"...Yang dapat menolak takdir ialah doa dan yang dapat memperpanjangkan umur yakni kebajikan..." - HR Thahawi
Bab 2
LELAKI yang baru
sahaja melintas depan mata diperhati lama. Panjang lehernya mengekor jejak
langkah lelaki itu.
“Kau tengok siapa?” sergah Betty.
Melantun-lantun jantungnya. Dia
kembali labuh duduk sambil ekor mata mengerling Betty yang ketawa gelihati.
“Ada staff baru ke?” ajunya.
Betty membawa kaki kanannya menyilangi
kaki kiri- berjuntai dan bergoyangan. “Entah. Kenapa? Handsome tak?”
Kerlingan tajam membidik paras Betty
yang sudah tersenyum lebar sampai ke telinga. “Kau ni, tak ada benda lain nak
tanya.”
Betty tahan tawa.
“Alah, gurau pun tak boleh. Kau
ingat aku ni jenis mata keranjang?” cebiknya.
“Nanti aku siasatlah siapa orang
lelaki yang kau nampak tu.” Mata dikenyit nakal, seraya bahu temannya ditepuk
berkali-kali sebelum kembali ke tempat duduknya yang berjarak kira-kira lima
meter dari cubical Amiera.
“Ah, kau! Tak habis-habis dengan
sesi menyiasat kau tu,” cebik Amiera.
Betty dabik dada. “Haruslah. Aku...
kan spy.”
Galak
Betty katawa sesudah itu.
Spontan, Amiera menjuling mata ke
atas. Malas melayani gelagat Betty yang
bermacam ragam.
“Nanti lunch dengan aku,” ajak
Betty.
“Yelah tu. Nanti macam semalam.
Punya lama aku melangut dekat kedai tu, kau tak datang juga. Last-last minta
aku tolong bungkuskan makanan.” Amiera mengerling Betty. Gadis bertahi lalat di
atas bibir itu pamer sengihan lebar.
“Alah, bukan aku sengaja,” balas
Betty.
“Aku belanja kau nanti,” lanjutnya.
Memancing minat Amiera.
Amiera tidak menyahut. Tangkas
memegang tetikus dan menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. Rekaan antara muka
kiosk untuk projek Muzium Khazanah harus diselesaikan secepat mungkin.
STRAW merah jambu
disua ke mulut, lantas menyedut minuman jus tembikai yang tinggal suku sehingga
habis. Sesudah itu, dia menolak gelas itu ke tengah meja. Hujung jari ligat
mengetuk meja. Ekor mata melikas galak memerhati persekitaran kedai makan yang
hingar-bingar.
“Assalamualaikum...”
Amiera terkejut. Lekas menjulang
pandangan ke wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Kening naik tinggi.
Ekmal tersenyum-senyum merenungi
paras Amiera. Kerusi kayu bertentangan Amiera diseret ke belakang. Punggung
dihenyak atas kerusi tanpa dipelawa.
Unjukan salam tadi sekadar bersahut
dalam hati. Sedang roman wajah kekal kaku tanpa sebarang riak.
“Lunch seorang diri? Kenapa tak call
abang? Abang boleh temankan Mira,” kata Ekmal. Setiap inci roman tenang Amiera
dijelajahi. Tidak pernah jemu.
“Kenapa Mira tak reply mesej abang?”
soal Ekmal lagi apabila Amiera kekal mendiamkan diri.
Ekmal menarik nafas panjang. Sukar
dimergerti perasaan Amiera terhadapnya. “Mira tak rindu abang?”
“Rindu? Are you kidding me?” tuntas
Amiera, sedikit sinis.
Ekmal menundukkan wajahnya.
Menghambat renungan ke arah kolam mata bundar milik Amiera. Sedikit pun gadis
itu tidak melirik, apatah lagi membalas renungannya.
Anak telinga memicing tawa kecil
yang terasa dibuat-buat. Ekmal ketawa atas dasar apa? Amiera menarik nafas
dalam-dalam. Berkira-kira hendak bawa kaki dari situ, namun punggung kembali
terhenyak di kerusi apabila Ekmal bertindak merentap pergelangan tangannya.
“Kenapa Mira sentiasa berusaha
menolak abang? Tak ada ke sedikit ruang untuk abang dalam hati Mira tu?”
“Ada. Mira dah lama buka hati Mira
untuk Amal...” Amiera berjeda seketika. Pandangan keduanya saling bertaut. Jari
telunjuknya menuding kepada Ekmal.
“Sebagai abang. Tak lebih dari tu,”
lanjutnya.
“Abang sayangkan Mira lebih dari apa
yang Mira fikirkan.”
Kini, dada Amiera terasa sesak.
Sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas secara normal.
“Amal... saya dengan awak....”
Amiera berusaha menjalin rangkai ayat yang paling terbaik buat pendengaran
Ekmal yang sememangnya tuli.
“Kita tak mungkin bersama”.
Ekmal mengerutkan muka. “Kenapa?
Kita tak pernah cuba. Mira tak mahu cuba, mana Mira tahu kita tak mungkin
bersama?”
“Dengar! Mira dengan Amal... kita
adik-beradik. Mira dah anggap Amal macam abang Mira sendiri. Walau macam mana
pun Mira cuba nak suka dekat Amal, at the end, keadaan tetap sama. Amal abang
Mira. Itu hakikatnya.”
“Adik-beradik angkat yang mempunyai
pertalian persaudaraan, kan? Kita halal untuk menikah.”
Amiera menggeleng kepala. “Walau
hukum menghalalkan hubungan kita tapi Mira tak boleh. Amal abang Mira. Dulu,
sekarang, dan sampai bila-bila!” tegas Amiera.
Bentang hujah sehebat mana pun depan
Ekmal, pasti tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Fikirnya, Ekmal sudah melupakan
krisis antara mereka namun ternyata perkiraannya meleset. Ekmal masih Ekmal
yang dahulu. Ekmal yang tidak pernah belajar untuk mengasihi dia sebagai
seorang adik.
“Mira masih hormat pada Amal. Mira
juga masih menghargai hubungan kekeluargaan antara kita. Please... jangan
hancurkan semua ni.” Amiera bingkas bangun.
“Amiera Syazreen! Amiera Syazreen!”
Ekmal memekik lantang.
Amiera terus jalan menonong keluar
dari kedai itu selepas membayar harga minuman tadi. Baki tidak diambil.
Biarlah, dia niat bersedekah hari ini.
“KAU suka abang
aku?” Ekor mata menyoroti Maya.
Maya menoleh. “Soalan apa kau tanya
ni?” Kening terjongket tinggi.
Amiera bangkit dari perbaringan.
“Betul kau tak suka?” Soalan yang
sama terus diaju kepada Maya sehingga naik berkerut muka gadis itu.
“Kau ni kenapa, Mira? Tanya
pelik-pelik aje. Aku dengan abang kau tu, officematelah. Kawan biasa.” Maya
lekas mencapai sebotol minyak urut, lalu disapu ke pergelangan kaki. Sengal
urat di situ seolah berselirat sesama sendiri.
Amiera menongkat dagu. Pandangannya
kekal terarah pada Maya.
“Kau tak nak cuba pikat Ekmal?”
Buntang mata Maya mendengar
kata-kata itu. “Pikat? Aku ni tunang orang tahu! Yang kau ni, dari tadi asyik
tanya aku aje, kenapa? Ke kau memang nak sangat aku jadi kakak ipar kau?”
Spontan, Amiera hambur tawa. Kuat.
“Tu, kau suruh Dayana ngorat abang
kau. Aku ni, tak kuasa tahu!” cebik Maya, selajur menepuk kuat peha Amiera.
Dayana yang terdengar namanya
disebut-sebut, lekas mengangkat muka. “Kau nak aku jadi kakak ipar kau?” Dia
melompat naik atas katil.
Maya sudah ketawa terkekeh-kekeh.
“Aku boleh jadi kakak ipar yang baik
untuk kau. Gerenti kau tak menyesal!”
Dayana tersengih-sengih. Menampakkan susunan giginya yang rapi dan
cantik. Sejurus itu, hilai tawa Maya dan Dayana bersatu. Cukup menggegarkan
ruang sederhana besar yang menjadi tempat peraduannya.
“Mana tahu, antara korang ada yang
ada hati dekat dia. Boleh aku tolong adjust,” tawar Amiera.
Maya dan Dayana saling berbalas
pandang. Kemudian lentur pipi kedua-duanya dengan senyum lebar.
“Abang kau tu, ramai peminat tahu.
Excluding kami.” Dayana angkat tangan.
“Kenapa excluding pula?” Amiera
menyoal pelik.
“Sebab aku dan Yana dah ada buah
hati baru.” Maya tersengih.
“Siapa?”
“Tu...” Dayana menjuih bibir.
Amiera kerut dahi. “What? Dinding
ke?” ajunya.
Dayana juling mata ke atas. “Apa
dapat kalau minat dinding? Apa lah kau ni. Tu... jiran sebelah.”
Anak mata dibawa menyoroti arah
juihan bibir Dayana. Sebelah rumah?
“Nama dia Adlan. Segak kau tahu!”
Dayana kelihatan bersungguh menggambarkan siapa jiran baru mereka. Dia...
jangankan kenal, nampak bayang pun belum lagi.
“Cepatnya dapat kawan baru.” Amiera
jongket kening.
Maya dan Dayana, kedua-duanya saling
berkongsi senyum.
“Kami ni bukan macam kau. Asal keluar
rumah, terus fikir kerja. Balik, terus nak tidur. Tak bersosial langsung!”
kutuk Maya.
Amiera membuntangkan mata.
SEHINGGA ke luar
rumah, jendela telinga masih mampu ditembusi dengan hilai tawa Maya dan Dayana.
Dia yang mendengar hanya mampu tersenyum kecil.
“Tak ada ke sedikit ruang untuk
abang dalam hati Mira tu?”
Hembusan nafas ketara lelah.
Pandangan dibawa mendakap langit nan terbentang luas.
Ekmal tidak pernah faham. Lelaki itu
enggan mengalah meski berkali-kali dia kata, tiada cinta. Bahasa apa lagi yang
harus digunakan saat berbicara soal hati kepada lelaki itu? Ekmal umpama
seorang abang bagi dia. Cinta itu tidak akan pernah wujud antara mereka.
Simbahan cahaya kekuningan
membuatkan Amiera terjaga dari lamunan. Leret mata terhala ke arah rumah
sebelah.
“Dah sampai ni.”
Amiera memicing anak telinga.
“Tak makan malam ni pun tak apa,
kan? Lagipun kenyang lagi ni.” Adlan menyumbat anak kunci ditengah lubang
mangga sebesar penumbuk bayi. Peringatan yang berkali-kali didendang kian
menghambat rasa bosan.
“Dia yang tapau, yes I know nenek.”
Dalam malas, dia menyahut juga.
Jeda yang cukup panjang. Tubuh sudah
bersandar pada kereta. Daun-daun kering dikuis-kuis menggunakan hujung kasut.
“Insya Allah, kalau free nanti, saya
datang rumah nenek. Assalammualaikum...”
Perbualan ringkas itu tamat sebaik
pemanggil di hujung sana menamatkan panggilan. Bungkusan yang dititip bersama
kepulangannya tadi, dipandang tanpa minat.
“Ehem!”
Amiera yang sejak tadi memencilkan
diri hampir dengan dinding tembok pengukuh pintu pagar, terperanjat besar.
Dalam cahaya meruak suram, bayangnya tidak berjaya disembunyikan seluruhnya.
“Curi dengar perbualan orang?” duga
Adlan.
“Eh tak! Jangan salah sangka.”
Amiera pantas menyangkal.
“Habis tu, saya nampak awak terjenguk-jenguk
tengok saya. Dari tadi menyorok dekat situ, kan?” Adlan membuat kesimpulan
lagi.
Amiera menggeleng laju. “Bukan macam
tu!”
Spontan, Adlan leret senyum.
Bungkusan tadi diambil, lalu dihulur kepada Amiera.
“Nah.”
Amiera terkebil-kebil.
“Eh, tak naklah,” tolaknya.
“Ambil...” Adlan seakan memaksa.
Lambat-lambat, bungkusan itu diambil
juga. Bila dia ingin kembali menjulang paras Adlan, lelaki itu sudah mula
mengorak langkah pergi.
“By the way...” Adlan menoleh.
Senyum yang terbit di pinggir bibir telah ditenggelami kesuraman malam.
“Saya baru pindah dekat sini.”
“Tahu...” Amiera menjawab.
“Kawan-kawan saya ada cakap.”
“Maya dan Dayana, kan?” Dua nama itu
disebut dengan lancar.
Kening Amiera terjongket sedikit.
“And you must be Amiera, right?”
Kelopak mata bagai dipaksa-paksa
terbuka luas. Buntang. Dirinya juga telah diperkenalkan di atas angin oleh Maya
dan Dayana?
“Nice to meet you, Amiera.” Langkah dikemudi
meninggalkan Amiera yang termangu-mangu di situ.
Terima kasih kerana baca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: :)
9 comments:
Oh la Cik Writer...main tarik tali lak kali ni yerrr...he3..
Permulaan cerita yg agak baik...sbb KPHM punya jln citer ada sikit confusing dulu..
Sy suka jln citer ni..tkasih atas n3 ni ya..
Ooo...KPHM dh nak sampai hujung ya? Ok la..terpksa la kami, tukang baca, bersabar byk2..walaupun tiap2 hari sy xpect miracle dr Cik Writer utk update story out of d blue...ngeeeeeesss
Hi awk :)
Mekasih utk komen tu.insyaAllah..kite akan terus perbaiki kekurangan yg byk bersepah sana sini hihi :)
Belom smpai hujung lg kphm tu :) masih pjg pejalanan humairah hihi oh ye,kphm tak akn habis dekat blog.insyaAllah..akan diterbitkan nnti :)
Thanks again singgah baca :)
*pjg gile balas komen haa ekekeke*
Hihihi...bukan bersepah Cik Writer cuma nk kene bc dan hayati betul2 baru fhm :))
Wah...nak diterbitkan? Alhamdulillah..moga murah rezeki ya..jgn lupa bgtau bila dh nk publish..bole buat koleksi..nk kene mtk autograf nih..keh3..
All d best to u ya \(^.^)/
yayayaa..dah ada kat blog..ngeee..dgn aku pun x da beb gmbr miera haaa kalau x aku leh kasi kat ko :D
Best citernyer
@ayra
Hihi itu laa.nk buat mcm mn,tepksalaa aku imagine je hahahaha
@anonymous
Thnks awk sudi singgah baca :)
Dah jumpa ke gmbr amiera? Hehe.btw jln cerita yg menarik :)
Dah jumpa ke gmbr amiera? Hehe
Post a Comment