada adik-beradik lain? Mengapa Engku Zubaidah dan Afina langsung kunci mulut andai dia membangkitkan isu ‘keluarga’ yang sepatutnya dia ingat?
            Humairah melunjurkan kaki. Tangan didepa. Manakala kepala didongak pandang siling.Di siling putih itu, dia nampak lukisan wajah Rosnah. Senyuman dan tawa Rosnah menggigit sanubari. Rindu! Dia rindukan nenek di sana. Humairah hela nafas. Mata dipejam rapat. Kegelapan itu ditemani imbasan dan bayangan yang pernah dialami sebelum ini. Malah relung mimpi malam tadi pun terpahat kuat di ingatan.
            “Ehem!”
            Humairah tersentak. Susuk tubuh tinggi lampai Fadzlan terbias di ruang mata. Kaki yang terjulur gaya orang pemalas itu dibawa turun memijak lantai. Disopankan duduknya waktu itu. Dia kerling sekilas lelaki itu.
           Tanpa dipelawa, Fadzlan duduk di sebelah Humairah. Seorang di hujung sana, dan seorang lagi di hujung sini. Di tengah-tengahnya ada ruang kosong. Muat seorang dua ikut menyempit di situ.
            Humairah tidak ambil pusing pun kewujudan Fadzlan. Fikiran dia kembali menerawang mencari Rosnah, menggali semula mimpi-mimpi itu, memadankan relung waktu asing yang sering mengheret dia ke dalamnya dan cuba mencipta konklusi sendiri.

            Banyak-banyak orang, kenapa dia mimpikan Rosnah? Bukankah itu menimbulkan banyak tanda-tanya? Kebetulan jugakah Rosnah ada cucu bernama ‘Humairah’ yang telah hilang tanpa jejak sehingga kini? Humairah mengusap dahi sendiri. Pening!
            Ara... ‘Humairah’ yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.
            “Ehem!” Fadzlan berdehem lagi. Kelakuan Humairah menggamit perhatiannya.
            Humairah masih ‘hilang’. Tidak menyedari Fadzlan memandang dia dengan tajam.
            “Eh, pagi-pagi buta pun dah ada dinasour ungu!” Fadzlan sengaja meninggikan suara. Teruja kononnya hadap Barney yang berjoget-joget di kaca televisyen.
            Sekilas Humairah melirik mata. Dah kenapa ni? Tengok Barney pun jakun?
            “Kau ni berat jugak, kan? Sakit tangan, pinggang aku ni cempung kau bawa naik atas bilik tu ha,” ujar Fadzlan. Hujung jari menekan punat biru bernombor 3. Menukar siaran lain. Bukan taste dia layan dinasour ungu. Zaman tersebut sudah pun berlalu. Sekarang masing-masing melayan Barney Stinson.
            Terbejat lamunan Humairah. Dia toleh lagi. Bertaut keningnya.
            “Kau lupa?” Fadzlan menyilang kaki. Pandangannya tepat menghunus ke wajah Humairah.
            “Tak mahu pergi rumah mak long, pergi dataran lepak-lepak konon nak cari ketenangan. Then... tup-tup kau pengsan.” Fadzlan menceritakan sedikit retetan hidup Humairah lewat malam tadi. Ternyata, gadis itu tidak ingat.
          “Kau pengsan, tak sedarkan diri. Aku ni yang angkut kau bawa balik rumah. Tangan ni yang angkat kau tahu!” Termuncung-muncung mulut Fadzlan. Kedua belah tangannya di angkat tinggi.
            “Tak ingat?”
           Humairah menggeleng. Fikirnya, itu sebahagian daripada mimpi yang dialami. Kepala diketuk-ketuk. Jelaslah, keadaan dia semakin kritikal. Tidak dapat membezakan realiti atau ilusi.
            Fadzlan hela nafas. Dah tak ingat, nak buat macam mana. Fadzlan bangun. Berkira-kira hendak melanjutkan perjalanan pulang ke rumah sewa.
            Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah.
            Fadzlan memaling wajah. Diperhati keadaan Humairah yang melangut di atas sofa. Riak muka Humairah berubah-ubah. Seperti sedang menanggung beban yang memberat dalam otak.
            “Humairah..”
            Humairah membuang perhatiannya ke arah Fadzlan.
            “Take care,” ucapnya sepatah sebelum lekas meninggalkan ruang itu.
            Humairah terkebil-kebil. Take care? Sepanjang dia kenal Engku Fadzlan Engku Uzair, lelaki itu tidak pernah berkata begitu, apatah lagi sudi duduk bersama dengannya seperti tadi.
            Sakit ke dia?

PINTU bilik ditolak perlahan. Meliar mata Fadzlan meratahi segenap pelusuk bilik bertemakan warna merah jambu dan ungu. Warna yang menjadi kegemaran Rose Harliana. Nampaknya bilik ini dijaga dengan rapi. Bersusun barang-barang kepunyaan arwah tunangnya itu.
            Kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mata dipejam rapat. Tangan di depan memeluk udara yang menampar lembut. Bayangan Rose Harliana bermain di ruang mata. Senyuman gadis berambut panjang mengurai ikal di hujungnya menggamit memori lama.
            “Rose, I’m sorry...” Bibir bergerak berbisik kata maaf. Dia tahu dia tidak kuat saat berdepan dengan kenyataan ini meski sudah hampir empat tahun berlalu.
            “Fadzlan.” Suara Hardina, ibu kepada Rose Harliana menyelinap ke jendela telinga. Fadzlan berpaling ke belakang. Pandangannya disambut dengan senyuman manis wanita itu. Hardina menghampiri Fadzlan. Berdiri di samping bekas bakal menantunya itu sambil menyoroti persekitaran bilik sederhana besar ini.
            “Banyak kenangan dalam bilik ni. Tak pernah berkurang, malah kenangan tu sentiasa ada,” kata Hardina. Sebak dada tiba-tiba. Bergulung-gulung kesedihan cuba disembunyikan dari penglihatan suami dan anak-anak yang lain. Rose Harliana satu-satunya anak perempuan yang menjadi kesayangannya. Selama hampir empat tahun ini dia cuba menerima takdir meski perit untuk ditelan.
            Fadzlan memahami perasaan Hardina. Dia sendiri sukar melupakan kejadian itu, apatah lagi Hardina dan keluarga. Matinya Rose Harliana selepas diputuskan penggunaan oksigen yang menjadi nadi kepada Rose Harliana terus hidup. Terlalu tragis untuk diingati.
            “Marilah kita turun. Auntie ada sediakan sikit minum petang,” ajak Hardina. Enggan berlama-lama di dalam bilik itu. Nanti mengundang esak tangis sahaja.
            Fadzlan mengangguk tetapi dia meminta lebih masa. Barang seminit dua. Ingin ini kembali mendakap kenangan Rose Harliana yang bersisa di bilik ini. Hardina mengangguk, lantas meninggalkan Fadzlan bersendirian di dalam bilik itu.
            Sebuah album gambar- di kulit depannya tertulis ‘Cinta Hati’ dibelek Fadzlan. Terabadi momen-momen dia bersama Rose Harliana di situ. Fadzlan ukir senyum nipis. Tersingkap anak mata ke arah seekor anak patung beruang bersaiz kecil berwarna coklat terletak di hujung meja. Fadzlan masih ingat, itu pemberian pertama darinya kepada Rose Harliana selepas mereka bertunang. Rose Harliana mengulum senyum lebar waktu itu.
            Fokus Fadzlan kembali semula pada album tadi. Dia belek sehingga ke helaian terakhir. Hujung jari menyentuh cebisan-cebisan kertas tebal yang terselit dicelah-celah helaian terakhir. Satu per satu disusun mengikut sisi yang terkoyak. Apabila cebisan-cebisan kertas itu berjaya disatukan, membuntang mata Fadzlan. Menggigil jari-jarinya.
            Dia... Rose tahu?!
            Menderu nafas Fadzlan di rengkungan. Peluh-peluh dingin membasahi dahi.
            “Lan! Mari turun!” Laungan Hardina mengejutkan Fadzlan. Tangkas ditutup album gambar itu. Laju kaki melangkah meninggalkan bilik Rose Harliana.

            Angin deras tiba-tiba menyusup masuk melalui tingkap yang terbuka, membelah ruang bilik yang sunyi. Cebisan kertas yang terkeluar dari album tersebut berterbangan ke udara sebelum jatuh ke lantai. Sekali lagi angin menderu deras, menterbalikkan cebisan kertas tersebut. Ia cebisan seraut wajah yang indah mengenakan tudung biru, bersulam senyuman manis di pinggir bibir. Dia... Humairah. 

Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: Suara iolss ni dah macam penyanyi rockerss yeahyeahhh! -..-' Sabar ajela. Nak cakap punya payah. Mujur tak putus nafas -..-' Tata!

8 comments:

jayda said...

ooowwhhh.... Fadzlan dulu penah suka kat Humairah ke...

Anonymous said...

Finally! Masuk gak n3 ni...xpuas btl la..rase mcm sikit sgt la awk..lg2 bg ending mcm tu..stress kite..huhuhu..
Dh masuk bab dup dap dup dap ni..cpt2 la dtg nxt wednesday :D

~::HANAH RISHAS::~ said...

@jayda

Antara mereka pernah ada ikatan hati hihi

Btw..tq drop sini :)

~::HANAH RISHAS::~ said...

@anonymous

Hi awak! :) mekasih sbb sudi baca kphm ni hihi :)

Sikit?kite rase mcm dah berjela hihi sabar ye :) next rabuday ada entri :)

Tq again! :)

Anonymous said...

Mmg dh bookmark kat fon...ari rabu je cpt2 bukak tgk dh naik ke blm n3 ni...heeeee..
Xkn si Fadzlan lupa kot yg dia pnh tlg si Ara tu dl masa kena kacau kat town? Ish ish...sapa yg amnesia ni? Ahaks! Ghase nk ketuk je pala si Lan tu..hu3
lupa lak nk ckp tq for tis n3 :)

~::HANAH RISHAS::~ said...

@anonymous

:) thanks 2 u too sbb sudi bookmark blog kite.terharu :)

meeka42 said...

bila nk abih ni akak T.T

~::HANAH RISHAS::~ said...

@ilman_nafi

Hi sis :)

Lama lg darling nak habis kphm ni.ehem! :) tp tak laa lama sgt :)

Tnggu dan lihat ye hihi thanks drop sini :)