Sunday, January 18, 2015

[Novel] : Usah Lepaskan Bab2.

Assalamualaikum.








"...Yang dapat menolak takdir ialah doa dan yang dapat memperpanjangkan umur yakni kebajikan..." - HR Thahawi









Bab 2
LELAKI yang baru sahaja melintas depan mata diperhati lama. Panjang lehernya mengekor jejak langkah lelaki itu.
            “Kau tengok siapa?” sergah Betty.
            Melantun-lantun jantungnya. Dia kembali labuh duduk sambil ekor mata mengerling Betty yang ketawa gelihati.
            “Ada staff baru ke?” ajunya.
            Betty membawa kaki kanannya menyilangi kaki kiri- berjuntai dan bergoyangan. “Entah. Kenapa? Handsome tak?”
            Kerlingan tajam membidik paras Betty yang sudah tersenyum lebar sampai ke telinga. “Kau ni, tak ada benda lain nak tanya.”
            Betty tahan tawa.
            “Alah, gurau pun tak boleh. Kau ingat aku ni jenis mata keranjang?” cebiknya.
            “Nanti aku siasatlah siapa orang lelaki yang kau nampak tu.” Mata dikenyit nakal, seraya bahu temannya ditepuk berkali-kali sebelum kembali ke tempat duduknya yang berjarak kira-kira lima meter dari cubical Amiera.
            “Ah, kau! Tak habis-habis dengan sesi menyiasat kau tu,” cebik Amiera.
            Betty dabik dada. “Haruslah. Aku... kan spy.”
Galak Betty katawa sesudah itu.
            Spontan, Amiera menjuling mata ke atas. Malas melayani gelagat  Betty yang bermacam ragam.
            “Nanti lunch dengan aku,” ajak Betty.
            “Yelah tu. Nanti macam semalam. Punya lama aku melangut dekat kedai tu, kau tak datang juga. Last-last minta aku tolong bungkuskan makanan.” Amiera mengerling Betty. Gadis bertahi lalat di atas bibir itu pamer sengihan lebar.
            “Alah, bukan aku sengaja,” balas Betty.
            “Aku belanja kau nanti,” lanjutnya. Memancing minat Amiera.
            Amiera tidak menyahut. Tangkas memegang tetikus dan menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. Rekaan antara muka kiosk untuk projek Muzium Khazanah harus diselesaikan secepat mungkin.

STRAW merah jambu disua ke mulut, lantas menyedut minuman jus tembikai yang tinggal suku sehingga habis. Sesudah itu, dia menolak gelas itu ke tengah meja. Hujung jari ligat mengetuk meja. Ekor mata melikas galak memerhati persekitaran kedai makan yang hingar-bingar.
            “Assalamualaikum...”
            Amiera terkejut. Lekas menjulang pandangan ke wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Kening naik tinggi.
            Ekmal tersenyum-senyum merenungi paras Amiera. Kerusi kayu bertentangan Amiera diseret ke belakang. Punggung dihenyak atas kerusi tanpa dipelawa.
            Unjukan salam tadi sekadar bersahut dalam hati. Sedang roman wajah kekal kaku tanpa sebarang riak.
            “Lunch seorang diri? Kenapa tak call abang? Abang boleh temankan Mira,” kata Ekmal. Setiap inci roman tenang Amiera dijelajahi. Tidak pernah jemu.
            “Kenapa Mira tak reply mesej abang?” soal Ekmal lagi apabila Amiera kekal mendiamkan diri.
            Ekmal menarik nafas panjang. Sukar dimergerti perasaan Amiera terhadapnya. “Mira tak rindu abang?”
            “Rindu? Are you kidding me?” tuntas Amiera, sedikit sinis.
            Ekmal menundukkan wajahnya. Menghambat renungan ke arah kolam mata bundar milik Amiera. Sedikit pun gadis itu tidak melirik, apatah lagi membalas renungannya.
            Anak telinga memicing tawa kecil yang terasa dibuat-buat. Ekmal ketawa atas dasar apa? Amiera menarik nafas dalam-dalam. Berkira-kira hendak bawa kaki dari situ, namun punggung kembali terhenyak di kerusi apabila Ekmal bertindak merentap pergelangan tangannya.
            “Kenapa Mira sentiasa berusaha menolak abang? Tak ada ke sedikit ruang untuk abang dalam hati Mira tu?”
            “Ada. Mira dah lama buka hati Mira untuk Amal...” Amiera berjeda seketika. Pandangan keduanya saling bertaut. Jari telunjuknya menuding kepada Ekmal.
            “Sebagai abang. Tak lebih dari tu,” lanjutnya.
            “Abang sayangkan Mira lebih dari apa yang Mira fikirkan.”
            Kini, dada Amiera terasa sesak. Sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas secara normal.
            “Amal... saya dengan awak....” Amiera berusaha menjalin rangkai ayat yang paling terbaik buat pendengaran Ekmal yang sememangnya tuli.
            “Kita tak mungkin bersama”.
            Ekmal mengerutkan muka. “Kenapa? Kita tak pernah cuba. Mira tak mahu cuba, mana Mira tahu kita tak mungkin bersama?”
            “Dengar! Mira dengan Amal... kita adik-beradik. Mira dah anggap Amal macam abang Mira sendiri. Walau macam mana pun Mira cuba nak suka dekat Amal, at the end, keadaan tetap sama. Amal abang Mira. Itu hakikatnya.”
            “Adik-beradik angkat yang mempunyai pertalian persaudaraan, kan? Kita halal untuk menikah.”
            Amiera menggeleng kepala. “Walau hukum menghalalkan hubungan kita tapi Mira tak boleh. Amal abang Mira. Dulu, sekarang, dan sampai bila-bila!” tegas Amiera.
            Bentang hujah sehebat mana pun depan Ekmal, pasti tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Fikirnya, Ekmal sudah melupakan krisis antara mereka namun ternyata perkiraannya meleset. Ekmal masih Ekmal yang dahulu. Ekmal yang tidak pernah belajar untuk mengasihi dia sebagai seorang adik.
            “Mira masih hormat pada Amal. Mira juga masih menghargai hubungan kekeluargaan antara kita. Please... jangan hancurkan semua ni.” Amiera bingkas bangun.
            “Amiera Syazreen! Amiera Syazreen!” Ekmal memekik lantang.
            Amiera terus jalan menonong keluar dari kedai itu selepas membayar harga minuman tadi. Baki tidak diambil. Biarlah, dia niat bersedekah hari ini.

“KAU suka abang aku?” Ekor mata menyoroti Maya.
            Maya menoleh. “Soalan apa kau tanya ni?” Kening terjongket tinggi.
            Amiera bangkit dari perbaringan.
            “Betul kau tak suka?” Soalan yang sama terus diaju kepada Maya sehingga naik berkerut muka gadis itu.
            “Kau ni kenapa, Mira? Tanya pelik-pelik aje. Aku dengan abang kau tu, officematelah. Kawan biasa.” Maya lekas mencapai sebotol minyak urut, lalu disapu ke pergelangan kaki. Sengal urat di situ seolah berselirat sesama sendiri.
            Amiera menongkat dagu. Pandangannya kekal terarah pada Maya.
            “Kau tak nak cuba pikat Ekmal?”
            Buntang mata Maya mendengar kata-kata itu. “Pikat? Aku ni tunang orang tahu! Yang kau ni, dari tadi asyik tanya aku aje, kenapa? Ke kau memang nak sangat aku jadi kakak ipar kau?”
            Spontan, Amiera hambur tawa. Kuat.
            “Tu, kau suruh Dayana ngorat abang kau. Aku ni, tak kuasa tahu!” cebik Maya, selajur menepuk kuat peha Amiera.
            Dayana yang terdengar namanya disebut-sebut, lekas mengangkat muka. “Kau nak aku jadi kakak ipar kau?” Dia melompat naik atas katil.
            Maya sudah ketawa terkekeh-kekeh.
            “Aku boleh jadi kakak ipar yang baik untuk kau. Gerenti kau tak menyesal!”  Dayana tersengih-sengih. Menampakkan susunan giginya yang rapi dan cantik. Sejurus itu, hilai tawa Maya dan Dayana bersatu. Cukup menggegarkan ruang sederhana besar yang menjadi tempat peraduannya.
            “Mana tahu, antara korang ada yang ada hati dekat dia. Boleh aku tolong adjust,” tawar Amiera.
            Maya dan Dayana saling berbalas pandang. Kemudian lentur pipi kedua-duanya dengan senyum lebar.
            “Abang kau tu, ramai peminat tahu. Excluding kami.” Dayana angkat tangan.
            “Kenapa excluding pula?” Amiera menyoal pelik.
            “Sebab aku dan Yana dah ada buah hati baru.” Maya tersengih.
            “Siapa?”
            “Tu...” Dayana menjuih bibir.
            Amiera kerut dahi. “What? Dinding ke?” ajunya.
            Dayana juling mata ke atas. “Apa dapat kalau minat dinding? Apa lah kau ni. Tu... jiran sebelah.”
            Anak mata dibawa menyoroti arah juihan bibir Dayana. Sebelah rumah?
            “Nama dia Adlan. Segak kau tahu!” Dayana kelihatan bersungguh menggambarkan siapa jiran baru mereka. Dia... jangankan kenal, nampak bayang pun belum lagi.
            “Cepatnya dapat kawan baru.” Amiera jongket kening.
            Maya dan Dayana, kedua-duanya saling berkongsi senyum.
            “Kami ni bukan macam kau. Asal keluar rumah, terus fikir kerja. Balik, terus nak tidur. Tak bersosial langsung!” kutuk Maya.
            Amiera membuntangkan mata.

SEHINGGA ke luar rumah, jendela telinga masih mampu ditembusi dengan hilai tawa Maya dan Dayana. Dia yang mendengar hanya mampu tersenyum kecil.
            “Tak ada ke sedikit ruang untuk abang dalam hati Mira tu?”
            Hembusan nafas ketara lelah. Pandangan dibawa mendakap langit nan terbentang luas.
            Ekmal tidak pernah faham. Lelaki itu enggan mengalah meski berkali-kali dia kata, tiada cinta. Bahasa apa lagi yang harus digunakan saat berbicara soal hati kepada lelaki itu? Ekmal umpama seorang abang bagi dia. Cinta itu tidak akan pernah wujud antara mereka.
            Simbahan cahaya kekuningan membuatkan Amiera terjaga dari lamunan. Leret mata terhala ke arah rumah sebelah.
            “Dah sampai ni.”
            Amiera memicing anak telinga.
            “Tak makan malam ni pun tak apa, kan? Lagipun kenyang lagi ni.” Adlan menyumbat anak kunci ditengah lubang mangga sebesar penumbuk bayi. Peringatan yang berkali-kali didendang kian menghambat rasa bosan.
            “Dia yang tapau, yes I know nenek.” Dalam malas, dia menyahut juga.
            Jeda yang cukup panjang. Tubuh sudah bersandar pada kereta. Daun-daun kering dikuis-kuis menggunakan hujung kasut.
            “Insya Allah, kalau free nanti, saya datang rumah nenek. Assalammualaikum...”
            Perbualan ringkas itu tamat sebaik pemanggil di hujung sana menamatkan panggilan. Bungkusan yang dititip bersama kepulangannya tadi, dipandang tanpa minat.
            “Ehem!”
            Amiera yang sejak tadi memencilkan diri hampir dengan dinding tembok pengukuh pintu pagar, terperanjat besar. Dalam cahaya meruak suram, bayangnya tidak berjaya disembunyikan seluruhnya.
            “Curi dengar perbualan orang?” duga Adlan.
            “Eh tak! Jangan salah sangka.” Amiera pantas menyangkal.
            “Habis tu, saya nampak awak terjenguk-jenguk tengok saya. Dari tadi menyorok dekat situ, kan?” Adlan membuat kesimpulan lagi.
            Amiera menggeleng laju. “Bukan macam tu!”
            Spontan, Adlan leret senyum. Bungkusan tadi diambil, lalu dihulur kepada Amiera.
            “Nah.”
            Amiera terkebil-kebil.
            “Eh, tak naklah,” tolaknya.
            “Ambil...” Adlan seakan memaksa.
            Lambat-lambat, bungkusan itu diambil juga. Bila dia ingin kembali menjulang paras Adlan, lelaki itu sudah mula mengorak langkah pergi.
            “By the way...” Adlan menoleh. Senyum yang terbit di pinggir bibir telah ditenggelami kesuraman malam.
            “Saya baru pindah dekat sini.”
            “Tahu...” Amiera menjawab. “Kawan-kawan saya ada cakap.”
            “Maya dan Dayana, kan?” Dua nama itu disebut dengan lancar.
            Kening Amiera terjongket sedikit.
            “And you must be Amiera, right?”
            Kelopak mata bagai dipaksa-paksa terbuka luas. Buntang. Dirinya juga telah diperkenalkan di atas angin oleh Maya dan Dayana?

             “Nice to meet you, Amiera.” Langkah dikemudi meninggalkan Amiera yang termangu-mangu di situ.

Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)

notahujungkaki: :)

9 comments:

Unknown said...

Oh la Cik Writer...main tarik tali lak kali ni yerrr...he3..
Permulaan cerita yg agak baik...sbb KPHM punya jln citer ada sikit confusing dulu..
Sy suka jln citer ni..tkasih atas n3 ni ya..
Ooo...KPHM dh nak sampai hujung ya? Ok la..terpksa la kami, tukang baca, bersabar byk2..walaupun tiap2 hari sy xpect miracle dr Cik Writer utk update story out of d blue...ngeeeeeesss

~::HANAH RISHAS::~ said...

Hi awk :)

Mekasih utk komen tu.insyaAllah..kite akan terus perbaiki kekurangan yg byk bersepah sana sini hihi :)

Belom smpai hujung lg kphm tu :) masih pjg pejalanan humairah hihi oh ye,kphm tak akn habis dekat blog.insyaAllah..akan diterbitkan nnti :)

Thanks again singgah baca :)

*pjg gile balas komen haa ekekeke*

Unknown said...

Hihihi...bukan bersepah Cik Writer cuma nk kene bc dan hayati betul2 baru fhm :))

Wah...nak diterbitkan? Alhamdulillah..moga murah rezeki ya..jgn lupa bgtau bila dh nk publish..bole buat koleksi..nk kene mtk autograf nih..keh3..
All d best to u ya \(^.^)/

AYRA ZAHRA said...

yayayaa..dah ada kat blog..ngeee..dgn aku pun x da beb gmbr miera haaa kalau x aku leh kasi kat ko :D

Anonymous said...

Best citernyer

~::HANAH RISHAS::~ said...

@ayra

Hihi itu laa.nk buat mcm mn,tepksalaa aku imagine je hahahaha

~::HANAH RISHAS::~ said...

@anonymous

Thnks awk sudi singgah baca :)

miera said...

Dah jumpa ke gmbr amiera? Hehe.btw jln cerita yg menarik :)

miera said...

Dah jumpa ke gmbr amiera? Hehe